Kat sini aku nak kongsikan satu kisah seram yang sering di alami oleh penduduk setempat di Bagan Tengkorak, Tanjung Karang, Selangor. Video seram ni telah dirakamkan oleh seorang youtuber yang aku subscribe channel dia. Channel beliau adalah Faizal Rozi Vlogs.
Video ni telah dirakamkan di sebuah kilang tinggal di bagan tengkorak. Kisah seram ni telah diceritakan oleh penduduk setempat yang melihat kelibat askar jepun yang sedang berkawat kaki dan beberapa insiden yang menyeramkan.
Dalam video seram ni, dia telah berjaya merakamkan bunyi hentakan kaki hantu jepun yang sedang berkawat. Selain itu, dia juga berjaya merakamkan kelibat entiti yang berselindung di balik tiang.
Yang paling menyeramkan adalah beliau dan rakannya berjaya merakamkan suara pontianak yang amat jelas kedengaran di dalam video ni dari tingkat atas kilang tinggal ini.
Ni antara video seram yang paling tulen pernah aku tonton sepanjang hayat aku ni. Korang kalau lemah semangat jangan la tengok. Aku takut korang sakit jantung plak tengok hantu dalam video ni.
Bro Faizal dengar kawan dia ni memang berani la. Aku kalau berada kat tempat dia dah lama lari. Gila ko tak lari kalau dah dengar suara pontianak menangis kat bawah bangunan. Ko nak lari mana pun dah tak tau wey.
Sebelum korang layan kisah seram video bro Faizal ni, aku nasihatkan korang dapatkan headset (kalau tengok kat PC) ataupun earphone (kalau layan dekat smartphone) untuk efek yang lebih mantap.
Kisah Seram : Video Seram Kilang Tinggal Rintihan Pontianak
Dah habis tengok ke video seram kat atas tu? Aku tengok sampai teringat-ingat sampai kesudah. Seram wey explorasi bro Faizal ni. Semoga beliau diberi perlindungan oleh Allah sepanjang beliau menjalankan explorasinya.
Subscribe news letter Blog aku ni untuk mendapatkan content yang menarik selepas ni supaya korang tak terlepas update daripada aku. Terima kasih kerana mengunjungi blog ni.