Sihir adalah jalan singkat yang sesetengah orang selalu gunakan untuk mendapatkan sesuatu yang diinginkannya dengan mudah. Walaupun ia bercanggah dengan hukum agama, bukan sahaja Islam bahkan setiap agama dimuka bumi ini mengharamkan menggunakan sihir. Percaya atau tidak, di zaman yang serba moden ini masih ramai lagi yang menggunakan cara kotor ini.
Lebih teruk lagi ada yang sanggup menggunakan sihir pemisah kepada pasangan yang sudah berumahtangga hanya kerana tidak senang melihat mereka bahagia. “Bukan semua orang suka tengok kita bahagia”, begitulah ayat yang kebanyakan orang selalu cakap. Tapi kenapa sampai perlu untuk menggunakan sihir pemisah untuk merosakkan hubungan sesuatu kekeluargaan itu?
Di sini aku tergerak hati untuk berkongsi beberapa jawapan kepada persoalan-persoalan yang selalu kita tanya, bagaimana, mengapa, siapa, dan kenapa sihir pemisah ini menjadi pilihan jalan mudah bagi mereka gunakan untuk melihat pasangan suami isteri itu berpisah.
Sihir Pemisah – Siapa Yang Menggunakannya?
Mereka Yang Tersakiti
Terdapat satu golongan manusia ni yang rasa diri mereka tersakiti dengan hanya melihat kebahagian keluarga orang lain. Percaya atau tidak ini adalah lumrah manusia. Lebih-lebih lagi mereka yang selalu menyibuk hal orang lain. Maka, mereka ini akan rasa lebih tersakiti walhal mereka sendiri yang mencari penyakit.
Jadi kalau korang ada dalam lingkungan mereka-mereka ini, janganlah terlalu menonjol kebahagiaan tu. Cerita pun sekadar yang penting-penting jelah supaya tidak menimbulkan perasaan iri hati mereka ini kepada anda.
Mereka Yang Mahukan Pasangan Anda
Ada diantara pengguna sihir pemisah ini yang memang bukan setakat cemburu dengan kebahagiaan sesebuah keluarga itu, malah mereka menyukai salah seorang daripada pasangan itu. Cuba punya cuba dengan ayat manis memang tak dapat lah kerana kesetiaan pasangan tu, dia guna pulak cara halus yang bercanggah dengan hukum hakam agama dengan menghantar sihir untuk memisahkan mereka demi memuaskan nafsu diri sendiri.
Jadi berhati-hatilah dengan mereka ini. Kadang-kadang mereka ni berada dalam lingkungan kehidupan kita yang kita kenal. Kadang-kadang mereka ni orang yang kita tidak kenal pun boleh jadi juga. Jadi hati-hatilah ya.
Kepada Siapa Mereka Meminta Bantuan Untuk Menghantar Sihir Pemisah Ini?
Tok Bomoh
Biasanya lah kan, mereka ni tidak lah melakukan sihir dengan sendirinya. Pandai pulak mereka ni nak mempraktikkan sihir ni di rumah kan. Jadi mereka akan mencari tok bomoh yang mampu menolong mereka untuk menghantar sihir ini kepada orang yang mereka kehendaki.
Bayarannya tidak lah murah. Kebiasaannya boleh mencapai ribuan ringgit untuk melaksanakan sihir ini. Tetapi bagi mereka ini duit bukanlah penghalang untuk melunaskan apa yang terbuku di dada mereka.
Jin Perantara
Untuk menjayakan sihir pemisah ini, tok bomoh atau mereka yang ingin menggunakan sihir ini akan melakukan perjanjian dengan jin atau meminta tolong daripada mereka. Ini kerana tanpa jin sihir ini tidak mampu bergerak. Ia boleh diumpamakan seperti kereta yang ingin bergerak memerlukan minyak. Samalah dengan sihir ini. Apa-apa sihir sekali pun, ia memerlukan jin perantara untuk menjayakannya.
Apakah Bahan Yang Diperlukan Untuk Melakukan Sihir Pemisah Ini?
Gambar Lengkap Tubuh Badan
Kebiasaannya pengamal ilmu sihir pemisah ini akan meminta gambar lengkap tubuh badan daripada si pelaku orang yang ingin ditujukan sihir ni. Tanpa gambar yang lengkap maka sukarlah kerja-kerja si bomoh ni tadi.
Daripada mana si pelaku ni nak ambil gambar yang lengkap? Zaman Serba moden ni kebiasaannya lah mereka akan mengambil gambar daripada social media. Memang mudah untuk mendapatkan sebarang gambar sekarang ni kerana orang hari ni hari-hari upload gambar di social media.
Maka hati-hatilah ya kalau korang suka upload gambar di media-media social. Takut-takut ada yang memerhati.
Cebisan Anggota Badan
Ada pun potongan gambar yang lengkap dengan tubuh badan adalah lebih mudah untuk melakukan sihir pemisah ini, tapi tidak terkecuali ada yang menggunakan cebisan anggota badan untuk menjadi bahan utama dalam upacara ini.
Antara anggota badan yang sering tok bomoh gunakan adalah seperti rambut dan kuku. Ini kerana rambut dan kuku paling mudah untuk di perolehi berbanding anggota badan yang lain. Sebab tu orang dulu-dulu selalu pesan supaya rambut dan kuku ni di tanam selepas dipotong supaya tiada orang yang boleh menggunakannya untuk tujuan yang tidak elok.
Tanda-tanda Anda Telah Terkena Sihir Pemisah
Terdapat beberapa tanda-tanda yang boleh dilihat secara terus jika korang sudah pun dikenakan oleh sihir pemisah ni. Di sini aku akan pisahkan antara tanda yang ketara yang memang korang akan nampak benda ni bukan sifat normalnya dan tanda-tanda sudah terkena sihir yang umum.
Tanda-tanda Besar Kemungkinan Anda Terkena Sihir Pemisah
Antara tanda-tanda yang memungkin korang sudah terkena sihir pemisah ini adalah:
- Menjadi rimas dan cepat marah bila berdepan dengan suami atau isteri.
- Kerap bergaduh besar walaupun berdepan dengan perkara kecil.
- Ketika marah dan bergaduh, isteri kerap meminta cerai.
- Tidak suka tidur bersama.
- Nafsu tiada terhadap suami atau Isteri.
- Tercium bau badan yang busuk, nafas berbau pada tubuh suami atau isteri.
- Suka bersendirian di dalam bilik.
- Kerap mimpi pasangan curang.
- Perasaan curiga, cemburu buta yang kuat.
- Berasa lebih selesa berada di luar rumah dan terasa malas untuk balik ke rumah.
Antara tanda-tanda umum yang korang telah di sihir adalah:
- Kerap sakit belakang, bahu, tengkuk dan urat belikat.
- Kerap sesak nafas, sakit dada dan ulu hati.
- Kerap rasa gelisah, berdebar tanpa sebab terutama waktu Asar ke atas.
- Kerap sakit kepala walaupun sudah mengambil ubat.
- Kerap kembung perut dan sendawa angin.
- Kerap rasa berdenyut di bawah ari-ari bagi seorang wanita.
- Kitaran haid tak normal.
- Lambat mendapat zuriat.
- Tidak suka tempat-tempat yang bising.
- Kerap mimpi bayi, menyusu dan bermain dengan bayi tersebut.
- Kerap mimpi ular, kala jengking dan binatang berbisa.
- Kerap bermimpi tempat kotor dan busuk.
- Kerap terbau kemenyan, colok setanggi.
- Kerap melihat kelibat berkeliaran di dalam rumah.
- Terasa diperhatikan di dalam rumah.
Ada pun tanda-tanda besar adalah perkara yang paling mudah korang nak kesan yang korang atau pasangan korang ni sudah pun terkena sihir pemisah ni. Manakala tanda-tanda umum adalah perkara yang selalu pesakit yang didampingi jin alami. Setiap sihir yang dihantar pasti mempunyai jin yang membawanya. Jadi setiap pesakit yang dishir pasti didampingi oleh jin.
Untuk post kali ni aku rasa sampai sini dulu. Untuk next post aku akan ceritakan dan kongsikan beberapa amalan untuk menjadi pendinding kepada amalan sihir ini. Semoga perkongsian kali ini memberi manfaat kepada korang semua.
Leave a Reply