• Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Skip to footer
  • Resepi Mudah
  • Perkongsian Cerita
  • Kisah Seram
  • Bacaan Doa
  • Cara Solat Sunat
  • Tempat Menarik
  • Sihir Ilmu Hitam
DuitCoin Logo

DuitCoin

Experimentasi Minda Celaru

Home » Cara Solat Sunat » Cara Solat Dhuha | Panduan Lengkap Mudah Dan Ringkas

Cara Solat Dhuha | Panduan Lengkap Mudah Dan Ringkas

November 5, 2022 by Piee Ahmad

Table of Contents

  • Niat Solat Dhuha
  • Waktu Solat Dhuha
  • Bilangan Rakaat Solat Sunat Dhuha
  • Cara Solat Beserta Doa Dhuha
    • Lafaz Niat
    • Membaca Surah Al-Fatihah
    • Membaca Surah Dalam Solat Dhuha
    • Bacaan Semasa Sujud Akhir
  • Zikir Dhuha
  • Doa Dhuha
  • Kelebihan Solat Sunat Dhuha
    • Menyamai Sedekah Terhadap 360 Sendi
    • Diberi Kecukupan
  • Kesimpulan
  • Total5
  • Print1
  • Facebook0
  • Twitter0
  • Pinterest0
  • WhatsApp
  • Love This4

Berikut panduan lengkap cara solat sunat Dhuha dan cara bacaan doa Dhuha yang ringkas mengikut sunnah.

Solat Dhuha adalah salah satu solat sunat yang amat dituntut dilakukan oleh setiap umat Islam.

cara solat dhuha

Solat Sunat Dhuha yang sering disebut sebagai ‘amalan pembuka rezeki’ ini mempunyai pelbagai kelebihan.

Solat Dhuha  juga dikenali dengan nama solat al-Awwabin.

Berikut aku kongsikan maklumat lanjut tentang cara solat sunat Dhuha yang mudah beserta bacaan doa Dhuha yang lengkap.

Niat Solat Dhuha

أُصَلِّي سُنَّةَ الضُّحَي رَكْعَتَين ِللهِ تَعَاليَ

(Usollii sunnatadh-dhuhaa rak’ataini lillaahi ta’aalaa.)

Maksud Niat Solat Dhuha : ”Sahaja aku Solat Sunat Dhuha dua rakaat, kerana Allah Taala.”

Waktu Solat Dhuha

Waktu Solat Sunat Dhuha bermula daripada terbitnya matahari (selepas waktu syuruk) sehingga sebelum tergelincir matahari.

Waktu terbaik untuk Solat Sunat Dhuha ialah ketika pasir menjadi panas disebabkan matahari sudah mulai terpancar terik.

Solat Dhuha yang dilakukan pada waktu ini disebut sebagai Solat Awwabin.

Ini berdasarkan hadis

صَلَاةُ الأَوَّابِينَ حِينَ تَرْمِضُ الفِصَالُ

Maksudnya: Solat Awwabin ialah solat yang dilakukan ketika pasir (di tanah lapang) menjadi panas (kerana matahari sudah terik).

Bilangan Rakaat Solat Sunat Dhuha

Solat Dhuha boleh dilakukan dengan dua rakaat paling sedikit, kemudian seterusnya empat, enam, lapan sehingga 12 rakaat paling banyak.

Menurut Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, bilangan rakaat paling afdhal bagi Solat Sunat Dhuha adalah sebanyak 8 rakaat, berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ummu Hani’ bin Abi Thalib R.Anha beliau berkata :

أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم يَوْمَ الْفَتْحِ صَلَّى سُبْحَةَ الضُّحَى ثَمَانِيَ رَكَعَاتٍ يُسَلِّمُ مِنْ كُلِّ رَكْعَتَيْنِ

Maksudnya : Sesungguhnya Rasulullah S.A.W melaksanakan solat dhuha pada hari Fathu Makkah (pembukaan kota Makkah) sebanyak lapan rakaat yang mana baginda memberi salam setiap kali selepas dua rakaat.

Riwayat Abu Daud (1290)

Imam Al-Nawawi berkata : Para ashab kami dan jumhur ulama berdalilkan dengan hadis ini dalam menyatakan istihbab (galakan) melakukan Solat Sunat Dhuha sebanyak lapan rakaat.

Cara Solat Beserta Doa Dhuha

Lafaz Niat

أُصَلِّي سُنَّةَ الضُّحَي رَكْعَتَين ِللهِ تَعَاليَ

(Usollii sunnatadh-dhuhaa rak’ataini lillaahi ta’aalaa.)

Maksud Niat Solat Dhuha : ”Sahaja aku Solat Sunat Dhuha dua rakaat, kerana Allah Taala.”

Membaca Surah Al-Fatihah

Setelah takbiratul ihram, baca surah al-Fatihah seperti biasa.

Membaca Surah Dalam Solat Dhuha

Secara ringkasnya, kita boleh membaca mana-mana surah yang dihafal dalam semua solat sunat.

Namun antara surah-surah yang dianjurkan ulama dalam solat dhuha ialah:

Ayat Kursi (Rakaat Pertama) dan Al-Ikhlas (Rakaat Kedua) atau;
As-Syams (Rakaat Pertama) dan Ad-Dhuha (Rakaat Kedua) atau;
Al-lail (Rakaat Pertama) dan Al-Insyirah (Rakaat Kedua).
Kemudian solat diteruskan seperti biasa sehingga cukup 2 rakaat.

Bacaan Semasa Sujud Akhir

Pada sujud akhir sebelum tahiyat akhir, boleh dibacakan zikir berikut:

zikir solat dhuha sujud akhir

Wahab Li Ya Wahhab Ilman Wa Hikmatan War Zurqni Ya Razzaq Kulli Musahala

Maksudnya : “Berikanlah kepadaku, wahai Tuhan yang Maha Memberi akan ilmu dan hikmah. Dan murahkanlah rezeki kepadaku, wahai Tuhan yang Maha Pemberi Rezeki. Jadikanlah ia mudah bagiku.”

Zikir Dhuha

Akhir sekali, selepas memberi salam dan melengkapkan bilangan rakaat yang diingini, ucapkanlah istighfar.

Ini menurut hadis sahih dari ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha, ia berkata bahawa Rasulullah SAW, di mana diriwayatkan selesai solat Dhuha, baginda membaca doa Dhuha / mengucapkan,

اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِي، وَتُبْ عَلَيَّ، إِنَّكَ أَنْتَ التَّوَّابُ الرَّحِيْمِ

“Allahummagh fir lii wa tub ‘alayya, innaka antat tawwabur rahiim”

Maksudnya : “Ya Allah, ampunilah aku dan terimalah taubatku, sesungguhnya Engkau Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang) sampai baginda membacanya seratus kali.”

(HR. Bukhari dalam Al-Adab Al-Mufrad, no. 619. Syaikh Al-Albani mengatakan bahwa hadis ini sanadnya sahih.)

Doa Dhuha

Kita juga boleh membacakan doa dhuha ini:

اَللهُمَّ اِنَّ الضُّحَآءَ ضُحَاءُكَ،
وَالْبَهَاءَ بَهَاءُكَ،
وَالْجَمَالَ جَمَالُكَ، وَالْقُوَّةَ قُوَّتُكَ،
وَالْقُدْرَةَ قُدْرَتُكَ،
وَالْعِصْمَةَ عِصْمَتُكَ.
اَللهُمَّ اِنْ كَانَ رِزْقَى فِى السَّمَآءِ فَأَنْزِلْهُ
وَاِنْ كَانَ فِى اْلاَرْضِ فَأَخْرِجْهُ
وَاِنْ كَانَ مُعَسَّرًا فَيَسِّرْهُ
وَاِنْ كَانَ حَرَامًا فَطَهِّرْهُ
وَاِنْ كَانَ بَعِيْدًا فَقَرِّبْهُ
بِحَقِّ ضُحَاءِكَ وَبَهَاءِكَ وَجَمَالِكَ وَقُوَّتِكَ وَقُدْرَتِكَ
آتِنِىْ مَآاَتَيْتَ عِبَادَكَ الصَّالِحِيْنَ

Maksud Doa Dhuha :

Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikanny adalah kecantikanMu,
keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu,
kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu.
Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika di dalam bumi, keluarkanlah,
jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah.
Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu,
Limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.

Kelebihan Solat Sunat Dhuha

Solat Dhuha merupakan salah satu solat sunat yang amat dituntut untuk dilakukan oleh setiap muslim.

Diwasiatkan oleh Nabi SAW

Nabi SAW telah mewasiatkan kepada Abu Hurairah RA agar tidak meninggalkan solat Dhuha ini:

أَوْصَانِيْ خَلِيلِي صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِثَلاَثٍ: صِيَامِ ثَلاَثَةِ أَيَّامٍ مِنْ كُلِّ شَهْرٍ، وَرَكْعَتَي الضُّحَى، وَأَنْ أُوتِرَ قَبْلَ أَنْ أَنَامَ

Maksudnya: “Kekasihku (Muhammad SAW) mengingatkan akan daku supaya melakukan tiga perkara iaitu: berpuasa tiga hari pada setiap bulan, melaksanakan solat Dhuha sebanyak dua rakaat dan melakukan solat Witir sebelum tidur.” [Riwayat al-Bukhari (1880) dan Muslim (721)]

Baca Juga: Cara Solat Taubat | Memohon Keampunan Allah

Menyamai Sedekah Terhadap 360 Sendi

Antara kelebihan solat Dhuha yang lain adalah dua rakaat solat Dhuha menyamai kita telah melaksanakan sedekah terhadap 360 sendi di dalam badan kita.

Hadith ini diriwayatkan oleh Imam Muslim:

Daripada Abi Zar RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

يُصْبِحُ عَلَى كُلِّ سُلَامَى مِنْ أَحَدِكُمْ صَدَقَةٌ، فَكُلُّ تَسْبِيحَةٍ صَدَقَةٌ، وَكُلُّ تَحْمِيدَةٍ صَدَقَةٌ، وَكُلُّ تَهْلِيلَةٍ صَدَقَةٌ، وَكُلُّ تَكْبِيرَةٍ صَدَقَةٌ، وَأَمْرٌ بِالْمَعْرُوفِ صَدَقَةٌ، وَنَهْيٌ عَنِ الْمُنْكَرِ صَدَقَةٌ، وَيُجْزِئُ مِنْ ذَلِكَ رَكْعَتَانِ يَرْكَعُهُمَا مِنَ الضُّحَى

Maksudnya: “Pada pagi hari, setiap sendi salah seorang daripada kamu memerlukan kepada sedekah. Maka setiap tasbih (subhanallah) itu adalah sedekah, setiap tahmid (alhamdulillah) itu adalah sedekah, setiap takbir (allahuakbar) itu adalah sedekah, menyuruh berbuat perkara yang baik adalah sedekah, melarang daripada perkara yang mungkar adalah sedekah. Dan semua itu cukup (bersedekah kepada semua sendi itu) dengan dua rakaat yang telah didirikan oleh seseorang itu daripada solat Dhuha.” [Riwayat Muslim (720)]

Diberi Kecukupan

Daripada Nu’aim bin Hammar RA, bahawa Nabi SAW meriwayatkan daripada Allah SWT, firman Allah SWT:

يَا ابْنَ آدَمَ، لَا تُعْجِزْنِي مِنْ أَرْبَعِ رَكَعَاتٍ فِي أَوَّلِ نَهَارِكَ، أَكْفِكَ آخِرَهُ

Maksudnya: “Wahai anak Adam! Janganlah kamu tinggalkan untukku 4 rakaat pada awal siangmu. Nescaya aku akan cukupkan bagimu di akhir siangmu.”

[Riwayat al-Tirmizi (475) dan Abu Daud (1289)][Hadith ini dinilai hasan gharib oleh Imam al-Tirmizi. Adapun Syeikh Syu’aib al-Arna’outh menilai hadith ini sebagai sahih kerana perawi-perawinya adalah thiqah]

Kesimpulan

Marilah sama-sama kita cuba mengamalkan dan beristiqamah dalam melaksanakan Solat Sunat beserta doa Dhuha ini di dalam kehidupan seharian kita walaupun cuma dua rakaat.

  • Total5
  • Print1
  • Facebook0
  • Twitter0
  • Pinterest0
  • WhatsApp
  • Love This4

Filed Under: Cara Solat Sunat Tagged With: cara solat, cara solat dhuha

google-maps-hacks

Google Maps Hacks : Cara Hack Google Maps

Melihat kesesakan lalu lintas di Peta Google benar-benar dapat membantu korang merancang laluan pulang dari kerja. Kita semua kalau boleh tak nak lalu jalan yang sesak ketika pulang dari kerja kan. Bagaimana jika google maps hacks boleh berlaku. Seorang lelaki bernama Simon Wecket telah berkongsi satu video di mana beliau telah menggunakan 99 smartphone yang […]

Bisnes Air Balang Modal Minimum Untung Maximum

Korang mungkin biasa dengar pasal orang buat bisnes air balang kat pasar malam, tepi-tepi jalan, bazaar Ramadhan dan banyak tempat lagi la. Pernah dengar tak keuntungan dorang jual air tu berapa? Nampak macam bisnes jual air je kan tapi sebenarnya dengar modal yang minimum dorang boleh jana pendapatan yang lumayan. Tapi tak semua orang boleh […]

cara-mengatasi-masalah-penyewa-tak-bayar-sewa

Cara Mengatasi Masalah Penyewa Tak Bayar Sewa Rumah Yang Degil

Zaman sekarang ni sudah ramai yang menyewakan rumah untuk menambah pendapatan. Tetapi jika dapat penyewa yang keras kepala pening jugak nak menghadapnya. Teruskan membaca jika anda nak tahu cara mengatasi masalah penyewa tak bayar sewa lepas tu tak nak keluar rumah sewa kita. Saya fikir ramai yang mengalami keadaan macam ni: “Saya ada sewakan rumah […]

cara sujud sahwi dalam solat

Cara Sujud Sahwi Panduan Lengkap Beserta Video

Cara sujud sahwi yang betul aku kongsikan dalam blog ni adalah panduan lengkap cara mengerjakannya beserta panduan video cara melakukan sujud sahwi. Aku harap perkongsian ini dapat membantu korang untuk melakukan sujud sahwi ini. Walaupun sujud sahwi ni merupakan perkara sunat, tetapi kita digalakkan untuk melakukannya jika terlupa beberapa perkara semasa melakukan solat. Bila Kita […]

aktiviti-cuti-sekolah

Aktiviti Cuti Sekolah Yang Bermanfaat Untuk Anak-anak

Bila masuk je cuti sekolah semua ibu bapa dah macam tak tahu apa aktiviti cuti sekolah yang menarik untuk anak-anak kan. Tak macam zaman dahulu, cuti sekolah penuh dengan aktiviti bersama rakan-rakan. Zaman sekarang yang penuh dengan pelbagai gadjet ni risau jugak kan kalau cuti anak-anak ni di habiskan dengan gadjet. Jadi kat sini aku […]

Primary Sidebar

Search This Blog

Categories

  • Bacaan Doa
  • Buat Duit Online
  • Cara Hacks System
  • Cara Solat Sunat
  • Hiburan
  • Kisah Seram
  • Peguam Dan Pengguna Malaysia
  • Plan Internet Malaysia
  • Resepi Mudah
  • Sihir Ilmu Hitam
  • Takwim Cuti Sekolah
  • Tech Tips
  • Tempat Makan Menarik
  • Tempat Menarik

Footer

Sang Penulis

Korang boleh panggil aku Piee. Blog ni sekadar mengisi masa lapang aku. Sekadar ingin berkongsi maklumat dan pendapat dari pandangan aku. Semoga pengisian dalam blog ni dapat memberi serba sedikit manfaat untuk korang semua.

Kalau korang ada cerita menarik yang nak diluahkan, nak dikongsikan dengan aku dan pembaca blog ni, korang boleh Klik Sini...

Copyright DuitCoin © 2023 ·