• Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Skip to footer
  • Resepi Mudah
  • Perkongsian Cerita
  • Kisah Seram
  • Bacaan Doa
  • Cara Solat Sunat
  • Tempat Menarik
  • Sihir Ilmu Hitam
DuitCoin Logo

DuitCoin

Experimentasi Minda Celaru

Home ยป Peguam Dan Pengguna Malaysia ยป Cara Mengatasi Masalah Penyewa Tak Bayar Sewa Rumah Yang Degil

Cara Mengatasi Masalah Penyewa Tak Bayar Sewa Rumah Yang Degil

February 13, 2020 by Piee Ahmad

  • Total0
  • Print0
  • Facebook0
  • Twitter0
  • Pinterest0
  • WhatsApp
  • Love This0

Zaman sekarang ni sudah ramai yang menyewakan rumah untuk menambah pendapatan. Tetapi jika dapat penyewa yang keras kepala pening jugak nak menghadapnya. Teruskan membaca jika anda nak tahu cara mengatasi masalah penyewa tak bayar sewa lepas tu tak nak keluar rumah sewa kita.

Saya fikir ramai yang mengalami keadaan macam ni:

“Saya ada sewakan rumah saya kepada penyewa. Tetapi penyewa dah 6 bulan tak bayar sewa. Saya dah mintak penyewa keluar daripada rumah sewa, tetapi dia enggan keluar. Apakah tindakan yang patut saya lakukan?”

Ramai yang memberi pandangan dan cadangan untuk selesaikan masalah tersebut mengikut pengalaman masing-masing.

Ada yang mencadangkan buat report polis, potong bekalan elektrik dan air, tukar mangga pagar, tampal iklan rumah akan dijual, lantik kontraktor buat renovation rumah dan macam macam lagi.

Bahkan ada juga yang mencadangkan guna samseng untuk keluarkan penyewa.

Tahukah anda, cara-cara tersebut walaupun secara kebetulannya mungkin berkesan dalam sesetengah keadaan, tetapi ianya bukanlah jalan penyelesaian yang ditetapkan oleh undang undang.

Report polis misalnya bukanlah cara yang tepat untuk selesaikan masalah tunggakan sewa. Ini kerana urusan sewaan adalah transaksi kontrak antara owner dan penyewa. Jadi tindakan yang boleh diambil hanyalah melalui tindakan sivil. Melainkan wujudnya elemen jenayah dilakukan oleh penyewa tersebut terhadap owner seperti ada ugutan jenayah, atau cubaan mencederakan owner dan sebagainya.

cara mengatasi masalah penyewa tak bayar sewa

Cara Mengatasi Masalah Penyewa Tak Bayar Sewa : PROSIDING PERUNDANGAN

Cara yang sepatutnya dilakukan mengikut undang-undang adalah:

1. Lantik peguam sivil.

2. Peguam akan hantar notis tuntutan tunggakan sewaan terhadap penyewa. Penyewa diberi masa 7 hari untuk menjelaskan bayaran sewaan yang tertunggak.

3. Jika penyewa masih enggan bayar tunggakan sewaan, peguam akan hantar notis penamatan sewaan dan notis pengosongan premis kepada penyewa.

4. Jika penyewa enggan mengosongkan premis sewaan, peguam akan failkan permohonan Writ of Distress.

5. Setelah perintah Writ of Distress diperolehi daripada Mahkamah, owner dan peguam akan pergi dengan bailiff (wakil mahkamah) diiringi dengan polis ke premis sewaan tersebut untuk mengarahkan penyewa mengosongkan premis tersebut. Dan barang-barang milik penyewa akan disita dan dilelong oleh Mahkamah untuk menampung segala tunggakan sewa dan kos-kos yang berkaitan.

BERAPAKAH KOS GUAMAN UNTUK AMBIL TINDAKAN UNDANG-UNDANG DI ATAS?

1. Tentang kos guaman, ianya bergantung kepada case to case basis. Tiada satu jumlah yang seragam. Tuan punya rumah kena berbincang dengan peguam yang dilantik.

2. Cuma tentang kos guaman ini ada dua pembahagian. Satu, yuran guaman. Satu lagi kos mahkamah.

3. Untuk kos mahkamah itu, jika mahkamah keluarkan perintah against penyewa, maka kos mahkamah itu hendaklah ditanggung oleh penyewa. Untuk yuran guaman pula biasanya ditanggung oleh Tuan Punya sendiri. Pun begitu boleh bincang dengan peguam yang dilantik tentang bayaran yuran guaman tersebut.

4. Kos guaman sebenarnya tidaklah tinggi jika tindakan perundangan segera diambil. Jangan tunggu last-last minute baru nak melantik peguam.

5. Jika lantik peguam awal mungkin kes akan dapat diselesaikan dengan hanya peguam hantar satu notis tuntutan sahaja. Satu notis tuntutan baru RM50 sahaja peguam caj. Tapi kalau ambil tindakan guna tangan sendiri terlebih dahulu, kemudian bila kes dah menjadi semakin teruk dan tak boleh selesai baru nak lantik peguam, memanglah kos akan jadi lebih tinggi.

BERAPA LAMAKAH PROSIDING TERSEBUT BOLEH SELESAI?

1. Tentang tempoh masa pula, jika Tuan punya cepat ambil tindakan, insya Allah prosesnya tidak lama.

2. Peguam boleh failkan perakuan segera di mahkamah dan kes akan didengar dengan kadar segera.

3. Segala tunggakan dan kos kerugian kelak boleh dituntut daripada penyewa.

Maka kesimpulannya, jika ingin selamat, gunakanlah pendekatan perundangan, bukannya mengikut emosi dan kemarahan semata-mata.

Tindakan berdiam diri dan bersabar lebih lama juga hanya akan memburukkan lagi keadaan. Jadi bertindaklah sekarang mengikut peruntukan undang-undang.

*Jika tips ini bermanfaat, sila LIKE, SHARE dan TAG kenalan anda untuk manfaat semua.

Sekian, terima kasih.

SALKUKHAIRI ABD SUKOR
Pengerusi
Gabungan Peguam Hartanah Rakyat (GEMPHAR)

  • Total0
  • Print0
  • Facebook0
  • Twitter0
  • Pinterest0
  • WhatsApp
  • Love This0

Filed Under: Peguam Dan Pengguna Malaysia Tagged With: cara handle penyewa keras kepala, cara mengatasi masalah penyewa degil, kos guaman rumah sewa, kos guaman untuk penyewa tak nak bayar sewa, peguam rumah sewa, penyewa tak nak bayar sewa, prosiding perundangan

Anugerah-Juara-Lagu-34

AJL 34 : Anugerah Juara Lagu 34 Final 2020 Song List

Anugerah Juara Lagu mostly known as AJL 34. This competition will be held for the 34th time on 9 February 2020 at the Axiata Arena, Bukit Jalil. It will be broadcast on TV3. 12 song will be compete. 12 finalist sung this song. Here is a list of 12 songs that will be compete :- […]

buat-duit-online-shopee

Buat Duit Online : Jana Duit Dengan Shopee

Kalau korang boleh sampai ke blog penulisan aku ni memang korang tengah mencari-cari cara nak buat duit online kan. Ok kat sini aku nak kongsi sikit je cara nak tambah pendapatan melalui internet ni. Zaman maju ni semua dah pandai guna handphone kan. Kalau korang da boleh sampai ke blog aku ni kompom la korang […]

plan-internet-postpaid-malaysia

Plan Internet Postpaid Di Malaysia Review Untuk Semua Pakej

Entry ni merupakan review untuk plan internet postpaid di Malaysia. Tapi aku akan ambil 3 telco penyedia perkhidmatan telekomunikasi di Malaysia ni untuk di review. Aku pun hanya pernah pakai 3 jenis plan postpaid ni je so ni jela yang aku akan review iaitu Maxis, Celcom dan Digi. Plan Internet Postpaid Maxis Maxis One Plan […]

ilmu hitam - sihir pemisah

Sihir Pemisah – Apakah Tanda Korang Di Serang Oleh Penyihir

Sihir adalah jalan singkat yang sesetengah orang selalu gunakan untuk mendapatkan sesuatu yang diinginkannya dengan mudah. Walaupun ia bercanggah dengan hukum agama, bukan sahaja Islam bahkan setiap agama dimuka bumi ini mengharamkan menggunakan sihir. Percaya atau tidak, di zaman yang serba moden ini masih ramai lagi yang menggunakan cara kotor ini. Lebih teruk lagi ada […]

cerita-seram-rintihan-pontianak

Kisah Seram : Video Seram Kilang Tinggal Bagan Tengkorak

Kat sini aku nak kongsikan satu kisah seram yang sering di alami oleh penduduk setempat di Bagan Tengkorak, Tanjung Karang, Selangor. Video seram ni telah dirakamkan oleh seorang youtuber yang aku subscribe channel dia. Channel beliau adalah Faizal Rozi Vlogs. Video ni telah dirakamkan di sebuah kilang tinggal di bagan tengkorak. Kisah seram ni telah […]

Primary Sidebar

Search This Blog

Categories

  • Bacaan Doa
  • Buat Duit Online
  • Cara Hacks System
  • Cara Solat Sunat
  • Hiburan
  • Kisah Seram
  • Peguam Dan Pengguna Malaysia
  • Plan Internet Malaysia
  • Resepi Mudah
  • Sihir Ilmu Hitam
  • Takwim Cuti Sekolah
  • Tech Tips
  • Tempat Makan Menarik
  • Tempat Menarik

Footer

Sang Penulis

Korang boleh panggil aku Piee. Blog ni sekadar mengisi masa lapang aku. Sekadar ingin berkongsi maklumat dan pendapat dari pandangan aku. Semoga pengisian dalam blog ni dapat memberi serba sedikit manfaat untuk korang semua.

Kalau korang ada cerita menarik yang nak diluahkan, nak dikongsikan dengan aku dan pembaca blog ni, korang boleh Klik Sini...

Copyright DuitCoin © 2023 ยท