Solat Sunat Witir merupakan sunat muakkad yang amat penting dan digalakkan melakukannya. Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam sentiasa melakukan solat Witir dan solat sunat Fajar, baik ketika Baginda bermukim ataupun ketika bermusafir.
Ada riwayat yang mengatakan bahawa Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam tidak pernah meninggalkan Solat Witir walaupun sekali. Sabda Rasullulah Sallallahu Alaihi Wasallam dari Abu Hurairah: โSesiapa yang tidak berwitir, maka bukanlah dia termasuk golongan kami.โ (Diriwayatkan oleh Ahmad dan Abu Daud)

Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda lagi: โSesungguhnya Allah SWT. menganugerahkan kepada kamu solat yang lebih baik daripada bersedekah beberapa ekor unta yang sempurna dan baik iaitu Solat Witir.โ (Hadis Riwayat al-Turmudzi dan al-Hakim r.a.)
Dinamakan โSolat Sunat Witirโ kerana bilangan rakaatnya ganjil. Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam: โWahai ahli Al-Quran, kerjakanlah Solat Witir sebab Allah itu Witir (Ganjil / Maha Esa) dan suka sekali kepada ganjil.โ (Riwayatkan oleh Ahmad Ash hab al-Sunan, al-Turmudzi dan Hakim).
Solat Witir boleh dikerjakan 1 rakaat, 3, 5, 7, 9 atau paling banyak 11 rakaat. Ia dilakukan dua-dua rakaat dan diakhiri dengan 1 rakaat, atau berakhir 3 rakaat (1 tahiyyat 1 salam).
Solat Sunat Witir Penutup Solat
Solat Witir dilakukan setelah solat Isyak hingga menjelang fajar (subuh). Ia dapat dikerjakan sebagai pelengkap solat Tahajjud atau solat Tarawih. Ia sebagai penutup segala solat yang dilakukan hingga menjelang Subuh.
Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: โAkhirilah solat malammu itu dengan Solat Witir.โ (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim r.a.)
Sekiranya dirasa tidak akan terbangun mengerjakan solat Tahajjud lagi, maka bolehlah terus mengerjakan solat Witir sesudah mengerjakan solat Isyak.
Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: โSesiapa yang berasa dirinya tidak mampu untuk bangun pada penghujung malam, sebaiknya mengerjakan solat witir pada awal malam, tetapi bagi sesiapa yang berasa dirinya mampu dan yakin akan dapat bangun pada penghujung malam, sebaiknya mengerjakan solat witir pada akhir malam, kerana solat pada akhir malam itu akan dihadiri oleh para malaikat dan itulah yang lebih utama.โ (Hadis riwayat Ahmad, Muslim, Termizi dan Ibnu Majah)
Fadhilat Solat Sunat Witir
1. Orang yang mengamalkannya akan turut disaksikan oleh para Malaikat.
2. Solat Witir lebih utama daripada solat-solat sunat Rawatib yang lain.
3. Menurut sunnah yang akan memperolehi syafaat Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam di akhirat kelak.
Cara Solat Witir Dilakukan
Cara solat Witir yang mudah untuk kita lakukan adalah seperti berikut:-
1. Lafaz dan niat pada setiap 2 rakaat pertama

โU-shol-lii sun-na-tal wit-ri rok-โa-tai-ni lil-laa-hi ta-โaa-laa.โ
Sahaja aku Solat Sunat Witir dua rakaโat, kerana Allah Taโala.
2. Bacaan selepas Fatihah:
Rakaโat pertama: Surah Al-Aโlaa
Rakaโat kedua: Surah Al-Kafiruun
3. Sesudah salam, terus berdiri untuk mengerjakan satu lagi rakaโat Witir.
4. Lafaz niat pada satu rakaat terakhir:

โU-shol-lii sun-na-tal wit-ri rok-โa-tan lil-laa-hi ta-โaa-laa.โ
Sahaja aku Solat Sunat Witir satu rakaโat, kerana Allah Taโala.
5. Selepas Al-Fatihah pada rakaat terakhir, dibaca โSurah Muโawwizatโ iaitu:
a) Al-Ikhlas,
b) Al-Falaq dan
c) An-Naas.
Al-Nasaโi meriwayatkan daripada Kaโab r.a., ia berkata: โRasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam membaca dalam solat Witir dengan Surah Al-Aโlaa, Al-Kafiruun dan Al-Ikhlas.โ
Hadis Sunan At-Termizi Jilid 1. Hadis Nombor 0461.
Ishaq bin Ibrahim bin Habib bin Syahid Al Bushri menceritakan kepada kami, Muhammad bin Salamah Al Harrani memberitahukan kepada kami dari Khusaif dari Abdul Aziz bin Juraij berkata: โSaya bertanya kepada Aisyah, membaca surat apa ketika Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam mengerjakan solat witir?โ
Aisyah menjawab: โBaginda membaca pada rakaat pertama dengan: โSabbihisma Rabbikal Aโlaaโ, โQul Yaa Ayyuhal Kaafiruunโ pada rakaat kedua, dan โQul Huwallaahu Ahadโ dan โMuawwidzatainโ pada rakaat ketiga.โ
Wirid Dan Doa Selepas Solat Witir
Cara solat Witir yang seterusnya adalah dengan wirid dan doa selepas solat sunat Witir:-
1. Selesai mengerjakan Solat Witir disunatkan mengucapkan:

Zikir ini dibaca tiga kali dan pada kali yang ketiga hendaklah menaikkan suara. โRasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam setelah salam dari solat witir berkata: Subhanallah Malikil Qudduus tiga kali dan meninggikan suaranya pada zikir yang ketiga.โ (Hadis dari Ubay bin Kaโab)
2. Kemudian dibaca 1 kali kalimah berikut:

3. Seterusnya boleh dibaca doa-doa berikut:


4. Adakalanya Rasulullah SAW membaca doa:

5. Diakhiri dengan Doa Solat Sunat Witir

Hukum Tangguh Solat Sunat Witir Adalah Harus
- Harus seseorang itu melakukan solat witir sebanyak dua rakaat saja dan simpan satu rakaat lagi untuk dilakukan selepas solat sunat lain pada tengah malam.
- Harus juga menangguhkan Solat Witir untuk dijadikan penutup selepas solat sunat lain pada tengah malam.
- Jika seseorang itu melakukan solat Witir selepas Tarawih kerana mahu mendapatkan pahala jemaah, dibolehkan baginya untuk solat sunat lain ketika bangun tengah malam, tetapi dilarang mengulangi solat witir lagi. Sabda Rasullulah Sallallahu Alaihi Wasallam: โTidak ada dua witir pada satu malam.โ
Imam Ahmad berkata: โSesiapa meninggalkan solat witir, maka dia seorang lelaki yang buruk dan tidak wajar untuk menerima persaksiannya.โ
ุนููู ุฃูุจูู ููุฑูููุฑูุฉู ููุงูู ุฃูููุตูุงููู ุฎููููููู ุตููููู ุงูููููู ุนููููููู ููุณููููู ู ุจูุซูููุงุซู ุจูุตูููุงู ู ุซูููุงุซูุฉู ุฃููููุงู ู ู ููู ููููู ุดูููุฑู ููุฑูููุนูุชููู ุงูุถููุญูู ููุฃููู ุฃููุชูุฑู ููุจููู ุฃููู ุฃูุฑูููุฏู.
Daripada Abu Hurairah, katanya, โTelah berpesan kepadaku temanku (Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam) tiga pesanan: Puasa 3 hari setiap bulan, solat Dhuha 2 rakaat dan solat Witir sebelum tidur.โ (Riwayat Bukhari, Muslim dan Thabarani).
Doa Qunud Solat Witir Bermula Malam Ke-16 Ramadhan
Bemula malam 16 Ramadhan, disunatkan membaca Doa Qunut sebelum melakukan sujud petama.

Begitulah cara solat Witir dilakukan. Ia mudah untuk dilaksanakan. Semoga kita semua dapat melakukannya dengan sempurna. Selamat beramal.
Leave a Reply