Hai semuaa, maaf laa kalau aku takbanyak menulis sejak akhir2 ni.. Busy bethol.. Actually banyak je cerita adik aku ni, terlalu banyak sampai aku sendiri taktahu nak start dari mana.. Tapi aku boleh cakap cerita yang adik aku ni tak sampai kena rasuk, nampak hantu kepala terputus ka apa takda nahhh.. Takpaa aku cuba cerita by part okay.. So harini ada tiga kisah aku nak share, quite scary tapi aku nak korang decide sendiri either nak caya or tak.. okay? So let started.
Kisah 1: B***h diri.
Aku ni bukan lah datang dari keluarga yang berada, bak kata mak aku. Orang makan ayam, kami pun makan ayam, orang makan teloq kami makan teloq.. Haaa gituuu.. ahahahaha.. Raya cina ofcourse laa ayah aku dapat bonus kau2 punyaa, so ayah aku dah start book flight utk ke negeri sebelah sana (not to mentioned).
Sampailah kami di satu apartment yang ayah aku dah booked, dan kaa bukak pintu bummm melekat kami 2 beradik ataih katil. Penat laa naik flight. Ayah ibu duk kalut unpack baju, haa laa anak2 semua pakat ikut pala sendiri. Hat sorang nak pakai baju biru, seketui lagi nak baju merah.. Haa pening ceritaaa diaa..
`hello, kakak b***h diri?` adik aku tetiba bersuara sambil pegang phone apartment.
Mak aku punya pucat lesi tarik adik aku. Ayah diam tak kata apaa. Kami? Nahh dah sampai london,hahahaha.. Dua2 macam takboleh brain, budak 5tahun boleh sebut b***h diri.. kalau kata sebut nak makan kaa nak minum kaa logik kek akai laa..
Hari tu jugak ibu ayah pack semua baju check out dari hotel tu, naik teksi pi hotel baru.. Otw naik teksi tu, driver tu cakap dekat ayah.
` Dulu hotel tu pernah tutup sekejap, ada sorang budak perempuan lompat dari tingkat 4. Punca sampai sekarang taktahu tapi ada yang kata sebab mak ayah dia bercerai so dia macam tekanan laa sebab hari2 dengar mak ayah dia bergaduh sebab nak decide sapa nak jaga dia so dia amik inisiatif b***h diri so dua2 takyah jaga dia`
Melopong ibu ayah, aku dengan kakak nganga je laa sebab taktahu apa kann.
Macam aku cakap, ini antara betul atau tidak yaa.. Apa2 pun kita kena tahu tekanan hidup tu memang wujud.
Kisah 2: Hiking
Aku, kakak dengan adik memang rapat. Ayah ibu memang ajaq utk rapat dengan adik beradik sebab kot mana pun depa dulu ada waktu kita susah. Kami membesaq dengan kami sendiri, ada kawan tapi kawan setakat nak tunjuk ada menan pastu hilangg.. Jemm akuu..
So bilaa dah besaq sikit, kami berani laa minta izin ibu ayah nak keluaq tengok dunia. Tempat kami bertiga decide nakpi adalah hiking satu bukit kaa gunung aku pun taktau laa dekat penang ofcourse. So kami pun bertolak laa tiga ketui pagi2 lepas subuh. Kemaih takkiqa la pakai kasut dengan bawak ayaq sorang satu. Kononn nak hiking padahai nak selfie jaa..
Elok dah sampai separuh jalan kaa, semput masing2. Memula tu elok laa duduk atas tanah, sambil duk minum ayaq.. Duk takduk kakak cakap `jum duduk sana atas batu tuu, konon macam kita dah sampai peak atas laa, ramai nuhh orang duk beratoq nak naik’
‘ Jumm !’ punya seronok aku ni punn. Tapi adik diam berkutik, dia amik ayaq sambil duk baca natang apa tauu sambil duk lap dekat muka kami.
`Apa ni, tangan kotoq duk sapu kat muka orang‘ marah kakak.
Cuba angah dengan kakak tengok balik dekat sana, nampak apa?` tanya adik.
`Huish curang, mana pi batu tadi?` tanya aku pelik.
` Wei mana pi orang tu semua, mampuih paa terjun curang?’ suara akak.
‘ Tadi tu bukan batu, tapi pintu. Orang tadi tu bukan manusia biasa tapi manusia yang adik sendiri taktau samada bunian atau jin yang menyamar utk menyesatkan kita.
Masuk dalam hutan jangan fikir nak seronok, boleh seronok tapi ingat seronok boleh merbahaya kalau lebih` ceramah adik panjang. ` Dah istighfar banyak2’ sambung bebel pakcik ni. Ahahahaa.
Aku dengan kakak diam tak berkutik.
Maaf lah cerita aku kalini macam pendek plus kurang menyeronokkan. Aku bukan laa reti nak menulis sangat maklumlah BM masa SPM pun cukup2 makan jaa.. benak sikit laa. So korang boleh decide laa sendiri, best ke tak okay.. Nanti aku sambung lagi, bye2..
Hantar kisah anda ; fiksyenshasha.com/submit