Assalamualaikum. Kembali lagi Bersama saya yang tak berapa pandai bertutur kata dan Menyusun bicara, namun ada cerita yang ingin dikongsikan dengan para pembaca.
Kali ini saya ingin berkongsikan kisah benar dari pengalaman saudara saya sendiri. Cerita ini berlatar belakangkan Kawasan sekolah rendah harian. Selalunya kita sering dimomokkan dengan cerita hantu apabila melibatkan sekolah berasrama, namun lain pulak dalam cerita ini.
Sedikit pengenalan mengenai saudara saya ini. Saya namakan dia Zira (bukan nama sebenar). Dia merupakan seorang guru perempuan di salah sebuah sekolah dalam Malaysia ni. Dalam masa yang sama, dia juga merupakan jurulatih salah satu permainan yang sering mengambil bahagian dalam berbagai pertandingan di sekolah tersebut.
1. Cerita 1:
Seperti hari biasa, selepas tamat waktu persekolahan, memandangkan rumah Zira terletak tidak jauh dari sekolah, Zira akan pulang sebentar ke rumah untuk mandi, solat, makan dan tukar baju sebelum ke sekolah semula untuk melatih anak-anak muridnya sebelum menghadapi pertandingan yang bakal berlangsung tidak lama lagi. Dia Bersama seorang lagi guru lelaki (guru ni stay bag di sekolah, saya namakan dia Mad) bekerjasama mengatur strategi untuk memenangi perlawanan yang akan datang.
Ada satu hari tu, setelah selesai Latihan, masa tu dah hampir waktu maghrib, Zira tengah bersiap-siap untuk pulang setelah selesai Latihan. Masa dalam perjalanan ke tempat parking, dia ternampak tiga orang ‘budak’ di tingkat paling atas bangunan akademik. Dia secara spontan menjerit, “Tu tiga orang kat atas tu. Hampa buat apa kat atas tu? Hampa turun la ni!”, dalam nada tinggi. Tiba-tiba guru seorang lagi tu tegur Zira, “Bukan budak-budak tu kak oiii, ‘kawan-kawan’ kita jugak la tu”, dengan suara berbisik. Baru dia tersedar, masa tu dah hamper gelap, boleh dikatakan sekolah dah kosong melainkan budak-budak yang terlibat dengan aktiviti sukan. Tu pun kebanyakannya dah balik. Terus beristigfar Zira. Bila malam menjelma, mula la bermacam bunyi ketukan di pintu dan tingkap rumah Zira. Bak kata Zira, mungkin ‘budak-budak’ tu mengikut dia balik. Wallahualam.
2. Cerita 2:
Cerita kedua ni pun, sama juga. Berlaku sewaktu Latihan sukan pada waktu petang. Al kisah, Mad, partner Zira yang lelaki ni, sebab dia stay beg, dia sampai awal di padang. Masa tu, ada la dalam dua atau tiga orang murid yang baru sampai jugak. Sementara menunggu yang lain sampai dan waktu Latihan bermula, mereka yang dah sampai buat simple warm up dekat tepi padang. Tengah-tengah dok buat warm up tu, tiba-tiba mereka terperasan seperti ada dua orang budak kecik mengendap mereka dari sebalik dinding (seperti main cuk cak). Mad pun perasan waktu tu, tapi dia abaikan saja sebab masa dia terpandang ke arah dua orang ‘budak’ tersebut, muka budak tersebut tersangat hitam yang mengerikan.
Dalam masa yang sama, dia juga tahu bahawasanya pada waktu tersebut, tiada lagi budak-budak kecik (pra atau darjah satu) yang tinggal. Lepas dia abaikan apa yang dia Nampak, ada pula salah sorang dari anak murid dia yang tegur “siapa budak-budak tu cikgu?”. Sebab Mad saja orang dewasa yang ada dalam Kawasan sekolah time tu (selain pak guard dekat pintu pagar), dia cuba beranikan diri memeriksa tempat tersebut, tetapi tiada seorang pun di sana. Apabila Zira sampai, dia ceritakan gangguan yang dia alami kepada Zira. Mujurlah tiada apa-apa berlaku selepas itu.
3. Cerita 3:
Cerita ketiga ini pun sama, berlaku pada waktu petang. Yang bezanya, bukan di Kawasan padang, tetapi dalam bilik guru. Kalau tak salah, ada dalam tiga atau empat orang guru yang stay beg pada hari tersebut, sama juga, sebab terlibat dalam Latihan sukan masing-masing. Sebelum ke padang, mereka berborak sesame mereka dalam bilik guru tersebut. Dalam bilik guru tersebut, setiap meja ada pembahagi (partition), kiranya kalau kita sembang sambal buat kerja di meja masing-masing, memang tak Nampak muka antara satu sama yang lain.
Tengah mereka bersembang tentang topik semasa, ada salah seorang guru menyampuk perbincangan mereka (saya namakan Siti). Then, seorang lagi pun cakap, “Eh, kak Siti bukan dah balik ka tadi?”, sambal bangun ke meja Siti. Apabila sampai, tempat tersebut kosong, baru dia perasan hanya mereka berempat sahaja dalam bilik guru tersebut. Guru seorang lagi pun cakap, “Kita bersembang, dia pun nak menyampuk. Jom la kita keluar”, serentak keempat-empat mereka meninggalkan bilik guru.
4. Cerita 4:
Cerita kali ini berlaku ketika hari merentas desa. Pada hari tersebut, setiap check point akan dijaga oleh seorang guru. Macam biasa, setiap check point, budak-budak akan diberikan ‘goodies’ menandakan mereka melalui laluan yang betul dan tidak menipu dengan menggunakan jalan short cut. Tengah budak-budak berlari, sampai di salah satu check point yang seperti agak tersorok, salah seorang cikgu tengah duduk di situ (saya namakan cikgu Yati). Budak-budak yang melalui check point tersebut menunggu untuk diberikan ‘goodies’, tetapi cikgu Yati hanya diam tanpa berkata apa-apa. Salah seorang guru lelaki yang follow budak-budak berlari pun cuba enegur cikgu Yati, tetapi sama juga, diabaikan.
Cikgu lelaki tersebut bagi arahan kepada budak-budak tersebut untuk teruskan larian. Sampai la ke check point yang dah hamper ke Kawasan sekolah, sekali lagi mereka bertemu dengan cikgu Yati. Cikgu lelaki tersebut cakap, “Cepatnya sampai sini, lalu jalan mana?”, dan cikgu Yati membuat mula pelik, “Aku dok kat sini dari awai tadi lagi, tak pi mana pun lagi, tunggu budak-budak habis lalu baru aku ingat nak follow dari belakang”, terdiam terus cikgu lelaki & budak-budak yang terjumpa cikgu Yati awal tadi.
5. Cerita 5:
Menjelang hari peperiksaan, ada satu kelas terpilih perlu menghadiri kelas tambahan yang diadakan lepas waktu persekolahan. Zira ialah orang yang bertanggungjawab untuk mengajar subjek pada hari tersebut. Baru hendak mula mengajar, kelas diganggu oleh bunyi bising dari kelas sebelah. Bunyinya seperti budak-budak hiperaktif bermain semasa ketiadaan guru dalam kelas. Pakej sekali bunyi Gerakan kerusi meja seperti ditolak Tarik.
Mulanya Zira membiarkan sahaja bunyi tersebut, tapi apabila bunyi bising tersebut mengganggu kosentrasi anak-anak murid dalam kelasnya, dia mengambil inisiatif untuk melihat apa yang berlaku di kelas tersebut. “Hampa tunggu sat, cikgu nak pi tengok kelas sebelah, bising sangat”, kata Zira sebelum meninggalkan kelas. Apabila dia sampai ke pintu kelas sebelah, yang ada Cuma suasana yang amat sunyi tanpa seorang manusia pun. Dia Kembali ke kelas dan budak-budak bertanya, “Ada apa cikgu?”. Dia jawab, “Tak ada apa-apa”, sambal senyum yang dibuat-buat.
6. Cerita 6:
Seperti biasa, untuk matapelajaran sains, kadang-kadang belajar dalam kelas, kadang-kadang belajar dalam bilik darjah. Pada satu hari tersebut, cikgu sains salah satu kelas di situ, membuat keputusan untuk mengajar di dalam bilik darjah sahaja. Tetapi, silibus pada hari itu memerlukan beberapa sample dan contoh yang disimpan di bilik sains. Cikgu tersebut telah membawa semua material yang diperlukan ketika mengajar. Apabila kelas tamat, cikgu tersebut meminta bantuan ketua darjah untuk menghantar semula material yang digunakan ke bilik sains. Ketua darjah tersebut hanya menurut memandangkan bilik sains terletak tidak jauh dari kelas mereke.
Ketika sampai ke bilik sains tersebut, dia ternampak seorang lagi guru sains (guru kelas lain) duduk di meja guru dalam bilik tersebut. Dia cuba menegur dan memberi salam, tetapi cikgu tersebut hanya diam. Dia perasan keadaan bilik sains yang panas dan tidak dibuka kipas. Sempat terfikir adakah cikgu tersebut tidak berasa panas. Tapi memandangkan suasana dalam bilik tersebut seperti tidak menerima kehadiran dia (mungkin cikgu tersebut bad mood fikirnya), dia hanya meletakkan material yang dibawa ke tempat yang sepatutnya dan Kembali ke kelas. Sampai di kelas, dia terus jumpa dengan anak cikgu tersebut, “Wei, aku jumpa mak hang tadi kat bilik sains, aku bagi salam, dia tak jawab pun”. Anak cikgu tersebut bagi reaksi yang pelik, “Hang biaq betoi, mak aku MC la hari ni, demam”.
7. Cerita 7:
Cerita terakhir ni berlaku pada awal pagi, lebih kurang pukul 6.40 pagi macam tu. Dekat sekolah tersebut, ada seperti jeriji @ grill besi di setiap tingkat. Berhadapan dengan sekolah pula, ada sebuah tadika swasta. Ada satu pagi tu, sekolah tiba-tiba dikejutkan dengan jeritan daripada cikgu tadika di seberang sekolah, “Woiii, hang buat apa kat atas tu? Pak guard! Tu, budak tu kat atas tu!”, sambal tunjuk kearah bangunan akademik. Pak guard sekolah terus tengok ke arah yang ditujukkan dan terus berlari kea rah tersebut apabila ternampak seorang murid tengah memanjat di tingkat atas sekali.
Apabila budak tersebut telah Berjaya diselamatkan / diturunkan, cikgu-cikgu mula mengerumuni budak tersebut. Ada yang marah, ada yang bertanya, “Hang cari apa kat atas tu, dok dengan sapa kat atas tu?”, tapi dia hanya tersengih menyeringai. Senyuman yang boleh dikatakan tidak normal dan Nampak seram.
Rasanya sampai di sini dulu cerita saya pada kali ini. InsyaAllah, ada jodoh, Panjang umur, saya kongsikan cerita yang lain pulak. Sekian, terima kasih.
Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit