Korang tengah lapar ke? Tengah cari kedai makan yang sedap kat Melaka ke? Ok aku kongsikan kat korang tempat makan menarik yang makanan sedap di melaka ni.
Sebelum tu nak tanya la poket korang tebal tak nak makan makanan sedap kat melaka ni? Da sedap tak kan nak murah kan. Tapi harga memang berbaloi untuk korang cuba.
Antara Tempat Makan Menarik Di Melaka
1. Asam Pedas Pak Man
Memang The Best In Town sesuai dengan slogan yang mereka gunakan. Kalau datang kedai ni memang tak ada menu lain yang korang kena amik. Asam pedas dia memang padu dan makanan dia memang sedap.
Ada jugak menu lain dia macam nasi ayam. Tapi bagi aku kalau korang da datang kedai asam pedas rugi la amik menu nasi ayam kan. Baik pegi kedai nasi ayam.
Di Buka dari jam 10.30 am dan tutup pada 10.30pm. Tutup pada setiap hari Rabu. Menyediakan pelbagai jenis asam pedas yang korang boleh pilih dengan harga yang berpatutan RM14.50 satu set hidangan.
1 set hidangan tu terdiri daripada nasi putih, telur masin dan asam pedas. Beralamat di NO 51, JALAN KNMP 2A, KOMPLEKS NIAGA MELAKA PERDANA, BUKIT KATIL, 75450 MELAKA. Korang boleh waze terus asam pedas pak man dan akan jumpa lokasinya.
2. Mee Besen Ori Melaka
Memang makan dalam besen. Tapi bukan besen yang kita buat basuh baju tu. Tu besar sangat. Mereka menggunakan besen makanan yang diperbuat daripada steenless steel untuk hidangan mee besen ni.
Terdapat pelbagai menu makanan sedap yang mereka sediakan. Korang boleh rujuk gambar di bawah untuk menu makanan yang lengkap.
Dibuka setiap hari dari pukul 3.30pm sehingga pukul 12.00am. Hari Isnin tutup.
Mereka berniaga dia alamat pusat niaga durian daun,Jalan Puteri Hang Li Poh, Kampung Bukit Gedong 75400 Bandar Melaka. Korang juga boleh waze mee besen melaka dan akan terus jumpa lokasi kedai Mee Besen Ori Melaka ni.
3. Mango Float Royale
Dah berjalan pusing-pusing bandar melaka mesti terasa dahaga kan. Selain coconut shake korang kena try mango float royale ni. Serius sedap dan puas hati. Harga pun berpatutan.
Mereka beralamat di Kedai Mee Kari Sungai Putat Batu Berendam 75350 Melaka. Kalau korang waze mango float sungai putat kompom terus jumpa lokasi dorang ni. Beroperasi daripada pukul Isnin – Sabtu (2.00 pm – 11.30 pm) | Ahad (11.00 am – 6.00 pm).
Selain air mango float royale, kat kawasan Sungai Putat ni banyak kedai lain seperti kuih keria, meatball & cendawan goreng, mee kari dan jagung bakar. Memang boleh kenyang la kalau sampai ke kawasan ni.
4. Warong Hijau Rojak Sotong
Ini antara tempat makan menarik di melaka yang korang wajib datang kalau ada masa tambahan. Nama je warong tapi pelanggan yang datang memang ramai. Tempat duduk dan sotong yang ada terhad. So kalau korang nak datang sini kena datang petang masa kedai ni bukak dalam pukul 5.00pm supaya dapat cop tempat duduk.
Nak order memang lambat nak siap. Tapi hasilnya memang puas hati. Harga memang keras sikit la tapi korang akan berpuas hati lepas makan rojak sotong yang diorang buat.
Mereka beroperasi dari jam 4.30pm sehingga pukul 10.00pm. Mereka beralamat di Bt 19 3/4 Kg Durian Daun Masjid Tanah 78300 Melaka. Korang waze warong hijau rojak sotong mesti terus boleh jumpa dan sampai ke kedai makanan sedap ni.
5. Medan Ikan Bakar Alai Crystal Bay
Ikan bakar memang ramai yang minat kan. So korang boleh cuba ikan bakar dekat Medan Ikan Bakar Alai Crystal Bay ni. Tempat makan menarik ni adalah antara tempat makanan sedap kat melaka yang pernah aku try.
Orang memang ramai kat sini lagi-lagi musim cuti sekolah dengan hujung minggu. Kalau nak datang sini plan la datang waktu petang sebab kalau korang datang lepas Maghrib memang penuh parking kereta.
Mereka beroperasi dari pukul 5.00pm sehingga jam 12.00am setiap hari. Mereka beralamat di Crystal Bay, Alai, Sungai Punggur Melaka. Korang taip kat waze Medan Ikan Bakar Alai kompom boleh jumpa tempat ni.
Pelbagai menu makanan laut di sediakan kat sini. Korang pilih la nak makan apa pun memang banyak makanan laut dia. Harga memang keras la sebab makanan laut kan. Kat sini boleh dikatakan fresh la makanan laut dia. Gerenti puas hati.
Ok da puas makan kat melaka ni? Banyak da duit habis? Ni antara sahaja tempat makan menarik di melaka ni. Ada lagi tempat makanan sedap. Tapi bagi aku 5 tempat ni yang paling best yang pernah aku try. Macam mana aku tahu? Aku orang Melaka so aku tau la tempat-tempat makan ni. Aku pun macam korang jugak suka makan makanan yang sedap kat melaka ni.
sharafie says
terbaik la makanan yang ada kat melaka ni kan. cuma nak tnya la