• Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Skip to footer
  • Resepi Mudah
  • Perkongsian Cerita
  • Kisah Seram
  • Bacaan Doa
  • Cara Solat Sunat
  • Tempat Menarik
  • Sihir Ilmu Hitam
DuitCoin Logo

DuitCoin

Experimentasi Minda Celaru

Home » Cara Solat Sunat » Cara Sujud Sahwi Panduan Lengkap Beserta Video

Cara Sujud Sahwi Panduan Lengkap Beserta Video

November 2, 2022 by Piee Ahmad

Table of Contents

  • Bila Kita Perlu Lakukan Sujud Sahwi?
  • Cara Sujud Sahwi Yang Betul
    • Niat Sujud Sahwi
    • Bacaan Ketika Dalam Sujud Sahwi Pertama
    • Duduk Antara 2 Sujud Sahwi
    • Bacaan Ketika Dalam Sujud Sahwi Kedua
    • Duduk Tahiyat Akhir Sebelum Memberi Salam
  • Video Cara Melakukan Sujud Sahwi Dengan Betul
  • Kebaikan Sujud Sahwi
  • Total3
  • Print0
  • Facebook0
  • Twitter0
  • Pinterest0
  • WhatsApp
  • Love This3

Cara sujud sahwi yang betul aku kongsikan dalam blog ni adalah panduan lengkap cara mengerjakannya beserta panduan video cara melakukan sujud sahwi. Aku harap perkongsian ini dapat membantu korang untuk melakukan sujud sahwi ini. Walaupun sujud sahwi ni merupakan perkara sunat, tetapi kita digalakkan untuk melakukannya jika terlupa beberapa perkara semasa melakukan solat.

Bila Kita Perlu Lakukan Sujud Sahwi?

Kita perlu lakukan sujud sahwi ini jika kita terlupa salah satu perkara seperti yang berikut:-

  • Tertinggal rukun solat (kecuali niat dan takbiratul ihram)
  • Ragu-ragu terhadap bilangan rakaat dalam solat
  • Melakukan perbuatan yang dilarang dalam solat
  • Melakukan rukun bukan pada tempatnya
  • Meninggalkan Sunat Ab’adh

Cara Sujud Sahwi Yang Betul

cara sujud sahwi dalam solat

Sujud sahwi ini dilakukan pada penghujung solat iaitu ketika kita sudah selesai mengerjakan tahiyat akhir di dalam solat. Walaupun sujud sahwi ini hanya perkara sunat, tetapi ia tergolong di dalam perkara sunat yang dituntut untuk dilakukan apabila kita terlupa lakukan perkara-perkara seperti yang di atas. Berikut merupakan langkah-langkah melakukan sujud sahwi.

Niat Sujud Sahwi

“Sahaja aku melakukan sujud sahwi” di baca sebelum melakukan sujud sahwi selepas selesai membaca tahiyat akhir di dalam solat.

Bacaan Ketika Dalam Sujud Sahwi Pertama

Selesai niat, kita hendaklah terus melakukan sujud seperti sujud biasa di dalam solat. Kemudian bacaan di dalam sujud sahwi di baca seperti berikut sebanyak 3 kali:-

سُبْحَانَ مَنْ لاَ يَنَامُ وَلاَيَسْهُوْ
Subhana Man Laa Yanaamu Walaa YasHuu

Maksudnya: “Maha Suci Allah yang tidak tidur dan tidak lupa”

Duduk Antara 2 Sujud Sahwi

Kemudian bangun daripada sujud dan duduk antara 2 sujud seperti solat biasa. Ketika ini korang boleh memilih untuk membaca bacaan seperti bacaan duduk antara 2 sujud ataupun korang boleh diam seketika beserta tamakninah (diam sebentar).

Bacaan Ketika Dalam Sujud Sahwi Kedua

Sama seperti sujud sahwi yang pertama, bacaan sujud sahwi di baca sebanyak 3 kali:-

سُبْحَانَ مَنْ لاَ يَنَامُ وَلاَيَسْهُوْ
Subhana Man Laa Yanaamu Walaa YasHuu

Maksudnya: “Maha Suci Allah yang tidak tidur dan tidak lupa”

Duduk Tahiyat Akhir Sebelum Memberi Salam

Kemudian bangun daripada sujud sahwi yang kedua dan duduk seperti duduk tahiyat akhir. Kemudian berikan salam pertama seperti dalam rukun solat yang biasa untuk menyelesaikan solat yang dilakukan.

Video Cara Melakukan Sujud Sahwi Dengan Betul

Berikut merupakan video cara sujud sahwi jika korang masih belum faham cara melakukannya.

Kebaikan Sujud Sahwi

Sujud sahwi sangat dituntut untuk membaiki solat kita yang serba kekurangan. Allah yang Maha Penyayang masih boleh menerima ibadah kita walaupun ada cacat celanya. Segala amalan yang dituntut dalam Islam pasti ada hikmahnya. Dalam perihal sujud sahwi, kita sebagai hamba Allah banyak kekurangannya. Maka, Rasulullah SAW mengajar kita cara sujud sahwi sebagai salah satu cara menutup kekurangan kita. Kita sebagai hamba perlu segera memohon keampunan kepada Allah jika berlaku khilaf. Hanya kepada Allah tempat kita bersujud dan memohon keampunan atas kealpaan kita.

Aku harap dengan perkongsian ini dapat memberi manfaat bersama kepada kita semua. Semoga segala amal kebaikan yang kita kerjakan di muka Bumi ini akan diterima oleh Allah. Sekian.

  • Total3
  • Print0
  • Facebook0
  • Twitter0
  • Pinterest0
  • WhatsApp
  • Love This3

Filed Under: Cara Solat Sunat Tagged With: cara solat, sujud sahwi

cerita-hantu-pontianak

Kisah Seram Sunway Pyramid Lorong Pekerja Berhantu

Kisah seram yang aku ceritakan ni merupakan cerita seram Sunway Pyramid yang pernah di lalui oleh aku sendiri beberapa tahun yang lalu. Kejadian misteri yang berlaku ini telah terjadi di salah sebuah shopping mall yang terbesar di Banday Sunway, Subang Jaya, Selangor. Bangunan Sunway Pyramid ini telah beroperasi sejak Tahun 1997. Ia adalah sebuah shoping […]

saman-sivil-pemandu-mabuk

Saman Sivil : Kes Kemalangan Maut Pemandu Mabuk

Kat sini aku nak kongsi sikit mengenai saman sivil pemandu mabuk. Lepas korang baca entry ni, aku harap korang akan paham jenis-jenis tuntutan yang boleh di buat kepada pemandu mabuk yang telah melakukan kesalahan jalan raya sehingga mengakibatkan kematian. Kita selalu dengar kes kemalangan jalan raya yang melibatkan pemandu yang memandu di bawah pengaruh alkohol […]

resepi nasi goreng kampung pkp

Resepi Nasi Goreng Kampung PKP Style

Resepi nasi goreng kampung PKP style ni di inspirasikan daripada musim Covid-19 yang sedang melanda dunia sekarang ni. Sejak kerajaan Malaysia melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan kepada semua rakyat Malaysia, semua orang sekarang ni duduk dirumah dan asik nak makan. Nak makan pulak makanan yang sedap-sedap je kan. Musim-musim PKP ni macam-macam la kita nak cuba […]

cik ponti bertenggek

Kisah Seram Asrama Tingkat 4 Kolej Swasta di Selangor

Kisah seram asrama kali ni dikongsikan oleh seseorang yang mengalami gangguan semasa beliau masih belajar di salah sebuah kolej swasta di Selangor. Kisah seram yang di alaminya berlaku ketika beliau sering tinggal berseorangan di dalam asrama tersebut. Ikuti kisah seram asrama ini. Kisah Seram Asrama Berhantu Kisah ini terjadi tahun 2008-2009. Lepas SPM aku dapat […]

resepi ayam percik juadah berbuka

Resepi Ayam Percik Juadah Berbuka Puasa

Assalamualaikum semua pengunjung blog Makanan Sedap Resepi Mudah. Sempena bulan Ramadhan yang mulia ni bersama-sama la kita tingkatkan amalan. Semoga segala amalan kebaikan yang kita lakukan diterima Allah. Resepi ayam percik ni di inspirasikan sempena bulan Ramadhan ni. Di kala aku terpikir nak makan apa berbuka ni teringat kat ayam percik. Rindu pulak zaman boleh […]

Primary Sidebar

Search This Blog

Categories

  • Bacaan Doa
  • Buat Duit Online
  • Cara Hacks System
  • Cara Solat Sunat
  • Hiburan
  • Kisah Seram
  • Peguam Dan Pengguna Malaysia
  • Plan Internet Malaysia
  • Resepi Mudah
  • Sihir Ilmu Hitam
  • Takwim Cuti Sekolah
  • Tech Tips
  • Tempat Makan Menarik
  • Tempat Menarik

Footer

Sang Penulis

Korang boleh panggil aku Piee. Blog ni sekadar mengisi masa lapang aku. Sekadar ingin berkongsi maklumat dan pendapat dari pandangan aku. Semoga pengisian dalam blog ni dapat memberi serba sedikit manfaat untuk korang semua.

Kalau korang ada cerita menarik yang nak diluahkan, nak dikongsikan dengan aku dan pembaca blog ni, korang boleh Klik Sini...

Copyright DuitCoin © 2023 ·