Jika bercuti ke Thailand, antara lokasi kegemaran rakyat Malaysia adalah Koh Samui — memandangkan jaraknya tidak begitu jauh dan kos juga lebih murah.
Tapi tahukah anda, di Koh Samui sebenarnya terdapat sebuah resort yang pemiliknya merupakan seorang rakyat Malaysia yang juga usahawan daripada Kumpulan QI.
Nama resort yang dimaksudkan itu ialah The Prana Resort Nandana.
Resort ini juga sebelumnya sering menjadi tumpuan pelancong dari seluruh dunia untuk menginap di situ.
Tidak hanya itu — resort yang dimiliki oleh Datuk Seri Vijay Eswaran itu turut memenangi pelbagai pengiktirafan termasuk Anugerah Green Hotel Standard (Emas) oleh Jabatan Promosi Kualiti Alam Sekitar Thailand di bawah Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar Thailand.
Anugerah tersebut diberikan bagi menghargai usaha resort berkenaan mewujudkan pelancongan lestari dalam menggabungkan dasar dan amalan mapan dalam perniagaan untuk memerangi perubahan iklim.
Jom kita tengok apa lagi yang istimewa tentang resort mewah, The Prana Resort Nandana ini yang terletak di sepanjang pantai Bangrak juga di tengah-tengah antara Big Buddha dan ‘Fisherman’s Village’ yang terkenal di Samui.
1) Ia menawarkan percutian pulau yang sempurna kepada tetamu dengan pantai yang dikelilingi palma, laut biru yang jernih, pemandangan menghadap lautan yang menakjubkan serta perkhidmatan dan kemudahan bertaraf dunia.
2) Resort ini menampilkan seni bina resort tradisional Thai dengan penggayaan moden serta menggunakan pencahayaan lembut, siling tinggi dan dalaman berinspirasikan kerja bakul yang beralun, semuanya ditenun bersama menggunakan bahan asli.
3) Memiliki 72 bilik ini dikelilingi taman-taman yang rimbun dan flora tropika, dengan unsur-unsur buluh dan rotan bergabung secara organik ke dalam persekitaran semula jadi serta mencerminkan pengaruh budaya tempatan.
4) Kemudahan dan aktiviti istimewa seperti Amezcua Spa — menggabungkan rawatan badan dengan alam semula jadi menggunakan astaka terbuka. Selain itu, rawatan spa mengikut falsafah Timur dan Barat serta amalan perubatan untuk kesihatan seluruh badan.
5) Perkarangan resort ini sesuai untuk majlis perkahwinan dan mesyuarat serta mempunyai Kelab Kanak-Kanak.
6) Tetamu mempunyai pilihan aktiviti untuk mengisi masa mereka, daripada menyelam dan belayar ke kelas memasak Thai dan perkhidmatan pengangkutan ke Pesta Bulan Penuh Koh Samui yang klasik.
7) Mengamalkan inisiatif mesra alam termasuk menghapuskan penggunaan kertas dan bahan bercetak; hotel ini mengamalkan daftar masuk digital dan akses kod QR ke menu, senarai kemudahan dan maklumat lain.
8) Program hijau lain di hartanah berjuta-juta dolar itu termasuk menggantikan semua barangan plastik sekaliguna dengan alternatif boleh terbiodegradasi atau boleh guna semula dan mendapatkan bahan makanan mampan secara tempatan melalui sokongan masyarakat tempatan.
9) Selain itu, kakitangan hotel terlibat dalam pembersihan pantai setiap hari untuk mengurangkan sampah dan mengelakkan plastik daripada bergulung di lautan.
10) Mereka juga mengambil bahagian dalam inisiatif sukarela sepanjang tahun untuk menyokong komuniti tempatan yang kurang mendapat perkhidmatan dan meningkatkan kesedaran tentang kesan pencemaran yang berbahaya.
Sumber: Mstar