• Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Skip to footer
  • Resepi Mudah
  • Perkongsian Cerita
  • Kisah Seram
  • Bacaan Doa
  • Cara Solat Sunat
  • Tempat Menarik
  • Sihir Ilmu Hitam
DuitCoin Logo

DuitCoin

Experimentasi Minda Celaru

Home » Cara Solat Sunat » Cara Solat Fardu, Syarat Sah Solat Dan Rukun Solat

Cara Solat Fardu, Syarat Sah Solat Dan Rukun Solat

October 23, 2022 by Piee Ahmad

Table of Contents

  • Cara Solat | 13 Rukun Solat Wajib Dilakukan Ketika Solat
    • 1. Berdiri Tegak
    • 2. Niat Solat
    • 3. Takbiratul Ihram
    • 4. Membaca Surah Al-Fatihah
    • 5. Rukuk dengan tama’ninah
    • 6. Iktidal dengan tama’ninah
    • 7. Sujud dengan tama’ninah
    • 8. Duduk Antara 2 sujud dengan tama’ninah
    • 9. Duduk Tasyahud/ Tahiyat Akhir dengan tama’ninah
    • 10. Membaca Tasyahud/ Tahiyat Akhir
    • 11. Membaca Selawat ke atas Nabi Muhammad SAW pada Tasyahud/ Tahiyat akhir.
    • 12. Memberi Salam Yang Pertama
    • 13. Tertib
  • Perkara Sunat Yang Dilakukan Ketika Solat
    • Perbezaan Sunat Ab’ad dan Sunat Hai Ah
    • Perkara Di Dalam Sunat Ab’ad
    • Perkara Di Dalam Sunat Hai Ah
  • Syarat Sah Solat
    • 1. Mengetahui Masuknya Waktu Solat Dengan Yakin
    • 2. Mengadap Kiblat
    • 3. Menutup Aurat
    • 4. Suci Daripada Najis
    • 5. Suci Daripada Hadas
  • Total2
  • Print0
  • Facebook0
  • Twitter0
  • Pinterest0
  • WhatsApp
  • Love This2

Di sini aku akan kongsikan cara solat fardu, syarat sah solat dan rukun solat untuk panduan kita semua. Solat merupakan perkara wajib yang perlu dilakukan 5 kali sehari, Subuh, Zohor, Asar, Maghrib dan Isyak. Kurang 1 rukun solat atau pun tertinggal 1 syarat sah solat maka tidak sah solat yang kita lakukan. Semoga perkongsian ini menjadi rujukan dan panduan kita bersama untuk memeriksa dan membetulkan kembali cara solat kita.

Cara Solat | 13 Rukun Solat Wajib Dilakukan Ketika Solat

Untuk mengerjakan solat yang betul kita perlu tahu asas cara solat yang sebenar. Disamping solat fardu yang wajib kita lakukan, cara solat ini juga terpakai untuk solat-solat sunat yang lain.

1. Berdiri Tegak

Sebelum mengangkat takbiratul ihram, kita haruslah berada dalam posisi berdiri tegak. Berikut merupakan kedudukan kaki ketika berdiri tegak di dalam solat. Berdiri tegak bagi yang mampu berdiri ketika solat fardhu. Manakala, bagi yang tidak mampu disebabkan oleh sakit dan sebagainya bolehlah melakukannya secara duduk, berbaring, terlentang, atau dengan menggunakan isyarat.

posisi kaki ketika berdiri dalam solat

2. Niat Solat

Bermulalah dengan niat untuk menunaikan solat. Berniat di dalam hati sudah memadai. Tidak salah jika dibaca niat untuk bersolat. Niat untuk solat bergantung pada solat yang hendak dikerjakan. Contoh-contoh niat solat fardu adalah seperti di bawah:-

Niat Solat Subuh

Niat Solat Subuh

Niat Solat Zohor

Niat Solat Zohor

Niat Solat Asar

Niat Solat Asar

Niat Solat Maghrib

Niat Solat Maghrib

Niat Solat Isyak

Niat Solat Isyak

3. Takbiratul Ihram

Setelah berniat angkatlah takbiratul ihram sambil menyebut “Allahuakbar” dengan panjang harakat sebanyak 2 harakat. Posisi tangan untuk takbiratul ihram ini adalah seperti di bawah:-

posisi tangan ketika takbiratul ihram

Setelah selesai mengangkat tangan untuk takbiratul ihram, tangan hendaklah diturunkan dan di posisi kan seperti gambar yang di bawah:-

posisi tangan semasa solat

Posisi tangan hendaklah sentiasa berada dalam keadaan begini sehingga rukuk.

4. Membaca Surah Al-Fatihah

Rukun solat yang seterusnya adalah membaca Al-Fatihah. Membaca surah al-Fatihah pada tiap-tiap rakaat. Bacaan mestilah dalam bahasa Arab dan didengari oleh diri sendiri.

surah al-fatihah bersama makna melayu

5. Rukuk dengan tama’ninah

Rukuk dengan tama’ninah. Rukuk adalah dengan meletakkan kedua tapak tangan ke lututnya sementara kepala dan belakang selari dengan punggung iaitu pada kadar 90°. Tama’ninah pula bermaksud kita diam sebentar sebelum meneruskan rukun seterusnya. Berikut merupakan posisi badan ketika rukuk di dalam solat.

cara rukuk di dalam solat

6. Iktidal dengan tama’ninah

Iktidal adalah bangkit dari rukuk supaya kembali kepada kedudukan berdiri tegak beserta dengan tama’ninah. Kadar masa tama’ninah tidaklah lama iatu sekadar satu tasbih sahaja. Berikut merupakan posisi ketika Iktidal.

iktidal dalam solat

7. Sujud dengan tama’ninah

Sujud dua kali dengan tama’ninah. Ada tujuh anggota sujud iaitu dahi, kedua-dua tapak tangan, kedua-dua lutut dan hujung jari kedua-dua kaki. Sujud mestilah dalam keadaan punggung lebih tinggi daripada kepala. Berikut merupakan posisi ketika sujud.

cara sujud dalam solat

8. Duduk Antara 2 sujud dengan tama’ninah

Duduk antara 2 sujud dilakukan selepas sujud yang pertama selepas iktidal dan sebelum melakukan sujud yang kedua. Berikut merupakan posisi ketika duduk antara 2 sujud.

duduk antara 2 sujud dalam solat

9. Duduk Tasyahud/ Tahiyat Akhir dengan tama’ninah

Berikut merupakan posisi ketika duduk tahiyat akhir.

duduk tahiyat akhir

10. Membaca Tasyahud/ Tahiyat Akhir

Berikut merupakan bacaan untuk tahiyat akhir.

11. Membaca Selawat ke atas Nabi Muhammad SAW pada Tasyahud/ Tahiyat akhir.

Berikut merupakan bacaan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW pada tahiyat akhir.

selawat ke atas Nabi Muhammad

12. Memberi Salam Yang Pertama

Setelah selesai membaca selawat ke atas Nabi Muhammad pada tahiyat akhir, berikan salam pertama untuk mengakhiri solat dengan ucapan “Assalamualaikum warahmatullah”. Berikut merupakan posisi memberi salam pertama.

cara memberi salam pertama
bacaan salam pertama selepas solat

13. Tertib

Tertib itu ialah mengerjakan solat mengikut turutan rukun. Oleh itu, tidak boleh mana-mana rukun yang kemudian dilakukan mendahului yang lebih awal.

Perkara Sunat Yang Dilakukan Ketika Solat

Adapun perkara asas di dalam solat telah dikongsikan di atas, terdapat juga perkara sunat yang perlu dilakukan di dalam solat. Terdapat 2 jenis perkara sunat di dalam solat iaitu:-

  • Sunat Ab’ad
  • Sunat Hai Ah

Perbezaan Sunat Ab’ad dan Sunat Hai Ah

Seseorang yang meninggalkan salah satu sunat Ab’ad maka dikehendaki sujud sahwi sebelum salam.

Seseorang yang meninggalkan salah satu sunat Hai Ah tidak memberikan kesan apa-apa kepada solatnya.

Perkara Di Dalam Sunat Ab’ad

Jika terlupa perkara di dalam Sunat Ab’ad, kita dituntut untuk melakukan sujud sahwi pada tahiyat akhir sebelum memberi salam. Perkara-perkara sunat yang berada di dalam sunat Ab’ad ialah:-

  • Membaca tasyahud/ tahiyat awal
  • Duduk kerana membaca tasyahud/ tahiyat awal
  • Selawat atas nabi Muhammad sesudah membaca tasyahud/ tahiyat awal
  • Selawat ke atas ahli-ahli sesudah membaca tasyahud/ tahiyat akhir
  • Membaca doa Qunut bagi solat Subuh
  • Berdiri semasa membaca doa Qunut
  • Selawat ke atas nabi Muhammad sesudah membaca doa Qunut

Perkara Di Dalam Sunat Hai Ah

Perkara-perkara sunat yang berada di dalam sunat Hai Ah ialah:-

  • Mengangkat kedua-dua tangan semasa takbiratul ihram sehingga anak jari bertentangan dengan dua telinga dan ibu jari bertentangan dengan cuping telinga.
  • Mengangkat kedua-dua tangan semasa hendak rukuk, berdiri dari rukuk dan semasa berdiri dari tasyahud/ tahiyat awal. Cara mengangkat tangan sama seperti takbiratul ihram.
  • Sesudah takbiratul ihram, meletakkan tangan di atas pusat atau di bawah dada (dengan tangan kanan di atas tangan kiri) semasa berdiri daripada sujud dan berdiri sesudah tasyahud/ tahiyat awal.
  • Melihat tempat sujud kecuali semasa membaca syahadah: أَشْهَدُاَنْ لَاإِلٰهَ إِلَّا اللَّهُ وَأَشْهَدُ اَنَّ مُحَمَّدًا رَسُوْلُ اللّٰهِ (ketika tasyahud/ tahiyat awal dan akhir kerana ketika itu sunat melihat telunjuknya).
  • Membaca doa Iftitah selepas takbiratul ihram dan sebelum membaca surah Al-Fatihah.
  • Membaca taawuz: أَعُوْذُباِللّٰهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيْمِ sebelum membaca: (بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ)
  • Diam sebentar sebelum membaca surah Al-Fatihah dan sesudahnya.
  • Membaca doa (رَبِّ اغْفِرْلِي وَلِوَالِدَىَّ) selepas membaca surah Al-Fatihah sebelum Amiin (اَمِيْن) Jika membaca surah Al-Fatihah kuat maka bacaan Amiin juga sunat dikuatkan.
  • Membaca mana-mana ayat Al-Quran sesudah membaca surah Al-Fatihah bagi dua rakaat yang pertama.
  • Menguatkan suara bagi bacaan Al-Fatihah dan surah pada Solat Subuh; Dua rakaat pertama pada solat Maghrib dan Isyak; Solat Jumaat.
  • Mengucapkan takbir (اَللّٰهُ اَكْبَرُ) setiap kali perpindahan dari rukun perbuatan kepada satu rukun perbuatan yang lain kecuali bangkit dari rukuk kerana bacaan sunat ketika bangun dari rukuk ialah : (سَمِعَ اللّٰهُ لِمَنْ حَمِدَهُ)
  • Membaca (رَبَّنَالَكَ الْحَمْدُ) ketika iktidal.
  • Meletakkan dua tapak tangan di atas lutut semasa rukuk.
  • Membaca tasbih tiga kali semasa rukuk. سُبْحَانَ رَبِّىَ الْعَظِيْمِ وَبِحَمْدِه
  • Membaca tasbih tiga kali semasa sujud. سُبْحَانَ رَبِّىَ الْأَ عْلَى وَبِحَمْدِه
  • Membaca doa: رَبِّ اغْفِرْلِى وَارْحَمْنِى وَاجْبُرْنِى وَارْفَعْنِى وَارْزُقْنِى وَاهْدِنِي وَعَافِنِى وَاعْفُ عَنِّى semasa duduk antara dua sujud.
  • Duduk iftirasy (bersimpuh pada semua duduk dalam solat melainkan duduk bagi tasyahud/ tahiyat akhir).
  • Duduk tawaruk semasa membaca tasyahud/ tahiyat akhir
  • Duduk istirahat sebentar sesudah sujud yang kedua sebelum berdiri.
  • Memberi salam yang kedua.
  • Memalingkan muka pada salam yang pertama dan yang kedua sehingga dapat dilihat pipi kanan atau pipi kiri oleh orang di belakang.

Syarat Sah Solat

Syarat sah solat merupakan syarat yang telah ditetapkan oleh Islam untuk penganutnya patuhi untuk menjadikan solat itu sah. Berikut merupakan syarat sah solat yang perlu dipatuhi.

1. Mengetahui Masuknya Waktu Solat Dengan Yakin

Sekiranya seseorang itu solat tanpa meyakini masuknya waktu, maka solatnya tidak sah walaupun tepat pada waktunya. Jadi, solatlah apabila korang telah yakin telah masuk waktu solat dengan melihat waktu solat ataupun mendengar azan daripada surau atau masjid berdekatan. Nak lebih mudah download sahaja apps waktu solat di dalam telefon korang.

2. Mengadap Kiblat

Kita perlulah mengadap kiblat ketika solat dengan yakin. Untuk memudahkan korang menentukan arah kiblat, korang boleh je download apps arah kiblat. sekarang dah banyak apps yang dicipta untuk menentukan arah kiblat dengan betul.

Sekiranya orang orang yang uzur atau sakit yang tidak terdaya melakukan demikian iaitu untuk mengadap kiblat, maka diberi kelonggaran ke atasnya menghadap ke arah yang dia boleh tetapi hendaklah mengulang solat tersebut apabila dia telah sembuh daripada penyakitnya.

3. Menutup Aurat

Kita wajib menutup aurat sama ada ketika bersolat di tempat yang sunyi ataupun di tempat awam. Aurat lelaki ialah dari pusat hingga lutut. Aurat perempuan pula ialah seluruh badan kecuali muka dan dua pergelangan tangan.

4. Suci Daripada Najis

Kita perlu pastikan tempat untuk kita solat itu bersih dan suci daripada najis. baik dari segi pakaian mahupun anggota badan dan juga tempat. Maksud tempat ialah tempat berdiri dua kaki, tempat sujud, tempat letak tangan dan juga tempat letak dua lutut.

5. Suci Daripada Hadas

Suci daripada hadas ini bermaksud kita sudah suci daripada segala hadas kecil mahupun besar. Untuk menyucikan diri daripada hadas kecil, kita perlu berwuduk. Manakala bersuci daripada hadas besar kita sudah selesai mandi hadas besar dan berwuduk.

Semoga perkongsian cara solat fardu, 13 rukun solat dan syarat sah solat ini mendatangkan manfaat kepada kita semua. Semoga segala amal kebaikan yang kita lakukan di terima oleh Allah. Sebarang kekurang itu datangnya daripada diri aku sendiri. Sekian.

  • Total2
  • Print0
  • Facebook0
  • Twitter0
  • Pinterest0
  • WhatsApp
  • Love This2

Filed Under: Cara Solat Sunat Tagged With: cara solat, rukun solat, syarat sah solat

resepi asam pedas ikan merah

Resepi Asam Pedas Ikan Merah

Dalam banyak-banyak asam pedas, aku paling suka asam pedas ikan merah. Sebab isi ikan tu sendiri memang dah sedap. So kat sini aku nak kongsi dengan korang resepi asam pedas ikan merah yang simple jer mudah dimasak tapi sedap. Bahan-bahan memasak juga boleh didapatkan di pasaraya-pasaraya yang berdekatan dengan rumah korang. Nak masak dia pun […]

Anugerah-Juara-Lagu-34

AJL 34 : Anugerah Juara Lagu 34 Final 2020 Song List

Anugerah Juara Lagu mostly known as AJL 34. This competition will be held for the 34th time on 9 February 2020 at the Axiata Arena, Bukit Jalil. It will be broadcast on TV3. 12 song will be compete. 12 finalist sung this song. Here is a list of 12 songs that will be compete :- […]

Anugerah Juara Lagu 34 : AJL 34 Winner List

Baru-baru ni di negara kita Malaysia telah ada satu konsert yang dikenali sebagai Anugerah Juara Lagu 34 short form nya AJL 34. Konsert final AJL 34 yang berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil. Konsert ini berlangsing pada 9 Februari 2020 bermula pukul 9 malam dihoskan oleh Sherry Alhadad , Awal Ashaari dan Haziq Hussni turut […]

cerita seram asrama pelajar katil hujung

Cerita Seram Asrama SMKA Tangok

Cerita seram asrama SMKA Tangok kali ini dikongsikan oleh salah seorang reader yang mahu dikenali sebagai Jenja (bukan nama sebenar). Kisah seram sebenar ini berkisar di sebuah asrama Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tangok, Bachok. Mesti ramai yang pernah dengar kisah misteri dan kejadian mengerikan dari tempat ini kan? Mungkin juga korang pernah mengalaminya sendiri. Jom […]

bacaan doa selamat penuh

Doa Selamat : bacaan dan maksud Doa Selamat

Sempena pembukaan blog DuitCoin ni aku nak mulakan penulisan di blog ni dengan bacaan doa selamat semoga blog ni akan sentiasa memberi manfaat kepada visitor di blog ini. Bacaan doa selamat اَللهُمَّ اِنَّا نَسْئَلُكَ سَلاَمَةً فِى الدِّيْنِ وَعَافِيَةً فِى الْجَسَدِ وَزِيَادَةً فِى الْعِلْمِ وَبَرَكَةً فِى الرِّزْقِ وَتَوْبَةً قَبْلَ الْمَوْتِ وَرَحْمَةً عِنْدَ الْمَوْتِ وَمَغْفِرَةً بَعْدَ الْمَوْتِ. […]

Primary Sidebar

Search This Blog

Categories

  • Bacaan Doa
  • Buat Duit Online
  • Cara Hacks System
  • Cara Solat Sunat
  • Hiburan
  • Kisah Seram
  • Peguam Dan Pengguna Malaysia
  • Plan Internet Malaysia
  • Resepi Mudah
  • Sihir Ilmu Hitam
  • Takwim Cuti Sekolah
  • Tech Tips
  • Tempat Makan Menarik
  • Tempat Menarik

Footer

Sang Penulis

Korang boleh panggil aku Piee. Blog ni sekadar mengisi masa lapang aku. Sekadar ingin berkongsi maklumat dan pendapat dari pandangan aku. Semoga pengisian dalam blog ni dapat memberi serba sedikit manfaat untuk korang semua.

Kalau korang ada cerita menarik yang nak diluahkan, nak dikongsikan dengan aku dan pembaca blog ni, korang boleh Klik Sini...

Copyright DuitCoin © 2023 ·