Hai peminat cerita seram FS. Aku juga salah seorang penggemar berat cerita seram. Walaupun aku seorang yang sangat penakut. Sebagai seorang silent reader, hari ni biar aku pulak share pengalaman seram yang pernah terjadi pada aku waktu aku masih sekolah.. Maaf juga kalau cerita aku ni kurang seram, aku sekadar nak berkongsi sahaja. Dan terima kasih pada Admin FS sekiranya cerita aku kali ni disiarkan.
Dulu setiap kali waktu cuti sekolah, abah dan umie akan bawak kami semua balik ke kampung abah di Thailand. Kampung abah aku memang seronok, kerana rumah nya betul2 suasana kampung, tepi pantai, dekat dengan hulu sungai, laman yang sangat luas dan saudara mara yang sangat ramai disekeliling rumah nenek aku. Apabila kami semua balik kampung, semua saudara mara dan sepupu sepapat akan datang tidur dan bermain ramai-ramai. Tambahan pula waktu tu masih belum berkembang dengan gadget, semua permainan kampung.
Rumah nenek aku pulak rumah yang tandasnya di luar. Dapur pun waktu tak ada sinki, kalau nak mencuci kami akan angkat barang2 kotor dan basuh sambil duduk di beranda dapur. Dan beranda dapur tu pulak tak ada dinding ye. Memang open house betul waktu tu. Memandang kan kami semua masih lagi kecil (kecil la bagi dia), nenek aku akan pesan kalau nak kencing, kencing sje kat dapur, kat situ mmg ade 1 lubang utk buang air waktu emergency tengah malam, tapi perlu jugak keluar untuk ambik air paip dekat beranda luar.
Satu lagi pilihan, bukak pntu depan , kencing dekat tepi tempayan dekat tangga, kat situ memang selalu ade air, tempat memang terbuka,tapi kalau tengah2 malam sape je kan nak lalu. Lagipula masih ade tempat untuk berlindung kalau nak buang air kecil. Ni untuk buang air kecil sahaja ye kalau nak buang air besar perlu jugak ke tandas luar yang jauh tu.
Ceritanya ade 1 malam tu nenek aku kena rasuk. Histeria. Tapi aku tak nak cerita pasal dia, sebab aku tak nak ingat pengalaman tu, agak meremang untuk aku. Dan untuk pengetahuan semua nenek aku jenis yang lemah semangat, dia mudah dirasuk apabila ade sesuatu yang menyinggah. Contohnya kalau dia ade melalui kawasan pantai yang agak keras, pasti malam tu dia akan dirasuk, atau kami adik beradik dan sepupu sepapat terlampau banyak bermain di kawasan tak sepatutnya, pasti akan ade sesuatu yang akan mengikuti kami dan merasuk nenek aku untuk beri amaran pada kami supaya jangan berbuat bising di tempat dia.
Jadi malam tu selepas dia dirasuk, kami semua yang memang ramai2 tidur di ruang tamu, sepakat untuk semua yang ade, tidur di ruang tamu,kecuali ade pakcik dan makcik yg memang ade bilik sendiri. Semua sepupu sepapat tidur rapat2 di ruang tamu termasuk nenek ,umie dan abah aku.
Jadi tengah malam tu, lepas semua dah tidur, aku terkejut apabila along aku minta aku teman kan dia kencing kat luar, sebab dia tak berani nak keluar dari dapur untuk ambik air kt beranda. Selalunya ade je kami standby kan sebekas air, tapi sebab nenek aku kena rasuk malam tu semua tak berani keluar.
Sebelum korang pelik kenapa kiteorang berani keluar kencing di depan dari pada kencing di belakang , kerana pemandangan di belakang/dapur menghadap ke kawasan rumah dan kolam udang kepunyaan orang siam yang terbiar. Gelap dan menakutkan. Depan pula, terang dengan lampu jalan walaupun agak jauh. Jadi lepas along aku kejutkan aku waktu tu, aku buat2 tidur sebab aku malas dan mengantuk sangat. Masalahnya bile aku dah terjage, aku sangat susah nak tidur balik, tp malam tu aku buat keras malas bangun. Sorry along.
Along aku bergerak ke tempat adik aku, kejutkan dia untuk teman pergi kencing, anehnya adik aku yang jenis susah bangun, kejut sekali je trus bangun tak cakap apa- apa. Aku perhati dia berdua keluar pergi kencing. Lepas dah siap, aku trdengar pintu dibuka menandakan along aku dah siap dan nak masuk sambung tidur.
Bila aku pusing menoleh ke along aku, aku tengok dia semacam terkejut sambil memandang ke arah adik aku yang sudah berbaring. Aku pun tak perasan bila adik aku masuk, aku hanya perasan along aku kt pintu tengah tenung adik aku. Dalam otak aku tertanya2 kenapa dia tak nak tidur. Aku pulak tak perasan muka dia sebab ruang tamu tu agak malap hanya ada samar-samar lampu dapur sahaja. Agak lama dia berdiri, aku waktu tu tak fikir ape2 terus sambung tidur. Sampailah esoknya tiba2-tiba riuh rendah kerana along aku demam panas.
Cerita along. Aku bahasakan along sebagai aku.
Malam tu aku nak bangun kencing, mula-mula aku kejutkan angah tapi dia tak nak bangun. Jadi aku kejutkan acik, dia bingkas bangun dan dia tunggu kt tangga. Aku selesaikan hajat aku lepas tu masa nak naik aku parasan acik tak ikut. Aku panggil acik masuk, acik senyap je.
Aku perasan muka acik macam bukan muka orang mengantuk, tapi muka blur je. Jalan sambil menunduk. Sebab aku jalan kt depan, aku suruh la acik yang tutup pintu, tapi yang aku paling terkejut masa aku jalan nak balik tempat tidur , aku perasan acik memang kat tempat dia dh. Sedang tidur !. aku macam tak boleh nak fikir, kalau acik tengah tidur, habis tu siapa yang teman dia kencing tadi? Itu dah menjadi satu masalah, lagi satu masalah ialah, siapa yang ade kat belakang aku yang sedang tutup pintu tu. Memang jelas ade bunyi pintu sedang ditutup, aku memang tak berani nak pusing belakang, kaki aku jadi keras tak boleh bergerak dan aku hanya mampu tenung adik aku yang tengah tidur.
Macam2 doa aku baca tp macam tak teratur. Lama aku berdiri sampai la aku terduduk sengan sendirinya, mungkin dah nak masuk subuh sebab dengar speaker orang masjid dh berbunyi menandakan ade orang sedang mengaji. Aku selimut sambil menggigil sampai lah umie aku perasan yang aku tengah menggigil ketakutan.
Aku.
Pagi2 tu nenek aku pergi minta air tawar dengan pakcik yang pandai mengubat. Keadaan along tak terlalu teruk, Cuma demam terkejut saja. Kata nenek aku, ade benda nak bergurau la tu, sebab kan lepas kejadian nenek aku kena rasuk, rumah kami dh dipagar, jadi dia tak boleh nak kacau nenek aku lagi,dia kacau along aku. Tapi along bernasib baik mahkluk tu tak menunjukkan muka asalnya.hahahahhha
Ok itu jela cerita tak berapa seram dari aku. Maaf kalau cerita aku agak boring dan tak menyeramkan.
Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit