Aku ada satu cerita hantu nak share dengan korang. Nak kata kisah ni seram boleh jugak la sebab ia terjadi pada diri aku sendiri. Cerita Hantu Hotel Jelai ni berlaku di sebuah hotel di pahang. Kejadian ni berlaku dalam 2 tahun lepas.
Kisah seram hotel berhantu ni bermula di mana aku ni bersama partner aku telah ditugaskan untuk melakukan kerja di salah sebuah bangunan di Paka, terengganu.
Selepas selesai melakukan kerja di sana aku bersama partner aku ni, aku terus bergegas untuk pulang ke Kuala Lumpur. Dalam perjalanan pulang tu terasa badan ni terlalu penat.
Jadi aku mengambil keputusan untuk berhenti la kat mana-mana hotel yang aku nampak untuk bermalam sebelum pulang ke KL keesokan pagi.
Cerita Hantu Hotel Jelai : Bermula
Setibanya di pekan Raub, Pahang aku ternampak sebuah hotel di tepi jalan ni. Nama hotel ni Hotel Jelai. Aku pun mengambil keputusan untuk berhenti bermalam di hotel berhantu ni.
Pada masa tersebut aku tak pikir pasal hantu ke, seram ke ape ni semua. Yang aku tau aku nak rehat sebab penat dah bekerja.
Selesai check-in di kaunter aku terus mengambil kunci dan diberitahu bilik aku berada di tingkat 2 hotel.
Tanpa melengahkan masa aku dan partner terus masuk ke bilik tanpa mengesyaki apa-apa yang tidak kena dengan bilik tersebut.
Selesai mandi dan melakukan perkara-perkara wajib aku dan partner ni terus la tidur sebab dah penat sangat kan.
Kami tidur dengan lena. Dalam pukul berapa aku tak pasti sebab tak nampak jam, aku tersedar macam ade sesuatu kat muka aku ni.
Rasa dia macam ada bulu yang bergerak kat muka ni. Aku rasa macam gatal dan tak selesa. Korang nak tahu rasa dia korang cuba letak bulu pelepah burung sapu halus-halus kat muka korang. Nanti korang dapat rasa macam mana aku rasa pada masa ni.
Aku cuba kais pakai tangan benda tu tapi masih ada kat muka aku ni. Dengan rasa ingin tahu apa benda tu pastu dengan rasa tak selesa lagi, aku terus la bukak mata kot-kot boleh nampak ape benda tengah kacau muka aku masa ni.
Kisah Seram Hotel Jelai : Hotel Berhantu
Aku macam tak percaya dengan apa yang aku nampak masa ni. Terkesima aku kelu lidah tak berkata-kata. Perasaan yang tak selesa ni bertukar secara 360 darjah dengan perasaan takut.
Gila ko tak takut. Hantu hotel jelai ni boleh duduk betul-betul atas kepala aku dengan rambut dia kena kat muka aku. Muka dia memang aku tak nampak sebab gelap gila muka dia. Tak ada mata merah macam dalam cerita seram kat dalam filem tu.
Apa yang aku ingat aku nampak baju dia yang berwarna putih, rambut dia yang sangat-sangat panjang sambil dia main-mainkan rambut dia kat muka aku.
Masa ni aku tak tahu nak gambarkan macam mana perasaan yang paling takut pernah aku rasa. Aku cuba baca ayat-ayat suci Al-Quran seperti ayat Kursi, ayat surah Al-Bakarah tapi mulut ni bagai terkunci terdiam seribu bahasa.
Aku cuba berpaling ke partner aku nak panggil dia. Perlahan-lahan suara aku keluar sehingga la aku menjerit memanggil dia. Tapi dia punya lena macam pakai ear plug kat telinga.
Jeritan aku langsung tak diendahkan. Aku cuba untuk bergerak tetapi badan terasa amat berat sekali. Selepas beberapa ketika hantu hotel jelai ni pun hilang dengan sendirinya.
Barulah aku dapat menggerakkan anggota badan aku ni. Perkara ni berlaku sekejap je. Tapi bila dia dah bertenggek kat aku tu terasa masa macam berjalan sangat lambat.
Akhirnya aku tertidur semula sehingga pagi tanpa ada gangguan dari makhluk yang menyeramkan tu. Partner aku pun tidur dengan nyenyaknya sehingga ke subuh.
Selepas subuh aku dan partner aku ni terus bersiap untuk berangkat pulang ke Kuala Lumpur.
Selesai check-out di kaunter partner aku terus ke kereta. Aku terus bertanyakan kat kaunter hotel jelai tu mengenai hotel berhantu ni ada kisah-kisah yang orang ramai tak tahu.
Tapi budak kaunter tu tak mahu menceritakan apa-apa cerita hantu hotel jelai dekat aku. Mungkin dia tak nak orang dari luar hotel akan menghebohkan perkara ni dan akan menghancurkan bisnes hotel jelai ni. Ataupun memang dia tak tahu apa-apa mengenai kisah di hotel berhantu ni.
Dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur aku bersembang dengan partner aku ni dan memperli dia kerana tidur lena sangat di hotel jelai.
Dia bertanyakan kepada aku kenapa. Aku pun menceritakan pada dia kisah yang aku alami di hotel jelai tu semasa tidur. Dia macam tak percaya sebab memang dia tidak mendengar aku memanggilnya malam tu.
Kesimpulannya kat sini kalau nak bermalam kat mana-mana hotel lebih baik untuk baca latar belakangnya. Tak kira la hotel ke homestay ke, benda ni kita tak tahu bila dia akan munculkan dirinya.
Baca rating sesuatu tempat penginapan tu sebelum korang menginap. Tapi kalau da tak sempat nak buat macam mana lagi kan. Hadap jela.
Korang boleh layan lagi cerita hantu di Kisah Seram.
Sekian.
Natasha says
Ya allah… saya dengan family dulu pun pernah tido dekat hotel ni.. memang kena kacau.. waktu dah malam and kitaorang namak ada 2 hotel yang mana hotel jelai ni dan hotel seberang jalan lagi satu. Mula2 ingat nak try dulu hotel yg ;agi satu tu tapi kitaorang nak cuba nasib dulu kat hotel jelai ni mana tahu ada kosong. lepas tu memang ya kosong and guess what kitaorang dapat 2 bilik bawah tanah. Bawah tanah tu ada 3 bilik dan kitaorang ambik 2 bilik, orang kat kaunter tu kata ambik bilik yang menghadap dinding sbb bilik yang sebelah kitaorang tu yang menghadap lorong tu diorang tengah repair. Tanpa berfikir apa2 kitaorang pun check in la.. malam tu bilik kitaorang semua bau bangkai memang macam sebelah je bau tu.. busuk sangat.. malam tu saya dan 3 beradik yg lain duduk di bilik yg sbelah yg repair tu lepastu dengar bunyi pintu bilik yg direpair tu dibuka dan mmg nampak bayang kat bawah pintu bilik kitaorg sbb bilik tu sebelah je.. tapi yang pelik tak ada bunyi tapak kaki berjalan.. ingat nak bukak pintu tapi memang tak lah kang muncul apa2 lepastu esok hari pula, ayah pergi lah tanya dekat org kaunter dan dia kata memang bilik bawah tu ada benda… memang meremang la bulu roma tanpa fikir panjang kitaorang kemas barang dan keluar dari hotel tu.
Piee Ahmad says
Nasib baik puan dan keluarga semua selamat. Pihak hotel pun macam pikir nak untung je tanpa memimikirkan keselamatan guest yang datang hotel. Kita ni da lah penat kan nak rehat boleh plak dapat gangguan macam2. Stress dibuatnya.