• Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Skip to footer
  • Resepi Mudah
  • Perkongsian Cerita
  • Kisah Seram
  • Bacaan Doa
  • Cara Solat Sunat
  • Tempat Menarik
  • Sihir Ilmu Hitam
DuitCoin Logo

DuitCoin

Experimentasi Minda Celaru

Home » Cara Solat Sunat » Cara Solat Taubat Mudah Ringkas | Memohon Keampunan Allah

Cara Solat Taubat Mudah Ringkas | Memohon Keampunan Allah

November 2, 2022 by Piee Ahmad

Table of Contents

  • Cara Solat Taubat
    • Bacaan Lafaz Niat Solat Taubat
    • Bacaan Surah Selepas Surah Al-Fatihah Setiap Rakaat
    • Bacaan Zikir Solat Taubat Semasa Sujud Terakhir
    • Bacaan Istighfar Selepas Selesai Solat 10x atau 100x
    • Bacaan Ishtighfar Tauhid 10x atau 100x
    • Bacaan Penghulu Ishtighfar Sayyidul Ishtighfar 3x
    • Bacaan Doa Taubat
  • Kelebihan Solat Taubat
  • Total5
  • Print0
  • Facebook0
  • Twitter2
  • Pinterest0
  • WhatsApp
  • Love This3

Aku nak kongsi cara mudah untuk solat taubat. Kita sebagai manusia tidak pernah lari dari membuat silap dan salah. Samada kesalahan kita itu dosa besar mahupun dosa kecil, kita tetap perlu bertaubat kembali kepada Allah. Sebagai orang yang beragama Islam, salah satu cara untuk bertaubat kepada Allah ialah dengan melakukan solat sunat taubat. Berikut merupakan cara solat taubat mudah dan ringkas untuk dilakukan. Apa yang penting kita perlu bersungguh-sungguh memohon keampunan daripada Allah.

Cara Solat Taubat

cara solat taubat mudah dan ringkas

Solat Taubat boleh dilakukan dua, empat atau enam rakaat pada bila-bila masa yang dikehendaki, tetapi lebih afdal pada waktu tengah malam dimana suasananya lebih sunyi dan tenang. Berikut merupakan cara mudah dan ringkas untuk melakukan solat taubat. Semoga solat taubat yang kita lakukan diterima oleh Allah.

Bacaan Lafaz Niat Solat Taubat

niat solat taubat

Maksud niat solat taubat : Sahaja aku solat sunat taubat 2 rakaat kerana Allah Taala

Bacaan Surah Selepas Surah Al-Fatihah Setiap Rakaat

Selepas niat solat taubat, takbiratul ihram dan bacaan Al-Fatihah selesai dilakukan, setiap rakaat mempunyai bacaan surah tersendiri.

Bacaan Surah Rakaat Pertama

Surah Al-Kafirun

Surah Al-Kafirun lengkap

Bacaan Surah Rakaat Kedua

Surah Al-Ikhlas

 

surah Al-Ikhlas

Bacaan Zikir Solat Taubat Semasa Sujud Terakhir

Semasa sujud terakhir pada rakaat kedua (sebelum duduk Tahiyyat Akhir) iaitu selepas membaca tasbih biasa, bacalah Tasbih berikut 40 kali:

zikir sujud terakhir solat taubat

Maksudnya : Tidak ada Tuhan selain Engkau. Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim

Bacaan Istighfar Selepas Selesai Solat 10x atau 100x

Setelah memberi salam dan selesai solat taubat, perbanyakkanlah beristighfar kepada Allah. Lakukanlah sebanyak 10x minimum atau 100x atau sebanyak mana pun yang korang inginkan selagi ada penyesalan di dalam diri.

istighfar kepada Allah

Maksudnya : Daku mohon ampun kepada Allah yang Maha Agung, yang tiada Tuhan melainkan Dia Yang Maha Hidup Lagi Maha Mengurus dan daku bertaubat kepada-Nya.

Bacaan Ishtighfar Tauhid 10x atau 100x

Kemudian bacalah ishtighfar Tauhid seperti berikut:

istighfar tauhid solat taubat

Maksudnya : Daku memohon ampun kepada Allah yang Maha Agung yang tiada Tuhan melainkan Dia Yang Maha Hidup Lagi Maha Mengurus! Daku bertaubat kepada-Nya selaku taubatnya seorang hamba yang banyak dosa yang tiada menguasai akan dirinya dan tidak mampu membuat, menolak mudharat dan manfaat serta tidak dapat menguasai kematian, hidup dan kebangkitan.

Bacaan Penghulu Ishtighfar Sayyidul Ishtighfar 3x

Kemudian bacalah Sayyidul Ishtighfar penghulu ishtighfar sebanyak 3x. Bacaannya seperti berikut:

bacaan sayyidul istighfar penghulu ishtighfar

Maksud bacaan Sayyidul Ishtighfar : Ya Allah! Dikaulah Tuhanku, Tiada Tuhan melainkan Dikau; Dikau yang menciptakan daku dan daku adalah hamba-Mu. Dan sedaya mampuku, daku berpegang dengan janji dan sumpah setiaku terhadap-Mu. Daku memohon perlindungan-Mu daripada segala kejahatan yang telah dilakukan; Daku mengakui akan segala nikmat yang Dikau berikan kepadaku dan daku mengakui akan dosa-dosaku. Maka ampunilah daku kerana tiada yang mengampuni dosa-dosa kecuali Dikau.

Bacaan Doa Taubat

Bacalah doa taubat selepas selesai membaca Sayyidul Ishtighfar. Bacaan doa taubat adalah seperti berikut:

doa taubat

Maksud Doa Taubat : Daku memohon ampun kepada Allah, Daku mohon ampun kepada Allah, Daku mohon ampun kepada Allah yang tiada Tuhan melainkan Dia Yang Maha Hidup Lagi Maha Mengurus!

Daku bertaubat kepada-Nya selaku taubatnya seorang hamba yang banyak dosa yang tidak berdaya untuk menolak mudharat atau berbuat manfaat dan tidak mampu mematikan atau menghidupkan mahupun membangkitkan (di Padang Mahsyar kelak).

Daku mohon perlindungan-Mu daripada dosa, kemalasan, dugaan kubur dan seksanya. Daku mohon perlindungan-Mu daripada segala kesalahan dan hukuman.

Ya Allah! Bersihkanlah diriku daripada dosa-dosa sebagaimana kain putih dibersihkan daripada kekotoran. Ya Allah! Sesungguhnya daku bertaubat kepada-Mu di atas segala dosaku, dan daku berjanji tidak akan mengulanginya.

Ya Allah! Pengampunan-Mu adalah lebih luas daripada dosa-dosaku dan pengampunan-Mu terhadapku adalah lebih tertunai daripada amalan baikku. Ya Allah! Sesungguhnya daku telah banyak sekali menganiaya diriku sendiri, tiada yang dapat mengampuni dosaku itu kecuali Dikau; Maka berikanlah daku keampunan-Mu, kasihanilah daku.

Ya Allah, Ya Tuhanku! Terimalah taubatku, suci bersihkanlah segala dosaku dan kabulkanlah permohonanku. Sesungguhnya Dikau Maha Pengampun lagi Maha Penyayang!

Kelebihan Solat Taubat

Di antara kelebihan solat taubat ialah:

  • Diampunkan Allah SWT.
  • Dimudahkan segala urusan.
  • Menceriakan kehidupan seharian.
  • Menghilangkan perasaan yang menekan.
  • Mencegah dosa dan menghindari gangguan.

Begitulah cara mudah dan ringkas untuk melakukan Solat Sunat Taubat. Semoga ia memberi manfaat kepada korang semua. Kembalilah kepada Allah jika sudah jauh terpesong. Jika korang masih keliru atau tidak tahu macam mana nak melakukan solat, korang boleh baca Cara Solat dengan betul. Sekian.

 

  • Total5
  • Print0
  • Facebook0
  • Twitter2
  • Pinterest0
  • WhatsApp
  • Love This3

Filed Under: Cara Solat Sunat Tagged With: cara bertaubat, cara solat, solat taubat

cara solat sunat tahajjud

Cara Solat Sunat Tahajud – Panduan Lengkap

Post ini aku akan berkongsi dengan korang cara solat sunat Tahajud step by step yang mudah untuk korang fahami dan ikuti. Semoga perkongsian ini akan memberi manfaat kepada kita semua dan semoga amalan kita diterima oleh Allah. Amiin. Solat sunat Tahajud merupakan solat malam yang dilaksanakan setelah bangun dari tidur pada waktu malam, afdalnya dibuat […]

ilmu hitam - sihir pemisah

Sihir Pemisah – Apakah Tanda Korang Di Serang Oleh Penyihir

Sihir adalah jalan singkat yang sesetengah orang selalu gunakan untuk mendapatkan sesuatu yang diinginkannya dengan mudah. Walaupun ia bercanggah dengan hukum agama, bukan sahaja Islam bahkan setiap agama dimuka bumi ini mengharamkan menggunakan sihir. Percaya atau tidak, di zaman yang serba moden ini masih ramai lagi yang menggunakan cara kotor ini. Lebih teruk lagi ada […]

cerita hantu monyet

Cerita Hantu Monyet Di Asrama | Gangguan Di Rumah Nenek

Cerita hantu monyet di asrama dan gangguan di rumah nenek kali ni telah dikongsikan oleh Nur (bukan nama sebenar). Cerita hantu ini berkisarkan kisah seram sebenar yang dilalui olehnya dan ahli keluarganya. 2 cerita hantu yang telah dikongsikan oleh beliau ini bagi aku memang seram. Jom kita bersama-sama membaca kisah seram yang dikongsikan oleh Nur […]

resepi mudah kari ayam

Resepi Mudah Kari Ayam Bujang Sedap

Resepi mudah kari ayam bujang ni memang sangat mudah untuk di masak oleh golongan bujang. Bahan masakan pun tak banyak diperlukan. Sangat sesuai dengan gelaran bujangnya. Dari segi tahap kesedapannya ALhamdulillah boleh diketegorikan sedap dan boleh dimakan. Lagi-lagi kalau perut tengah lapar kan. Bahan-bahan masakan boleh di dapatkan di pasaraya-pasaraya berdekatan dengan rumah korang sebab […]

resepi nasi goreng kampung pkp

Resepi Nasi Goreng Kampung PKP Style

Resepi nasi goreng kampung PKP style ni di inspirasikan daripada musim Covid-19 yang sedang melanda dunia sekarang ni. Sejak kerajaan Malaysia melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan kepada semua rakyat Malaysia, semua orang sekarang ni duduk dirumah dan asik nak makan. Nak makan pulak makanan yang sedap-sedap je kan. Musim-musim PKP ni macam-macam la kita nak cuba […]

Primary Sidebar

Search This Blog

Categories

  • Bacaan Doa
  • Buat Duit Online
  • Cara Hacks System
  • Cara Solat Sunat
  • Hiburan
  • Kisah Seram
  • Peguam Dan Pengguna Malaysia
  • Plan Internet Malaysia
  • Resepi Mudah
  • Sihir Ilmu Hitam
  • Takwim Cuti Sekolah
  • Tech Tips
  • Tempat Makan Menarik
  • Tempat Menarik

Footer

Sang Penulis

Korang boleh panggil aku Piee. Blog ni sekadar mengisi masa lapang aku. Sekadar ingin berkongsi maklumat dan pendapat dari pandangan aku. Semoga pengisian dalam blog ni dapat memberi serba sedikit manfaat untuk korang semua.

Kalau korang ada cerita menarik yang nak diluahkan, nak dikongsikan dengan aku dan pembaca blog ni, korang boleh Klik Sini...

Copyright DuitCoin © 2023 ·