• Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Skip to footer
  • Resepi Mudah
  • Perkongsian Cerita
  • Kisah Seram
  • Bacaan Doa
  • Cara Solat Sunat
  • Tempat Menarik
  • Sihir Ilmu Hitam
DuitCoin Logo

DuitCoin

Experimentasi Minda Celaru

Home » Bacaan Doa » Doa Selepas Azan | Keistimewaan Dan Kelebihan Laungan Azan

Doa Selepas Azan | Keistimewaan Dan Kelebihan Laungan Azan

October 19, 2022 by Piee Ahmad

Table of Contents

  • Tertib Membaca Doa Selepas Azan
    • Selawat Keatas Nabi
    • Bacaan Doa Selepas Azan
    • Berdoa Apa Yang Dihajati
  • Keistimewaan dan Kelebihan Seruan Azan
  • Total6
  • Print0
  • Facebook0
  • Twitter1
  • Pinterest2
  • WhatsApp
  • Love This3

Doa selepas azan adalah amalan sunnah yang di baca selepas selesai mendengar azan. Sewaktu azan dilaungkan, kita digalakkan untuk menjawab seruan azan berkenaan kerana terdapat beberapa keistimewaan dan kelebihan menjawab azan. Waktu selepas azan juga adalah masa mustajab untuk berdoa.

doa selepas azan 1

Tertib Membaca Doa Selepas Azan

Terdapat beberapa amalan yang baik untuk membaca doa selepas azan. Di sini adalah tertib untuk membacanya.

Selawat Keatas Nabi

Sebelum membaca doa selepas azan, bacalah dahulu selawat keatas nabi 1 atau 3 kali.

selawat keatas nabi muhammad

Bacaan Doa Selepas Azan

Kemudian dibaca doa selepas laungan azan dengan penuh penghayatan.

doa selepas azan

Maksudnya: “Ya Allah, Tuhan yang telah mensyariatkan seruan azan dan sembahyang yang akan didirikan. Kurniakanlah kedudukan yang tinggi dan terpuji yang Engkau telah janjikan kepada junjungan kami Nabi Muhammad dan kehormatan. Sesungguhnya Engkau tidak memungkiri janji.”

Berdoa Apa Yang Dihajati

Berdoalah selepas selesai laungan azan. Kerana waktu selepas azan adalah antara waktu mustajab untuk berdoa memohon kepada Allah. Berdoalah untuk kebaikan diri sendiri semoga doa yang dipinta di makbulkan oleh Allah.

Keistimewaan dan Kelebihan Seruan Azan

Banyak keistimewaan dan kelebihan melaungkan azan. Al-Quran, as-Sunnah dan al-Ijmak ulama telah menyatakan melaungkan azan mempunyai beberapa kelebihan yang besar, di antaranya:

  • Seruan azan adalah sebagai tanda untuk mengajak umat  Islam agar bersegera menunaikan  solat.
  • Lantunan azan yang indah itu boleh mengwujudkan ketenangan dan kesejukan jiwa seseorang.
  • Laungan azan mampu menyelubungi suasana dan menambah semangat ummah.
  • Muazzin diampuni dosanya sebanyak sepanjang laungan suaranya kedengaran.
  • Muazzin dan penjawab seruan azan dijanjikan mendapat ganjaran pahala.
  • Beroleh pahala sebanyak pahala mereka yang ikut solat bersamanya.
  • Amalan bacaaan pujian azan dapat menjadi seperti persiapan untuk masuk ke matlamat utama.
  • Lafaz azan adalah sama digunakan oleh umat Islam diseluruh dunia dan menjadi syiar keagungan Islam.
  • Berazan dan mendirikan solat kerana taqwa kepada Allah سبحانه وتعالى, maka dosa-dosa akan diampuni  dan  dijamin Syurga.
  • Mendengar seruan azan akan dapat menyaksikan amalan baik di hari kiamat.
  • Menyebabkan Iblis dan syaitan lari bertempiaran apabila terdengar laungan azan.

Rasulullah  ﷺ  bersabda: “Apabila azan dilaungkan untuk solat, syaitan lari terkentut-kentut lintang-pukang sehingga tidak mendengar suara azan dan apabila selesai azan, dia datang semula hingga apabila dibacakan iqamah untuk solat dia akan lari lagi, sehinggalah sempurna iqamah dibaca, lalu dia akan datang lagi mengganggu dan menimbulkan rasa was-was dalam diri, membisikkan kepadanya: Ingatkan itu dan ini, sesuatu yang tidak terlintas sebelum itu, menyebabkan seseorang itu tidak sedar berapa rakaat ia solat.” (Hadis riwayat Abu Hurairah).

 

  • Total6
  • Print0
  • Facebook0
  • Twitter1
  • Pinterest2
  • WhatsApp
  • Love This3

Filed Under: Bacaan Doa Tagged With: bacaan doa, doa selepas azan, selawat nabi

resepi sup tulang sedap

Resepi Sup Tulang Sedap Dan Sempoi

Resepi sup tulang untuk mereka yang merindukan makan di kedai makan. Semenjak Perintah Kawalan Pergerakan di laksanakan kita semua sudah tidak dapat makan di kedai makan. Sememangnya khususnya aku rindu nak lepak makan di kedai dan pekena sup tulang. Antara spesifikasi sup tulang yang aku suka adalah rasa sup itu sendiri. Sup tak terlalu masin […]

Anugerah Juara Lagu 34 : AJL 34 Winner List

Baru-baru ni di negara kita Malaysia telah ada satu konsert yang dikenali sebagai Anugerah Juara Lagu 34 short form nya AJL 34. Konsert final AJL 34 yang berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil. Konsert ini berlangsing pada 9 Februari 2020 bermula pukul 9 malam dihoskan oleh Sherry Alhadad , Awal Ashaari dan Haziq Hussni turut […]

tempat-makan-best-melaka

Tempat Makan Menarik : Makanan Sedap Di Melaka

Korang tengah lapar ke? Tengah cari kedai makan yang sedap kat Melaka ke? Ok aku kongsikan kat korang tempat makan menarik yang makanan sedap di melaka ni. Sebelum tu nak tanya la poket korang tebal tak nak makan makanan sedap kat melaka ni? Da sedap tak kan nak murah kan. Tapi harga memang berbaloi untuk […]

kadar-dividen-kwsp-2019

Dividen KWSP 2019 Dijangka Rendah 5.0-6.0 Peratus

Menurut Sumber Berita Harian, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dijangka mengumumkan kadar dividen 2019 pada kadar antara 5.0 hingga 6.0 peratus, kata penganalisis. Berdasarkan prestasi lemah saham tempatan tahun lalu, Profesor Ekonomi Sekolah Perniagaan Universiti Sunway, Prof Yeah Kim Leng, menjangkakan dana persaraan itu mampu mengagihkan dividen di antara 5.5 peratus hingga 6.0 peratus, kadar […]

cerita-hotel-berhantu

Cerita Hantu Hotel Jelai, Pahang Kisah Benar

Aku ada satu cerita hantu nak share dengan korang. Nak kata kisah ni seram boleh jugak la sebab ia terjadi pada diri aku sendiri. Cerita Hantu Hotel Jelai ni berlaku di sebuah hotel di pahang. Kejadian ni berlaku dalam 2 tahun lepas. Kisah seram hotel berhantu ni bermula di mana aku ni bersama partner aku […]

Primary Sidebar

Search This Blog

Categories

  • Bacaan Doa
  • Buat Duit Online
  • Cara Hacks System
  • Cara Solat Sunat
  • Hiburan
  • Kisah Seram
  • Peguam Dan Pengguna Malaysia
  • Plan Internet Malaysia
  • Resepi Mudah
  • Sihir Ilmu Hitam
  • Takwim Cuti Sekolah
  • Tech Tips
  • Tempat Makan Menarik
  • Tempat Menarik

Footer

Sang Penulis

Korang boleh panggil aku Piee. Blog ni sekadar mengisi masa lapang aku. Sekadar ingin berkongsi maklumat dan pendapat dari pandangan aku. Semoga pengisian dalam blog ni dapat memberi serba sedikit manfaat untuk korang semua.

Kalau korang ada cerita menarik yang nak diluahkan, nak dikongsikan dengan aku dan pembaca blog ni, korang boleh Klik Sini...

Copyright DuitCoin © 2023 ·