Sweet Beach Resort merupakan sebuah penginapan eksklusif dengan harga yang berbaloi di Kelantan. Apa ada di sini? Jom terokanya!
Negeri Kelantan atau dikenali sebagai Negeri Cik Siti Wan Kembang ini sememangnya tersohor dengan adanya lokasi-lokasi percutian yang sangat menarik. Bukan hanya menjadi tarikan warga tempatan malah ramai pelancong asing dari pelbagai negara datang bercuti di negeri yang terletak di pantai timur ini.
Salah satu destinasi percutian yang mempunyai daya tarikan tersendiri yang terdapat di negeri Kelantan ini semestinya Sweet Beach Resort. Resort ini terletaknya di Tok Bali, Pasir Puteh.
Selain terkenal sebagai tempat percutian dengan harga bajet, resort ini juga sangat popular dengan keindahan alam semula jadinya sehingga menjadi salah satu destinasi percutian pilihan pelancong-pelancong dari pelbagai latar.
Sweet Beach Resort malah disebut sebagai salah satu destinasi percutian yang menakjubkan kerana lokasi resortnya berdekatan dengan pantai, iaitu lokasi percutian yang menjadi pilihan ramai untuk merehatkan mental dan fizikal. Namun sebelum merancang percutian anda, ini perkara yang anda perlu tahu sebelum ke resort ini!
Penginapan
Untuk penginapan di Sweet Beach Resort, terdapat lapan jenis bilik iaitu Super Suite, Suite, Super Executive, Executive, Super Deluxe, Superior Chalet, Standard D dan Dorm.
Anda tidak perlu risau tentang harga penginapan kerana setiap bilik tersebut ditawarkan dengan harga yang sangat berpatutan. Anda hanya perlu pilih bilik mana yang anda mahu mengikut bajet, keselesaan dan perkhidmatan yang anda inginkan.
Apa yang pasti, setiap bilik disediakan kemudahan yang lengkap seperti sabun, syampu dan tuala, pendingin hawa serta alatan untuk membancuh teh atau kopi. Jadi, anda tidak perlu susah payah mencari kedai untuk membeli peralatan tersebut terutama toiletries jika anda terlupa membawanya dari rumah.
Kemudahan
Seperti di kebanyakan resort eksklusif yang lain, Sweet Beach Resort juga menyediakan kemudahan kolam renang. Walaupun resort ini menawarkan penginapan dengan harga bajet, namun kolam renang yang disediakan memang cukup luas, sesuai untuk kanak-kanak mahupun dewasa.
Anda juga tidak perlu risau untuk membiarkan anak-anak anda mandi di kolam renang kerana kolam renang di Sweet Beach Resort ini sudah dibahagikan mengikut had umur, jadi anak-anak yang masih kecil boleh mandi di kolam cetek yang disediakan.
Antara kemudahan lain yang terdapat di Sweet Beach Resort ini adalah kemudahan dewan yang sesuai untuk sebarang majlis. Majlis perkahwinan pun boleh diadakan di sini kerana keluasan dewannya boleh memuatkan sehingga 3000 orang.
Bagi pihak-pihak sekolah yang ingin mengadakan kem motivasi atau seminar juga bolehlah memilih Sweet Beach Resort ini kerana bukan hanya terdapat kemudahan dewan yang luas, tetapi juga terdapat dorm yang sesuai untuk penginapan para pelajar.
Aktiviti Menarik
Sesuai dengan lokasinya yang berdekatan dengan pantai, sudah tentu anda boleh melakukan pelbagai aktiviti pantai. Nak bersantai, bermain bola pantai, bermain layang-layang semestinya menyeronokkan. Anda tidak perlu menaiki kenderaan untuk ke pantai, hanya berjalan kaki anda boleh terus sampai ke pantai.
Dah alang-alang bersantai di tepi pantai, rugilah kalau anda tidak bermandi-manda sepuas-puasnya. Air lautnya yang bersih, pasirnya yang putih, memang berbeza dari pantai yang lain.
Selain bermandi-manda, anda juga boleh melihat matahari terbenam. Pemandangan yang amat disukai oleh orang ramai. Oleh sebab itu, pantai ini sentiasa dipenuhi oleh pelancong-pelancong yang tidak ingin ketinggalan untuk menyaksikan keindahan matahari terbenam.
Di resort ini juga, anda boleh mengadakan aktiviti BBQ di malam hari. Makanan-makanan laut seperti ikan, udang, sotong dan ketam sangat mudah didapati di negeri yang kaya dengan hasil laut ini dan semuanya segar-segar belaka.
Bagi anda yang sukakan penginapan dengan keindahan pantai, Sweet Beach Resort salah satu tempat yang sesuai dengan citarasa anda. Anda boleh menikmati percutian sambil memanjakan mata dengan kecantikan laut biru yang terbentang luas, ditambah pula dengan suasana yang berangin dan menyegarkan.
Ha, apa lagi yang anda fikirkan? Tak perlu berfikir lama-lama, datang saja ke Sweet Beach Resort yang terletak di Tok Bali, Pasir Puteh, Kelantan. Jom rancang percutian ke sini bersama keluarga, pasangan mahupun rakan-rakan!
Maklumat Lanjut dan Tempahan
Untuk sebarang maklumat atau tempahan penginapan di Sweet Beach Resort, anda boleh menghubungi nombor tertera di bawah.
No telefon: 09-778 8899
Lokasi: Tok Bali, Pasir Puteh, Kelantan
Jika anda mencari tempat menarik yang terletak di Kelantan, ini tempat-tempat yang boleh anda kunjungi: