• Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Skip to footer
  • About Us
  • Contact Us
  • Buat Duit Online
  • Kisah Seram
  • Bacaan Doa
  • Plan Internet Malaysia
  • Tempat Makan Menarik

DuitCoin

Kisah Seram, Cara Solat, Cerita Hantu, Jana Income Online, Tips

Home ยป Tempat Makan Menarik ยป Tempat Makan Menarik : Makanan Sedap Di Melaka

Tempat Makan Menarik : Makanan Sedap Di Melaka

February 5, 2020 by Piee Ahmad Leave a Comment

Korang tengah lapar ke? Tengah cari kedai makan yang sedap kat Melaka ke? Ok aku kongsikan kat korang tempat makan menarik yang makanan sedap di melaka ni.

Sebelum tu nak tanya la poket korang tebal tak nak makan makanan sedap kat melaka ni? Da sedap tak kan nak murah kan. Tapi harga memang berbaloi untuk korang cuba.

Antara Tempat Makan Menarik Di Melaka

No. 1. Asam Pedas Pak Man – Memang The Best In Town sesuai dengan slogan yang mereka gunakan. Kalau datang kedai ni memang tak ada menu lain yang korang kena amik. Asam pedas dia memang padu dan makanan dia memang sedap.

Ada jugak menu lain dia macam nasi ayam. Tapi bagi aku kalau korang da datang kedai asam pedas rugi la amik menu nasi ayam kan. Baik pegi kedai nasi ayam.

Di Buka dari jam 10.30 am dan tutup pada 10.30pm. Tutup pada setiap hari Rabu. Menyediakan pelbagai jenis asam pedas yang korang boleh pilih dengan harga yang berpatutan RM14.50 satu set hidangan.

1 set hidangan tu terdiri daripada nasi putih, telur masin dan asam pedas. Beralamat di NO 51, JALAN KNMP 2A, KOMPLEKS NIAGA MELAKA PERDANA, BUKIT KATIL, 75450 MELAKA. Korang boleh waze terus asam pedas pak man dan akan jumpa lokasinya.

No. 2. Mee Besen Ori Melaka – Memang makan dalam besen. Tapi bukan besen yang kita buat basuh baju tu. Tu besar sangat. Mereka menggunakan besen makanan yang diperbuat daripada steenless steel untuk hidangan mee besen ni.

Terdapat pelbagai menu makanan sedap yang mereka sediakan. Korang boleh rujuk gambar di bawah untuk menu makanan yang lengkap.

tempat-makanan-menarik-mee-besen-ori
makanan-sedap-melaka-mee-besen-ori-melaka
mee-besen-original-melaka-mee-goreng
sup-daging-mee-besen
menu-air-minuman-tempat-makan-menarik

Dibuka setiap hari dari pukul 3.30pm sehingga pukul 12.00am. Hari Isnin tutup.

Mereka berniaga dia alamat pusat niaga durian daun,Jalan Puteri Hang Li Poh, Kampung Bukit Gedong 75400 Bandar Melaka. Korang juga boleh waze mee besen melaka dan akan terus jumpa lokasi kedai Mee Besen Ori Melaka ni.

No. 3. Mango Float Royale – Dah berjalan pusing-pusing bandar melaka mesti terasa dahaga kan. Selain coconut shake korang kena try mango float royale ni. Serius sedap dan puas hati. Harga pun berpatutan.

mango-float-royale-tempat-makan-menarik-di-melaka

Mereka beralamat di Kedai Mee Kari Sungai Putat Batu Berendam 75350 Melaka. Kalau korang waze mango float sungai putat kompom terus jumpa lokasi dorang ni. Beroperasi daripada pukul Isnin โ€“ Sabtu (2.00 pm โ€“ 11.30 pm) | Ahad (11.00 am โ€“ 6.00 pm).

Selain air mango float royale, kat kawasan Sungai Putat ni banyak kedai lain seperti kuih keria, meatball & cendawan goreng, mee kari dan jagung bakar. Memang boleh kenyang la kalau sampai ke kawasan ni.

No. 4. Warong Hijau Rojak Sotong – Ini antara tempat makan menarik di melaka yang korang wajib datang kalau ada masa tambahan. Nama je warong tapi pelanggan yang datang memang ramai. Tempat duduk dan sotong yang ada terhad. So kalau korang nak datang sini kena datang petang masa kedai ni bukak dalam pukul 5.00pm supaya dapat cop tempat duduk.

warong-hijau-rojak-sotong-makanan-sedap-mealaka

Nak order memang lambat nak siap. Tapi hasilnya memang puas hati. Harga memang keras sikit la tapi korang akan berpuas hati lepas makan rojak sotong yang diorang buat.

Mereka beroperasi dari jam 4.30pm sehingga pukul 10.00pm. Mereka beralamat di Bt 19 3/4 Kg Durian Daun Masjid Tanah 78300 Melaka. Korang waze warong hijau rojak sotong mesti terus boleh jumpa dan sampai ke kedai makanan sedap ni.

No. 5. Medan Ikan Bakar Alai Crystal Bay – Ikan bakar memang ramai yang minat kan. So korang boleh cuba ikan bakar dekat Medan Ikan Bakar Alai Crystal Bay ni. Tempat makan menarik ni adalah antara tempat makanan sedap kat melaka yang pernah aku try.

medan-ikan-bakar-alai-crytal-bay-tempat-makan-menarik

Orang memang ramai kat sini lagi-lagi musim cuti sekolah dengan hujung minggu. Kalau nak datang sini plan la datang waktu petang sebab kalau korang datang lepas Maghrib memang penuh parking kereta.

Mereka beroperasi dari pukul 5.00pm sehingga jam 12.00am setiap hari. Mereka beralamat di Crystal Bay, Alai, Sungai Punggur Melaka. Korang taip kat waze Medan Ikan Bakar Alai kompom boleh jumpa tempat ni.

Pelbagai menu makanan laut di sediakan kat sini. Korang pilih la nak makan apa pun memang banyak makanan laut dia. Harga memang keras la sebab makanan laut kan. Kat sini boleh dikatakan fresh la makanan laut dia. Gerenti puas hati.

Ok da puas makan kat melaka ni? Banyak da duit habis? Ni antara sahaja tempat makan menarik di melaka ni. Ada lagi tempat makanan sedap. Tapi bagi aku 5 tempat ni yang paling best yang pernah aku try. Macam mana aku tahu? Aku orang Melaka so aku tau la tempat-tempat makan ni. Aku pun macam korang jugak suka makan makanan yang sedap kat melaka ni.

Filed Under: Tempat Makan Menarik Tagged With: makanan sedap, makanan sedap melaka, tempat makan best, tempat makan menarik

google-maps-hacks

Google Maps Hacks : Cara Hack Google Maps

Melihat kesesakan lalu lintas di Peta Google benar-benar dapat membantu korang merancang laluan pulang dari kerja. Kita semua kalau boleh tak nak lalu jalan yang sesak ketika pulang dari kerja kan. Bagaimana jika google maps hacks boleh berlaku. Seorang lelaki bernama Simon Wecket telah berkongsi satu video di mana beliau telah menggunakan 99 smartphone yang […]

buat-duit-online-shopee

Buat Duit Online : Jana Duit Dengan Shopee

Kalau korang boleh sampai ke blog penulisan aku ni memang korang tengah mencari-cari cara nak buat duit online kan. Ok kat sini aku nak kongsi sikit je cara nak tambah pendapatan melalui internet ni. Zaman maju ni semua dah pandai guna handphone kan. Kalau korang da boleh sampai ke blog aku ni kompom la korang […]

cerita-seram-rintihan-pontianak

Kisah Seram : Video Seram Kilang Tinggal Bagan Tengkorak

Kat sini aku nak kongsikan satu kisah seram yang sering di alami oleh penduduk setempat di Bagan Tengkorak, Tanjung Karang, Selangor. Video seram ni telah dirakamkan oleh seorang youtuber yang aku subscribe channel dia. Channel beliau adalah Faizal Rozi Vlogs. Video ni telah dirakamkan di sebuah kilang tinggal di bagan tengkorak. Kisah seram ni telah […]

Doa Selamat : bacaan dan maksud Doa Selamat

Sempena pembukaan blog DuitCoin ni aku nak mulakan penulisan di blog ni dengan bacaan doa selamat semoga blog ni akan sentiasa memberi manfaat kepada visitor di blog ini. Bacaan doa selamat Maksudnya : โ€œYa Allah, sesungguhnya kami memohon kepada Mu keselamatan dalam agama, kesihatan dalam tubuh, bertambah dalam ilmu, keberkatan dalam rezki, taubat sebelum mati, […]

Bisnes Air Balang Modal Minimum Untung Maximum

Korang mungkin biasa dengar pasal orang buat bisnes air balang kat pasar malam, tepi-tepi jalan, bazaar Ramadhan dan banyak tempat lagi la. Pernah dengar tak keuntungan dorang jual air tu berapa? Nampak macam bisnes jual air je kan tapi sebenarnya dengar modal yang minimum dorang boleh jana pendapatan yang lumayan. Tapi tak semua orang boleh […]

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Primary Sidebar

Search This Blog

Lets Meet The Blogger

Hi, I am Piee Ahmad. Please enjoy to read my blog. Take anything you want from my blog. Share information from this blog to as many people as you can. Tell Your friend about information you get from here. Bring your friend here. Thanks.

Categories Of This Blog

More to See

Cara Solat Tarawih Lapan Rakaat Di Rumah

April 19, 2020 By Piee Ahmad

cerita-hantu-pontianak

Kisah Seram Sunway Pyramid Lorong Pekerja Berhantu

April 12, 2020 By Piee Ahmad

Cara Solat Hajat : Memohon Pertolongan Allah

April 10, 2020 By Piee Ahmad

cara-reset-network-internet-4g

Cara Reset Network Internet 4G or 3G di Smart Phone

April 10, 2020 By Piee Ahmad

kadar-dividen-kwsp-2019

Dividen KWSP 2019 Dijangka Rendah 5.0-6.0 Peratus

February 20, 2020 By Piee Ahmad

Footer

Our Missions

We are comitted to give all we had since we are also user like you, we know what you want.

Please contact us (using Contact Us page) to let us know what things you want us to write in this blog.

We will give all our best to meet your expectations to fulfill your needs.

Thank you.

Recent Comments

  • Maizatul Amirah on Cerita Seram : Misteri Rumah Banglo Lama Di UPSI
  • Laili Ann Phillips on Cerita Seram : Misteri Rumah Banglo Lama Di UPSI
  • great site on Cerita Seram : Misteri Rumah Banglo Lama Di UPSI

Tags

ajl 34 ajl 34 song list ajl 34 winner list aktiviti bermanfaat untuk anak aktiviti bermanfaat untuk pelajar aktiviti cuti sekolah aktiviti cuti sekolah anak anugerah juara lagu 34 bacaan doa buat duit online calendar 2020 cara hacks google maps cara handle penyewa keras kepala cara mengatasi masalah penyewa degil cerita hantu cerita hantu sebenar cerita seram Cuti sekolah 2020 Doa selamat final ajl 34 google hacks google maps google maps hacks jana pendapatan dengan shopee juara lagu 2020 kalendar 2020 kerja dari rumah kisah benar kisah hantu kisah misteri kisah seram konsert ajl 34 konsert akhir ajl 34 makanan sedap melaka plan internet postpaid public holiday 2020 rahsia jana duit online rahsia shopee sebab meniaga di shopee side income Solat Sunat Tarawih takwim cuti sekolah tempat makan menarik tricks to google maps video seram

Archives

Copyright © 2021 ยท Log in