Umum tahu kuih cara ada dua iaitu cara manis dan cara berlauk. Untuk kali ini kami kongsikan resepi kuih cara manis. Kuih ini juga merupakan kuih tradisional melayu. Rasa manis dan lemak pandan ini cukup menarik perhatian. Nak buat pun senang kuih cara manis ini.
Jom kita try!
1. Resepi Kuih Cara Manis
Bahan-bahan
- 2 cawan tepung gandum
- 1 biji telur
- 1/2 cawan santan
- 2cawan air pandan
- Sedikit gula
- Sedikit garam
- Pewarna hijau jika suka
Cara buat Kuih Cara Manis
- Masuk semua bahan diatas dalam blender.
- Tuang dalam jag sederhana, panaskan acuan cara atas dapur gas api perlahan dan sapu sedikit minyak.
- Tuang adunan penuh dalam acuan biarkan seketika baru letak sedikit gula dalam adunan dan tutup dengan penutup periuk.
- Agak-agak nampak naik adunan atau sedikit kekuningan pada tepi kuih boleh angkat & keluarkan menggunakan lidi atau terbalikkan acuan atas bekas yang sesuai.
- Untuk tuang adunan seterusnya mesti kacau dulu adunan dalam jag dan baru tuang.
- Ulang sampai habis.
Sumber: Minah Ramli dari Berkongsi Ilmu Kuih Muih & Masakan (BIKMM)
2. Resepi Kuih Cara Manis Tanpa Santan & Telur (Sukatan Cawan)
Bahan-bahan
Bahan A
- Dua cawan tepung gandum
- Dua cawan air pandan
- Secubit garam
- Satu sudu kecil minyak masak
Bahan B : Inti
- Gula pasir secukupnya (kami guna gula kastor)
Cara buat Kuih Cara Manis Tanpa Santan & Telur (Sukatan Cawan)
- Pewarna hijau sikit.
- Dah siap, satukan semua bahan.
- Blend atau kisar sampai sebati.
- Tapis.
- Panaskan acuan kuih cara manis yang telah di sapu dengan minyak atas dapur.
- Kecilkan api.
- Tuang adunan kuih cara manis bubuh inti gula.
- Step akhir, tutup guna penutup periuk dan biarkan sampai masak. Siap.
Sumber: Aida Bani dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
3. Resepi Kuih Cara Manis Versi Garing
Bahan-bahan
- 2cwan tepung gandum
- 2 biji telur
- 2 cwan santan
- 1cwan air daun pandan
- Sikit garam
Cara buat Kuih Cara Manis Versi Garing
- Blender semua bahan di atas.
- Panaskan acuan. Oleskan dengan minyak.
- Letak adunan.
- Letakkan sikit gula ditengah adunan.
- Masak dalam 5 minit.
Sumber: Norazizah Hasbolah dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
4. Resepi Kuih Cara Manis Versi Jagung
Bahan-bahan
- 2 cawan tepung gandum
- 1 biji telur gred A (pukul dulu)
- 1/2 cawan jagung dah hiris
- 3 1/4 cawan santan
- Sedikit garam
- Sedikit esen vanilla (optional)
- Perisa jagung
- Sedikit pewarna kuning telur
Cara buat Kuih Cara Manis Versi Jagung
- Blender dulu jagung dengan 1 cawan santan (jangan blender halus sangat) ketepikan dalam bekas lain. Masuk semua bahan yang lain dalam bekas. Gaul rata dan tuang dalam blender halus.
- Tuang dalam jag sederhana campur dengan 1 cawan jagung yang blender tadi kacau sebati. Panaskan acuan cara atas dapur gas. Api perlahan dan sapu minyak.
- Tuang adunan penuh dalam acuan. Biarkan sekejap baru letak sedikit gula dalam adunan.
- Tutup dengan penutup periuk. Agak nampak naik adunan atau sedikit kekuningan pada tepi kuih, boleh angkat dan keluarkan menggunakan lidi atau terbalikkan acuan atas bekas yang sesuai.
- Untuk tuang adunan seterusnya mesti kacau dulu adunan dalam jag dan baru tuang.
- Ulang sehingga habis adunan. Siap sedia untuk makan.
Sumber: Zura Zul dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
Akhir kata
Jika anda penggemar kuih tradisi melayu, wajib untuk mencuba resepi kuih cara manis ini, pastikan anda mempunyai acuannya terlebih dahulu, tanpa acuan tak jadi kuih cara manis ini.
Jom semak juga resepi kuih lapis ini pula.
Selamat mencuba!