Korang pernah terfikir tak jalan mana menjadi jalan paling seram kat Malaysia? Kali ni saya nak bawak korang semua menyelusuri jalan yang dikatakan seram dan berhantu di Malaysia ni. Ada 4 jenis jalan yang akan saya kongsikan pada edisi kali ini. Sebelum saya meneruskan cerita jalan paling seram ni, saya nak berkongsi dengan korang sebuah buku seram Bayang Puaka. Klik hyperlink tersebut untuk mengetahui lebih lanjut mengenai buku ini. Lets leap into the story.
Malaysia kaya dengan pelbagai jenis lokasi yang dikatakan ‘keras’, berpenunggu, dan berhantu. Dipenuhi dengan elemen-elemen mistik yang pasti menarik minat mereka yang mahu mencuba keberanian diri. Walaupun kita tidak sepatutnya bermain dengan perkara-perkara ghaib yang tak dapat dilihat dengan mata kasar, namun ini tidak menjadi penghalang bagi para pemburu alam ghaib dunia jin yang sentiasa mencuba untuk mengintai apa yang ada di sebalik hijab mata batin.
Dekat sini saya listing kan lokasi jalan-jalan paling seram yang ada di Malaysia agar korang boleh mencubanya sendiri, dengan berhati-hati. Tapi, kalau korang seorang yang jenis lemah semangat, inilah masanya untuk korang beralih ke artikel lain yang lebih bermanfaat untuk korang.
1. Lebuhraya Karak
Dibuka kepada orang awam pada tahun 1977, Lebuhraya Karak, juga dikenali sebagai Terowong Karak, menghubungkan Kuala Lumpur dengan Genting Highlands melalui jalan raya sepanjang 60 kilometer yang berliku-liku. Terdapat banyak kemalangan ngeri yang pernah berlaku di situ dan ini menjadikannya terkenal di seluruh dunia sebagai jalan raya yang paling berhantu!
Berikut adalah beberapa cerita seram yang menghantui lebuhraya Karak.
Misteri Volkswagen Kuning di Freeway Karak
Semua orang pasti pernah mendengar seseorang menyebut tentang Volkswagen kuning yang berhantu apabila bercerita tentang freeway Karak. Kereta berhantu ini biasanya akan muncul di belakang kereta anda dan akan memaksa anda memberi laluan agar ia dapat memotong. Selepas anda berbuat demikian, ia akan muncul semula di belakang kereta anda secara tiba-tiba!
Ramai yang mengatakan bahawa jika anda cuba melihat kelibat pemandunya, anda akan mendapati tiada sesiapa yang berada di dalam kereta tersebut!
Hantu Budak Sekolah di Freeway Karak
Satu lagi kisah seram yang terkenal dalam kalangan orang ramai adalah penampakan kelibat seorang budak sekolah yang merayau-rayau mencari ibunya di tepi jalan sekitar freeway Karak pada waktu malam. Jangan sekali-kali berhenti jika anda ternampak kelibat ini!
Menurut cerita orang tempatan, pernah terjadi sebuah kemalangan di kawasan itu yang mengorbankan seorang budak lelaki yang memakai baju sekolah dan juga ibunya yang sedang memandu. Dalam kemalangan itu, ibunya telah tercampak keluar daripada kereta manakala budak lelaki itu pula terperangkap di dalam kereta dengan matanya tertusuk kaca daripada cermin hadapan! Sehingga hari ini, ramai yang berkata dia masih menghantui lebuhraya itu dan menunggu untuk bersatu kembali dengan ibunya.
2. Jalan Kulai – Kota Tinggi
Jalan yang menghubungkan bandar Kulai dan Kota tinggi ini dikelilingi oleh deretan pokok kelapa sawit dan ia juga melalui sebuah tanah perkuburan yang dikenali sebagai Nirvana Memorial Park. Jika anda menggunakan jalan ini pada waktu malam, keadaannya memang sangat gelap disebabkan ketiadaan lampu jalan. Biasanya, selepas jam satu atau dua pagi tiada lagi kereta yang lalu lalang menggunakan jalan ini. Jadi kami sarankan agar anda berhati-hati apabila melalui jalan ini.
Ada banyak kisah dan gangguan mistik yang dialami oleh para pemandu di jalan ini dan salah satunya adalah penampakan kelibat seakan-akan pontianak di tengah jalan yang boleh anda saksikan di video di bawah.
3. Jalan Kuala Klawang – Genting Peras
Laluan ini merupakan laluan wajib bagi peserta Le Tour de Langkawi disebabkan ia sebuah laluan berbukit dan mempunyai lebih 240 selekoh yang menjadikannya sangat mencabar! Selain itu, jalan lama yang menghubungkan Kuala Lumpur dan Jelebu ini juga amat digemari para penunggang motosikal yang mahukan cabaran dalam perjalanan mereka.
Disebabkan laluan ini berada di kawasan berbukit, keadaannya pada waktu malam memang sangat gelap dan sunyi. Banyak buah mulut daripada para penunggang motor dan pemandu yang menggunakan jalan tersebut pada waktu malam yang menyatakan kewujudan makhluk-makhluk halus seperti pontianak dan langsuir yang kerap mengganggu mereka, seperti sorotan kisah daripada halaman Fb ini.
4. Jalan Gombak Lama
Ini adalah jalan yang in style dalam kalangan mereka yang suka berbasikal dan juga berjoging. Kawasannya yang berhutan menjadikannya pilihan terbaik bagi orang yang mahu beriadah dengan bertemankan keindahan alam semulajadi dan suasana pagi yang hening. Tetapi, tahukah anda yang laluan ini sebenarnya pernah in style sebagai tempat pembuangan mayat sekitar tahun 2016 dan 2017?
Mungkin disebabkan oleh kejadian-kejadian ini, lokasi ini mempunyai pelbagai kejadian dan kisah angker yang menakutkan dan menjadi kegemaran para pemburu kejadian mistik. Lihat sahaja video di bawah ini yang dirakam semasa usaha menarik kereta mangsa kemalangan yang terjatuh ke dalam gaung di jalan ini. Di saat-saat akhir video, kelihatan kelibat makhluk berjari panjang yang mengeluarkan sesuatu daripada kereta tersebut. Memang menyeramkan!
Amalkan Suggestions Pemanduan Ini untuk Mengelak Daripada Diganggu atau Disampuk
Tak kiralah jika anda mempercayai dunia mistik ataupun seorang yang was-was mengenainya, kami pasti cerita-cerita mengenai lokasi ini akan membangkitkan rasa seram dalam diri anda. Jika anda seorang yang lemah semangat, memandu secara bersendirian di tempat yang gelap dan sunyi adalah sesuatu yang patut dielakkan sama sekali.
Oleh itu, untuk menjamin keselamatan dan ketenangan jiwa anda, kami cadangkan agar anda memandu pada waktu pagi atau tengah hari apabila matahari masih terang. Lagipun, perkara-perkara paranormal ini cuma akan berlaku pada waktu malam sahaja.
Selain itu, jika anda tidak mahu terkandas di jalan raya yang sunyi dan sepi seorang diri, periksa kereta anda terlebih dahulu sebelum memulakan perjalanan. Berikut adalah senarai bahagian yang perlu diperiksa:
- Tambah atau tukar minyak enjin kereta
- Pastikan coolant di dalam radiator mencukupi
- Pastikan bateri kereta berfungsi dengan baik cek menggunakan Bateri Checker
- Semak tekanan angin tayar dan keadaan bunga tayar
- Semua lampu pada kereta anda haruslah berada dalam keadaan baik