Sebut sahaja Agrotek Garden Resort, pasti ramai yang terbayang resort yang dikelilingi alam flora. Ramai juga yang menginginkan percutian berada di kelilingi tumbuhan menghijau kerana pasti lebih segar, tenang dan nyaman.
Buat anda yang mencari lokasi percutian dengan ciri ini, Agrotek Garden Resort pasti menepati ciri percutian anda. Resort yang berada di Hulu Langat ini jauh dari kesibukan kota dan memberikan pengunjung pengalaman percutian yang berbeza.
Terletak kira-kira 30 minit dari Kuala Lumpur, resort ini menjadi lokasi tumpuan percutian lebih-lebih lagi buat mereka yang tinggal di ibu kota. Nak tahu apa yang menarik di resort ini? Jom teroka dengan lebih lanjut!
Penginapan
Resort ini menawarkan tujuh jenis bilik yang bersih, cantik dan selesa. Hampir kesemua penginapan dipadankan dengan warna putih menjadikannya kelihatan lebih menawan.
Jika anda datang bersama pasangan, bilik yang sesuai dan mampu memuatkan dua penginap adalah Teratai, Dian dan Aman Jiwo. Namun jika anda ingin menginap bersama tiga hingga lima orang, anda boleh memilih bilik Teratai, Sanur Kencana, Rumbia, River Front Chalet, Mawar dan Garden Superior.
Setiap penginapan disediakan kemudahan lengkap seperti televisyen tandas, meja kopi, almari dan kipas. Namun bukan semua jenis bilik dilengkapi dengan pendingin hawa. Tidak perlu risau kerana berada di tengah alam flora tetap memberikan suasana yang nyaman lebih-lebih lagi pada waktu malam dan pagi walaupun tiada pendingin hawa.
Setiap penginapan kecuali Sanur Kencana, disediakan balkoni yang dilengkapi kerusi dan meja rehat untuk pengunjung berehat sambil menikmati pemandangan luar yang mendamaikan. Balkoni pula ada yang menghadap sungai dan ada yang menghadap kolam ikan. Lebih tinggi harga bilik, lebih banyak kemudahan yang penginap akan perolehi.
Kadar penginapan pula memang berbaloi dengan kemudahan yang disediakan iaitu dalam lingkungan RM 160 hingga RM 308. Harga ini tertakhluk pada jenis penginapan. Tak kira harga rendah ataupun tinggi, setiap penginapan memang eksklusif.
Kemudahan
Salah satu faktor yang dipertimbangkan sewaktu memilih lokasi percutian semestinya kemudahan yang disediakan oleh penginapan tersebut. Kadangkala ramai yang memilih untuk bercuti di tempat yang menyediakan banyak kemudahan dan aktiviti pada satu tempat sahaja.
Antara kemudahan yang disediakan oleh Agrotek Garden Resort adalah surau, tanda awam, gazebo serta parkir yang luas.
Tak perlu risau untuk mencari makan malam atau lain-lain, kerana di sini terdapat restoran yang menyediakan makanan barat, masakan panas dan ala Thai. Ramai pengunjung berpuas hati apabila makan di sini.
Buat anda yang mahu mengadakan sebarang majlis termasuk majlis korporat, seminar, perkahwinan dan sebagainya, resort ini memang sesuai untuk anda kerana ada lima jenis dewan untuk anda pilih.
Setiap dewan disediakan pelbagai kemudahan termasuk meja dan kerusi, PA system, projektor LCD, buffet, kelengkapan alat tulis, pendingin hawa, papan putih dan air minuman. Dewan-dewan tersebut mampu memuatkan 30 hingga 200 orang dalam satu masa.
Aktiviti Menarik
Berada di kelilingi alam semestinya mengetengahkan aktiviti berkaitan alam yang menyeronokkan. Buat mereka yang mahukan percutian yang santai, cukup sekadar bersiar-siar di kawasan sekitar pasti menenangkan.
Aktiviti utama di resort ini semestinya mandi sungai. Salah satu kelebihan dan keunikan resort ini adalah sungai terletak di antara penginapan resort tersebut. Paling best, ianya selamat buat kanak-kanak kerana sungainya tidak berbatu namun perlu sentiasa mengawasinya juga.
Di sepanjang sungai, pihak resort telah menambah monkey bar dan beberapa permainan lain untuk menambah keseronokan mandi sungai. Bawa pelampung dari rumah agar anak-anak dapat bermandi-manda dengan riang apabila paras air sedikit dalam.
Bukan itu sahaja, sudah sampai di sini jangan lupa untuk merakamkan gambar dan ootd untuk dijadikan kenangan. Segenap sudut resort ini dihiasi bak taman bunga yang indah. Paling menarik, di tebing sungai juga dihiasi dengan landskap yang memukau.
Pada sebelah malam, anda boleh barbeku bersama keluarga. Peralatan barbeku boleh disewa dengan pihak resort.
Inginkan aktiviti yang lasak? Pihak Agrotek Garden Resort menawarkan pakej penginapan termasuk aktiviti flying fox, jungle trekking, paintball dan obstacle jika pengunjung memilih pakej korporat dan keluarga. Dengan pakej ini, lebih banyak kemudahan dan aktiviti ditawarkan dengan harga yang berbaloi.
Maklumat Lanjut
Jika anda ingin mengetahui maklumat lanjut mengenai resort ini atau ingin membuat sebarang tempahan penginapan, layari laman berikut:
Website: Agrotek Garden Resort
Facebook: Agrotek Garden Resort
No telefon: 010-436 5477
Lokasi: Batu 14 1/2, Kampung Sungai Semungkis, 43100 Hulu Langat, Selangor
Dengan kemudahan dan tarikan yang ada, Agrotek Garden Resort bukan sahaja sesuai untuk percutian keluarga, malah sesuai untuk sebarang sambutan seperti hari keluarga, majlis korporat, seminar, majlis perkahwinan dan lain-lain.
Jika anda sukakan alam atau ingin mencari lokasi percutian yang privasi, mendamaikan dan jauh dari kesibukan kota, Agrotek Garden Resort sangat sesuai untuk anda. Tunggu apa lagi? Jom ajak pasangan dan keluarga untuk menikmati percutian menyeronokkan di sini!
Alang-alang berada di Hulu Langat, jom ke tempat menarik yang terletak berdekatan lokasi ini seperti: