• Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Skip to footer
  • About Us
  • Contact Us
  • Buat Duit Online
  • Kisah Seram
  • Bacaan Doa
  • Plan Internet Malaysia
  • Tempat Makan Menarik

DuitCoin

Kisah Seram, Cara Solat, Cerita Hantu, Jana Income Online, Tips

Home ยป Plan Internet Malaysia ยป Plan Internet Postpaid Di Malaysia Review Untuk Semua Pakej

Plan Internet Postpaid Di Malaysia Review Untuk Semua Pakej

February 21, 2020 by Piee Ahmad Leave a Comment

Entry ni merupakan review untuk plan internet postpaid di Malaysia. Tapi aku akan ambil 3 telco penyedia perkhidmatan telekomunikasi di Malaysia ni untuk di review. Aku pun hanya pernah pakai 3 jenis plan postpaid ni je so ni jela yang aku akan review iaitu Maxis, Celcom dan Digi.

Plan Internet Postpaid Maxis

Maxis One Plan – Dengan plan internet postpaid maxis bagi ni korang boleh dapat phone yang baru tanpa mengeluarkan duit yang banyak. Benda ni sebenarnya ramai orang cakap rugi kalau kita amik. Tapi bagi aku amik jela sebab memang tiap bulan ko akan bayar jugak nilai bil yang sama. Win-win situation sebenarnya maxis bagi pada customer dia. Dia dapat customer korang dapat mobile phone.

Plan-internet-postpaid-maxis-one-plan

Selain daripada tu Maxis ada menyediakan variasi plan postpaid bermula daripada RM98, RM128, RM158 dan RM188 yang setiap satunya mempunyai kelebihan tersendiri mengikut keperluan pengguna.

Setiap satu plan postpaid maxis ni boleh di share dengan ahli keluarga atau rakan-rakan korang bermula dari RM98 = 1 share line, RM128 = 2 share line, RM158 = 3 share line dan RM188 = 4 share line. Setiap share line perlu di bayar RM48 setiap satunya setiap bulan.

Untuk share line dia tak sama macam line utama. Data untuk share line tidak sebanyak line utama maxis tapi main line boleh share dengan share line kalau data tak cukup. Kalau main line pun tak cukup data boleh beli data tambahan di maxis.

plan-maxis-one-plan-postpaid

Korang boleh dapatkan plan internet postpaid maxis ni di cawangan yang berdekatan dengan korang ataupun kalau susah dan tak ada masa nak pergi ke cawangan berdekatan korang just boleh bukak laman web maxis dan register secara online.

Plan Internet Postpaid Celcom

Plan internet postpaid celcom memberikan variasi postpaid. Celcom MEGA dan celcom Xpax postpaid. Di dalam pakej Xpax postpaid terdapat pakej celcom XP Lite.

plan-internet-xp-lite-celcom

RM28 Sebulan

1.XP Lite – Korang boleh melanggan XP Lite ni bermula serendah RM28 sebulan. Korang akan dapat 1GB sebulan dan unlimited calls untuk semua rangkaian telefon di Malaysia.

plan-internet-postpaid-celcom-xp-lite

Kalau tak cukup data tu macam kecik sangat kan. Korang boleh upgrade plan internet postpaid celcom korang. Celcom bagi 2 pilihan kat sini iaitu L pass dan M pass.

Upgrade plan XP Lite ke L pass korang boleh dapat tambahan 11GB internet dan dapat free 3GB video walla. Setiap bulan korang perlu tambah RM30 untuk plan XP Lite.

plan-internet-postpaid-xp-lite-celcom

Upgrade plan XP Lite ke M pass korang boleh dapat tambahan 4GB internet dan dapat free 3GB video walla. Setiap bulan korang perlu tambah RM10 untuk plan XP Lite.

Untuk plan XP Lite yang telah di upgrade ke L pass korang boleh pilih telefon untuk korang yang celcom bagi dengan harga yang berpatutan.

plan-telefon-pakej-xp-lite
jenis pilihan telefon yang korang boleh dapat dengan pakej XP Lite

Celcom juga menawarkan plan internet Ultra Hour Pass di mana korang boleh dapatkan plan internet unlimited data bermula dari 1 jam = RM1 sehingga 24 jam = RM8. Unlimited data ni korang boleh download apa sahaja tanpa had dalam tempoh masa yang korang dah beli.

plan-internet-postpaid-celcom-ultra-hour-pass
plan internet ultra hour pass celcom

Video Walla yang celcom bagi quota tambahan ni untuk pelanggan yang mengambilnya wajib tahu rakan kongsi diorang yang bekerja sama dalam pakej video walla ni. Boleh refer gambar bawah ni.

plan-celcom-postpaid-video-walla-pakej
rakan kongsi video walla bersama celcom

Plan internet postpaid celcom MEGA menawarkan, 30GB monthly high-speed Internet, Unlimited Calls to All Networks, RM0.20 per SMS dengan harga RM80/month.

plan-internet-postpaid-celcom-MEGA

Celcom Mega RM80

Jika rasa tak cukup dengan 30GB korang boleh tambah plan internet postpaid celcom korang ni dengan pakej Unlimited Data ataupun besarkan data korang dengan pakej Lightning. Setiap pakej ni punya perbezaan korang boleh tengok gambar di bawah.

plan-internet-postpaid-celcom-unlimited

upgrade MEGA ke Unlimited

plan-celcom-unlimited-L-M
ada 2 pilihan unlimited L dan unlimited M. Kedua-dua pakej ni boleh masuk share line untuk 3 nombor.
plan-internet-postpaid-celcom-lightning

upgrade MEGA ke Lightning

plan-postpaid-celcom-mega
ada 3 pilihan untuk pakej Mega Lightning
plan-internet-celcom-telefon-free
pilihan telefon untuk Lightning XL
plan-internet-celcom-telefon-free
pilihan telefon untuk Lightning L
plan-internet-celcom-telefon-free
pilihan telefon untuk Lightning M

Plan Internet Postpaid Digi

Plan internet postpaid Digi akan diupdate tak lama lagi.

Plan Internet Postpaid Di Malaysia Review

Setakat pemakaian aku dan pemerhatian aku selama ni, perkhidmatan telekomunikasi yang terbaik yang pernah aku dapat adalah celcom. Faktor yang aku amik kira adalah plan internet pospaid yang ditawarkan, dari segi coverage, dari segi customer service dan beberapa faktor lagi yang membuatkan aku rasa celcom is the best telco in Malaysia.

Untuk pengetahuan korang sekarang ni aku memakai plan internet postpaid daripada maxis. Walaupun celcom memberikan perkhidmatan yang terbaik, tetapi aku memilih maxis kerana pakej Home Fiber yang ditawarkan sukar untuk aku tolak dan aku memang memerlukan pakej yang pihak maxis tawarkan. Perkara ni aku akan bincangkan dalam isu Home Fiber la.

Untuk Digi pulak memang aku tak nafikan yang mereka juga memberi perkhidamatan yang terbaik setakat aku menggunakan plan postpaid diorang. Tapi aku rasa macam tertipu bila mana data yang diberikan adalah unlimited tetapi speed nya ciput sahaja. Mungkin ia berkaitan dengan isu coverage yang juga akan aku review dari masa ke semsa.

Aku tak dan nak ceritakan semuanya sekarang. Tapi aku akan bagi kesimpulan bahawa Celcom sekarang ni tengah menawarkan pakej yang sangat-sangat baik untuk korang ambik. Mungkin aku juga akan ambik plan celcom ni pada masa yang sama aku menggunakan maxis juga.

Sekian. Terima kasih kerana sudi membaca. Subscribe news letter daripada blog ini untuk mendapatkan update-update terbaru daripada blog ni.

Semoga perkongsian ini menjadi ilmu yang bermanfaat kepada korang semua.

Filed Under: Plan Internet Malaysia Tagged With: pakej internet terbaik, pakej postpaid, plan internet celcom, plan internet di malaysia, plan internet digi, plan internet maxis, plan internet postpaid, plan internet umobile, plan postpaid celcom, plan postpaid digi, plan postpaid maxis, plan postpaid umobile

Cara Solat Hajat : Memohon Pertolongan Allah

Seluruh dunia sekarang ini pada masa aku menulis entri ini sedang dilanda wabak Corona Virus Covid-19. Di sini aku ingin berkongsi cara solat hajat bagi kita memohon kepada Allah untuk meredakan wabak Covid-19 ini secepat yang mungkin. Solat Sunat Hajat : Pengenalan Solat Sunat Hajat merupakan solat sunat yang didirikan untuk memohon hajat atau ketika […]

google-maps-hacks

Google Maps Hacks : Cara Hack Google Maps

Melihat kesesakan lalu lintas di Peta Google benar-benar dapat membantu korang merancang laluan pulang dari kerja. Kita semua kalau boleh tak nak lalu jalan yang sesak ketika pulang dari kerja kan. Bagaimana jika google maps hacks boleh berlaku. Seorang lelaki bernama Simon Wecket telah berkongsi satu video di mana beliau telah menggunakan 99 smartphone yang […]

kementerian-pendidikan-malaysia

Cuti Sekolah 2020 | Takwim Cuti Sekolah 2020

Sesi persekolahan untuk tahun 2020 telah bermula. Oleh yang demikian, pasti ramai ibu bapa yang ingin mengetahui takwim cuti sekolah 2020 untuk merancang percutian dengan lebih awal bersama anak-anak. Gambar jadual takwim cuti sekolah 2020 Berikut merupakan jadual bagi kumpulan A iaitu bagi negeri Kedah, Johor, Kelantan dan Terengganu. Di bawah pula jadual untuk kumpulan […]

aktiviti-cuti-sekolah

Aktiviti Cuti Sekolah Yang Bermanfaat Untuk Anak-anak

Bila masuk je cuti sekolah semua ibu bapa dah macam tak tahu apa aktiviti cuti sekolah yang menarik untuk anak-anak kan. Tak macam zaman dahulu, cuti sekolah penuh dengan aktiviti bersama rakan-rakan. Zaman sekarang yang penuh dengan pelbagai gadjet ni risau jugak kan kalau cuti anak-anak ni di habiskan dengan gadjet. Jadi kat sini aku […]

Anugerah Juara Lagu 34 : AJL 34 Winner List

Baru-baru ni di negara kita Malaysia telah ada satu konsert yang dikenali sebagai Anugerah Juara Lagu 34 short form nya AJL 34. Konsert final AJL 34 yang berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil. Konsert ini berlangsing pada 9 Februari 2020 bermula pukul 9 malam dihoskan oleh Sherry Alhadad , Awal Ashaari dan Haziq Hussni turut […]

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Primary Sidebar

Search This Blog

Lets Meet The Blogger

Hi, I am Piee Ahmad. Please enjoy to read my blog. Take anything you want from my blog. Share information from this blog to as many people as you can. Tell Your friend about information you get from here. Bring your friend here. Thanks.

Categories Of This Blog

More to See

Cara Solat Tarawih Lapan Rakaat Di Rumah

April 19, 2020 By Piee Ahmad

cerita-hantu-pontianak

Kisah Seram Sunway Pyramid Lorong Pekerja Berhantu

April 12, 2020 By Piee Ahmad

Cara Solat Hajat : Memohon Pertolongan Allah

April 10, 2020 By Piee Ahmad

cara-reset-network-internet-4g

Cara Reset Network Internet 4G or 3G di Smart Phone

April 10, 2020 By Piee Ahmad

kadar-dividen-kwsp-2019

Dividen KWSP 2019 Dijangka Rendah 5.0-6.0 Peratus

February 20, 2020 By Piee Ahmad

Footer

Our Missions

We are comitted to give all we had since we are also user like you, we know what you want.

Please contact us (using Contact Us page) to let us know what things you want us to write in this blog.

We will give all our best to meet your expectations to fulfill your needs.

Thank you.

Recent Comments

  • Maizatul Amirah on Cerita Seram : Misteri Rumah Banglo Lama Di UPSI
  • Laili Ann Phillips on Cerita Seram : Misteri Rumah Banglo Lama Di UPSI
  • great site on Cerita Seram : Misteri Rumah Banglo Lama Di UPSI

Tags

ajl 34 ajl 34 song list ajl 34 winner list aktiviti bermanfaat untuk anak aktiviti bermanfaat untuk pelajar aktiviti cuti sekolah aktiviti cuti sekolah anak anugerah juara lagu 34 bacaan doa buat duit online calendar 2020 cara hacks google maps cara handle penyewa keras kepala cara mengatasi masalah penyewa degil cerita hantu cerita hantu sebenar cerita seram Cuti sekolah 2020 Doa selamat final ajl 34 google hacks google maps google maps hacks jana pendapatan dengan shopee juara lagu 2020 kalendar 2020 kerja dari rumah kisah benar kisah hantu kisah misteri kisah seram konsert ajl 34 konsert akhir ajl 34 makanan sedap melaka plan internet postpaid public holiday 2020 rahsia jana duit online rahsia shopee sebab meniaga di shopee side income Solat Sunat Tarawih takwim cuti sekolah tempat makan menarik tricks to google maps video seram

Archives

Copyright © 2021 ยท Log in