• Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Skip to footer
  • About Us
  • Contact Us
  • Buat Duit Online
  • Kisah Seram
  • Bacaan Doa
  • Plan Internet Malaysia
  • Tempat Makan Menarik

DuitCoin

Kisah Seram, Cara Solat, Cerita Hantu, Jana Income Online, Tips

Home ยป Solat Sunat ยป Cara Solat Tarawih Lapan Rakaat Di Rumah

Cara Solat Tarawih Lapan Rakaat Di Rumah

April 19, 2020 by Piee Ahmad Leave a Comment

Solat sunat Tarawih ni boleh dilakukan di mana sahaja tidak kira di surau, di masjid, di rumah atau dimana sahaja. Di sini aku akan kongsikan cara solat Tarawih 8 rakaat yang boleh di lakukan di rumah. Dengan cara yang betul In Shaa Allah solat sunat Tarawih ni dapat kita lakukan dengan sempurna.

Seperti yang kita tahu dunia sekarang ini sedang di serang oleh satu wabak penyakit yang dibawa oleh corona virus yang lebih dikenali sebagai Covid-19. Oleh itu, kerajaan Malaysia telah melaksanakan Printah Kawalan Pergerakan PKP di seluruh Malaysia untuk memutuskan rantaian Covid-19 ni.

solat-sunat-tarawih

Semua surau dan masjid tidak boleh mengadakan sebarang masjlis keagamaan termasuk solat berjemaah. Seperti yang kita tahu di bulan Ramadhan pasti semua akan ke surau dan masjid berdekatan dengan rumah untuk menunaikan solat sunat tarawih ni secara berjemaah.

Dengan arahan kerajaan Malaysia pada tahun 2020 ni solat sunat tarawih ni tidak dapat lagi dilakukan di masjid ataupun di surau. Solat Tarawih hanya boleh dilakukan di rumah masing-masing. Aku harap dengan perkongsian ini kita semua dapat melakukan solat sunat Tarawih di rumah dengan sempurna.

Solat Tarawih hanya dilakukan pada malam bulan Ramadhan sahaja. Solat Tarawih dalam bulan Ramadhan (Qiyam Ramadhan) ialah solat Tahajjud atau โ€˜shalatullailโ€™ (solat malam)yang dilakukan pada malam-malam bulan lainnya.

Tarawih ertinya beristirehat. Maka solat ini dilaksanakan berselang-seli dengan โ€˜berehat seketikaโ€™, Tujuan berhenti rehat sekejap adalah untuk memperolehi keikhlasan dan memberikan ketenangan kepada mereka yang bersolat, khususnya kepada warga emas disamping mengelakkan ketegangan badan selepas berbuka puasa.

Solat Sunat Tarawih ialah ibadat tambahan yang dilakukan dalam keadaan tenang dan tidak tergopoh-gapah. Ia satu cara untuk menunjukkan keikhlasan, kebaktian dan ketaatan kepada Allah SWT.

Jesteru itu Rasulullah SAW menyuruh ia dilakukan mengikut kemampuan, keikhlasan dan kerelaan. Sekiranya tidak mampu melakukan 20 rakaat disebabkan tugas mahu pun kesihatan, memadai dengan lapan rakaat sahaja.

Sunnah Rasulullah S.A.W

Bilangan rakaat Solat Sunat Tarawih yang biasa dilakukan Rasulullah SAW adalah 11 rakaat; terdiri dari 8 rakaat solat Tarawih dan 3 rakaat Solat Sunat Witir. Jumlah ini dipilih oleh kebanyakan umat Islam Malaysia.

Solat sunat Ramadhan lapan rakaat oleh Rasulullah SAW, seperti yang dilihat oleh Aisyah r.a. di rumah, adalah yang minimum kerana Baginda SAW memanjangkan rakaatnya.

Abu Salamah r.a pernah bertanya kepada Aisyah r.a tentang solat malam Rasulullah SAW di bulan Ramadhan. Aisyah menjawab: โ€œRasulullah SAW tidak pernah menambah rakaat solatnya di bulan Ramadan dan atau bulan lain melebihi sebelas rakaat. Baginda solat empat rakaat, jangan engkau tanya betapa bagus dan panjangnya solat baginda. Kemudian, baginda solat empat rakaat, jangan engkau tanya betapa bagus dan panjangnya solat baginda. Kemudian, baginda solat tiga rakaat (witir).โ€ โ€“ Hadis riwayat Imam al-Bukhari dalam Sahihnya, no: 1147.

Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah r.h menyatakan di dalam kitabnya Majmuโ€™ al-Fatawa, mengenai solat qiyam Ramadan (solat Tarawih); โ€œNabi SAW tidak pernah menetapkan jumlah rakaatnya. Namun, baginda sendiri tidak pernah mengerjakannya melebihi 11 atau 13 rakaat sama ada pada bulan Ramadan atau bulan lain. Baginda melakukan solat qiyam dengan memanjangkan rakaatnya.โ€

Aishah r.a. meriwayatkan lagi; Rasulullah SAW solat (Tarawih) empat rakaat pada waktu malam, setelah itu beristirehat. Baginda duduk lama sehingga saya kasihan melihatnya. Saya berkata kepadanya: โ€œDemi Allah wahai Rasulullah! Dosa-dosamu telah diampuni Allah, sama ada dosa yang terdahulu dan yang terkemudian; maka untuk apakah tuan bersusah payah solat seperti ini?โ€

Baginda SAW menjawab: โ€œBukankah lebih baik kalau aku menjadi hamba yang bersyukur?โ€

Cara Solat Tarawih Lapan Rakaat

  1. Biasanya Solat SunatTarawih dilakukan sebanyak lapan rakaat yang dipisahkan kepada 2 rakaat demi 2 rakaat (4 kali 2 rakaat) dengan setiap dua rakaat satu salam.
  2. Solat SunatTarawih ini juga boleh dikerjakan empat rakaat โ€“ empat rakaat (2 kali 4 rakaat), iaitu sebagaimana tatacara solat fardhu yang empat rakaat iaitu dengan dua tahiyat.
  3. Boleh juga dikerjakan sebanyak empat rakaat sekaligus dengan hanya satu tahiyat dan sekali salam sahaja. Sekiranya ingin dilaksanakan dengan hanya satu tahiyat maka setiap rakaat hendaklah dibaca surah-surah atau ayat-ayat dari al-Qurโ€™an.

Setiap cara Solat Sunat Tarawih di atas, hendaklah di akhiri dengan tambahan 3 rakaat Solat Sunat Witir, boleh sama ada dilakukan dengan dua salam atau satu salam Witir sahaja. Malah, ia juga boleh digabungkan dengan hanya satu rakaat Solat Sunat Witir.

Abdullah bin Umar r.a berkata: โ€œSesungguhnya seorang lelaki berkata: Wahai Rasulullah! Bagaimanakah cara melakukan solat malam? Baginda bersabda: โ€œDua rakaat dua rakaat. Apabila engkau bimbang (waktu solat Subuh akan masuk), laksanakan terus solat witir sebanyak satu rakaat.โ€ โ€“ Hadis riwayat al-Bukhari dalam kitab Sahihnya, no: 1137.

Aisyah r.a berkata: โ€œBiasanya Nabi s.a.w solat di malam hari sebanyak 13 rakaat termasuk witir dan dua rakaat solat sunat fajar (solat sunat sebelum fardu Subuh).โ€ โ€“ Hadis riwayat Imam al-Bukhari dalam Sahihnya, no: 1140.

Cara Bacaan Surah Solat Tarawih Lapan Rakaat

Sesudah membaca Al Fatihah pada setiap rakaat, lalu membaca ayat-ayat atau surah daripada Al Quran, tidak kira pendek atau panjang, atau berulang-ulang, asalkan bacaan itu betul dan solat ini dibuat dengan cermat.

  1. Sebaik-baik surah yang dibaca selepas al-Fatihah pada solat Tarawih ialah satu juzuk daripada al-Quran pada setiap malam seperti kelaziman seseorang yang hafaz al-Quran (al-Ha๏ฌz).
  2. Setelah membaca surah Al-Fatihah, bacalah sebarang surah lazim yan diketahui. Pada rakaโ€™at kedua ada baiknya membaca surah al-Ikhlas 3 kali.
  3. Kebanyakan orang biasanya hanya membaca surah-surah lazim. Berikut adalah cara tersusun membaca surah lazim Solat Sunat Tarawih lapan rakaat;
Rakaat PertamaAt Takaatsur
Rakaat KeduaAl Ashry
Rakaat KetigaAl Humazah
Rakaat KeempatAl Fiil
Rakaat KelimaAl Quraisy
Rakaat KeenamAl Maโ€™uun
Rakaat KetujuhAl Kautsar
Rakaat KelapanAl Kaafiruun
Jadual Surah Solat Sunat Tarawih

Tertib Melakukan Solat Sunat Tarawih Lapan Rakaat

1. Niat

niat-solat-sunat-tarawih

2. Bacaan Selawat, Tasbih dan Doa Solat Tarawih

Setelah selesai melakukan solat fardu dan solat sunat Baโ€™diah Isyak, maka Bilal memulakan Solat Tarawih dengan menyeru:

ุณูุจู’ุญูŽุงู†ูŽ ุงู„ู’ู…ูŽู„ููƒู ุงู„ู’ู…ูŽุนู’ุจููˆู’ุฏู

Maha Suci Tuhan Pemiliki (alam) yang disembah (dipatuhi),

Bilal dan jamaah sama-sama membaca:-

tasbih-dan-selawat-solat-sunat-tarawih

3. Bilal menyeru dengan lafaz bagi permulaan mendirikan solat sunat Tarawih:-

bacaan-tasbih-solat-sunat-tarawih
  1. Imam dan jamaah sama-sama mendirikan 2 rakaat pertama solat sunat Tarawih;
    Bacaan selepas Surah Al-Fatihah:
    Rakaโ€™at pertama: Surah At Takaatsur
    Rakaโ€™at kedua: Surah Al Ashry
    .
  2. Setelah memberi salam pada akhir rakaat ke-2; Bilal dan jamaah bersama-sama mengucapkan zikir dberikut:
Bacaan-tasbih-selepas-rakaat-kedua

6. Imam dan jamaah bersama-sama mendirikan solat sunat Tarawih untuk rakaat ke 3 dan 4;

  • Bacaan selepas Surah Al-Fatihah:
  • Rakaโ€™at ketiga: Surah Al Humazah
  • Rakaโ€™at keempat: Surah Al Fiil

7. Setelah memberi salam pada akhir rakaat ke-4; Bilal dan jamaโ€™ah membaca Tasbih dan Selawat:

bacaan-tasbih-solat-tarawih-rakaat-ke-4

8. Diikuti dengan Imam membaca doa berikut:-

doa-solat-terawih-rakaat-ke-4

9. Sebelum mendirikan rakaat ke-5 dan ke-6, bilal dan jamaah membaca akan membaca:-

tasbih-dan-selawat-solat-terawih-sebelum-rakaat-ke-5
  1. Imam dan jamaah sama-sama meneruskan Solat Sunat Tarawih rakaat yang ke 5 dan 6;
    Bacaan selepas Surah Al-Fatihah:
  • Rakaโ€™at kelima: Surah Al Quraisy
  • Rakaโ€™at keenam: Surah Al Maโ€™uun

11. Setelah memberi salam pada akhir rakaat ke-6; Bilal dan jamaah bersama-sama mengucapkan zikir dberikut:

tasbih-dan-selawat-solat-tarawih-selepas-rakaat-ke-6
  1. Imam dan jamaah bersama-sama meneruskan solat sunat Tarawih untuk rakaat ke 7 dan 8;
    Bacaan selepas Surah Al-Fatihah:
    Rakaโ€™at ketujuh: Surah Al Kautsar
    Rakaโ€™at kelapan: Surah Al Kaafirun

13. Setelah memberi salam pada akhir rakaat ke-8 (akhir); Bilal dan jamaโ€™ah membaca Tasbih dan Selawat:

tasbih-dan-selawat-solat-tarawih-selepas-rakaat-ke-8

14. Apabila selesai mendirikan 8 rakaโ€™at Solat Tarawih, membaca doa berikut:-

Doa Selepas Solat Sunat Tarawih

doa-selepas-solat-sunat-tarawih
Doa Solat Sunat Tarawih
maksud-doa-selepas-solat-sunat-tarawih
Maksud Doa Solat Sunat Tarawih
doa-tambahan-selepas-solat-sunat-tarawih-1
doa-tambahan-10-malam-terakhir-solat-sunat-tarawih
Doa Tambahan Solat Tarawih 10 Malam Terakhir

Solat Sunat Witir

Setelah selesai Solat Tarawih, teruslah dirikan solat sunat Witir. Bilal menyeru:

ุตูŽู„ุงูŽุฉู ุงู„ู’ูˆูุชู’ุฑู ุงูŽุซูŽุงุจูŽูƒูู…ู ุงู„ู„ู‡ู.

Lakukanlah solat Witir, mudah-mudahan Allah memberi pahala kepada kamu!

Untuk mengerjakan solat sunat Witir sila lihat Cara Solat Witir Selepas Solat Tarawih Yang Mudah.

Semoga perkongsian cara solat tarawih lapan rakaat ni dapat memberi manfaat kepada anda semua. Selamat beramal.

Filed Under: Bacaan Doa, Solat Sunat Tagged With: Solat Sunat Tarawih

buat-duit-online-shopee

Buat Duit Online : Jana Duit Dengan Shopee

Kalau korang boleh sampai ke blog penulisan aku ni memang korang tengah mencari-cari cara nak buat duit online kan. Ok kat sini aku nak kongsi sikit je cara nak tambah pendapatan melalui internet ni. Zaman maju ni semua dah pandai guna handphone kan. Kalau korang da boleh sampai ke blog aku ni kompom la korang […]

Anugerah Juara Lagu 34 : AJL 34 Winner List

Baru-baru ni di negara kita Malaysia telah ada satu konsert yang dikenali sebagai Anugerah Juara Lagu 34 short form nya AJL 34. Konsert final AJL 34 yang berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil. Konsert ini berlangsing pada 9 Februari 2020 bermula pukul 9 malam dihoskan oleh Sherry Alhadad , Awal Ashaari dan Haziq Hussni turut […]

cara-reset-network-internet-4g

Cara Reset Network Internet 4G or 3G di Smart Phone

Sedar atau tidak sedar saban hari korang akan mengalami masalah network 4G or 3G hilang daripada smart phone korang. Korang akan perasan benda terjadi bila kawan-kawan korang dapat mesej whatapp tapi korang tidak. Tengok kat smart phone rupanya network internet hilang. Di sini aku akan kongsi satu cara mudah dan sangat pantas cara reset network […]

Doa Selamat : bacaan dan maksud Doa Selamat

Sempena pembukaan blog DuitCoin ni aku nak mulakan penulisan di blog ni dengan bacaan doa selamat semoga blog ni akan sentiasa memberi manfaat kepada visitor di blog ini. Bacaan doa selamat Maksudnya : โ€œYa Allah, sesungguhnya kami memohon kepada Mu keselamatan dalam agama, kesihatan dalam tubuh, bertambah dalam ilmu, keberkatan dalam rezki, taubat sebelum mati, […]

kadar-dividen-kwsp-2019

Dividen KWSP 2019 Dijangka Rendah 5.0-6.0 Peratus

Menurut Sumber Berita Harian, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dijangka mengumumkan kadar dividen 2019 pada kadar antara 5.0 hingga 6.0 peratus, kata penganalisis. Berdasarkan prestasi lemah saham tempatan tahun lalu, Profesor Ekonomi Sekolah Perniagaan Universiti Sunway, Prof Yeah Kim Leng, menjangkakan dana persaraan itu mampu mengagihkan dividen di antara 5.5 peratus hingga 6.0 peratus, kadar […]

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Primary Sidebar

Search This Blog

Lets Meet The Blogger

Hi, I am Piee Ahmad. Please enjoy to read my blog. Take anything you want from my blog. Share information from this blog to as many people as you can. Tell Your friend about information you get from here. Bring your friend here. Thanks.

Categories Of This Blog

More to See

cara-solat-sunat-witir-mudah

Cara Solat Witir Selepas Solat Tarawih Yang Mudah

April 21, 2020 By Piee Ahmad

Cara Solat Tarawih Lapan Rakaat Di Rumah

April 19, 2020 By Piee Ahmad

cerita-hantu-pontianak

Kisah Seram Sunway Pyramid Lorong Pekerja Berhantu

April 12, 2020 By Piee Ahmad

Cara Solat Hajat : Memohon Pertolongan Allah

April 10, 2020 By Piee Ahmad

cara-reset-network-internet-4g

Cara Reset Network Internet 4G or 3G di Smart Phone

April 10, 2020 By Piee Ahmad

Footer

Our Missions

We are comitted to give all we had since we are also user like you, we know what you want.

Please contact us (using Contact Us page) to let us know what things you want us to write in this blog.

We will give all our best to meet your expectations to fulfill your needs.

Thank you.

Recent Comments

  • sahabat on Doa Selamat : bacaan dan maksud Doa Selamat
  • Maizatul Amirah on Cerita Seram : Misteri Rumah Banglo Lama Di UPSI
  • Laili Ann Phillips on Cerita Seram : Misteri Rumah Banglo Lama Di UPSI
  • great site on Cerita Seram : Misteri Rumah Banglo Lama Di UPSI

Tags

ajl 34 ajl 34 song list ajl 34 winner list aktiviti bermanfaat untuk anak aktiviti bermanfaat untuk pelajar aktiviti cuti sekolah aktiviti cuti sekolah anak anugerah juara lagu 34 bacaan doa buat duit online calendar 2020 cara hacks google maps cara handle penyewa keras kepala cara mengatasi masalah penyewa degil cerita hantu cerita hantu sebenar cerita seram Cuti sekolah 2020 Doa selamat final ajl 34 google hacks google maps google maps hacks jana pendapatan dengan shopee juara lagu 2020 kalendar 2020 kerja dari rumah kisah benar kisah hantu kisah misteri kisah seram konsert ajl 34 konsert akhir ajl 34 makanan sedap melaka plan internet postpaid public holiday 2020 rahsia jana duit online rahsia shopee sebab meniaga di shopee side income Solat Sunat Tarawih takwim cuti sekolah tempat makan menarik tricks to google maps video seram

Archives

Copyright © 2021 ยท Log in