Wilayah yang dikatakan salah satu bandar terindah di dunia, Putrajaya bukan sahaja menjadi destinasi pilihan ramai di hujung minggu untuk melawat lokasi-lokasi menariknya, tapi juga kerana ingin mencuba pelbagai kedai makan best yang ada di sini.
Dari kedai makan tempatan dalam harga bajet hinggalah kepada kedai makan mewah dengan hidangan dari merata dunia, pelbagai pilihan kedai yang ditawarkan Wilayah kebanggaan negara ini.
Dah bersedialah untuk mensabotaj niat anda untuk berdiet? Teruskan membaca hingga ke penghujung artikel tempat makan menarik di Putrajaya ini, mesti terliur punya!
01. Inara Cafe
Jangan lepaskan peluang untuk singgah makan di Inara Cafe Putrajaya! Terletak di Presint 8, kafe ini adalah tempat yang sesuai untuk semua golongan yang menghargai makanan yang berkualiti tinggi dengan konsep kedai yang menarik.
Paling menarik tentang Inara Cafe adalah dekorasi dan konsep kedai yang unik dengan menggabungkan elemen pokok-pokok hijau dan estetik dalam reka bentuk dalaman mereka.
Anda akan merasa seperti berada di taman yang indah sambil menikmati hidangan lazat yang pelbagai. Hiasan dan perincian yang teliti di setiap sudut kedai menambahkan kesan mewah yang mempersonakan.
Inara Cafe mempunyai pelbagai menu yang menawarkan cita rasa istimewa. Anda mesti mencuba Inara Tomyam Carbonara dan Nasi Kerabu Ayam Bakar yang memikat selera.
Bagi pencinta pastry dan dessert pula, pastikan anda cuba Croissant Almond, Croissant Strawberry, Creme Brulee dan Peach Struddle yang pasti akan memuaskan deria manis anda.
Sekiranya anda mahukan pengalaman makanan yang istimewa dengan dekorasi yang menarik, Inara Cafe adalah jawapannya. Jangan lepaskan peluang untuk mengunjunginya dan rasai sendiri keindahan dan kelazatan yang ditawarkan. Pasti anda tidak akan menyesal!
Media Sosial: Instagram
Alamat: Lot A2-1-3A, Ayer@8, Jalan P8G, Presint 8, 62250 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya
02. Mios Kitchen Putrajaya
Mios Kitchen Putrajaya adalah antara restoran yang gemar dikunjungi oleh warga Putrajaya. Bukan sahaja menunya yang pelbagai dan luas, Mios Kitchen Putrajaya juga mempunyai vibe yang sangat unik dan cool. Kedai yang berwarna kelabu hitam ini diceriakan lagi dengan mural kartun di salah satu dindingnya.
Dari segi makanan, Mios Kitchen menyediakan menu yang luas. Dari masakan tempatan hingga ke masakan western, dan juga dessert, semuanya menarik belaka. Masakan tempatan seperti nasi kampung opah didatangkan dengan pilihan lauk ayam belado, udang masak lemak, ayam masak, dan banyak lagi.
Masakan Asia lain seperti chicken kimchi ramen turut disediakan di sini. Namun, bintang utama Mios Kitchen ialah masakan western mereka seperti spaghetti chicken chop, cheesy beef nachos, lamb shank, chicken grill, carbonara, semuanya sedap-sedap belaka. Akhiri meal anda di sini dengan dessert enak seperti aiskrim kelapa mereka yang dihidangkan dalam tempurung.
Alamat: Unit No. 16 & 14, Jalan Diplomatik, Presint 15, 62050, Wilayah Persekutuan Putrajaya
Waktu Operasi: 11am-11pm (setiap hari)
03. Ramly Halal Mart
Produk Ramly memang sudah sinonim dengan rakyat Malaysia. Malah, orang dari negara jiran pon kenal dengan ramly burger. Tahukah anda, kini mereka juga telah mula beroperasi sebagai kedai/cafe? Kalau di Putrajaya ini, Ramly Halal Mart terletak di Presint Diplomatik. Kedainya sangat menarik dan dihias menggunakan warna tema mereka iaitu warna kuning.
Di sini, anda bukan sahaja dapat membeli produk-produk Ramly seperti burger ayam atau daging frozen, oblong, karipap dan macam-macam lagi produk sejuk beku atau frozen yang boleh anda bawa pulang dan masak sendiri. Tetapi, di kafe mereka, anda dapat menikmati produk-produk ini Dalam keadaan sedia.
Menggunakan konsep fast food, Ramly Halal Mart membawakan beberapa set makanan seperti burger, ayam goreng, chicken chop, lamb chop dan macam-macam lagi.
Lengkap didatangkan bersama kentang goreng, sos dan coleslaw, anda dapat menikmati burger Ramly yang popular ini apabila ia dimasak oleh pihak Ramly sendiri. Menarik kan? Selalunya Ramly burger kita makan dari vendor-vendor Jual burger. Terdapat juga dessert yang datang dalam packet seperti chocolate cheesecake dan blueberry cheesecake.
Alamat: Jalan Diplomatik 2/1, Presint Diplomatik, 62050 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya
Waktu Operasi: 10am-7pm (setiap hari)
04. Umai Cafe
Di dalam Skyrides Festivals Park Putrajaya, terdapat sebuah kafe dan restoran yang cukup menarik. Umai Cafe menarik perhatian ramai kerana menu lokalnya yang membuatkan pelanggan cukup teruja.
Kafe ini juga cukup cantik dan memberi pemandangan yang cantik kerana menghadap perairan, membawakan suasana yang tenang dan aman.
Berbalik kepada makanan yang mereka sajikan, anda pasti teruja kerana mereka banyak memfokuskan menu ke arah makanan tradisi seperti lempeng, roti jala, cucur, cekodok, dan macam-macam lagi snek atau makanan ringan yang tidak sering orang tawarkan.
Selain itu, makanan yang lebih berat seperti nasi goreng, set ikan bawak goreng, nasi lemak, laksa, mee rebus, dan lain-lain juga turut tersedia di sini. Kalau nak makanan western, ada juga seperti chicken chop, grilled lamb, burger dan macam-macam lagi. Jadi, jangan lupa untuk singgah ke Umai Cafe.
Alamat: Anjong Alaf Baru Building, 62675, Wilayah Persekutuan Putrajaya
Waktu Operasi: 9am-9pm (setiap hari)
05. Padi House Putrajaya
Sebuah Bistro Di Galeria PjH iaitu Padi House adalah antara restoran yang perlu anda kunjungi. Suasananya yang sangat classy dan modern, membuatkan ia sesuai dijadikan tempat berkumpul bersama kawan-kawan atau ahli keluarga. Malah, ia juga sesuai untuk anda jadikan tempat makan mingguan sekeluarga yang santai.
Membawakan menu Kopitiam dan western, Padi House ini membawa sentuhan elegan dalam setiap hidangan. Menu starter dan salad mereka sangat menarik. Antara kegemaran ramai ialah Nachos with Beef Chilli.
Bagi main dish, anda diberi seleksi pasta yang sangat banyak. Ramai yang memuji grilled chicken with green pesto spaghetti mereka. Selain dari pasta, makanan grilled sperti Mongolia grilled lamb chops, chicken chop dan macam-macam lagi turut disediakan.
Makanan tempatan juga ada seperti salted egg chicken rice, beef kuey teow dan lain-lain. Kunjungi Padi House sendiri untuk nikmati makanan lazat dalam suasana indah.
Alamat: Galeria PjH, Presint 4, 62100, Putrajaya
Waktu Operasi: 11am-10.30pm (Setiap hari)
06. Shell Out® Putrajaya
Fenomena shell out bukan sesuatu yang baru. Namun, antara pioneer atau restoran terawal yang membawakan fenomena ini dalam dunia kulinari Malaysia ialah Restoran Shell Out®. Di Putrajaya, anda akan jumpa restoran Shell Out® ini di Presint 8.
Dengan signage Shell Out yang besar dan luaran yang funky, pasti menarik perhatian para pelanggan. Rekaan dalamnya pula modern dengan tema under the sea. Kalau bergambar, pasti ramai tahu keberadaan anda.
Menu di sini berasaskan makanan laut dan protein yang dimasak bersama pilihan kuah spicy buttermilk atau buttermilk. Ia juga dihidangkan bersama sayuran seperti jagung dan brokoli menjadikan ia sebuah hidangan lengkap apabila dimakan bersama nasi.
Hidangan shell out di sini tentulah dengan gaya trademarknya yang bersahaja dan santai, tanpa menggunakan pinggan. Sesuai dimakan beramai-ramai.
Alamat: C1-G-3A, Ayer @, 8, Jalan P8G, Presint 8, 62250, Wilayah Persekutuan Putrajaya
Waktu Operasi: Setiap Hari (11:30am-10:00pm)
07. LC Restaurant Putrajaya
Siapa saja yang tak pernah dengar Nasi Kandar Line Clear di Penang? Kalau anda nak tahu, Line Clear juga tersedia di Putrajaya. LC Restaurant terletak di Presint Diplomatik.
Kedainya simple dan santai, cukup selesa untuk anda untuk menikmati hidangan Line Clear dengan penuh puas hati. Untung ya orang Putrajaya, tak perlu ke Penang untuk dapatkan Line Clear.
Menu utama mereka tentunya nasi kandar yang famous dan meletup. Dengan pilihan ayam, ikan, telur, sotong, udang dan sebagainya sebagai sampingan, nasi kandar Line Clear ini memang dah tidak disangkal lagi tentang keenakannya.
Selain itu, anda juga boleh menikmati mee goreng sotong, kari kepala ikan, nasi lemak, lamb shank dan macam-macam lagi. Malah, kalau anda nak tahu, mereka turut menyediakan perkhidmatan katering tau. Jadi, bagi anda yang mungkin akan mengadakan apa-apa majlis, bolehlah dapatkan katering dari mereka.
Alamat: 16, Jalan Perak P15, Presint Diplomatik, 62050 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya
Waktu Operasi: 3pm-2am (setiap hari)
08. Restoran Gegey Putrajaya
Restoran Gegey di Putrajaya ini antara restoran yang unik bukan sahaja dari segi hiasannya, malah menunya juga sangat unik dan berbeza. Hiasan dalaman yang simple, modern dan rustic ini membuatkannya sangat selesa dan sesuai untuk datang bersama keluarga.
Menu di sini sangat luas dan diverse. Dari masakan tempatan, masakan Asia hingga ke masakan western, pilihan makanan mereka sangat menarik.
Yang paling popular di sini ialah hidangan nasi mereka yang dipanggil nasi Gegey dan nasi Peemak. Lebih kepada masakan pantai timur, mereka turut menghidangkan nasi kerabu. Selain itu, restoran Gegey ini juga menghidangkan masakan berasaskan mee dan sup tulang.
Terdapat juga mee Jepun iaitu ramen yang dihidangkan bersama chicken chop atau baby crab. Menu western mereka dikira mesra keluarga dengan hidangan seperti chicken fingers, meatballs, chicken wing, spaghetti, chicken chop, chikyza, lamb chop dan sebagainya juga disediakan di sini. Malah terdapat juga pilihan set yang mana makanan anda dihidang dalam talam. Bolehlah makan bersama-sama.
Alamat: No 15&17, Jalan Diplomatik 1, Presint Diplomatik, 62000 Putrajaya
Waktu Operasi: 12pm-11pm (setiap hari)
09. Suki-Ya @ iOi City Mall
Tentunya ramai sudah pun mencuba Suki-Ya, restoran Jepun yang berkonsep hotpot, bukan? Buat pengetahuan anda, Suki-Ya juga ada di Putrajaya dan terletak di iOi City Mall.
Seperti cawangan-cawangan mereka yang lain Suki-Ya Putrajaya ini mengekalkan look yang simple, minimalis dan kemas. Suasananya ceria dan family friendly.
Mengekalkan konsep dan menu yang sama, Suki-Ya membawa hidangan hotpot signature mereka. Dengan pilihan protein, sayuran dan lain-lain yang luas dan bervariasi, anda boleh nikmati bersama sup pilihan anda.
Terdapat 6 jenis pilihan sup hotpot tetapi ramai yang menggemari sup miso dan shabu-shabu. Selain dari hidangan hotpot, sushi dan tempura juga ada disediakan. Aneka jenis ramen dan set nasi Jepun juga boleh dipesan secara a-la carte. Jadi, peminat-peminat masakan Jepun dan hotpot, kunjungi Suki-Ya di IOI City Mall apabila berada di Putrajaya.
Alamat: L2-38 & 39, Level 2, IOI City Mall, Lebuh IRC, IOI Resort City, 62502 Putrajaya, Selangor
Waktu Operasi: Setiap Hari (10:30am-10:00pm)
10. Medan Selera Presint 9
Tidak jauh dari Putrajaya Sentral dan Hospital Putrajaya, adalah lokasi makan-makan yang menjadi kegemaran ramai warga putrajaya kerana kepelbagaian makanannya dan juga keenakannya. Lokasinya adalah di Medan Selera Presint 9.
Apa yang anda cari? Dari masakan pantai timur, barat, utara, moden, tradisional semuanya ada di sini. Antara hidangan yang boleh ditemui adalah mee bandung, tempoyak ikan patin, nasi kerabu, nasi lemak, mee claypot, tom yam, nasi ayam penyet, apam balik, cucur udang dan banyak lagi.
Alamat: Jalan P9e, Presint 9, 62250 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya
11. Restoran Thai Kung
Siapa yang tak suka masakan Thailand? Untuk nikmat sebenar masakan Thailand, anda wajib singgah ke Restoran Thai Kung yang terletak di Presint 8. Bukan sahaja terkenal dengan keenakan masakan mereka, tapi juga kerana keindahan kawasan sekitarnya.
Kalau anda nak tahu, di belakang restoran ini adalah Taman Tasik Putrajaya. Dah kenyang nanti bolehlah berjalan-jalan makan angin dengan keluarga di sini.
Kembali kepada topik makanan, bila bercakap tentang masakan Thailand, sudah semestinya anda kena cuba hidangan tom yamnya, boleh terpejam mata merasai kesedapan rasa yang tidak terkata.
Selain tom yam, masakan lain yang menjadi kegemaran ramai adalah ikan kukus, ayam yang dihidang bersama kuah lemon, sotong black pepper dan lain-lain. Sambil menikmati kesemua hidangan ini, anda boleh membasahkan tekak dengan Green Teanya yang cukup enak!
Alamat: Presint 8, 62000 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya
Waktu Operasi: Setiap Hari (7.00 am – 12.00 am)
12. K Fry Urban Korean IOI City Mall
Bagi para pencinta masakan Korea, mungkin ramai yang dah tahu tentang kewujudan kedai makan K Fry Urban Korean. Untuk yang masih dalam mood explore masakan Korea pula, sekali cuba makan di kedai ini pasti tak cukup! Percayalah, ini bakal menjadi kedai yang anda akan singgah setiap minggu.
Yang bestnya, saiz hidangan yang diberikan juga sangat mengenyangkan, anda patut datang ke sini dengan perut kosong. Sekiranya anda menempah makanan berasaskan ayam, anda bakal mendapat hidangan ayam yang sangat crunchy dengan isi yang sungguh juicy.
Antara menu yang mesti anda cuba di sini adalah seperti Nyangpa Blossom (bawang goreng tepung), K Fry Chicken Wings, Anchovies Tuna Rice Ball, Cheesy Fried Chicken Bumbuk dan banyak lagi. Yang penting, semuanya menggunakan resepi Korea yang asli, dengan rasa yang tip-top!
Lebih sebab untuk anda melawat K Fry Urban Korean di IOI City Mall ini adalah kerana kualiti layanan yang diberikan oleh staff-staff di sini, memang first class!
Alamat: G26, IOI City Mall Lebuh IRC IOI Resort, City, 62505 Putrajaya, Selangor
Waktu Operasi: Setiap Hari (11.00 am – 11.00 pm)
13. Restoran Selera Kita
Didatangi ratusan pelanggan setiap hari, keenakan hidangan di Restoran Selera Kita bukanlah suatu perkara yang boleh dipertikaikan lagi.
Antara hidangan yang menjadi kegilaan ramai di sini adalah asam pedas ikan merah, laksa, mee kari dan pelbagai lagi masakan pedas yang lain. Yang menariknya, ikan-ikan yang digunakan dalam masakan mereka cukup terasa kesegarannya.
Sebagai info sekiranya anda ingin mencuba masakan di sini, restoran ini menghidangkan buffet seawal jam 10.30 pagi. Manakala, masakan panas ataupun bergoreng pula mula disediakan pada jam 12.30 tengahari.
Alamat: 28, Jalan Diplomatik 3/1, Presint 15, 62050 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya
14. Mr. Kabab & Biryani
Nak cuba masakan Arab dan Pakistan? Mr. Kabab & Biryani adalah kedai yang patut anda tuju! Kedai makannya cukup luas untuk keselesaan anda yang merancang untuk datang bersama keluarga. Bukan itu sahaja, taman permainan indoor untuk kanak-kanak juga disediakan.
Antara hidangan yang menarik untuk dinikmati di kedai makan ini adalah seperti nasi briyani, cheese nan, nasi mandy, kebab ayam, nasi kabsah dan banyak lagi.
Terlampau lapar? Jangan risau, sebaik makanan tiba di meja nanti, anda akan tersenyum puas hati melihat saiz hidangannya yang sangat mengenyangkan. Sebagai pelengkap hidangan, anda boleh mencuba teh Suleiman.
Kalau anda pernah merasa masakan timur tengah dan Pakistan yang sebenar, anda pasti akan terkejut dengan betapa ‘menjadi’nya rasa masakan di kedai ni, bak kata orang putih, memang ‘authentic!’. Cuba dulu, baru tahu.
Alamat: 44, Jalan Diplomatik 3/1, Presint 15, 62050 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya
15. Padi House
Santai dan selesa, sesuai sekali dengan nama kedai makan ini ‘Padi House.’ Bila dibayangkan padi, pastinya dapat dibayangkan hamparan sawah padi menghijau yang mendamaikan jiwa bukan? Atmosfera yang mendamaikan ini cukup menarik untuk dijadikan tempat makan bersama keluarga.
Bukan sekadar selesa, menu yang bakal tiba di meja anda juga sangat menyelerakan. Hidangan-hidangan yang disediakan terdiri daripada masakan barat dan juga Malaysia. Walau apa pun yang anda tempah, segalanya dihidangkan dengan secukup rasa, tak ubah seperti menikmati hidangan di hotel mewah.
Antara makanan yang menjadi kegemaran ramai di sini adalah seperti burrito dan nachosnya yang sungguh crunchy dengan limpahan keju yang mengiurkan. Selain itu, macadameia cheese cakenya boleh membawa anda terbang ke angkasa.
Alamat: Padi House, Galeria PjH, Persiaran Perdana, Presint 4 (G-Floor), 62100 Putrajaya, WP Putrajaya
Waktu Operasi: Setiap Hari Kecuali Sabtu (10.00 am– 10.00 pm) | Sabtu (11.00 am – 10.00 pm)
16. Pasar Malam Putrajaya / Pasar Tani Putrajaya
Banyaknya kedai makan best di Putrajaya ni, tapi macam banyak yang mahal je? Jangan risau, bagi yang nak berjimat-cermat, anda boleh ke Pasar Malam Putrajaya ataupun Pasar Tani Putrajaya yang terletak di Presint 2 pada setiap hari Selasa dan Jumaat bermula dari jam 4 petang.
Di pasar ni, selain makanan dan minuman, turut terdapat pasar basah (sekiranya anda ingin memasak-masak sendiri) dan juga pasar kering (barangan lain seperti tudung, pakaian, perkakas dan sebagainya).
Untuk makanannya, terlampau banyak pilihan yang ada, sampai pening kepala nak buat pilihan.
Antara makanan yang ada adalah seperti kepak ayam, roti Baghdad, nasi ambang, nasi goreng cendawan dan banyak lagi. Jangan lupa juga untuk mencuba jus mangga + ais krim yang turut ada dijual di sini, dapatlah legakan tekak sambil-sambil berjalan.
Alamat: Persiaran Perdana (Presint 2), 62623 Putrajaya, WP Putrajaya
Waktu Operasi: Selasa & Jumaat (4.00 pm – 10.00 pm)
17. Balqis Restaurant
Balqis Restaurant boleh dikatakan antara restoran masakan Arab atau mediterranean yang terbaik di Putrajaya. Selain masakan timur tengah, mereka turut menawarkan masakan barat dan Cina.
Apa yang menarik sangat tentang kedai ni? Restoran ini sebenarnya telah berjaya memukau ramai orang dengan pelbagai jenis hidangan, terutama sekali menu yang berasaskan daging. Ini kerana dagingnya sangat juicy, mustahil atau sukar untuk anda jumpa masakan daging yang sesempurna kedai ini.
Antara masakan yang boleh dicuba adalah seperti daging kambing fahsah, spicy chicken pizza, nasi mandy, bbq platter dan sebagainya. Mengenai pizzanya, memang tak rugi kalau anda cuba, terutama sekali kalau anda mudah cair dengan rasa keju, ya, pizzanya sangat padat dengan cheese!
Sambil menikmati makanan, anda boleh mencuci mata melihat dekorasi dalamannya yang sangat sedap dipandang.
Alamat: A1-G-1 Ayer@8, Presint 8, 62250 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya
Waktu Operasi: Setiap Hari (11.00 am – 11.00 pm)
18. Jombali
Bila dengar nama kedai ini, Jombali, mesti anda menyangkakan hidangan Indonesia atau masakan Jawa bukan? Sebenarnya, Jombali ini menawarkan hidangan barat dan tempatan sahaja, maaflah kalau kebenarannya membuatkan anda rasa kecewa.
Tapi jangan tawar hati dulu! Cuba datang ke sini untuk merasa apa yang mereka tawarkan, pasti puas lidah anda dengan keenakan rasanya. Pilihan makanannya juga sangat banyak. Jom bawa keluarga makan di Jombali!
Alamat: Unit LG09 & LG09A at Lower Ground Floor, No 1,Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3, 62100 Putrajaya, Wilayah Persekutuan
Waktu Operasi: Setiap Hari (10.00am–10.00pm)
19. Restoran Hameed Nasik Kandaq Asli Utara
Beruntungnya orang utara yang duduk di Putrajaya, tak kurang banyaknya kedai makan yang dapat memuaskan tekak utara di sini. Selain Nasi Lan Kedah, kedai masakan utara lain adalah Restoran Hameed Nasik Kandaq Asli Utara.
Setelah puas membanjirkan nasi kandar dengan kuah-kuah yang pekat, anda boleh memilih aneka lauk yang disediakan seperti sotong, ayam goreng, ketam, udang atau sebagainya. Jangan terkejut dengan saiz ketam, udang dan sotongnya yang agak besar, kerana inilah salah satu daya penarik restoran ini.
Sambil menikmati hidangan, anda boleh menyaksikan pemandangan di luar yang sangat menarik dengan air tasik yang tenang. Kalau anda nak tahu, Restoran Hameed Nasik Kandaq Asli Utara ini terletak di bahagian food court di bawah Masjid Putra.
Alamat: S04 Selera Putra, Presint 1, 62502 Putrajaya
20. Medan Selera Alamanda
Pening kepala mencari lokasi kedai-kedai makan di Putrajaya? Sebagai shortcut, apa kata kalau anda singgah sahaja ke Medan Selera Alamanda, hampir segala makanan menyelerakan boleh ditemui di medan selera ni.
Nak makan masakan tempatan, barat, Jepun atau banyak lagi? Semuanya ada di sini. Dari yee mee, kuey teow, nasi ayam hinggalah kepada McD, boleh rambang mata melihat pilihan yang ada.
Alamat: Alamanda Shopping Centre, Putrajaya., Jalan Alamanda, Presint 1, 62000 Putrajaya
21. Almaeda Arabian Cuisine
Almaeda Arabian Cuisine menghidangkan pelbagai menu menarik menggunakan resepi asli dari Yemen. Macam mana boleh tahu asli? Mana tidaknya, chef-chef yang menghasilkan segala hidangan yang anda tempah di restoran ini dikatakan berasal dari Yemen.
Bukan itu sahaja, kedai makan ini juga banyak dilawati oleh pak-pak Arab yang merindukan masakan negara mereka, maksudnya memang aslilah resepinya kalau sesuai dengan selera mereka.
Antara menu yang ada di restoran ini adalah seperti mandy ayam, daging kambing, kabsa, fahsa saltah, lamb akdah bersama roti dan banyak lagi.
Portion setiap hidangan ini juga sangat mengenyangkan, maklumlah, makanan Arabkan? Untuk minumannya pula, air yang terkenal di sini adalah jus madu 3 yang menggabungkan 3 jenis buah-buahan yang segar iaitu mangga, strawberi dan juga pisang.
Alamat: LG 3A PG8, Presint 8, 62000 Putrajaya
Waktu Operasi: Setiap Hari Kecuali Jumaat (12.00 pm – 11.30 pm) | Jumaat (2.30 pm – 11.30 pm)
22. Medan Selera Taman Warisan Pertanian
Bercadang untuk makan angin bersama keluarga hujung minggu nanti? Apa kata kalau anda bawa mereka ke Taman Warisan Pertanian.
Di dalam taman ini terdapat dusun buah-buahan, pokok herba dan lain-lain lagi yang sangat menarik untuk dilihat dengan lebih dekat. Selepas puas meneroka sekitar taman, anda boleh singgah ke Medan Selera Taman Warisan Pertanian untuk menghilangkan rasa lapar.
Di medan selera ini terdapat dalam sekitar 15 buah gerai yang masing-masing menyediakan menu yang sangat menyelerakan.
Antara hidangan yang ada adalah seperti nasi ayam, tom yam, laksa kedah dan macam-macam lagi. Selain masakan panas, di sini juga terdapat gerai buah-buahan seperti buah mata kucing, langsat, manggis dan sebagainya.
Alamat: Taman Warisan Pertanian, 62150 Putrajaya, WP Putrajaya
23. Restoran Nasi Lan Kedah
Bagi orang utara yang bermastautin di Putrajaya, bergembiralah anda sekalian dengan kehadiran satu-satunya cawangan restoran terkenal Nasi Lan Kedah di kejauhan ini. Bagi orang bandar yang tak pernah cuba makan di restoran ni lagi, ni nak habaq sikit kenapa Nasi Lan Kedah ni terkenal sangat di Kedah.
Kedai makan ini menghidangkan nasi kandaq dengan citarasa yang sesuai untuk orang Melayu. Karinya cukup pekat dan padu dengan rasa. Dengan konsep layan diri, anda boleh mencurahkan kuah sebanyak mana dengan campuran aneka kuah yang ada.
Untuk lauknya, anda boleh menggabungkan dengan ayam goreng atau mencuba sotong goreng, telur sotong atau sebagainya, boleh terkejut deria rasa anda dengan keenakan gabungan lauk-pauk yang ada.
Alamat: Jalan Perak P15, Presint Diplomatik, 62050 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya
Dari masakan tempatan, timur tengah hinggalah ke Korea, masakan jenis apa yang anda termimpi-mimpi nak rasa? Hampir segalanya ada di sekitar Putrajaya. Jangan terkejut, sebenarnya ada banyak lagi tempat makan menarik di Putrajaya lain yang tak sempat kami senaraikan dalam artikel ini.
Baca: 50 Tempat Makan Menarik Di Kuala Lumpur
Apa-apa pun kenalah rajin berjalan-jalan cari makan untuk meneroka kedai-kedai yang masih tersorok dari radar ni, memang tak rugi mencuba! Semoga berseronok di Putrajaya!