• Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Skip to footer
  • Resepi Mudah
  • Perkongsian Cerita
  • Kisah Seram
  • Bacaan Doa
  • Cara Solat Sunat
  • Tempat Menarik
  • Sihir Ilmu Hitam
DuitCoin Logo

DuitCoin

Experimentasi Minda Celaru

Home ยป Resepi Mudah ยป Resepi Nasi Ayam Sedap Di Makan

Resepi Nasi Ayam Sedap Di Makan

April 19, 2020 by Piee Ahmad

Jump to Recipe Print Recipe
  • Total0
  • Print0
  • Facebook0
  • Twitter0
  • Pinterest0
  • WhatsApp
  • Love This0

Assalamualaikum semua pengunjung blog makanan Malaysia. Nasi ayam bukan lah satu makanan yang asing di kalangan penduduk Malaysia. Ada sesetengah kita setiap hari akan makan nasi ayam ni di kedai. Resepi nasi ayam khusus untuk yang nak cuba masak.

Nasi ayam bukan sahaja untuk makan tengah hari, ia boleh juga dijadikan makanan untuk berbuka puasa. Ada juga yang menjadikan nasi ayam ni makanan utama untuk majlis-majlis keramaian seperti majlis kenduri tahlil, kenduri doa selamat dan banyak lagi majlis kenduri yang lain.

resepi-nasi-ayam-padu

Nak cari nasi ayam yang sedap dan padu bukan lah mudah. Tak semua kedai pandai masak nasi ayam ni kan. Ikut air tangan tukang masak tu jugak la kan.

Resepi Mudah Nasi Ayam Padu

Apa kata korang cuba masak sendiri nasi ayam ni tengok sedap ke tak. Belom cuba belum tahu kan air tangan korang tu sedap ke tak. Kalau lepas masak ni hasilnya sedap mungkin korang boleh berniaga bukak kedai makan sendiri.

Kat sini aku share satu resepi nasi ayam yang simple dan mudah di masak. Dalam 2 jam setengah macam tu dah siap. Tak susah kalau kena dengan caranya. Renyah sikit jela. Tapi berbaloi untuk korang cuba masak.

Bahan-bahan untuk memasak korang boleh la cari dan beli di pasaraya-pasaraya yang berdekatan dengan rumah korang ye. Tak susah pun bahan-bahan nak masak nasi ayam ni. Kos pun sekitar RM30 je untuk 4 orang makan.

Resepi dia mudah je macam dekat bawah ni. Untuk lebih memudahkan korang, ada button print kat bawah tu korang boleh terus print tak payah nak pegang je telefon tu. Telefon boleh bagi anak main supaya dia tak mengacau korang waktu masak.

resepi nasi ayam padu

Nasi Ayam Padu

Nasi ayam ni nak sedap ayam tu kena lembut. Sambal dia pula kena la ada rasa baru berselera nak makan. Semoga dengan resepi ni kenyang la perut korang ye.
Print Recipe Pin Recipe
Prep Time 1 hr
Cook Time 30 mins
Perap ayam 1 hr
Total Time 2 hrs 30 mins
Course Main Course, Makanan Berbuka Puasa, Makanan Tengah Hari
Cuisine Makanan Malaysia
Servings 4
Calories 1000 kcal

Equipment

  • Periuk nasi
  • Kuali
  • Senduk
  • Sudip
  • Periuk Kecil
  • Dapur gas

Ingredients
  

Untuk Rebusan Ayam

  • 1 Ekor Ayam
  • 1 Biji Bawang besar Dipotong kasar
  • 1 Inci Halia Diketuk
  • 2 Batang Serai
  • 3 Ulas Bawang putih

Untuk Masak Nasi

  • 5 Cawan Beras
  • 1 Inci Halia Dipotong nipis
  • 3 Biji Bawang Merah Dipotong halus
  • 4 Ulas Bawang Putih Dipotong halus
  • 1 Batang Kulit kayu manis (kecil)
  • Bunga lawang sedikit
  • Cengkih sedikit
  • Lemak ayam sedikit
  • 1 Sudu Marjerin/Butter
  • 1 Ketul Kiub Ayam
  • Sedikit Kunyit Tak perlu banyak sangat nanti kuning nasi tu.
  • 1 Keping Daun pandan Disimpulkan.
  • ยฝ Sudu kecil Garam Sikit je nanti masin sangat darah tinggi pulak.

Untuk Perapan Ayam

  • 3 Ulas Bawang putih
  • ยฝ Inci Halia
  • 2 Sudu Sos tiram
  • 1 Sudu Sos lada hitam
  • 1 Sudu Kicap manis Rasa-rasa dulu. Kalau tak cukup tambah lagi.
  • ยฝ Sudu Gula merah/ gula kabung
  • ยฝ Sudu Kecil Garam
  • 1 Sudu Kecil Pati Ayam
  • ยฝ Sudu Marjerin
  • 3 cawan Minyak masak untuk goreng ayam

Sos atau sambal

  • 5-7 Biji Cili besar Nak pedas boleh tambah cili api.
  • ยฝ Sudu Gula Secukupnya
  • โ…“ Sudu Gula merah/gula kabung
  • โ…“ Sudu Garam
  • 5 Ulas Bwang putih
  • 2 Biji Limau nipis/limau kasturi
  • 4 Sudu Sos cili

Sup Nasi Ayam

  • 1 Set Kaki Ayam lebihan potongan ayam
  • 1 Set Tulang ayam halus lebihan potongan ayam
  • 1 Ketul Leher/tengkuk ayam lebihan potongan ayam
  • 1 Keping Kulit kayu manis Halus
  • Bunga lawang sedikit
  • Cengkih Sedikit
  • 1 Ketul Kiub Ayam Knor recommended
  • 1 Sudu Perencah cukup rasa Maggi recommended
  • ยฝ Sudu kecil Lada Sulah
  • โ…“ Sudu kecil Garam
  • 1 Batang Daun sup
  • 1 Batang Daun bawang
  • 1 Sudu Bawang goreng
  • 3 cawan Air masak

Sayur dan Salad

  • 1 Batang Timun Di hiris ikut kesesuaian anda
  • 2 Biji Tomato Di hiris ikut kesesuaian anda
  • 1 Batang Lobak merah Di potong ikut kesesuaian anda
  • 4 Helai Daun salad Sekeping untuk setiap pinggan

Instructions
 

Basuh Dan Potong Ayam

  • Potong ayam mengikut cita rasa anda. Rasa nak potong 8 pun boleh nk potong 16 pun boleh.
  • Lemak ayam jangan di buang kerana anda akan perlukannya sedikit untuk memasak nasi.
  • Basuh ayam sebersih-bersihnya. Jika perlu rendam dengan air limau kasturi untuk menghilangkan bau hanyir ayam tersebut.
    potongan-ayam-untuk-nasi-ayam

Rebus Ayam

  • Rebus ayam yang telah dipotong tadi. Tak perlu lama. 3 minit pun dah cukup untuk mengempukkan ayam tadi sebelum di perap.
  • Panaskan air di dalam periuk sehingga mendidih.
  • Masukkan bahan-bahan untuk rebusan ayam.
  • Padamkan api dan angkat hasil rebusan ayam tadi selepas 3 minit.
  • Jangan buang air rebusan ayam kerana anda perlukannya untuk memasak nasi.

Masak Nasi

  • Masukkan lemak ayam ke dalam periuk nasi bersama sedikit marjerin.
  • Buka api dapur gas dengan api yang sederhana.
  • Panaskan lemak ayam bersama marjerin tadi sehingga lemak bertukar menjadi minyak.
  • Masukkan kulit kau manis, bunga lawang, cengkih, bawang merah, bawang putih dan halia.
  • Tumis jangan sampai garing. Cukup sekadar bahan-bahan tadi layu sahaja.
  • Kemudian masukkan beras yang sudah di basuh, pati ayam, marjerin, daun pandan dan garam.
  • Goreng dan gaul bahan-bahan tadi sehingga sebati. Sekejap je tau.
  • Masukkan air rebusan ayam tadi bersama sedikit kunyit yang dipotong halus.
  • Sukatan air seperti masak nasi biasa.
  • Tanak nasi sehingga masak.
    nasi-ayam-resepi-mudah

Perap Ayam

  • Bawang putih dan halia di tumbuk sehingga lumat. Perah dan ambil jusnya.
  • Gaul bahan-bahan yang lain sehingga sebati bersama-sama dengan ayam.
  • Perap sekurang-kurangnya 1 jam. Lagi lama lagi lembut dan sedap ayam tu.
  • Simpan sedikit lebihan kuah perapan ayam ini untuk digunakan membuat kuah kicap nasi ayam.

Goreng Ayam

  • Panaskan minyak di dalam kuali.
  • Masukkan ayam yang telah diperap tadi ke dalam kuali panas.
  • Semasa menggoreng ayam gunakan api yang perlahan.
  • Kerap terbalikkan ayam untuk mengelakkan daripada ayam menjadi hangus.
  • Untuk menjadikan ayam berkilat letakkan sedikit madu ke dalam kuali. Jika adan tiada madu masukkan marjerin sedikit.
  • Goreng ayam selama 5 minit. Angkat dan toss kan ayam.
    ayam-goreng-nasi-ayam-padu

Penyediaan Sos atau sambal

  • Kisar semua bahan-bahan untuk sos atau sambal yang kita da sediakan tadi.
  • Masak di atas api sehingga mendidih.
  • Tutup api dan angkat.
    sambal-nasi-ayam

Kuah Kicap

  • Lebihan kuah perapan ayam tadi ditambah lebihan air rebusan ayam bersama kicap secukupnya.
  • Masak di atas api Selama 3 minit dan siap.

Masak Sup Nasi Ayam

  • Masukkan 3 cawan besar air kedalam periuk kecil.
  • Panaskan di atas api sehingga mendidih.
  • Masukkan kaki ayam, tulang ayam halus, tengkuk/leher ayam dan rebus sehingga mendidih.
  • Masukkan kulit kayu manis, bunga lawang, cengkih.
  • Masukkan pati ayam, perencah cukup rasa, lada sulah dan garam.
  • Rebus sehingga menggelegak.
  • Biarkan menggelegak selama 5 min dan tutup api.
  • Rasa sup untuk tahap masin dan kesedapannya.
  • Taburkan daun sup, daun bawang dan bawang goreng. Siap untuk dihidang.

Penyediaan Sayur dan Salad

  • Potong kesemua bahan seperti timun, tomato, lobak merah dan daun salad ikut kehendak dan kesesuaian anda.
  • Hiaskan di dalam pinggan bersama-sama nasi ayam yang telah siap di masak.

Notes

Kalau anda ada resepi makanan sedap best-best yang rare ke boleh la share kat sini. Saya akan buat resepi anda akan di kenali ramai. Tak kisah la resepi makanan, minuman, kuih-muih atau sebagainya share la kat sini yer.
Keyword Nasi Ayam

Alhamdulillah siap juga nasi ayam aku ni. Nak tau resepi ni sedap ke tak, korang kene try test cuba masak sendiri la yer. Bagi aku sedap la sebab aku sendiri yang masak dan aku sendiri yang makan. Semoga perkongsian resepi mudah ini memudahkan korang untuk memasak nasi ayam. Sekian.

  • Total0
  • Print0
  • Facebook0
  • Twitter0
  • Pinterest0
  • WhatsApp
  • Love This0

Filed Under: Resepi Mudah

cik ponti bertenggek

Kisah Seram Asrama Tingkat 4 Kolej Swasta di Selangor

Kisah seram asrama kali ni dikongsikan oleh seseorang yang mengalami gangguan semasa beliau masih belajar di salah sebuah kolej swasta di Selangor. Kisah seram yang di alaminya berlaku ketika beliau sering tinggal berseorangan di dalam asrama tersebut. Ikuti kisah seram asrama ini. Kisah Seram Asrama Berhantu Kisah ini terjadi tahun 2008-2009. Lepas SPM aku dapat […]

surah al-a'raf ayat 118-122 - doa pembatal sihir

Doa Pembatal Sihir – Cara Mengamalkannya

Setiap penyakit ada ubatnya, setiap masalah ada jalan penyelesaiannya. Begitu juga dengan masalah rohani yang melibatkan makhluk halus seperti Jin pasti ada penawarnya. Doa pembatal sihir yang aku nak kongsikan ini adalah jalan penyelesaian bagi permasalahan yang di sebabkan oleh Jin. In Shaa Allah semoga bermanfaat. Sihir merupakan perkara yang dikeji di dalam Islam. Kita […]

Anugerah Juara Lagu 34 : AJL 34 Winner List

Baru-baru ni di negara kita Malaysia telah ada satu konsert yang dikenali sebagai Anugerah Juara Lagu 34 short form nya AJL 34. Konsert final AJL 34 yang berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil. Konsert ini berlangsing pada 9 Februari 2020 bermula pukul 9 malam dihoskan oleh Sherry Alhadad , Awal Ashaari dan Haziq Hussni turut […]

kisah-seram-banglo-lama

Cerita Seram : Misteri Rumah Banglo Lama Di UPSI

Sedikit info – kedudukan rumah banglo lama ni berdekatan dengan UPSI kampus lama di pekan Tg. Malim, Perak. Ia terletak di bahagian belakang kedai makan Karim’s Corner. Cerita seram mengenai rumah banglo lama ni dirasai sendiri oleh penduduk sekitar pekan Tg. Malim. Rumah banglo ni jika dilihat di sebelah siang terdapat sebuah pokok yang besar […]

resepi asam pedas ikan merah

Resepi Asam Pedas Ikan Merah

Dalam banyak-banyak asam pedas, aku paling suka asam pedas ikan merah. Sebab isi ikan tu sendiri memang dah sedap. So kat sini aku nak kongsi dengan korang resepi asam pedas ikan merah yang simple jer mudah dimasak tapi sedap. Bahan-bahan memasak juga boleh didapatkan di pasaraya-pasaraya yang berdekatan dengan rumah korang. Nak masak dia pun […]

Primary Sidebar

Search This Blog

Categories

  • Bacaan Doa
  • Buat Duit Online
  • Cara Hacks System
  • Cara Solat Sunat
  • Hiburan
  • Kisah Seram
  • Peguam Dan Pengguna Malaysia
  • Plan Internet Malaysia
  • Resepi Mudah
  • Sihir Ilmu Hitam
  • Takwim Cuti Sekolah
  • Tech Tips
  • Tempat Makan Menarik
  • Tempat Menarik

Footer

Sang Penulis

Korang boleh panggil aku Piee. Blog ni sekadar mengisi masa lapang aku. Sekadar ingin berkongsi maklumat dan pendapat dari pandangan aku. Semoga pengisian dalam blog ni dapat memberi serba sedikit manfaat untuk korang semua.

Kalau korang ada cerita menarik yang nak diluahkan, nak dikongsikan dengan aku dan pembaca blog ni, korang boleh Klik Sini...

Copyright DuitCoin © 2023 ยท