Cara solat jamak dan qasar mudah dan ringkas ini adalah bagi memudahkan korang bila sedang bermusafir. Apabila kita bermusafir lebih daripada dua marhalah, kita diberi kelonggaran untuk Jamak (menghimpun) dan Qasar (memendekkan) solat.
Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang Solat Jamak & Qasar untuk panduan musafir dan kita bersama.
Niat Musafir
Perkara yang penting ialah kita mesti niat terlebih dahulu setelah keluar dari rumah iaitu:-
“Sahaja aku musafir kerana Allah Ta’ala”.
Kita boleh melakukan solat jamak dan qasar selama tiga hari tinggal bermukim.
Seseorang Islam itu dianggap bermusafir setelah keluar dari kawasan, sama ada melepasi kota sempadan, sungai, parit atau melalui kawasan yang tidak mempunyai bangunan lagi. Setelah seseorang itu tiba di kawasan permulaan dia bertolak tadi yang menandakan bahawa musafirnya telah berakhir, maka dia tidak lagi boleh menunaikan solat jamak dan qasar.
Cara Solat Jamak Takdim Qasar Zohor Asar
Setiap solat jamak terdapat 2 jenis iaitu jamak takdim dan jamak takhir. Berikut merupakan cara solat jamak takdim qasar Zohor Asar.
Niat Solat Jamak Takdim Zohor
Berikut merupakan niat solat jamak takdim Zohor.
Maksudnya: Sahaja aku solat fardu Zohor, qasar dua rakaat jamak takdim kerana Allah Taala
Sewaktu takbiratul ihram, niatkanlah di dalam hati sebagaimana maksud lafaz niat solat jamak takdim Zohor di atas.
Kerjakan solat fardu Zohor tersebut sebanyak dua rakaat dengan bacaan surah al-Fatihah dan di ikuti surah-surah lain.
Nota: Jangan pisahkan terlalu lama antara kedua-dua solat fardu yang dijamakkan.
Teruskan dengan lafaz niat untuk sembahyang jamak fardu Asar.
Niat Solat Jamak Takdim Asar
Berikut merupakan niat solat jamak takdim Asar.
Maksudnya: Sahaja aku solat fardu Asar, qasar dua rakaat jamak takdim kerana Allah Taala
Sewaktu takbiratul ihram, niatkanlah di dalam hati sebagaimana maksud lafaz niat solat jamak takdim Asar di atas.
Kerjakan solat fardu Asar tersebut sebanyak dua rakaat dengan bacaan surah al-Fatihah dan diikuti surah-surah lain.
Cara Solat Jamak Takdim Qasar Maghrib Isyak
Adapun solat Maghrib tidak boleh di qasar kan, tetapi ia tetap boleh di jamak kan bersama solat Isyak. Berikut merupakan cara solat jamak takdim qasar Maghrib Isyak.
Niat Solat Jamak Takdim Maghrib
Berikut merupakan niat solat jamak takdim Maghrib Isyak.
Maksudnya: Sahaja aku solat fardu Maghrib, 3 rakaat jamak takdim kerana Allah Taala
Sewaktu takbiratul ihram, niatkanlah di dalam hati sebagaimana maksud lafaz niat solat jamak takdim Maghrib di atas.
Kerjakan solat fardu Maghrib tersebut sebanyak tiga rakaat dengan bacaan surah al-Fatihah dan di ikuti surah-surah lain.
Nota: Jangan pisahkan terlalu lama antara kedua-dua solat fardu yang dijamakkan.
Teruskan dengan lafaz niat untuk solat jamak fardu Isyak.
Niat Solat Jamak Takdim Isyak
Berikut merupakan niat solat jamak takdim Isyak Maghrib.
Maksudnya: Sahaja aku solat fardu Isyak, qasar dua rakaat jamak takdim kerana Allah Taala
Sewaktu takbiratul ihram, niatkanlah di dalam hati sebagaimana maksud lafaz niat solat jamak takdim Isyakj di atas.
Kerjakan solat fardu Isyak tersebut sebanyak dua rakaat dengan bacaan surah al-Fatihah dan diikuti surah-surah lain.
Baca Juga: Cara Solat Fardu, Syarat Sah Dan Rukun Solat
Cara Solat Jamak Takhir Qasar Zohor Asar
Sebelum mendirikan solat jamak takhir, seseorang musafir itu hendaklah telah berniat untuk mengerjakan solat fardu Zohor dalam waktu Asar. Niat tersebut hendaklah dilakukan semasa berada dalam waktu Zohor lagi. Berniat cukup sekadar di dalam hati.
Niat Solat Jamak Takhir Asar
Mulakan dengan solat fardu Asar. Dalam keadaan berdiri dan menghadap kiblat, ucapkan lafaz niatnya (lafaz niat tidak wajib, yang wajib adalah niat semasa Takbiratul Ihram). Berikut merupakan niat solat jamak takhir Asar.
Maksudnya: Sahaja aku solat fardu Asar, qasar dua rakaat jamak takhir kerana Allah Taala
Sewaktu takbiratul ihram, niatkanlah di dalam hati sebagaimana maksud lafaz niat solat jamak takhir Asar di atas.
Kerjakan solat fardu Asar tersebut sebanyak dua rakaat dengan bacaan surah al-Fatihah dan di ikuti surah-surah lain.
Nota: Jangan pisahkan terlalu lama antara kedua-dua solat fardu yang dijamakkan.
Teruskan dengan lafaz niat untuk sembahyang jamak fardu Zohor.
Niat Solat Jamak Takhir Zohor
Berikut merupakan niat solat jamak takhir Zohor.
Maksudnya: Sahaja aku solat fardu Zohor, qasar dua rakaat jamak takhir kerana Allah Taala
Sewaktu takbiratul ihram, niatkanlah di dalam hati sebagaimana maksud lafaz niat solat jamak takhir Zohor di atas.
Kerjakan solat fardu Zohor tersebut sebanyak dua rakaat dengan bacaan surah al-Fatihah dan di ikuti surah-surah lain.
Cara Solat Jamak Takhir Qasar Maghrib Isyak
Sebelum mendirikan solat jamak takhir, seseorang musafir itu hendaklah telah berniat untuk mengerjakan solat fardu Maghrib dalam waktu Isyak. Niat tersebut hendaklah dilakukan semasa berada dalam waktu Maghrib lagi. Berniat cukup sekadar di dalam hati.
Niat Solat Jamak Takhir Isyak
Mulakan dengan solat fardu Isyak. Dalam keadaan berdiri dan menghadap kiblat, ucapkan lafaz niatnya (lafaz niat tidak wajib, yang wajib adalah niat semasa Takbiratul Ihram). Berikut merupakan niat solat jamak takhir Isyak.
Maksudnya: Sahaja aku solat fardu Isyak, qasar 2 rakaat jamak takhir kerana Allah Taala
Sewaktu takbiratul ihram, niatkanlah di dalam hati sebagaimana maksud lafaz niat solat jamak takhir Isyak di atas.
Kerjakan solat fardu Isyak tersebut sebanyak dua rakaat dengan bacaan surah al-Fatihah dan di ikuti surah-surah lain.
Nota: Jangan pisahkan terlalu lama antara kedua-dua solat fardu yang dijamakkan.
Teruskan dengan lafaz niat untuk solat jamak fardu Maghrib.
Niat Solat Jamak Takhir Maghrib
Berikut merupakan niat solat jamak takhir Maghrib.
Maksudnya: Sahaja aku solat fardu Maghrib, tiga rakaat jamak takhir kerana Allah Taala
Sewaktu takbiratul ihram, niatkanlah di dalam hati sebagaimana maksud lafaz niat solat jamak takhir Maghrib di atas.
Kerjakan solat fardu Maghrib tersebut sebanyak tiga rakaat dengan bacaan surah al-Fatihah dan di ikuti surah-surah lain.
Video Cara Solat Jamak dan Qasar
Kalau korang masih kurang faham cara solat jamak qasar ini, aku sediakan video panduan cara solat jamak dan qasar seperti di bawah.
Syarat Musafir Yang Dibenarkan Untuk Solat Jamak Dan Qasar
Terdapat beberapa syarat bagi seorang musafir itu untuk dibenarkan solat jamak dan qasar. Berikut merupakan syarat-syaratnya.
- Destinasi yang dituju melebihi 2 marhalah iaitu dianggarkan sejauh 85 km hingga 90 km atau bersamaan 56 batu.
- Mengetahui destinasi yang dituju. Contohnya jika korang sedang berjalan/memandu/naik tren/naik flight/naik kapal tapi tiada hala tuju, tapi perjalan korang sudah lebih 2 marhalah, korang masih tidak boleh solat jamak qasar. Destinasi yang di tuju mestilah jelas dan pasti sejak awal perjalanan dan berniat untuk bermusafir.
- Musafir bukan untuk tujuan maksiat.
Syarat Solat Qasar
Solat qasar juga mempunyai beberapa syarat untuk membenarkan solat qasar dilakukan. Berikut merupakan syarat-syaratnya.
- Mestilah melepasi sempadan kawasan tempat tinggal.
- Masih dalam keadaan musafir ketika mengerjakan Solat Qasar.
- Hendaklah solat fardu yang empat rakaat.
- Hendaklah berniat qasar ketika takbiratulihram.
- Tidak berniat untuk bermukim melebihi 4 hari (tidak termasuk perjalanan pergi dan balik). Tempoh boleh qasar dan jamak untuk musafir ialah 3 hari 3 malam, tidak termasuk hari datang dan pulang. Jika niat untuk tinggal di satu tempat itu selama empat hari atau lebih, tak boleh qasar dan jamak ketika sampai di tempat itu kerana dikira telah bermukim. Tetapi selagi dalam perjalanan korang masih boleh mengerjakan solat jamak qasar.
- Tidak berimamkan imam yang solat tamam (sempurna) rakaatnya. Maksudnya jika korang ingin solat jamak dan qasar secara berjemaah, syaratnya imam tersebut bukan berniat untuk solat fardu yang biasa (empat rakaat).
Syarat Solat Jamak
Solat ini terbahagi kepada dua iaitu solat jamak takdim dan solat jamak takhir:
Solat Jamak Takdim
Menghimpunkan dua solat fardu dalam waktu solat pertama contohnya solat Zohor dan Asar dilakukan didalam waktu Zohor.
Solat Jamak Takhir
Menghimpunkan dua solat fardu dalam waktu solat kedua contohnya solat Maghrib dan Isyak dilakukan didalam waktu Isyak.
Syarat Solat Jamak Takdim | Syarat Solat Jamak Takhir |
Solat pada waktunya yang awal seperti solat zuhur dan solat maghrib | Berniat untuk solat jamak takhir pada waktu kedua ketika masuk waktu solat pertama |
Niat solat jamak pada waktu solat yang pertama | Berkekalan musafir sehingga selesai kedua-dua solat |
Berturut-turut antara solat yang pertama dan kedua dan tidak boleh diselangi dengan perbuatan lain dari solat (kecuali iqamah dan berwuduk) | Berturut-turut antara solat yang pertama dan kedua dan tidak boleh diselangi dengan perbuatan lain dari solat (kecuali iqamah dan berwuduk) |
Berkekalan musafirnya sehingga mengangkat takbir solat kedua | Berkekalan musafirnya sehingga mengangkat takbir solat kedua |
Rukhsah solat adalah kemudahan atau keringanan yang dibolehkan buat orang Islam yang bermusafir untuk menunaikan solat secara qasar dan jamak. Hukum mengerjakan solat secara qasar dan jamak adalah harus dan ia membuktikan bahawa umat Islam boleh mengerjakan solat dalam apa jua keadaan dan agama Islam adalah agama yang tidak menyusahkan penganutnya.
Semoga perkongsian cara solat jamak dan qasar ini dapat memberikan manfaat kepada korang semua. Sekian.