Sebelum ini, isteri kepada penyanyi YonnyBoii iaitu, Nik Nazira sering menjadi perhatian selepas dirinya memutuskan untuk tidak lagi memakai tudung dan juga kelihatan semakin seksi.
Menjawab hal itu, Nik Nazira memberi pesanan kepada netizen agar tidak menegur ataupun memberi sebarang komen mengenai cara pemakaiannya.
Melalui Instagram Story yang dimuat naik, sebagai seorang isteri dan ibu, dia tidak memerlukan pendapat orang lain untuk tegur penampilannya.
Selagi mak dan suami saya benarkan untuk pakai apa sahaja yang saya mahu, anda tak ada hak untuk menegur atau memberikan sebarang komen terhadap apa yang saya pakai.
Terdahulu, selepas mengambil tindakan untuk free hair, Nik Nazira memohon doa kepada orang ramai agar dirinya terbuka hati untuk memakai hijab semula.