Percutian ke Melaka seringkali menjadi satu perkara yang dinanti-nantikan bukan sahaja bagi yang belum pernah merasa peluang untuk ke sana tapi juga yang telah pernah menjejakkan kaki ke bandaraya klasik ini. Cukup banyak tarikan menarik yang ada di sini yang boleh membangkitkan nostalgia jiwa.
Bila bercakap tentang tarikan yang ada di kota ni, memang tak cukup sehari untuk diceritakan apatah lagi untuk melihat semua tarikan yang ada di negeri Baba Nyonya ini.
Begitu banyak tarikan, dari yang jelas terpampang di depan mata hinggalah yang tersembunyi daripada pengetahuan ramai. Nak tak nak, kenalah cari tempat penginapan untuk diteroka segalanya. Salah satu tempat penginapan yang boleh anda pertimbangkan semasa datang bercuti di Melaka ialah MITC Hotel.
Hotel ni bukan sahaja selesa dan terletak di lokasi best sebab hanya 2 km sahaja dari taman tema Melaka Wonderland, tapi juga kerana kafe dan restorannya yang menghidangkan antara makanan yang viral di Melaka.
Hidangan yang dimaksudkan ini ialah Kari Kepala Ikan Asahan. Jom kita tengok apa yang istimewa sangat dengan Kari Kepala Ikan Asahan di MITC Hotel ni.
Kari Kepala Ikan Paling Menggoda Jiwa di Melaka
Siapa peminat Kari Kepala Ikan? Susah nak jumpa orang yang tak suka dengan hidangan ni, ye tak? Yang tak pernah suka pun, rasanya dengan sekali cuba je Kari Kepala Ikan Asahan pasti akan jatuh cinta.
Betul ke sedap sampai boleh mencuri hati? Kalau nak tahu, dalam masa hanyalah dua tahun sahaja, jumlah jualan Kari Kepala Ikan Asahan dah pun mencecah sehingga 15,000 set! Jumlah jualannya sahaja dah menunjukkan hebatnya penangan menu istimewa ni.
Keistimewaan Kari Kepala Ikan Asahan
Kari Kepala Ikan restoran ini sungguh mengenyangkan kerana dihidangkan dalam saiz hidangan yang besar. Yang penting, kesegaran ikan yang digunakan dapat dirasai, disaluti pula dengan kuah kari yang pekat dan likat dengan rempah, aromanya sahaja sudah boleh meruntun jiwa, apatah lagi bila dirasa?
Bukan itu sahaja, atmosfera cafe dan restoran yang menghidangkan Kari Kepala Ikan ni juga cukup selesa, sesuai untuk anda bersantai menikmati hidangan bersama keluarga atau rakan-rakan yang ikut bercuti bersama.
Menu
Menu Kari Kepala Ikan di restoran ini dihidangkan dalam bentuk set untuk dua orang makan.
Bagi Set A, menu yang bakal dihidangkan di atas meja ialah sudah semestinya Kari Kepala Ikan Asahan serta hidangan lain seperti Taugeh Ikan Masin, Telur Dadar, Sambal Belacan, Papadom dan Acar Jelatah untuk dimakan dengan Nasi Putih. Untuk minuman pula, set ini datang dengan Asahan Delight Drink.
Bagi Set B pula, menu yang disediakan adalah seperti Kari Kepala Ikan Asahan, Ayam Dry Chili, Taugeh Ikan Masin, Telur Dadar, Sambal Belacan, Nasi Putih, Papadom, Acar Jelatah, Buah-Buahan dengan minuman istimewa Asahan Delight Drink.
Akhir sekali, untuk Set C, yang dihidang panas-panas ialah Kari Kepala Ikan Asahan, Ayam Berempah, Sambal Udang Bemban, Taugeh Ikan Masin, Telur Dadar, Sambal Belacan, Nasi Putih, Papadom, Acar Jelatah, Buah-Buahan dan Asahan Delight Drink.
Berkenaan minuman yang ditawarkan, Asahan Café menyediakan pelbagai jenis minuman menyegarkan tekak yang enak. Selain itu, bagi pencinta kopi, bermacam pilihan kopi boleh didapati antaranya Cappucino dan juga Latte yang dihidangkan dengan kreatif. Wajib untuk anda pekena secawe bagi memantapkan tenaga sebelum meneruskan penerokaan ke sekitar kota Melaka.
Harga Set Kari Kepala Ikan Asahan
Harga bermula dari RM 78.00 hingga RM 118.00 iaitu RM78 untuk Set A, RM 98.00 untuk Set B dan RM 118.00 untuk Set C. Untuk kesempurnaan rasa yang ditawarkan, harga yang dikenakan sangat berpatutan!
Set A | RM 78.00:
- Kari Kepala Ikan Asahan
- Taugeh Ikan Masin
- Telur Dadar
- Sambal Belacan
- Nasi Putih
- Papadom
- Acar Jelatah
- Asahan Delight Drink
Set B | RM 98.00:
- Kari Kepala Ikan Asahan
- Ayam Dry Chili
- Taugeh Ikan Masin
- Telur Dadar
- Sambal Belacan
- Nasi Putih
- Papadom
- Acar Jelatah
- Buah-Buahan
- Asahan Delight Drink
Set C | RM 118.00:
- Kari Kepala Ikan Asahan
- Ayam Berempah
- Sambal Udang Bemban
- Taugeh Ikan Masin
- Telur Dadar
- Sambal Belacan
- Nasi Putih
- Papadom
- Acar Jelatah
- Buah-Buahan
- Asahan Delight Drink
Lokasi
Hidangan istimewa ini ditawarkan di Coffeehouse Asahan dan Bemban Restoran yang kedua-duanya terletak di MITC Hotel, Melaka. Hotel ini terletak berdekatan dengan Jusco Shopping Ayer Keroh, Zoo Melaka, Mini Malaysia dan juga Taman Buaya.
Waktu Operasi
- Bemban Restoran: 7:00 am – 6.00 pm
- Asahan Café: 10.00 am – 12.00 am
Alamat: MITC Hotel, Jalan Konvensyen, 75450 Ayer Keroh,Melaka
Info Penting
Instagram: @mitchotel
Facebook: @MITCHotelMelaka
Laman Web: mitchotel.com
No Tel: 06-2331551