Doa selepas azan adalah amalan sunnah yang di baca selepas selesai mendengar azan. Sewaktu azan dilaungkan, kita digalakkan untuk menjawab seruan azan berkenaan kerana terdapat beberapa keistimewaan dan kelebihan menjawab azan. Waktu selepas azan juga adalah masa mustajab untuk berdoa.
Tertib Membaca Doa Selepas Azan
Terdapat beberapa amalan yang baik untuk membaca doa selepas azan. Di sini adalah tertib untuk membacanya.
Selawat Keatas Nabi
Sebelum membaca doa selepas azan, bacalah dahulu selawat keatas nabi 1 atau 3 kali.
Bacaan Doa Selepas Azan
Kemudian dibaca doa selepas laungan azan dengan penuh penghayatan.
Maksudnya: “Ya Allah, Tuhan yang telah mensyariatkan seruan azan dan sembahyang yang akan didirikan. Kurniakanlah kedudukan yang tinggi dan terpuji yang Engkau telah janjikan kepada junjungan kami Nabi Muhammad dan kehormatan. Sesungguhnya Engkau tidak memungkiri janji.”
Berdoa Apa Yang Dihajati
Berdoalah selepas selesai laungan azan. Kerana waktu selepas azan adalah antara waktu mustajab untuk berdoa memohon kepada Allah. Berdoalah untuk kebaikan diri sendiri semoga doa yang dipinta di makbulkan oleh Allah.
Keistimewaan dan Kelebihan Seruan Azan
Banyak keistimewaan dan kelebihan melaungkan azan. Al-Quran, as-Sunnah dan al-Ijmak ulama telah menyatakan melaungkan azan mempunyai beberapa kelebihan yang besar, di antaranya:
- Seruan azan adalah sebagai tanda untuk mengajak umat Islam agar bersegera menunaikan solat.
- Lantunan azan yang indah itu boleh mengwujudkan ketenangan dan kesejukan jiwa seseorang.
- Laungan azan mampu menyelubungi suasana dan menambah semangat ummah.
- Muazzin diampuni dosanya sebanyak sepanjang laungan suaranya kedengaran.
- Muazzin dan penjawab seruan azan dijanjikan mendapat ganjaran pahala.
- Beroleh pahala sebanyak pahala mereka yang ikut solat bersamanya.
- Amalan bacaaan pujian azan dapat menjadi seperti persiapan untuk masuk ke matlamat utama.
- Lafaz azan adalah sama digunakan oleh umat Islam diseluruh dunia dan menjadi syiar keagungan Islam.
- Berazan dan mendirikan solat kerana taqwa kepada Allah سبحانه وتعالى, maka dosa-dosa akan diampuni dan dijamin Syurga.
- Mendengar seruan azan akan dapat menyaksikan amalan baik di hari kiamat.
- Menyebabkan Iblis dan syaitan lari bertempiaran apabila terdengar laungan azan.
Rasulullah ﷺ bersabda: “Apabila azan dilaungkan untuk solat, syaitan lari terkentut-kentut lintang-pukang sehingga tidak mendengar suara azan dan apabila selesai azan, dia datang semula hingga apabila dibacakan iqamah untuk solat dia akan lari lagi, sehinggalah sempurna iqamah dibaca, lalu dia akan datang lagi mengganggu dan menimbulkan rasa was-was dalam diri, membisikkan kepadanya: Ingatkan itu dan ini, sesuatu yang tidak terlintas sebelum itu, menyebabkan seseorang itu tidak sedar berapa rakaat ia solat.” (Hadis riwayat Abu Hurairah).