hai semua , thanks pada yang dah baca kisah aku walaupun tak seberapa seram. thanks juga pada admin sekiranya admin pos cerita seram aku ni. Aku harap penulisan aku ni diterima oleh admin.
Okey teruskan pada kisah pertama
-kisah ni berlaku pada aku form 1, aku ni jenis suka buat keje sekolah hingga lewat malam jadi malam tu waktu aku tengah siapkan kerja, aku terdengar ada orang ketuk pintu tau ketukan tu 3 kali, (waktu tu aku berdua je dengan my mom) tapi waktu tu aku pelik sebab if ada orang nak masuk rumah aku mesti aku akan dengar bunyi pagar besar dulu tapi waktu tu aku tak dengar apa-apa, masa tu agak lama ye aku nak bangun sebab aku tahu yang ketuk tu bukan orang. Tapi waktu tu aku tak fikir apa-apa lagi, aku terus bangun untuk pastikan ada orang ke tak. Ternyata sangkaan aku betul, pagar rumah aku memang bertutup rapat so macam mana ada orang masuk ketuk? doesnt make sense right? so malam tu aku batalkan niat untuk siapkan nota kerja, tutup buku terus tidur.
kisah kedua
– kisah ni berlaku pada waktu aku berumur 20, aku ni sejenis yang suka tidur lambat and suka oncall dengan member sambil main mobile legend, benda tu memang jadi kebiasaan aku setiap malam. So ada 1 malam ni masa aku tengah call dengan member aku, tiba-tiba member aku tanya, “kau dengan siapa tu ? hahhh time tu aku macam cuak sikit tapi aku ignore perasaan takut tu, tapi lepas je aku tanya kenapa, member aku terus cakap yang dia dengar suara lelaki sebelah aku..
Hah memang perasaan aku time tu takut habis meremang badan aku, dah lah time tu aku sorang je wehh dekat rumah ! tapi aku taknak layan sangat otak aku jadi aku buat macam biasa, ” kau salah dengar la tu kot. Lepas je aku jawab aku terus endcall member aku and chat dia dekat wasap yang aku nak tidur dulu, meremang beb lagi-lagi time tu kakak kau tak ada (time tu arwah mak aku dah tak ada, so aku menetap dengan kakak aku je dekat rumah tu)
kisah ketiga
– waktu ni aku ada ajak kawan aku lepak kat rumah yelah sebab bosan ( kakak aku ni sejenis yang kaki travel so dia memang tak lekat dekat rumah) waktu aku tengah syok berborak dengan kawan aku tu, tiba-tiba kepala dia laju pandang ke kiri ( ke arah dapur rumah aku) hah time tu aku tak sedap hati, yelah kau tengah sedap berborak tiba-tiba member kau macam tu. Time tu agak pucat la muka member aku, aku tak cakap banyak sebab memang aku dah agak. sekali dia mintak izin dengan aku untuk balik dulu sebab dah lewat malam.
Keesokkan harinya aku jumpa lah member aku ni then time tu lah dia cerita apa jadi malam tu, dia kata dia nampak bayang kuning melintas pergi kearah dapur rumah aku, sebab tu la dia laju je mintak balik semalam sebab dah meremang. ( dalam hati ,aku dah agak benda ni jadi sebab rumah aku memang keras beb)
kisah keempat
-time ni aku memang ingat lagi memang seriau. Okey malam tu lepas aku balik kerja, aku video call la dengan member aku sebab nak hilangkan bosan ( time tu seorang jugak sebab kakak aku tak ada) aku duduk dekat ruang tamu which is dekat meja and meja tu menghadap ke TV. Sebelah meja makan tu ada tangga untuk naik ke tingkat atas. So waktu tengah syok bervideo call tu ( masa tu jam dah pukul 2 pagi ) aku ternampak dari sisi mata kanan aku, aku seakan nampak ada orang berkain putih naik tangga, waktu tu aku tak pandang lagi, then aku toleh la kearah tangga tu (nak makesure betul ke apa yang aku nampak tu) Hahhhhhh kau!
Sekali aku nampak cebisan kain putih (masa tu kain tu dh fully naik ke tangga atas so nampak cebisan kain je) meremang satu badan aku ya, ditambah lagi waktu tu aku dengar suara kanak-kanak weh!!! ibarat macam ada budak tengah main kejar-kejar tingkat atas. Aku tak tunggu lama time tu, terus aku endcall and cepat-cepat masuk bilik kunci pintu. perasaan masa tu jangan cakap la memang seram sampai esok pagi aku tak keluar bilik.
kisah kelima
– okay waktu ni aku kene kacau dalam bilik aku ya! tapi nasib baik kakak aku ada time ni. Dalam bilik aku ni ada satu whiteboard and ada dua marker dekat whiteboard tu. Malam masa aku nak lena kan diri aku tiba-tiba aku terdengar macam something tau, tapi aku tak dapat detect lagi bunyi apa, sebab bila aku bangun je dari katil bunyi tu hilang, bila aku sambung tidur balik bunyi tu ada lepas tercari-cari baru lah aku tahu bunyi apa rupa-rupanya bunyi marker aku, seolah-olah ada yang tengah main dengan marker dekat whiteboard tu, time tu aku masih act normal lagi , aku just bangun bukak pintu ( sebab dekat luar ada anak sedara aku tengah tidur) then sambung tidur balik ingatkan dah aman rupanya tak ya !!
Dia sambung main lagi marker tu, tapi bukan setakat marker je tau, “dia” pergi tarik tuala aku dekat rak baju ya hah time ni memang aku dah tak boleh go on, aku terus bangun lari keluar bilik, aku lari dekat anak sedara aku and kejut dia ( hahaha aku sanggup ye kejut dia sebab dah takut sangat) aku kejut dia mintak dia temankan aku pergi bilik ambil bantal dan handphone sebab aku nak tidur dengan dia dekat luar.
So aku cerita la dekat anak sedara aku pasal tu eh tahu-tahu heboh pulak esok hari haha. Dia terus cerita dekat kakak and abang ipar aku, dorang ni gelak je bila dengar. Abang ipar aku cakap waktu aku pergi kerja dia ada la jugak dengar bunyi-bunyi dari bilik aku (bilik aku ni berkunci so memang tak ada siapa-siapa dapat masuk) wahh tak sangka si ‘dia’ pandai melepak dalam bilik aku.
conclusion
– rupanya aku dapat tahu dari kakak aku kalau rumah kami tu ada “penunggu”. Dia dah menetap lama dekat situ since mak ayah aku ada lagi, rupa benda tu aku tak pasti tapi ‘dia’ ramai seolah-olah macam dah beranak pinak dekat rumah tu so no wonder la aku selalu kena kacau. Then kakak aku dah mintak ustaz buangkan dan pagarkan rumah tu. Sekarang aku tak pasti rumah tu ada lagi atau tak sebab aku dah 2 tahun pindah keluar since aku dah kahwin.
Act banyak lagi kisah seram aku tapi aku cerita sampai sini je dulu, hope admin publish la cerita seram aku ni ya. Maaf if kurang seram bagi korang, next kalau admin dah publish aku akan ceritakan banyak lagi kisah seram lagi-lagi waktu aku sambung study dulu. Thanks admin and thanks jugak pada pembaca ^_^
Hantar kisah anda ; fiksyenshasha.com/submit