Kisah seram late night drive ini telah dikongsikan oleh salah seorang pembaca tegar cerita seram di blog ini. Saya mintak maaf kalau cerita korang kekadang lambat saya publish kat sini sebab kerja hakiki saya tersangatlah sibuk. Lagi pun blog ni hanya untuk mengisi masa lapang. Harap korang faham. Lets jump into the stories.
Kisah seram late night drive the start
Hai admin, saya pernah publish cerita tapi tak di accepted pun jadi kalini saya ingin amik kesempatan untuk menulis lagi semoga admin terima kisah seram saya. Kisah seram ni ialah kisah yang saya alami. Harap korang suka dengan cerita saya.
untuk cerita yang pertama, ini berlaku pada tahun 2017, waktu tu saya masih menuntut di sebuah universiti. pada satu masa tu saya dengan kawan plan untuk late night drive, jadi kami sewa la sebuah kereta viva dekat kawasan rumah sewa kami.
Then dalam pukul 10 11 macam tu kami mulakan perjalanan kami, waktu tu saya yang drive sebab kawan saya memang tak nak drive malam dia cuma nak jadi peneman sahaja. So masa kami tengah late night drive tu tak ada apa-apa berlaku lagi sebab aku ikut jalan-jalan yang biasa aku lalu.
Tiba-tiba waktu saya tengah drive saya terlihat jalan ke Kuala Pilah-Karak, saya ni jenis main jalan sahaja yela sebab tak ada hala tuju kan, so tibai jela. waktu tu seingat saya dah pukul 2 pagi masa lalu situ. Masa saya masuk je jalan tu kawan saya terbangun dari tidur. Dia terus tanya saya, “kenapa kau masuk jalan ni?” Saya time tu buntu la sememangnya kenapa kan dengan jalan ni ( sebab time tu saya rasa tak ada apa-apa masalah dengan jalan tu) kemudian kawan saya tiba-tiba pergi tegur, dia kata la yang dia nampak banyak benda kat sini.
(Untuk pengetahuan korang, kawan saya ni ada panca indera keenam yang mana dia boleh nampak apa yang kita semua tak nampak) so lepas je dia tegur, nahhh dengan tiba-tiba saya dapat lihat dengan ekor mata saya yang ada kain putih terbang betul-betul sebelah tingkap kereta. Waktu tu jantung saya hampir tercabut (time ni kami drive kawasan jalan berbukit) saya sumpah time tu saya tak berani nak pandang. Cukup la tengok dengan ekor mata sahaja. Yang saya ingat benda tu berkain putih rambut dia sangat panjang ye mengerbang.
Walaupun tengok dengan ekor mata sahaja tapi saya masih boleh nampak. Badan saya mengeletar masa tu tangan ni nyaris nak terlepas stereng kereta, kaki ni tak boleh nak cakap la memang menggeletar habis, time tu jugak saya menangis sebab ni lah kali pertama ya saya drive terkena gangguan macam ni. Selalu dok dengar cerita orang je tapi kalini jadi dekat diri sendiri.
Berbalik pada cerita seram late night drive ni, member saya dah takut sebab nampak keadaan saya yang nangis dia tanya, “kenapa?” Masa tu mulut saya macam terkunci dah sebab takut yang teramat sangat. Kemudian saya cuma cakap, “dia ada dekat sebelah aku ni.” Masa tu nasib baik member saya faham kemudian dia terus pegang tangan saya dan dia cuba tenangkan saya sebaik mungkin. “Kau tenang je. Fokus je kat pemanduan ko dan jangan pandang tepi kalau boleh, aku ada kat sebelah kau ni.” kawan saya cuba menenangkan saya.
Lepastu yang saya berasa pelik dan hairan dengan member saya ni. Dia boleh bukak lagu korea plak time-time macam ni. Allahu saya tergamam kejap masa ni. Kita ni dah la takut memang tak de nye la nak layan lagu-lagu Korea. Kalau bukak surah-surah tu okey la lagi kan. Berbalik pada cerita seram tadi. Lepas je lalu kawasan berbukit tu, benda tu dah tak ada. Jadi saya dengan berani menoleh ke tepi sebelah kanan saya. Alhamdulillah benda tu dah tak ikut.
Masa tu jugak saya marahkan kawan saya, tak kisahlah kau nampak ke tak nampak jangan lah tegur, kalau tegur tu kena tempias dekat kau tak apa jugak kan ni kita yang kena. Sekarang baru saya faham perasaan pemandu-pemandu yang kena kacau, memang selalunya pemandu yang akan kene kacau.
Jadi pesanan saya korang jangan la lalu jalan yang sunyi malam-malam dan elakkan tegur benda-benda tak sepatutnya. Sekian kisah seram late night drive daripada saya pada kali ini kalau cerita ni di approve admin saya akan pos lagi kisah-kisah seram dan saya juga ingin berkongsi cerita berkaitan dengan kawan saya yang ada sixth sense. . terima kasih semua..