• Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Skip to footer
  • Resepi Mudah
  • Perkongsian Cerita
  • Kisah Seram
  • Bacaan Doa
  • Cara Solat Sunat
  • Tempat Menarik
  • Sihir Ilmu Hitam
DuitCoin Logo

DuitCoin

Experimentasi Minda Celaru

Home ยป Resepi Mudah ยป Resepi Mudah Kari Ayam Bujang Sedap

Resepi Mudah Kari Ayam Bujang Sedap

April 23, 2020 by Piee Ahmad

Jump to Recipe Print Recipe
  • Total0
  • Print0
  • Facebook0
  • Twitter0
  • Pinterest0
  • WhatsApp
  • Love This0

Resepi mudah kari ayam bujang ni memang sangat mudah untuk di masak oleh golongan bujang. Bahan masakan pun tak banyak diperlukan. Sangat sesuai dengan gelaran bujangnya.

Dari segi tahap kesedapannya ALhamdulillah boleh diketegorikan sedap dan boleh dimakan. Lagi-lagi kalau perut tengah lapar kan.

Bahan-bahan masakan boleh di dapatkan di pasaraya-pasaraya berdekatan dengan rumah korang sebab bahan-bahannya mudah untuk di dapati di semua pasaraya.

resepi-mudah-kari-ayam

Tempoh untuk memasaknya tidaklah lama sekitar 1 jam sahaja daripada tempoh penyediannya sehingga lah kari ayam bujang ni dapat di makan. Bunyi pun dah mudah kan. Lebih mudah lagi kalau kita start memasak sekarang.

Resepi Kari Ayam Bujang

Jom kita cuba masak resepi kari ayam bujang ni jadi ke tidak. Sila ikut resepi di bawah ni. Semoga masak kari ayam ni dengan jayanya.

Sebelum korang tengok resepi aku ni, aku nak bagitahu la yang aku masak kari ayam ni tanpa menggunakan bunga lawang, bunga cengkih, kulit kayu manis dan daun kari. Nak tahu sebabnya?

Korang kena baca sampai habis post ni sebab aku ada bagitahu kenapa aku tak gunakan bahan 4 sekawan dalam resepi masakan aku ni.

resepi mudah kari ayam

Resepi Kari Ayam Bujang

Resepi kari ayam bujang ni mudah untuk di masak oleh sesiapa sahaja. Sangat sesuai di masak oleh golongan orang bujang yang tak berapa reti nak masak. Tak pandai masak pun boleh jadi sedap dengan resepi mudah ni.
Print Recipe Pin Recipe
Prep Time 30 mins
Cook Time 30 mins
Total Time 1 hr
Course Makanan Berbuka Puasa, Makanan Kampung, Makanan Tengah Hari
Cuisine Makanan Melayu
Servings 4 Orang
Calories 1000 kcal

Equipment

  • Periuk sederhana besar
  • Pisau potong sayur/ayam
  • Sudip/Senduk
  • Dapur gas

Ingredients
  

  • 4 Potong Bahagian ayam Ikut keinginan korang
  • 3 Biji Bawang merah
  • 5 Biji kecik Bawang putih
  • ยฝ Biji Bawang besar
  • 1 Kotak kecik Santan kelapa Brand Kara recommended
  • 2 Sudu Garam halus
  • 3 Biji Cili api hijau Kalau nak pedas/Tak nak pedas boleh tolak cili api ni
  • 1 Cawan Minyak masak
  • 3 Sudu Serbuk kari
  • 1 Sudu Asam jawa Larutkan di dalam satu mangkuk kecil air.

Instructions
 

  • Cuci ayam yang telah di potong 4 bahagian ni dengan bersih.
    ayam-potong-masak-kari
  • Potong kesemua bahan-bahan seperti bawang merah, bawang putih, bawang besar dan cili api dan masukkan ke dalam mangkuk untuk persediaan.
  • Panaskan kuali di atas dapur gas dan masukkan minyak minyak masak ke dalamnya.
  • Minyak sudah panas, masukkan bahan-bahan yang telah di potong td ke dalam kuali dan tumis sehingga naik bau.
  • Masukkan serbuk kari dan ayam yang telah di potong tadi ke dalam kuali.
  • Gaul sehingga semua bahan-bahan di dalam kuali tadi sebati.
  • Masukkan santan kotak ke dalam kuali. Tambah air dengan sukatan santan kotak tadi sebanyak 2 kali.
    santan-kotak-kara
  • Gaul ke semua bahan-bahan ni sehingga sebati dan panaskan sehingga mendidih.
  • Perlahankan api dan masukkan garam dan air asam jawa.
  • Kacau dengan sekata kesemua bahan-bahan ni.
  • Tutup periuk dan panaskan dengan api yang perlahan selama 10 minit.
  • Bukak balik periuk dan kacau semula kari ayam ni dan tutup api dapur gas.
  • Siap untuk di hidangkan.
    resepi mudah kari ayam

Notes

Kalau anda ada resepi makanan sedap best-best yang rare ke boleh la share kat sini. Saya akan buat resepi anda akan di kenali ramai. Tak kisah la resepi makanan, minuman, kuih-muih atau sebagainya share la kat sini yer.
Keyword kari ayam

So macam mana? Sedap tak kari ayam ayam yang korang masak tu? Kalau sedap apa kata bagi rating yang baik sikit pasal resepi mudah kari ayam ni. Kalau tak sedap bagi tahu aku kat mana korang buat silap. Sebab resepi ni aku da masak dan memang boleh makan.

Aku memang masak kari ayam masa ni tak letak bunga cengkih, bunga lawang, kulit kayu manis dan daun kari sebab aku terlupa nak beli kat kedai. Resepi ni di buat pun masa PKP tengah dilaksanakan.

Jadi resepi ni sesuai la kot untuk masa-masa kecemasan seperti PKP ni. Bahan pun yang mudah dapat je dan ringkas. Tak tau buat apa kat rumah tetibe rasa lapar terus masak jela kari ayam dan terus boleh makan.

Sekian dulu untuk resepi mudah kari ayam kali ni. Semoga kita bertemu di resepi-resepi yang akan datang. Stay tune dengan blog makanan ni untuk update-update resepi terbaru daripada aku. Terima Kasih.

  • Total0
  • Print0
  • Facebook0
  • Twitter0
  • Pinterest0
  • WhatsApp
  • Love This0

Filed Under: Resepi Mudah

doa sebelum tidur 2

Doa Sebelum Tidur Ringkas | Bacaan Dan Maksud

Sebelum kita melelapkan mata, kita di sunatkan untuk membaca doa sebelum tidur. Ia merupakan amalan sunnah Rasulullah S.A.W yang telah diajarkan kepada kita semua melalui hadith pada lebih 1400 tahun dahulu. Berikut merupakan doa sebelum tidur yang ringkas. Tak susah pun untuk mengamalkannya. Bacaan Doa Sebelum Tidur Rumi Bismika Allahhumma ahya wabismika waamuut Maksud Doa […]

Laptop murah untuk kelas online

Spesifikasi Laptop Murah Untuk Kelas Online Di Rumah 2021

Spesifikasi laptop murah adalah berdasarkan komponen yang disediakan untuk sebuah laptop tersebut. Murah tidak semestinya tidak bagus. Kadang-kala laptop yang murah ini lah yang tahan lama berbanding laptop yang mahal di luar sana. Untuk kegunaan pelajar bersekolah, cukup sekadar ambik yang basic laptop dan yang murah sudah mencukupi. So di sini aku akan kongsikan beberapa […]

cara solat fardu

Cara Solat Fardu, Syarat Sah Solat Dan Rukun Solat

Di sini aku akan kongsikan cara solat fardu, syarat sah solat dan rukun solat untuk panduan kita semua. Solat merupakan perkara wajib yang perlu dilakukan 5 kali sehari, Subuh, Zohor, Asar, Maghrib dan Isyak. Kurang 1 rukun solat atau pun tertinggal 1 syarat sah solat maka tidak sah solat yang kita lakukan. Semoga perkongsian ini […]

cerita-seram-rintihan-pontianak

Kisah Seram : Video Seram Kilang Tinggal Bagan Tengkorak

Kat sini aku nak kongsikan satu kisah seram yang sering di alami oleh penduduk setempat di Bagan Tengkorak, Tanjung Karang, Selangor. Video seram ni telah dirakamkan oleh seorang youtuber yang aku subscribe channel dia. Channel beliau adalah Faizal Rozi Vlogs. Video ni telah dirakamkan di sebuah kilang tinggal di bagan tengkorak. Kisah seram ni telah […]

Bisnes Air Balang Modal Minimum Untung Maximum

Korang mungkin biasa dengar pasal orang buat bisnes air balang kat pasar malam, tepi-tepi jalan, bazaar Ramadhan dan banyak tempat lagi la. Pernah dengar tak keuntungan dorang jual air tu berapa? Nampak macam bisnes jual air je kan tapi sebenarnya dengar modal yang minimum dorang boleh jana pendapatan yang lumayan. Tapi tak semua orang boleh […]

Primary Sidebar

Search This Blog

Categories

  • Bacaan Doa
  • Buat Duit Online
  • Cara Hacks System
  • Cara Solat Sunat
  • Hiburan
  • Kisah Seram
  • Peguam Dan Pengguna Malaysia
  • Plan Internet Malaysia
  • Resepi Mudah
  • Sihir Ilmu Hitam
  • Takwim Cuti Sekolah
  • Tech Tips
  • Tempat Makan Menarik
  • Tempat Menarik

Footer

Sang Penulis

Korang boleh panggil aku Piee. Blog ni sekadar mengisi masa lapang aku. Sekadar ingin berkongsi maklumat dan pendapat dari pandangan aku. Semoga pengisian dalam blog ni dapat memberi serba sedikit manfaat untuk korang semua.

Kalau korang ada cerita menarik yang nak diluahkan, nak dikongsikan dengan aku dan pembaca blog ni, korang boleh Klik Sini...

Copyright DuitCoin © 2023 ยท