• Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Skip to footer
  • Resepi Mudah
  • Perkongsian Cerita
  • Kisah Seram
  • Bacaan Doa
  • Cara Solat Sunat
  • Tempat Menarik
  • Sihir Ilmu Hitam
DuitCoin Logo

DuitCoin

Experimentasi Minda Celaru

Home » Resepi Mudah » Resepi Sup Tulang Sedap Dan Sempoi

Resepi Sup Tulang Sedap Dan Sempoi

April 25, 2020 by Piee Ahmad

Jump to Recipe Print Recipe
  • Total0
  • Print0
  • Facebook0
  • Twitter0
  • Pinterest0
  • WhatsApp
  • Love This0

Resepi sup tulang untuk mereka yang merindukan makan di kedai makan. Semenjak Perintah Kawalan Pergerakan di laksanakan kita semua sudah tidak dapat makan di kedai makan. Sememangnya khususnya aku rindu nak lepak makan di kedai dan pekena sup tulang.

Antara spesifikasi sup tulang yang aku suka adalah rasa sup itu sendiri. Sup tak terlalu masin dan tak terlalu terasa rempah sup tu sendiri. Tapi susah nak dapat rasa macam tu sebab setiap kedai mesti ada rempah rahsia sup tulang dia sendiri.

resepi-sup-tulang-sedap

Oleh itu, tergerak aku nak kongsi macam mana nak masak sup tulang dengan resepi mudah sup tulang ni. Dalam pada masa PKP ni dilaksanakan boleh la kita cuba masak kat rumah sendiri kan. Paling tidak dapat juga la melepas rindu nak makan sup tulang ni.

Nak menghasilkan sup tulang yang sedap kena banyak bersabar kerana nak rebus tulang tu sendiri nak bagi lembut pun da lama. Tapi hasilnya amat memuaskan jika dapat sup yang kita inginkan.

Sup tulang ni sesuai di makan oleh semua lapisan masyarakat. Ia juga boleh di makan tak kira makan tengah hari, makan malam dan berbuka puasa. Untuk majlis kenduri kawin pun sesuai untuk dihidangkan kepada tetamu.

Resepi Mudah Sup Tulang

Kita terus kepada cara penyediaan sup tulang. Korang boleh ikut langkah-langkah untuk menyediakan sup tulang seperti yang aku kongsikan kat bawah ni. Ikut langkah-langkah ni dengan teliti, In Shaa Allah sup tulang korang akan jadi dan sedap.

resepi sup tulang sedap

Resepi Sup Tulang

Ikuti langkah-langkah untuk memasak sup tulang ni dengan betul untuk menghasilkan sup tulang yang sedap. Tapi jangan takut untuk mencuba bagi sesiapa yang baru nak belajar masak. Kita cuba dulu baru tahu kan.
Print Recipe Pin Recipe
Prep Time 30 mins
Cook Time 1 hr 30 mins
Total Time 4 hrs
Course Makan Malam, Makan Tengah Hari, Makanan Berbuka Puasa, Makanan Berkuah, Makanan Sup
Cuisine Makanan Melayu
Servings 4 Orang
Calories 1000 kcal

Equipment

  • Periuk untuk merebus tulang lembu
  • Senduk
  • Pisau
  • Dapur gas
  • Blender/Pengisar

Ingredients
  

Bahan-Bahan Utama Sup Tulang

  • 1 Kg Tulang lembu yang di potong kecik
  • 1 Senduk Minyak masak
  • 1 Batang Kulit kayu manis
  • 3 Kuntum Bunga lawang
  • 5 Kuntum Bunga cengkih
  • 3 Biji Buah pelaga
  • 1 Biji Bawang besar
  • 2 Sudu Besar Rempah sup
  • 1 Batang Lobak merah Di potong dadu
  • 2 Biji Kentang Di potong dadu
  • 1 Batang Daun sup
  • 1 Batang Daun bawang
  • 4 Biji Cili api
  • 4 Sudu Bawang goreng
  • 2 Sudu Garam
  • ½ Sudu Lada sulah

Bahan Yang Perlu Di Kisar

  • 5 Biji Bawang merah
  • 3 Biji Bawang putih
  • 1 Inci Halia
  • ½ Batang Lobak Merah
  • 1 Batang Celery
  • 1 Batang Leek

Sambal Kicap

  • 15 Biji Cili padi
  • 3 Biji Bawang putih
  • ½ Cawan Kicap manis
  • 1 Sudu besar Sos tomato
  • 1 Sudu kecil Cuka makanan

Instructions
 

Rebus Tulang Lembu

  • Masukkan air kedalam periuk sederhana besar dan panaskan di atas dapur gas dengan api yang besar.
  • Tunggu sehingga mendidih dan masukkan tulang lembu kedalam periuk.
  • Rebus tulang lembu selama 2 jam. Jika air kurang tambahkan air kedalam periuk. Tips: Semasa merebus tulang lembu terdapat kekotoran yang keluar daripada tulang lembu berkenaan. Buang kekotorang tersebut daripada dalam periuk.
  • Selepas 2 jam tutupkan api dan tutup periuk berkenaan sementara kita menyediakan bahan-bahan yang lain.

Bahan Kisar Untuk Sup Tulang

  • Masukkan bawang merah, bawang putih dan halia ke dalam mesin blender dan kisar bahan-bahan ni. Selesai mengisar masukkan ke dalam 1 mangkuk.
  • Masukkan lobak merah, batang celery dan leek yang telah dipotong ke dalam mesin blender dan kisah bahan-bahan ni. Selesai mengisar masukkan ke dalam 1 mangkuk.

Mula Memasak Sup Tulang

  • Letakkan periuk saiz sederhana besar di atas dapur gas, masukkan minyak masak dan panaskan.
  • Setelah minyak menjadi panas masukkan bawang merah, bawang putih dan halia yang sudah dikisar tadi bersama-sama kulit kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang dan buah pelaga ke dalam periuk dan timus sehingga berbau wangi.
    4-sekawan-bahan-tumis-sup-tulang
  • Masukkan pula lobak merah, batang celery dan leek yang telah dikisar dan tumis lagi sehingga sebati.
  • Masukkan pula rempah sup dan gaul sehingga sebati. Tips: Jika terlalu pekat masukkan sedikit air.
    perencah-rempah-sup-tulang
  • Setelah bahan-bahan tumis telah garing, masukkan air rebusan tulang dan tulang lembu yang telah di rebus ke dalam periuk. Tips: Jika kelihatan kurang air boleh ditambah lagi degan air.
  • Biarkan ia merenih seketika dalam 5 minit. Masukkan lada sulah dan garam secukup rasa.
  • Masukkan lobak merah dan kentang yang telah dipotong dadu.
  • Setelah kentang menjadi empuk, masukkan daun sup dan batang celery yang telah dipotong, bawang goreng dan cili padi.
  • Tutup api dapur gas dan siap untuk dihidangkan.

Kuah Sambal Kicap

  • Kisar dengan mesin blender kesemua bahan-bahan untuk membuat sambal kicap seperti cili padi, bawang putih, kicap manis, sos tomato dan cuka makanan.
  • Masukkan ke dalam mangkuk dan siap untuk dihidangkan bersama dengan sup tulang.

Notes

Kalau anda ada resepi makanan sedap best-best yang rare ke boleh la share kat sini. Saya akan buat resepi anda akan di kenali ramai. Tak kisah la resepi makanan, minuman, kuih-muih atau sebagainya share la kat sini yer.
Keyword Resepi Mudah Sup Tulang

Macam mana dengan resepi sup tulang yang aku share kat atas? Mesti sedapkan. Apa lagi jom menjamu selera dulu. Tengah panas-panas la sedap nak makan. Kena pulak dengan kuah kicap tu fuhhh memang menaikkan selera betul la.

Tips: Berapa lama nak rebus tulang?

Untuk mendapatkan sup tulang yang sedap, tulang lembu perlu la empuk dan lembut untuk di makan. Jika kenyal macam chewing gum baik tak payah makan kan.

Bagi persoalan berapa lama masa diperlukan untuk mendapatkan tulang lembu yang empuk dan daging yang sedap, tulang perlu la direbus sekurang-kurangnya 2 jam. Paling empuk 5 jam dan jika lebih pada ni daging pada tulang akan tertanggal daripada tulang.

Itu sahaja perkongsian aku pada kali ni. Berjumpa lagi di post resepi makanan sedap resepi mudah yang akan akan datang. Terima kasih.

  • Total0
  • Print0
  • Facebook0
  • Twitter0
  • Pinterest0
  • WhatsApp
  • Love This0

Filed Under: Resepi Mudah Tagged With: resepi mudah sup tulang

kadar-dividen-kwsp-2019

Dividen KWSP 2019 Dijangka Rendah 5.0-6.0 Peratus

Menurut Sumber Berita Harian, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dijangka mengumumkan kadar dividen 2019 pada kadar antara 5.0 hingga 6.0 peratus, kata penganalisis. Berdasarkan prestasi lemah saham tempatan tahun lalu, Profesor Ekonomi Sekolah Perniagaan Universiti Sunway, Prof Yeah Kim Leng, menjangkakan dana persaraan itu mampu mengagihkan dividen di antara 5.5 peratus hingga 6.0 peratus, kadar […]

Cara Solat Hajat : Memohon Pertolongan Allah

Cara solat Hajat yang aku kongsikan ini bertujuan memudahkan mereka yang memerlukan untuk memohon dan meminta bantuan daripada Allah. Seluruh dunia sekarang ini pada masa aku menulis entri ini sedang dilanda wabak Corona Virus Covid-19. Di sini aku ingin berkongsi cara solat hajat bagi kita memohon kepada Allah untuk meredakan wabak Covid-19 ini secepat yang […]

kementerian-pendidikan-malaysia

Cuti Sekolah 2020 | Takwim Cuti Sekolah 2020

Sesi persekolahan untuk tahun 2020 telah bermula. Oleh yang demikian, pasti ramai ibu bapa yang ingin mengetahui takwim cuti sekolah 2020 untuk merancang percutian dengan lebih awal bersama anak-anak. Gambar jadual takwim cuti sekolah 2020 Berikut merupakan jadual bagi kumpulan A iaitu bagi negeri Kedah, Johor, Kelantan dan Terengganu. Di bawah pula jadual untuk kumpulan […]

doa selepas azan 1

Doa Selepas Azan | Keistimewaan Dan Kelebihan Laungan Azan

Doa selepas azan adalah amalan sunnah yang di baca selepas selesai mendengar azan. Sewaktu azan dilaungkan, kita digalakkan untuk menjawab seruan azan berkenaan kerana terdapat beberapa keistimewaan dan kelebihan menjawab azan. Waktu selepas azan juga adalah masa mustajab untuk berdoa. Tertib Membaca Doa Selepas Azan Terdapat beberapa amalan yang baik untuk membaca doa selepas azan. […]

bacaan doa qunut subuh

Bacaan Doa Qunut Lengkap Rumi Dan Maksud

Bacaan doa qunut ini aku kongsikan 3 jenis doa qunut semuanya lengkap dengan bacaan rumi dan maksud bacaan doa qunut itu. Definisi “qunut” dalam Bahasa Arab bermaksud berdiri lama, taat, doa dan khusyuk. Dalam istillah pula ia bermaksud sesuatu doa yang dibaca oleh seorang muslim di dalam solat ketika sedang berdiri. Membaca doa qunut di […]

Primary Sidebar

Search This Blog

Categories

  • Bacaan Doa
  • Buat Duit Online
  • Cara Hacks System
  • Cara Solat Sunat
  • Hiburan
  • Kisah Seram
  • Peguam Dan Pengguna Malaysia
  • Plan Internet Malaysia
  • Resepi Mudah
  • Sihir Ilmu Hitam
  • Takwim Cuti Sekolah
  • Tech Tips
  • Tempat Makan Menarik
  • Tempat Menarik

Footer

Sang Penulis

Korang boleh panggil aku Piee. Blog ni sekadar mengisi masa lapang aku. Sekadar ingin berkongsi maklumat dan pendapat dari pandangan aku. Semoga pengisian dalam blog ni dapat memberi serba sedikit manfaat untuk korang semua.

Kalau korang ada cerita menarik yang nak diluahkan, nak dikongsikan dengan aku dan pembaca blog ni, korang boleh Klik Sini...

Copyright DuitCoin © 2023 ·