Cerita hantu monyet di asrama dan gangguan di rumah nenek kali ni telah dikongsikan oleh Nur (bukan nama sebenar). Cerita hantu ini berkisarkan kisah seram sebenar yang dilalui olehnya dan ahli keluarganya. 2 cerita hantu yang telah dikongsikan oleh beliau ini bagi aku memang seram. Jom kita bersama-sama membaca kisah seram yang dikongsikan oleh Nur ini.
Cerita Hantu Monyet
Ni cerita daripada mak aku, lepas beberapa tahun kerja sebagai cleaner di ppr tu, mak aku berhenti. Kemudian mak aku kerja di suatu tempat bernama d** s** dekat je dengan rumah. Dulu tempat tu rumah untuk anak-anak yatim tapi sekarang dah tukar untuk ibu-ibu tunggal dan remaja yang bermasalah. Yang pernah tinggal kat situ maybe tahu hihihi. Mak aku kerja sebagai security kat situ, actually lepas SPM, aku pun pernah kerja kat situ kejap tapi alhamdulillah masa kejadian tu aku kerja siang dan sepanjang kerja kat situ aku belum pernah terserempak dengan mana-mana entiti kat situ walaupun ramai yang bercerita macam-macam kejadian berlaku. Sekadar rasa seram sejuk, macam ada orang perhatikan tu dah biasa la aku kena kat situ.
Ok nak dipendekkan cerita, suatu hari mak aku syif malam. Kat situ setiap 2 jam wajib buat clocking atau kunci jam orang panggil, sape kerja security die tahu la ape benda clocking tu. Selalunya clocking pukul 7 ,9, 11, 1, 3 dan 5. Syif siang dan malam wajib buat. Mak aku masa tu nak pergi clocking pukul 1 atau 3 pagi kalau tak silap aku. Kalau korang nak tahu tempat-tempat nak clocking ni tempat yang ‘keras’ jugak lah. Ada 4 tempat kena clocking. 1 kat belakang bilik rehat cleaner dan pekerja lelaki, 1 kat belakang stor, 1 kat tepi kuarters warden, pengetua, driver dengan tukang masak. Kuarters ni macam flat tapi 4 tingkat je. Dan 1 lagi tempat clocking kat tepi dewan makan. Antara kuarters dengan dewan makan dekat je jarak dia dalam 10 langkah ade la kot tapi tengah-tengah tu ade satu pokok besar. Pokok tu yang orang kata ‘keras’ harap korang boleh imagine la ye, kena terangkan secara details supaya korang boleh faham kedudukan tempat berhantu ni macam mana.
Masa kejadian, mak aku on the way nak pergi clocking kat tempat yang pertama tadi, kat bilik rehat pekerja. Sejak masuk kerja lagi mak aku rasa tak sedap hati seolah-olah ade benda nak jadi haritu. Tengah berjalan tu mak aku terasa ade sesuatu kat belakang dia. Bila toleh takde ape pun. Lepastu mak aku toleh sebelah kanan. Sebelah kanan mak aku tu ofis yang guna cermin kaca yang boleh nampak bayang tu la. Faham tak? Aku tak pandai nak describe kan macam mana situasi masa tu. Masa mak aku toleh tu mak aku nampak ade bayang melintas kat cermin tu. Bayang macam monyet ke beruk tak pasti. Tapi lebih kurang monyet gitu la bentuknya. Bayang tu dok berlegar-legar kat cermin tu kemudian terus naik ke atas siling koridor tempat laluan mak aku tu.
Mak aku cakap masa tu bingit sangat dengan bunyi hantu monyet tu, korang tahu kan bunyi monyet macam mana. Haa bunyi macam tu la, mak aku ni nak kata berani sangat tu tak la, ade jugak cuak nya, tapi mak aku cakap masa tu malas nak layan hantu monyet tu. Mak aku buat tak tahu je la, lepastu mak aku nampak bayang tu laju pergi ke depan tempat asrama budak-budak perempuan bermasalah. Mak aku teruskan pergi clocking macam biasa. Tak lama lepastu mak aku dengar jeritan demi jeritan dekat asrama budak-budak tu. Rupa-rupanya diorang dah kena histeria. Tak pasti berapa ramai yang kena tapi memang kecoh la malam tu sampai beberapa orang ustaz dari luar datang untuk redakan keadaan. Bila dah stabil, tanya-tanya lah kat budak-budak tu rupanya diorang nampak hantu monyet yang sama macam mak aku nampak tu. Mujur mak aku buat tak layan je masa benda tu kacau-kacau mak aku. Yelah tugas mak aku untuk jaga keselamatan kat kawasan asrama tu. Kalau mak aku kena apa-apa masa tu macam mana? Susah jugak kan.
Serius aku cakap, sepanjang aku kerja kat situ sekali pun aku tak pernah terserempak apa-apa kat situ. Masa aku syif malam, aku tak pergi buat clocking pun aku buat pukul 7, 9 dengan 11 je. Pukul 1, 3 dengan 5 partner aku yang buat hahahaha aku jahat kan. Aku takut bai, buatnya masa tengah clocking tu hantu monyet tu sergah aku tak ke naya. Tapi pukul 9 dengan 11 tu pun aku dah rasa seram. Lagi-lagi kat tempat ke 2 tu. Tempat ke 2 stor, guna tingkap nako, tingkap tu pulak terbukak seram la aku. Gelap ya amat kat situ. Aku risau ade yang jenguk dari dalam tu karang huhuhu.
Nak pergi tandas pun aku takut tapi terpaksa pergi jugak. Aku selalu masuk tandas dalam bilik pekerja perempuan tapi masa tengah malam la, awal-awal tak boleh pergi sebab pengetua situ tak bagi. Tandas yang die suruh guna tu dekat je dengan pondok security tapi nak pergi ke situ kena lalu bilik jahitan, tingkap bilik jahitan tu bukan tingkap nako tau, tingkap yang jenis cermin tu. Yang kita boleh tengok kat dalam tu, tak tahu nk describe hahaha. Pandai-pandai la korang la bayangkan. Disebabkan cermin tingkap tu dan otak aku selalu fikir bukan-bukan yang buat perjalanan aku ke tandas tu rasa macam lama sangat. Lagi-lagi lepas dengar cerita hantu monyet di asrama yang budak-budak tu kena kacau.
Yelah selain hantu monyet, aku risau terserempak dengan hantu pocong ke dalam bilik tu sebab pernah dengar-dengar cerita pasal tu. Seram sejuk rasa. Oh ye partner aku tu makcik tua kawan mak aku. Mak aku cakap die orang filipina tapi duduk kat sabah sebelum die datang KL, dan mak aku cakap die kristian tapi dari cara die, nama die macam orang Islam cuma tak solat je la. Die selalu jugak sebut alhamdulillah, bismillah apa semua tu aku ingat die Islam. Sebab tu aku mintak die ganti aku pergi clocking tu hehehehe…
Cerita Hantu Di Rumah Nenek
Ok cerita hantu di rumah nenek ni kisah melibatkan aku adik beradik semasa berada di kampung rumah nenek aku. Masa tu aku darjah 6, dalam 10 pagi macam tu masa aku kat sekolah mak aku dapat panggilan arwah atok aku meninggal. Atok belah mak aku la, kat kelantan. Kitorang panggil tok cek. Lepas aku balik sekolah, mak aku pun amik cuti halfday haritu lepas dapat panggilan tu, kitorang satu family terus gerak balik kelantan. Sampai sana dalam pukul 10 malam masa tu. Lepas mak aku tinggalkan kitorang adik beradik kat rumah mek (nenek kitorang) mak dengan abah aku pergi kubur, mujur diorang sempat tengok arwah tok cek buat kali terakhir sebelum dikebumikan.
Kisahnya bermula di sini. Bila semua dah tidur lena malam tu, Tak pasti dalam pukul berapa masa tu, aku terdengar bunyi bising sangat sampai aku terjaga. Aku tak terus bukak mata, aku amati dulu bunyi tu. Bunyi pintu rumah macam digegar dari luar. Seolah-olah macam orang tengah marah atau nak cepat suruh bukak pintu. Dia gegar-gegar macam tu. Masa tu aku dah pelik, takkan angin pulak kan sebab pintu tu bergegar. Walaupun pintu kayu, bila dah lock dari dalam angin kuat mcm mana pun takkan bergerak pintu tu. Manusia gegar-gegarkan pintu pun memang takkan gerak sampai mcm tu sekali. Masa tu aku dah takut sangat. Oh ye masa tu kitorang satu family tidur kat ruang tamu. Dah bunyi bising-bising macam tu, aku bukak mata konon nak lebih kepastian la. Bukak je mata aku terkejut sebab depan mata aku ada kabinet tv, atas kabinet tu pulak ade lebihan kain kafan untuk arwah tok cek berkibar-kibar. Allahu, terkejut aku huhuhu. Dah la seram pintu gegar-gegar lepastu nampak lebihan kain kapan pulak. Bertambah-tambah la seramnya.
Lepastu aku pandang kat pintu memang pintu tu bergegar kuat sangat sampai kat bawah pintu tu boleh nampak cahaya kat luar rumah tu. Aku tengok mak dan abah tidur lena je macam takde apa-apa yang berlaku. Aku toleh kiri, toleh kanan tengok adik-adik aku, diorang pun terjaga jugak, terkejut aku dibuatnya yelah masing-masing luas biji mata pandang kat aku. Diorang pun takut sama macam aku jugak. Kitorang tidur himpit-himpit antara satu sama lain malam tu sampai tak sedar pukul berapa terlena. Sedar-sedar dah pagi. Dah pagi tu apa lagi masing-masing bukak cerita la pasal malam tu. Tapi mak dan abah aku tak percaya pulak. Diorang cakap tidur lena je takde bunyi apa-apa pun. Tapi mak aku saja sakat kitorang cakap arwah tok cek la tu balik nk tengok kitorang. Berhuhuhu je la kitorang kat situ. Lepas makan tengah hari tu kitorang balik KL semula. Kadang-kadang aku terfikir ape akan jadi kalau malam tu aku pergi bukak pintu tu hmm. Sampai sekarang kitorang ade perasaan takut lagi bila balik kampung. Even aku pernah je duduk rumah tu sorang-sorang time malam masa bulan puasa tapi aku tak pernah terserempak dengan apa-apa lagi kat situ. Tapi perasaan seram tu still ade.
Adik-adik aku pun cerita bila balik kampung, tengah-tengah malam ade bunyi-bunyi kat luar rumah. Dekat depan rumah ade hutan kecik, dalam hutan tu pula ade sebuah rumah kosong. Dekat sekeliling rumah nenek aku tu hutan dan belukar je. Mungkin sebab tu kot rumah tu keras sikit. Nenek aku pun tak berani duduk sorang-sorang. Dia akan pergi duduk rumah makcik aku kat tepi jalan bila pakcik aku pergi kerja. Nenek aku duduk berdua je dengan pakcik aku sekarang. Pernah beberapa kali adik-adik aku dengar bunyi mengilai kat luar rumah. Makcik aku pun pernah cerita yang die pernah terserempak dengan kak pontianak kat tepi rumah nenek aku tu. Tu yang adik-adik aku semua takut nak pergi tandas malam-malam. Tandas pulak kat luar rumah lagi la takut. Oh ye adik-adik aku sorang perempuan dua lelaki. Masing-masing dah berumahtangga. Yang perempuan jarang balik kampung. Adik-adik lelaki aku selalu balik kampung. Diorang kalau nak pergi tandas mesti ajak bini teman sekali. Yang bini-bini diorang tu relax je pergi sorang-sorang hahahaha. Tapi dalam seram-seram macam tu pun masih seronok nak balik kampung. Rasa suasana kampung yang nyaman, damai dan tenang je. Yelah sekeliling hutan, pokok-pokok je. Tepi rumah pulak ada bendang. Bila angin sepoi-sepoi bahasa menyapa rasa best je. Time siang je la best, time malam mula lah rasa seram tu datang hehehe.
Ok lah sampai sini dulu kisah seram aku, pada entri lain jika ada kesempatan aku akan share pengalaman aku jumpa kak pontianak dan pengalaman suami aku kat tempat kerja. Maaf panjang sikit kisah kali ni. Harap boleh terima la ye, tak seram sangat tapi bagi aku seram la jugak hehehe. Terima kasih sudi baca, wassalam.
Cerita Hantu Monyet Kesimpulan
Begitulah perkongsian kisah seram yang dikongsikan oleh Nur. Bab cerita hantu monyet memang seram weyh. Aku pun kalau jalan kat tepi bilik yang ade cermin rasa risau je nak tengok cermin tu. Takut-takut nampak pantulan benda yang tak nak kita tengok plak kat situ. Kisah seram gangguan bunyi-bunyi kat rumah nenek tu pun aku pernah jugak rasa masa kat kampung dulu. Aku rasa kalau rumah kampung memang selalu kena kacau la dengan segala bunyi yang menyeramkan tu. Tapi siapa sebenarnya yang gegar-gegar pintu masuk rumah nenek Nur tu?? Jumpa lagi di cerita yang akan datang. Sekian..