Sebelum kita melelapkan mata, kita di sunatkan untuk membaca doa sebelum tidur. Ia merupakan amalan sunnah Rasulullah S.A.W yang telah diajarkan kepada kita semua melalui hadith pada lebih 1400 tahun dahulu.
Berikut merupakan doa sebelum tidur yang ringkas. Tak susah pun untuk mengamalkannya.
Bacaan Doa Sebelum Tidur Rumi
Bismika Allahhumma ahya wabismika waamuut
Maksud Doa Sebelum Tidur
Dengan nama-Mu ya Allah aku hidup dan dengan nama-Mu aku mati.
Perkara yang berkaitan dengan doa sebelum tidur ini telah dinyatakan oleh Allah. Firman-Nya di dalam Al Quran di surah Al-Qashas ayat 73 dan Surah An-Naba ayat 9 yang berbunyi;
وَمِن رَّحْمَتِهِۦ جَعَلَ لَكُمُ ٱلَّيْلَ وَٱلنَّهَارَ لِتَسْكُنُوا۟ فِيهِ وَلِتَبْتَغُوا۟ مِن فَضْلِهِۦ وَلَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ
Maksudnya: “Dan kerana rahmat-Nya, Dia jadikan untukmu malam dan siang, supaya kamu beristirahat pada malam itu dan supaya kamu mencari sebagian dari kurnia-Nya (pada siang hari) dan agar kamu bersyukur kepada-Nya.” (QS. Al-Qashas:73)
وَجَعَلْنَا نَوْمَكُمْ سُبَاتًا
Maksudnya: “Dan Kami jadikan tidurmu untuk istirahat.” (QS. An-Naba:9)
Semoga perkongsian kali ini dapat memberi manfaat yang baik kepada kita semua. Korang jangan lupa share, like dan love post ni OK supaya lebih ramai yang dapat mengamalkannya.
Sekian, terima kasih.