• Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Skip to footer
  • Resepi Mudah
  • Perkongsian Cerita
  • Kisah Seram
  • Bacaan Doa
  • Cara Solat Sunat
  • Tempat Menarik
  • Sihir Ilmu Hitam
DuitCoin Logo

DuitCoin

Experimentasi Minda Celaru

Home » Bacaan Doa » Bacaan Doa Qunut Lengkap Rumi Dan Maksud

Bacaan Doa Qunut Lengkap Rumi Dan Maksud

November 4, 2022 by Piee Ahmad

Table of Contents

  • Jenis Doa Qunut
    • Qunut Subuh
    • Qunut Nazilah
    • Qunut Witir
  • Bacaan Doa Qunut Subuh
    • Bacaan Rumi Qunut Subuh
    • Maksud Doa Qunut Subuh
  • Bacaan Doa Qunut Nazilah
    • Bacaan Rumi Qunut Nazilah
    • Maksud Doa Qunut Nazilah
  • Bacaan Doa Qunut Witir
    • Bacaan Rumi Qunut Solat Witir
    • Maksud Bacaan Qunut Solat Witir
  • Dalil Tentang Doa Qunut Subuh
  • Kelebihan Membaca Doa Qunut
  • Total3
  • Print0
  • Facebook0
  • Twitter2
  • Pinterest0
  • WhatsApp
  • Love This1

Bacaan doa qunut ini aku kongsikan 3 jenis doa qunut semuanya lengkap dengan bacaan rumi dan maksud bacaan doa qunut itu. Definisi “qunut” dalam Bahasa Arab bermaksud berdiri lama, taat, doa dan khusyuk. Dalam istillah pula ia bermaksud sesuatu doa yang dibaca oleh seorang muslim di dalam solat ketika sedang berdiri.

Membaca doa qunut di dalam solat subuh termasuk di dalam perkara sunat Ab’adh. Jika tertinggal atau terlupa untuk membaca doa qunut subuh, seseorang itu disunatkan untuk melakukan sujud sahwi. Walau bagaimana pun, solat subuh tetap SAH walaupun tanpa sujud sahwi. Semoga setiap perkongsian ini akan memberikan manfaat yang baik.

bacaan doa qunut solat subuh

Jenis Doa Qunut

Terdapat tiga jenis doa qunut yang kita boleh ketahui iaitu Doa Qunut Subuh, Doa Qunut Nazilah, dan Doa Qunut Witir.

Qunut Subuh

Qunut Subuh kebiasaannya dibaca ketika solat subuh tidak kiralah berjemaah atau bersendirian. Ia dibaca pada rakaat kedua selepas i’tidal sebelum sujud.

Qunut Nazilah

Qunut Nazilah kebiasaannya dibaca ketika melakukan solat semasa sesuatu bencana berlaku. Contohnya ketika mula-mula negara dilanda virus pandemik Covid-19 yang dahsyat sehingga mengakibatkan “lockdown” dan sebagainya. Kebanyakkan imam di masjid di setiap negeri digalakkan untuk membaca doa qunut nazilah ketika melaksanakan setiap solat fardu berjemaah. Ia dibaca pada rakaat terakhir, selepas selepas i’tidal sebelum sujud.

Qunut Witir

Qunut Witir Kebiasaannya menjadi amalan sunat di separuh malam terakhir Ramadan ketika solat witir 3 rakaat 2 kali salam. Ia dibaca pada rakaat terakhir selepas i’tidal sebelum sujud.

Bacaan Doa Qunut Subuh

bacaan doa qunut subuh

Bacaan Rumi Qunut Subuh

Allah hummah dini fiman hadait. Wa’aa fini fiman ‘aafait. Watawallani fiman tawallait. Wabarikli fimaa a’tait. Waqinii birahmatika syarramaa qadhait. Fainnaka taqdhi wala yuqdha ‘alaik. Wainnahu layadzillumaw walait. Walaa ya’izzuman ‘adait. Tabaa rakta rabbana wata’alait. Falakalhamdu ‘ala maaqadait. Wa astaghfiruka wa atubu Ilaik. Wa sallahu ‘ala saidina. Muhammadin nabiyil ummiyi. Waala aalihi wasahbihi wassalam.

Maksud Doa Qunut Subuh

“Ya Allah berikanlah aku hidayah sebagaimana mereka yang telah Engkau beri hidayah. Berikan kesihatan kepadaku sebagaimana mereka yang telah Engkau berikan kesihatan. Dan peliharalah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau peliharakan. Berilah keberkatan bagiku pada apa-apa yang telah Engkau kurniakan. Dan selamatkan aku (dengan rahmat Allah) dari bahaya yang telah Engkau tentukan. Maka sesungguhnya, Engkaulah yang menghukum dan bukannya yang kena hukum. Dan sesungguhnya tidak hina orang yang Engkau pimpin. Dan tidak mulia orang yang Engkau musuhi. Maha Suci Engkau wahai Tuhan kami dan Maha Tinggi. Maka bagi Engkaulah segala pujian di atas apa yang Engkau hukumkan. Dan kami memohon ampun dari-Mu dan kami bertaubat kepada-Mu. Dan semoga Allah mencurahkan rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan keluarganya.”

Bacaan Doa Qunut Nazilah

bacaan doa qunut nazilah

Bacaan Rumi Qunut Nazilah

Allahumma inna naj ‘aluka fii nuhuuri ‘a da ina. Wa na ‘uzu bika min syuruu rihim. Allahumma baddid syam lahum. wa farriq jam ‘ahum. wa syattit kalimata hum. Wa zal zil’aqdaa mahum. Wa sallit ‘alayhim kalban min kilabika yaa qohhar, yaa jabbar, ya munn taqim, ya Allah, ya Allah, Ya Allah. Allahumma yaa munn zilal kitaab. wayaa mujriyas sahaab. wayaa hazimal ahzaab. Ihzim hum. Wan shurnaa ‘Alayhim.

Maksud Doa Qunut Nazilah

“Ya Allah kami letakkan kamu di batang leher musuh-musuh kami dan kami berlindung denganmu dari kejahatan mereka. Ya Allah hancurkan kumpulan mereka. Ya Allah pecahkan pakatan mereka. Ya Allah leburkan pendirian mereka. Ya Allah musnahkan langkah mereka. Cengkamkan anjing-anjingmu kepada mereka. Ya Allah yang maha memaksa. Ya Allah yang maha perkasa. Ya Allah yang maha membalas. Ya Allahu, ya Allahu, ya Allah. Yang turunkan kitab, yang gerakkan awan, yang tewaskan tentera Ahzab. Kalahkan mereka, kalahkan mereka, kalahkan mereka. Dan kemenangan untuk kami.”

Bacaan Doa Qunut Witir

Bacaan doa qunut witir ini kebiasaanya dibaca semasa solat sunat witir 3 rakaat 2 kali salam, selepas selsai mengerjakan solat terawih pada bulan ramadan.

bacaan doa qunut solat terawih

Bacaan Rumi Qunut Solat Witir

Allah hummah dini fiman hadait. Wa’a finaa fiman ‘afait. Watawallanaa fiman tawalait. Wabariklanaa fimaa a’tait. Waqinaa syarramaa qadhait. Fainnaka taqdhi wala yuqdha ‘alaik. Wainnahu laayazillumau walait. Walaa ya’izzuman ‘adait. Tabaa rakta rak tarabbana wata’alait. Falakalhamdu ‘ala maaqadait. Wa lakash syukru ‘alaa maa an ‘amta bihi wa aw lait. Nas tagh firuka wa natuu bu ilaik. Allhumma ‘aafinaa wal tuff binaa wah faznaa wan sur naa wafarraj ‘anna wal mus limiin. Allahummak finaa wa iyyaa hum jamii ‘ann syarro masoo ibiddun yaa waddiin. Allahumma aws lihnaa wa aws lih mann fii so laa hi hi so laa hul islaa mi wal muslimiin. Allahumma la tuh liknaa wa ah lik mann fii ha laa ki hi so laa hul islaa mi wal muslimin.

Maksud Bacaan Qunut Solat Witir

“Ya Allah berilah kami petunjuk sebagaimana orang yang Engkau berikan petunjuk. Berilah kami keselamatan sebagaimana orang yang Engkau selamatkan. Bimbinglah kami sebagaimana orang yang Engkau bimbing. Berkatilah kami pada setiap yang Engkau berikan. Peliharalah kami dari segala keburukan yang Engkau telah takdirkan. Sesungguhnya Engkaulah yang menentukan takdir dan tiada yang menentukannya bagi-Mu. Sesungguhnya tidak hina mereka yang Engkau pelihara. Dan tiada kemuliaan mereka yang Engkau musuhi. Segala kemuliaan dan ketinggian adalah bagi-Mu. Segala pujian ke atas sedala takdir-Mu. Kepada-Mu segala kesyukuran di atas nikmat dan pemberian-Mu. Kami memohon ampun dan bertaubat kepada-Mu. Ya Allah kurniakanlah kami keafiatan berlemah-lembutlah dengan kami peliharalah kami tolonglah kami selesaikanlah permasalahan kami dan seluruh kaum muslimin. Ya Allah jauhkanlah kami dan mereka semua (seluruh muslimin) dari musibah dunia dan agama kami. Ya Allah perbaikilah kami dan perbaikilah semua, yang dengan perbaikan atasnya merupakan kebaikan bagi kaum muslimin. Ya Allah janganlah Engkau hancurkan kami dan hancurkanlah mereka, yang mana dengan kehancuran ke atasnya merupakan kebaikan bagi kaum muslimin.”

Dalil Tentang Doa Qunut Subuh

Berkenaan dengan doa qunut subuh, ada sesetengah orang tidak membacanya contohnya ketika kita solat berjemaah di Mekah Al-Mukaramah, imam tidak akan mengalunkan doa ini. Tetapi rata-rata negeri di Malaysia, imam membaca doa qunut ini pada setiap solat subuh berjemaah.

Tiada perselisihan pendapat sama ada Nabi SAW membaca atau tidak doa ini ketika subuh kerana memang di sepanjang hayat baginda, baginda Nabi Muhammad SAW pernah membaca doa qunut dalam solat subuh.

Cuma terdapat khilaf, sama ada Rasulullah SAW membacanya kerana musibah yang menimpa kaum muslimin, atau baginda memang membacanya setiap kali solat subuh.

Sebahagian ulama mengatakan:

“Tidak ada qunut berterusan dalam solat subuh. Ia hanya dilakukan bersempena musibah, sebagaimana tersebut dalam hadis Anas bin Malik bahawa Nabi Muhammada SAW qunut dalam solat subuh selama sebulan, berdoa ke atas beberapa kabilah Arab; Zakwan, Ushaiyyah dan lain-lain. “- (Hadis Riwayat Sahih Bukhari dan Muslim)

Pendapat ini dipelopori oleh para fuqaha ahli hadis, dan ia diamalkan oleh khulafa al rasyidin.

Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah pula berpendapat:

“Sunnah Rasulullah SAW dan para khulafa al rasyidin menunjukkan bahawa Qunut hanya disyariatkan ketika sebab-sebab tertentu, dan bukannya dijadikan amalan berterusan.” – (Majmuk Fatawa 23/66).

Mazhab Syafie dan Malik pula mengatakan sunat membaca doa qunut subuh secara berterusan. Imam Nawawi menisbahkan pendapat ini kepada kebanyakan salaf. – (Majmuk 3/504).

Kita yang berpegang kepada mazhab Syafie, mengamalkan membaca doa qunut secara berterusan di setiap solat subuh.

Imam Ahmad meriwayatkan daripada Anas RA:

Maksudnya: “Rasulullah SAW sentiasa membaca doa qunut pada solat Subuh sehingga baginda meninggal dunia.” – (Hadis riwayat Ahmad)

Kelebihan Membaca Doa Qunut

Doa qunut bukan sahaja dibaca kerana ia telah disyariat untuk dilaksanakan. Tetapi doa qunut ini juga terkandung dengan pelbagai kelebihan dan manfaat yang boleh kita hayati bersama. Antara kelebihan membaca doa qunut adalah:

  • Menyempurnakan solat dengan baik
  • Terhindar dari bencana, ancaman, penganiayaan, penindasan musuh-musuh Allah dan musuh kaum Muslimin
  • Mendapat kebahagiaan di dunia dan akhirat
  • Mencontohi sunnah Rasulullah SAW
  • Dimakbulkan doa-doanya yang baik

Semoga permohon doa qunut kita akan diterima oleh Allah. Sebarang kekurangan di dalam post ini adalah datangnya daripada aku sendiri dan setiap kebaikan di dalam post ni datangnya dari Allah. Sekian.

  • Total3
  • Print0
  • Facebook0
  • Twitter2
  • Pinterest0
  • WhatsApp
  • Love This1

Filed Under: Bacaan Doa Tagged With: bacaan doa, doa qunut

cerita seram asrama pelajar katil hujung

Cerita Seram Asrama SMKA Tangok

Cerita seram asrama SMKA Tangok kali ini dikongsikan oleh salah seorang reader yang mahu dikenali sebagai Jenja (bukan nama sebenar). Kisah seram sebenar ini berkisar di sebuah asrama Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tangok, Bachok. Mesti ramai yang pernah dengar kisah misteri dan kejadian mengerikan dari tempat ini kan? Mungkin juga korang pernah mengalaminya sendiri. Jom […]

plan-internet-postpaid-malaysia

Plan Internet Postpaid Di Malaysia Review Untuk Semua Pakej

Entry ni merupakan review untuk plan internet postpaid di Malaysia. Tapi aku akan ambil 3 telco penyedia perkhidmatan telekomunikasi di Malaysia ni untuk di review. Aku pun hanya pernah pakai 3 jenis plan postpaid ni je so ni jela yang aku akan review iaitu Maxis, Celcom dan Digi. Plan Internet Postpaid Maxis Maxis One Plan […]

cara solat jamak dan qasar seorang musafir

Cara Solat Jamak Dan Qasar Mudah Dan Ringkas

Cara solat jamak dan qasar mudah dan ringkas ini adalah bagi memudahkan korang bila sedang bermusafir. Apabila kita bermusafir lebih daripada dua marhalah, kita diberi kelonggaran untuk Jamak (menghimpun) dan Qasar (memendekkan) solat. Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang Solat Jamak & Qasar untuk panduan kita bersama. Niat Musafir Perkara yang penting ialah kita mesti niat […]

bacaan doa selamat penuh

Doa Selamat : bacaan dan maksud Doa Selamat

Sempena pembukaan blog DuitCoin ni aku nak mulakan penulisan di blog ni dengan bacaan doa selamat semoga blog ni akan sentiasa memberi manfaat kepada visitor di blog ini. Bacaan doa selamat اَللهُمَّ اِنَّا نَسْئَلُكَ سَلاَمَةً فِى الدِّيْنِ وَعَافِيَةً فِى الْجَسَدِ وَزِيَادَةً فِى الْعِلْمِ وَبَرَكَةً فِى الرِّزْقِ وَتَوْبَةً قَبْلَ الْمَوْتِ وَرَحْمَةً عِنْدَ الْمَوْتِ وَمَغْفِرَةً بَعْدَ الْمَوْتِ. […]

buat-duit-online-shopee

Buat Duit Online : Jana Duit Dengan Shopee

Kalau korang boleh sampai ke blog penulisan aku ni memang korang tengah mencari-cari cara nak buat duit online kan. Ok kat sini aku nak kongsi sikit je cara nak tambah pendapatan melalui internet ni. Zaman maju ni semua dah pandai guna handphone kan. Kalau korang da boleh sampai ke blog aku ni kompom la korang […]

Primary Sidebar

Search This Blog

Categories

  • Bacaan Doa
  • Buat Duit Online
  • Cara Hacks System
  • Cara Solat Sunat
  • Hiburan
  • Kisah Seram
  • Peguam Dan Pengguna Malaysia
  • Plan Internet Malaysia
  • Resepi Mudah
  • Sihir Ilmu Hitam
  • Takwim Cuti Sekolah
  • Tech Tips
  • Tempat Makan Menarik
  • Tempat Menarik

Footer

Sang Penulis

Korang boleh panggil aku Piee. Blog ni sekadar mengisi masa lapang aku. Sekadar ingin berkongsi maklumat dan pendapat dari pandangan aku. Semoga pengisian dalam blog ni dapat memberi serba sedikit manfaat untuk korang semua.

Kalau korang ada cerita menarik yang nak diluahkan, nak dikongsikan dengan aku dan pembaca blog ni, korang boleh Klik Sini...

Copyright DuitCoin © 2023 ·