• Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Skip to footer
  • Resepi Mudah
  • Perkongsian Cerita
  • Kisah Seram
  • Bacaan Doa
  • Cara Solat Sunat
  • Tempat Menarik
  • Sihir Ilmu Hitam
DuitCoin Logo

DuitCoin

Experimentasi Minda Celaru

Home » Peguam Dan Pengguna Malaysia » Saman Sivil : Kes Kemalangan Maut Pemandu Mabuk

Saman Sivil : Kes Kemalangan Maut Pemandu Mabuk

February 14, 2020 by Piee Ahmad

Table of Contents

  • PROSIDING KES JENAYAH : Pemandu Mabuk
  • SAMAN SIVIL Pemandu Mabuk
  • Sekiranya mangsa terselamat tetapi mengalami kecederaan
    • 1) Kos setiap kecederaan.
    • 2) Pain and sufferings for future surgeries (kalau ada) 3) Kos rawatan perubatan 4) Kos prosthetic
    • 5) Actual loss of earnings
    • 6) Loss of earning capacity
  • “YANG BULAT TIDAK DATANG BERGOLEK, YANG PIPIH TIDAK DATANG MELAYANG”
  • Soal Jawab Saman Sivil Pemandu Mabuk 
  • Total2
  • Print0
  • Facebook0
  • Twitter1
  • Pinterest0
  • WhatsApp
  • Love This1

Kat sini aku nak kongsi sikit mengenai saman sivil pemandu mabuk. Lepas korang baca entry ni, aku harap korang akan paham jenis-jenis tuntutan yang boleh di buat kepada pemandu mabuk yang telah melakukan kesalahan jalan raya sehingga mengakibatkan kematian.

Kita selalu dengar kes kemalangan jalan raya yang melibatkan pemandu yang memandu di bawah pengaruh alkohol ataupun bahasa mudahnya, pemandu mabuk. Lebih tragis, ada mangsa-mangsa kemalangan ini yang kehilangan insan tersayang akibat tindakan tidak bertanggungjawab pemandu mabuk ini.

Ramai juga yang tidak berpuas hati dengan hukuman terhadap pemandu-pemandu mabuk ini dan mahukan hukuman yang lebih berat dikenakan. Namun, ada juga saya yang perhatikan menyatakan bahawa hukuman yang ringan terhadap pemandu mabuk ini tidak adil kerana keluarga mangsa/arwah tidak mendapat pampasan daripada kemalangan tersebut. Ini yang perlu diperbetulkan.

saman sivil pemandu mabuk

PROSIDING KES JENAYAH : Pemandu Mabuk

Begini, pemandu yang memandu di bawah pengaruh alkohol dan menyebabkan kematian boleh DIDAKWA di bawah Seksyen 41 dan 44 Akta Pengangkutan Jalan 1987 di mana hukuman yang boleh dikenakan jika disabitkan kesalahan adalah penjara tidak kurang dari 3 tahun dan tidak lebih dari 8 tahun dan denda tidak kurang dari RM 8000 dan tidak lebih dari RM 20,000.

Seksyen 41 dan 44 ini boleh digunakan oleh pihak Pendakwaan untuk mendakwa pemandu mabuk tersebut di mahkamah. Ini adalah prosiding kes jenayah ataupun lebih tepat adalah ‘quasi-jenayah’ sebab kesalahan bukan di bawah Kanun Keseksaan. Tapi masih di bawah bidangkuasa kes jenayah.

Ya, hukuman ini memang masih terlalu ringan. Tapi untuk kita katakan hukuman tersebut ringan disebabkan keluarga mangsa/arwah tidak mendapat pampasan adalah tidak tepat dan jumlah denda tidak kurang dari RM 8000 dan tidak lebih dari RM 20,000 tu pun bukannya akan dapat kepada keluarga mangsa.

Eh, kalau macam tu lagi la tak adil kepada keluarga mangsa/arwah? Apa yang diorang dapat?

SAMAN SIVIL Pemandu Mabuk

Kalau keluarga mangsa/arwah nak dapatkan pampasan, mereka kenalah mulakan tindakan saman sivil terhadap pemandu mabuk tu. Inilah yang biasa kita kenali sebagai kes saman accident.

Jadi apa keluarga mangsa/arwah boleh tuntut daripada pemandu mabuk tu? Sekiranya mangsa langgar meninggal, waris kepada arwah boleh tuntut antara lainnya:

1) Dependency claims
2) Bereavement RM 30,000
3) Kos pengebumian

Dependency claims tu contohnya yang meninggal adalah si suami yang bekerja menanggung perbelanjaan anak dan isteri. Jadi, isteri dan anak-anak yang masih bawah umur boleh tuntut dependency claims terhadap pemandu mabuk tu. Kiraannya ada dalam Akta Undang-Undang Sivil 1956.

prosiding-saman-sivil-pemandu-mabuk

Sekiranya mangsa terselamat tetapi mengalami kecederaan

Boleh membuat tuntutan antara lainnya:-

1) Kos setiap kecederaan.

Untuk pengetahuan semua, sebenarnya untuk setiap kecederaan yang dialami, dah ada dah panduan kepada Mahkamah untuk tentukan berapa jumlah gantirugi.

Boleh rujuk Revised Compendium of Personal Injury Awards 2018 untuk tahu jenis-jenis kecederaan dan jumlah gantirugi yang boleh dituntut.

2) Pain and sufferings for future surgeries (kalau ada)
3) Kos rawatan perubatan
4) Kos prosthetic

Prosthetic ni maksudnya artificial body parts lah macam tangan atau kaki palsu. Kos ni yang kadang-kadang boleh dapat sehingga berjuta.Sebab kalau orang tu kena pakai kaki palsu, bukan dia akan pakai kaki palsu yang sama sampai ke sudah. Akan ada kos untuk tukar componen kaki palsu tu nanti untuk beberapa tahun akan datang dengan possibility harga akan makin meningkat. Mahkamah akan tengok semua tu.

5) Actual loss of earnings

Contohnya mangsa cedera dan tak dapat kerja selama 6 bulan. So Mahkamah akan kira berapa gaji dia sebulan dan darab dengan 6 bulan. Tapi kena buktikan betul-betul la gaji berapa.

6) Loss of earning capacity

Pampasan ni boleh dituntut sekiranya mangsa tidak dapat bekerja lagi disebabkan kecederaan yang dialami. Jumlah gantirugi akan dikira based on gaji mangsa dan umur mangsa.

Ini saya ceritakan secara ringkas sahajalah. Ada lagi tuntutan-tuntutan lain bergantung kepada kes masing-masing. Untuk lebih terperinci, boleh tanya peguam masing-masing.

“YANG BULAT TIDAK DATANG BERGOLEK, YANG PIPIH TIDAK DATANG MELAYANG”

Isi pentingnya sekarang adalah kita boleh lihat berapa banyak jumlah pampasan yang boleh dituntut oleh keluarga mangsa tapi dengan syarat, keluarga/waris mangsa sendiri lah kena ambil tindakan untuk mulakan saman sivil ke atas pemandu mabuk tu, lantik peguam dan sebagainya.

Tidak dapat dinafikan, tak kira berapa banyak jumlah pampasan yang dapat takkan dapat ganti kehilangan insan tersayang, tapi sekurang-kurangnya dapat menampung perbelanjaan ahli keluarga (isteri, anak-anak contohnya) yang masih perlu teruskan kehidupan.

Jadi, harap jangan terkeliru dan salah faham ye tentang hukuman di bawah kes jenayah dan tuntutan gantirugi di bawah kes saman sivil, khususnya melibatkan isu kemalangan jalan raya.

Sumber info daripada Mohamad Nasruddin Ab Rahman

Soal Jawab Saman Sivil Pemandu Mabuk 

soal-jawab-saman-sivil-pemandu-mabuk

Soalan: Kos guaman untuk menfailkan saman kepada pemandu mabuk ni perlu di dahulukan oleh keluarga mangsa ke?

Jawapan : Untuk kes kemalangan ni pihak lawyer yang mengambil kes akan dahulukan duit dia. Jika menang kes baru lawyer akan caj mengikut percent. Sebab peguam yang mengambil kes tu dah tahu kes tu boleh menang baru dia ambil kes.

Soalan : Bagaimana pula kes saman sivil ni dh menang, pihak yg kene saman tu buat tak tahu, tak mau bayar, larikan diri, pura-pura miskin dan sebagainya. Apakah tindakan selanjutnya?

Jawapan : Kelauarga mangsa boleh proceed utk execution proceedings antaranya bankruptcy, garnishee and writ sita dan jualan.

Soalan : Ok katakan la semua prosiding utk menuntut hutang tu dah dibuat sampai tahap sita dan jual tp masih tak cukup utk bayar jumlah tuntutan. Adakah pihak waris pesalah itu akan dipertanggung jawabkan utk selesaikan semua bayaran tertunggak? dan sekiranya pesalah itu meninggal dunia atau bunuh diri sebelum pembayaran itu dibuat apakah kes itu akan kira hangus atau ditanggung oleh waris pesalah itu? adakah pihak mahkamah boleh jatuh hukum supaya semua bayaran yg tidak dijelaskan akan dipertanggungjawabkan kepada waris pesalah?

Jawapan : Waris tidak akan dipertanggungjawabkan.

Sila share kepada semua orang supaya masyarakat tahu yang mereka boleh membuat tuntutan saman sivil kepada pemandu yang mabuk sehingga mencerakan orang lain. Semoga bermanfaat.

  • Total2
  • Print0
  • Facebook0
  • Twitter1
  • Pinterest0
  • WhatsApp
  • Love This1

Filed Under: Peguam Dan Pengguna Malaysia Tagged With: hukuman pemandu mabuk, kes jenayah pemandu mabuk, kos guaman pemandu mabuk, peguam dan pengguna malaysia, pemandu mabuk, prosiding kes pemandu mabuk, saman sivil pemandu mabuk, tuntutan mangsa kepada pemandu mabuk

cerita-hotel-berhantu

Cerita Hantu Hotel Jelai, Pahang Kisah Benar

Aku ada satu cerita hantu nak share dengan korang. Nak kata kisah ni seram boleh jugak la sebab ia terjadi pada diri aku sendiri. Cerita Hantu Hotel Jelai ni berlaku di sebuah hotel di pahang. Kejadian ni berlaku dalam 2 tahun lepas. Kisah seram hotel berhantu ni bermula di mana aku ni bersama partner aku […]

cerita seram asrama pelajar katil hujung

Cerita Seram Asrama SMKA Tangok

Cerita seram asrama SMKA Tangok kali ini dikongsikan oleh salah seorang reader yang mahu dikenali sebagai Jenja (bukan nama sebenar). Kisah seram sebenar ini berkisar di sebuah asrama Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tangok, Bachok. Mesti ramai yang pernah dengar kisah misteri dan kejadian mengerikan dari tempat ini kan? Mungkin juga korang pernah mengalaminya sendiri. Jom […]

Cerita-hantu-2022

Cerita Hantu 2022 Senarai Filem

Cerita hantu 2022, aku tahu korang kalau dah sampai sini mesti nak tengok senarai filem yang boleh di tonton kan. Kalau nak cari sendiri memang malas. Aku faham sangat da dengan perangi korang ni sebab aku pun sama macam korang. Jadi, di sini aku nak kongsi la beberapa filem cerita hantu 2022 yang boleh aku […]

resepi mudah kari ayam

Resepi Mudah Kari Ayam Bujang Sedap

Resepi mudah kari ayam bujang ni memang sangat mudah untuk di masak oleh golongan bujang. Bahan masakan pun tak banyak diperlukan. Sangat sesuai dengan gelaran bujangnya. Dari segi tahap kesedapannya ALhamdulillah boleh diketegorikan sedap dan boleh dimakan. Lagi-lagi kalau perut tengah lapar kan. Bahan-bahan masakan boleh di dapatkan di pasaraya-pasaraya berdekatan dengan rumah korang sebab […]

buat-duit-online-shopee

Buat Duit Online : Jana Duit Dengan Shopee

Kalau korang boleh sampai ke blog penulisan aku ni memang korang tengah mencari-cari cara nak buat duit online kan. Ok kat sini aku nak kongsi sikit je cara nak tambah pendapatan melalui internet ni. Zaman maju ni semua dah pandai guna handphone kan. Kalau korang da boleh sampai ke blog aku ni kompom la korang […]

Primary Sidebar

Search This Blog

Categories

  • Bacaan Doa
  • Buat Duit Online
  • Cara Hacks System
  • Cara Solat Sunat
  • Hiburan
  • Kisah Seram
  • Peguam Dan Pengguna Malaysia
  • Plan Internet Malaysia
  • Resepi Mudah
  • Sihir Ilmu Hitam
  • Takwim Cuti Sekolah
  • Tech Tips
  • Tempat Makan Menarik
  • Tempat Menarik

Footer

Sang Penulis

Korang boleh panggil aku Piee. Blog ni sekadar mengisi masa lapang aku. Sekadar ingin berkongsi maklumat dan pendapat dari pandangan aku. Semoga pengisian dalam blog ni dapat memberi serba sedikit manfaat untuk korang semua.

Kalau korang ada cerita menarik yang nak diluahkan, nak dikongsikan dengan aku dan pembaca blog ni, korang boleh Klik Sini...

Copyright DuitCoin © 2023 ·