Terdapat banyak tempat menarik di Malaysia ni yang setiap minggu boleh dikatakan ramai yang datang sama ada ingin bercuti bersama keluarga, mahupun ingin berjalan bersantai-santai bersama rakan-rakan. Di Malaysia terdapat 14 buah negeri. Setiap negeri mempunyai tempat menarik tersendiri yang memukau mata yang memandang.
Di blog ini akan aku kongsikan tempat menarik di Malaysia mengikut setiap negeri yang ada. Aku juga akan memberikan sedikit review mengenai setiap tempat-tempat tersebut selepas aku menjejakkan kaki di sana. Sama ada ia tempat perlancongan, tempat makan yang best dan juga tempat percutian yang menarik akan aku ceritakan di sini.
Tempat Menarik Di Sabah
Negeri di bawah bayu Sabah merupakan sebuah negeri yang terletak di kepulauan borneo sana. Jika dari Kuala Lumpur anda perlu menggunakan kapal terbang untuk sampai ke sana. Tanpa membuang masa jom aku kongsikan beberapa tempat menarik yang aku pernah sampai di Sabah ni.
Kundasang
Apa tempat menarik di Kundasang ni? Jaraknya 100km dari Kota Kinabalu. Kalau datang dari Kuala Lumpur perlu mengambil kereta sewa untuk ke sini. Berbaloi ke pergi ke Kundasang? Jom aku tunjuk apa yang ada di sini.
Desa Dairy Farm
Tak sah kalau dah pergi jauh ke Kundasang kalau tak singgah Desa Dairy Farm ni. Yang ada hanyalah lembu tenusu yang banyak di sini. Apa yang menarik adalah pemandangannya. Dari segi apa yang aku lihat, first impression aku tentang pemandangan dia memang “wow mengagumkan”. Memang cantik landscape dia dengan suasana yang dingin amat-amat menyejukkan mata yang memandang.
Selain daripada itu, aktiviti lain yang korang boleh buat adalah memerah susu lembu. Itupun kalau korang nak buat la. Korang boleh je datang sini chill-chill dengan family korang.
Untuk masuk ke Desa Dairy Farm ni dikenakan tiket iaitu dewasa RM 5, manakala kanak-kanak RM 4. Waktu operasi pula dari jam 8 pagi sehingga 5 petang. Waktu memerah susu pula pada jam 3 petang sehingga 5 petang.
Culvert View
Culvert view merupakan suatu tempat menarik yang mempunyai pemandangan yang cantik berlatar belakangkan gunung Kinabalu. Tempat ni ada tasik yang airnya memantulkan refelksi seperti cermin. Memang lawa kalau korang ambil gambar keluarga kat sini. Jenis aku kalau berjalan memang akan singgah tempat-tempat macam ni.
Bukan itu sahaja, di sini juga terdapat tempat yang namakan sebagai Stairway in the Sky or Sky Refection. Kalau datang waktu senja memang superb sumpah lawa. Tak rugi bila korang bayar untuk masuk ke sini. Ye ada dikenakan bayaran untuk dewasa RM10 dan kanak-kanak RM 6.
Sosodikon Hill
Seawal pagi korang boleh mendakati beberapa bukit yang rendah. Maksudnya rendah la dari korang mendaki gunung Kinabalu tu. Sosodikon Hill menyediakan pemandangan yang indah seawal jam 6 pagi apabila di buka. Dengan mengenakan tiket beharga RM 3 dewasa dan RM 1 untuk kanak-kanak korang boleh menghirup udara yang sedar dan dingin sambil mengambil gambar pemandangan yang cantik.
Ini menjadikan Sosodikon Hill juga adalah salah satu tempat menarik di Kundasang untuk di lawati. Pemandangan yang paling cantik untuk korang rakamkan adalah sejam sebelum matahari terbit dan sejam sebelum matahari terbenam.
Kinabalu Park
Untuk melengkapkan percutian 3 hari 2 malam di Kundasang, aku sarankan korang melawat Kinabalu Park sebagai tempat pilihan untuk bercuti. Korang mendalami alam semula jadi di sini. Boleh dikatakan semua tempat menarik di Kundasang ni mempunyai suhu yang dingin dan selesa.
Pemandangan alam semulajadi yang indah dengan pemandangan gunung Kinabalu menjadikan Kinabalu Park antara tempat pilihan yang aku pergi bila di Kundasang, Sabah. Dengan tiket dewasa RM 4 dan kanal-kanak RM 1 menjadikan pengalam di dalamnya sangat berbaloi. Kinabalu Park dibuka seawal jam 9 pagi dan tutup pada jam 4 petang.
Pulau Percutian Best Di Sabah
Di Sabah memang terkenal dengan pulau-pulau yang cantik dek kerana air lautnya yang biru dan jernih. Oleh kerana itu, memang ramai yang akan datang ke pulau-pulau di Sabah ini untuk bercuti. Di sini aku kongsikan beberapa pulau percutian best di Sabah yang korang kena datang.
Pulau Mabul
Pulau Mabul ini terletak di Semporna, Sabah. Pulau Mabul merupakan antara pulau yang paling popular di kalangan pelancong asing ataupun tempatan kerana kecantikan pulau itu sendiri. Selain daripada cantik, terdapat pelbagai aktiviti laut yang boleh dilakukan di sini seperti scuba diving dan snorkeling untuk melihat keindahan hidupan marin.
Untuk ke Pulau Mabul ini jika dari Kuala Lumpur, korang perlu mengambil flight dari KLIA ke Tawau. Kemudian, sewa kereta (RM120-RM150 sehala) dari Tawau untuk ke pekan Semporna yang mengambil masa dalam 2 jam. Kemudian korang perlu menaiki bot di jeti Semporna untuk ke Pulau Mabul (RM500 untuk 8-10 orang). Jeti di Semporna pula beroperasi dari jam 8 pagi hingga 5 petang
Pulau Sipadan
Pulau Sipadan ini terletak berhampiran dengan Pulau Mabul. Jadi kalau korang nak datang ke pulau ini, korang perlu pergi menaiki bot di jeti Semporna. Di kalangan kaki scuba diving, dasar laut di persekitaran Pulau Sipadan adalah syurga yang menjanjikan hidupan marin dan taburan terumbu karang yang sangat menakjubkan. Fenomena alam yang sering menjadi kegilaan penyelam profesional di sini ialah untuk melihat barracuda tornado.
Pulau Lankayan
Pulau Lankayan terletak di Sandakan, Sabah. Ia terkenal dengan aktiviti scuba diving kerana di sini merupakan habitat untuk hidupan marin yang menarik seperti giant grouper dan leopard shark. Pulau ini sering menjadi tumpuan kaki scuba diving terutamanya di antara bulan Mac hingga May setiap tahun untuk melihat pelbagai hidupan marin menarik seperti whale sharks.
Selain itu, bagi pasangan yang ingin destinasi percutian yang terpencil dan dikelilingi keindahan alam yang mempersonakan, menginap di resort Pulau Lankayan untuk beberapa hari ketika honeymoon di Sabah merupakan satu idea yang menarik. Bayangkan, pelancong yang menginap di Lankayan Island Dive Resort di sini boleh melihat penyu bertelur hanya di hadapan resort.
Pulau Mantanani
Pulau Mantanani ini terletak di Kampong Mantanani, Sabah. Perjalanan ke sini perlu menaiki bot di Jeti Kota Belud, Sabah iaitu di Kuala Abai atau di Rampayan Laut. Pulau Mantanani ini pernah terkenal suatu ketika dahulu kerana menjadi lokasi pilihan untuk pelancong tempatan atau luar untuk melihat dugong, dolphin dan plankton yang berwarna biru pada waktu malam. Sayangnya sekarang, hidupan marin eksotik sebegini semakin susah untuk dilihat di sini.
Walaupun pulau ini tidak terkenal seperti Pulau Mabul, kecantikan Pulau Mantanani memang tidak boleh dinafikan dan sangat sesuai untuk mereka jadikan sebagai destinasi pelancongan di Sabah. Terdapat beberapa resort yang mengadap laut di sini yang sangat cantik untuk penginapan pelancong seperti Bambaran Beach Resort, Low Price Holiday, Mari-Mari Mantanani, Mantanani Dream & Palm Beach.
Pulau Bohey Dulang
Pulau Bohey Dulang ini terletak di Semporna, Sabah. Untuk ke destinasi ini korang perlu menaiki bot dari jeti di Semporna (RM600 ke RM700 12 orang satu bot). Pelancong yang melancong ke pulau ini pasti tidak akan lepaskan peluang untuk mendaki dan mengambil gambar panorama pulau dari puncak.
Pelancong yang datang ke pulau ini wajib melakukan aktiviti pendakian ke puncak pulau untuk melihat panorama sekeliling yang pasti sangat berbaloi dengan kepenatan yang perlu ditanggung. Mendaki ke puncak setinggi 600 meter ini melalui denai-denai di sini memang agak mencabar juga dan mengambil masa sekitar 40 hingga 50 minit.
Pulau Mataking
Pualau Mataking ini terletak di Semporna, Sabah. Ia terletak tidak jauh dari Pulau Sipadan kira-kira 40min perjalan menaiki bot dari jeti Semporna. Kejernihan air laut yang membiru dan lokasi resort yang betul-betul di tepi pantai membuatkan Pulau Mataking sering menjadi destinasi pilihan pelancong untuk berbulan madu yang eksklusif.
Terdapat 2 buah pulau di sini iaitu Pulau Mataking Besar dan Pulau Mataking Kecil. Dua pulau ini hanya dipisahkan dengan jujuran pasir pantai yang tidak berapa besar dan pembentukan jujuran pasir ini memang sangat unik. Jujuran pasir pantai ini akan tenggelam apabila air laut pasang. Beberapa kawasan di pulau ini tidak terbuka kepada semua pelancong dan hanya boleh diakses oleh pelancong yang menginap di Mataking Resort.
Tempat Menarik Di Sarawak
Daripada Sabah, kita pergi pula ke sebuah negeri di kepulauan borneo juga iaitu Sarawak. Di sini juga terdapat pelbagai tempat menarik yang boleh kita kunjungi. Kalau Sabah terkenal dengan pulau yang cantik, Sarawak pula terkenal dengan flora dan fauna yang sangat banyak di dalam hutan hujannya.
Selain daripada itu, terdapat juga gaya hidup tradisional, anda dapat mempelajari tentang kepelbagaian etnik yang wujud di Sarawak misalnya etnik Bidayuh, Orang Ulu, Iban, Melanau, Penan, Kelabit, dan lain-lain yang secara keseluruhannya adalah 27 etnik.
Borneo Happy Farm
Borneo Happy Farm ini terletak di Jalan Batu Kawa, Bau, Sarawak. Tempat ini mempunyai tarikan percutian yang memberi manfaat kepada kanak-kanak. Anak-anak dapat belajar mengenal haiwan dengan lebih dekat di sini. Di samping mengenal haiwan, kanak-kanak juga dapat memberi haiwan makan.
Terdapat juga Arowana station untuk korang melihat sendiri dengan lebih dekat ikan arowana yang bersaiz besar dan cantik. Terdapat beberapa haiwan lagi seperti arnab, tikus belanda, spesies burung dan pelbagai lagi.
Tasik Biru
Tasik Biru ini terletak di Bau, Sarawak jaraknya sekitar 35 km dari bandaraya Kuching dan 5 minit dari bandar Bau. Tasik Biru ini adalah sebuah keindahan yang terbentuk hasil daripada kerja perlombongan emas. Nama asalnya Tai Parit yang bila dikaji maksud perkataan bahasa Cina Hakka ini adalah bermakna parit besar.
Perlombongan emas ini dihentikan kerana saluran air di bawah tanah telah pecah setelah perlombongan mencecah sehingga 200kaki dalam. Setelah itu terbentuklah Tasik Biru ini. Terdapat juga kisah misteri di Tasik Biru ini. Kata orang di sana, mereka mendakwa pernah melihat kura-kura emas yang kemudiannya hilang entah kemana.
Kampung Melayu / Kampung Boyan
Kampung Melayu ini terletak di Bandar Kuching, Sarawak di sekitar sungai Sarawak. Terdapat banyak kampung Melayu tradisional yang boleh ditemui di sekitar Sungai Sarawak, namun yang paling menjadi bualan ramai adalah Kampung Boyan.
Untuk ke sini boleh mggunakan bot penambang dari Kuching Waterfront dan turun di Fort Margherita. Boleh juga mneggunakan grab atau menaiki kereta tetapi perjalannya agak jauh sikit la. Kampung Boyan juga terkenal dengan jualan antara kek lapis yang tersedap di Sarawak seperti di Mira Cake House.
Jambatan Darul Hana
Jambatan Darul Hana ini terletak di Kuching, Sarawak. Nikmati pemandangan yang mengasyikkan di sekitar Jambatan Darul Hana. Dari jambatan ini, anda dapat menyaksikan pemandangan di sekitar Sungai Sarawak dan juga bandaraya Kuching dengan sepuas hati. Anda juga tidak patut melepaskan peluang untuk melihat keindahan ketika matahari terbenam dari sini, sangat mengujakan.
Pada waktu malam pula bermulanya sebuah pemandangan yang jauh lebih menarik. Ini kerana pada setiap pukul 8.30 malam terdapat persembahan cahaya laser yang disertai dengan iringan muzik di kawasan pancuran air.
Taman Negara Gunung Gading
Taman Negara Gunung Gading ini terletak di Lundu, Sarawak. Kalau korang nak melihat sendiri rupa bentuk bunga Rafflesia yang menjadi salah satu bunga yang terdapat pada duit negara Malaysia korang boleh lihat di sini.
Rafflesia merupakan bunga yang terbesar di dunia kerana kemampuannya untuk membesar sehingga satu meter diameter. Sekiranya anda teringin melihat bunga ini ketika ia mengembang besar, waktu yang terbaik adalah semasa musim hujan. Perjalanan dari Kuching ke Taman Negara ini mengambil masa selama 2 jam.
Rumah Panjang Annah Rais Bidayuh
Rumah Panjang Annah Rais Bidayuh terletak di kaki bukit Borneo Highland dan jaraknya dari Kuching adalah lebih kurang 90 km. Korang boleh juga melawat kawasan kolam air panas yang berada berdekatan dengan Rumah Panjang ini.
Rumah Panjang ini dibina pada tahun 1818. Rumah ini terdapat dua bahagian yang dipisahkan oleh sungai. Rumah klasik ini turut memegang rekod sebagai rumah panjang yang paling panjang di Sarawak. Apabila korang melawat rumah panjang ini, korang akan dapat melihat kehidupan masyarakat Bidayuh. Dikatakan bahawa rumah panjang ini pada awalnya dibina untuk mengelakkan ancaman penyamun kerana memudahkan penduduk untuk berkumpul menentang mereka.
Pasar Serikin
Pasar Serikin ini terletak di Serikin, Sarawak. Perjalanan yang diambil dari bandar Kuching ke Pasar Serikin adalah dalam 1 jam. Walaupun begitu, pasar ini tetap menarik ramai pelanggan kerana barangan kraftangan yang dijual di sini adalah dalam harga yang rendah sekali.
Antara kraftangan yang korang boleh temui di sini adalah kain batik, tikar, bubu, makanan tradisi dan bermacam lagi. Korang dinasihatkan untuk bertolak ke pasar ini dari Kuching pada pukul 8 pagi lagi kerana peniaga-peniaga pasar akan mula mengemaskan barang untuk pulang sebaik sahaja pukul 12 tengahari.
Taman Negara Kubah
Taman Negara Kubah ini terletak di jalan Lundu – Sampadi, Kuching, Sarawak. Korang boleh menginap di chalet yang disediakan di Taman Negara ini ataupun di homestay yang berada di sekitar Kampung Matang.
Taman Negara Kubah memiliki banyak tarikannya yang tersendiri seperti gunung, paya bakau dan pelbagai jenis binatang. Tambahan lagi di sini juga menempatkan Pusat Hidupan Liar Matang yang mana haiwan-haiwan yang terancam dipelihara sebagai contoh orang utan, musang, beruang, dan juga beberapa spesies burung yang amat dikenali di Sarawak antaranya burung Kenyalang dan helang laut.
Kalau korang suka aktiviti lasak, korang boleh melakukan aktiviti jungle tracking dan mendaki Gunung Serapi. Untuk jungle tracking, lima laluan disediakan kepada korang untuk diredahi iaitu Palmetum Trail, Waterfall Trail, Rayu Trail, Selang Trail dan Belian Trail. Taman Negara Kubah ini juga terdapat air terjun untuk korang bermandi-manda setelah hari korang dipenuhi dengan aktiviti yang memenatkan.
Leave a Reply