Sudah sebulan mendirikan rumah tangga, kisah pelakon Datin Intan Najuwa dan suaminya, Dato Ahmad Asraf sering menjadi bualan ramai.
Malah, Intan juga dilihat terbuka berkongsikan mengenai kehidupannya selepas bergelar isteri. Antara yang menjadi perhatian, Intan berkata dia sudah bertukar menjadi harimau (garang) selepas berkahwin.
BACA: Intan Najuwa Jawab Dakwaan Gelaran Datuk Suami Palsu
Menerusi sesi siaran langsung di TikTok baru-baru ini, Intan berkata setiap kali pulang ke rumah suaminya boleh tahu kerana dari jauh sudah boleh mendengarnya membebel.
“Dulu kucing, sekarang sudah jadi harimau di rumah. Suami akan tahu saya sudah balik rumah sebab boleh dengar suara membebel walaupun jarak 500 meter lagi,” selorohnya.
Sebelum ini ada segelintir pihak mendakwa gelaran datuk suaminya palsu. Bagaimanapun, Intan berkata dia tidak kisah mengenai perkara tersebut serta menyifatkan gelaran berkenaan tidak memberi apa-apa padanya.