• Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Skip to footer
  • Resepi Mudah
  • Perkongsian Cerita
  • Kisah Seram
  • Bacaan Doa
  • Cara Solat Sunat
  • Tempat Menarik
  • Sihir Ilmu Hitam
DuitCoin Logo

DuitCoin

Experimentasi Minda Celaru

Home » Cara Solat Sunat » Cara Solat Sunat Tahajud – Panduan Lengkap

Cara Solat Sunat Tahajud – Panduan Lengkap

October 18, 2022 by Piee Ahmad

Table of Contents

  • Bagaimana Cara Solat Sunat Tahajud?
    • Niat Solat Sunat Tahajud
    • Rakaat Pertama Cara Solat Sunat Tahajud
    • Cara Solat Sunat Tahajud Rakaat Kedua
  • Doa Solat Sunat Tahajud
  • Kelebihan Solat Sunat Tahajud
  • Cara Memudahkan Bangun Malam Untuk Solat Sunat Tahajud
  • Total3
  • Print0
  • Facebook0
  • Twitter0
  • Pinterest2
  • WhatsApp
  • Love This1

Post ini aku akan berkongsi dengan korang cara solat sunat Tahajud step by step yang mudah untuk korang fahami dan ikuti. Semoga perkongsian ini akan memberi manfaat kepada kita semua dan semoga amalan kita diterima oleh Allah. Amiin.

Solat sunat Tahajud merupakan solat malam yang dilaksanakan setelah bangun dari tidur pada waktu malam, afdalnya dibuat secara bersendirian sewaktu dua pertiga malam. Solat sunat Tahajud ini amat dituntut dan sangat baik dilakukan sebagai ibadah tambahan. Rasulullah SAW dan para sahabat tidak pernah meninggalkan solat ini sepanjang hayat mereka.

cara solat sunat tahajjud

Bagaimana Cara Solat Sunat Tahajud?

Solat sunat Tahajud dilakukan tiada had rakaatnya, mengikut kesanggupan dan kemampuan, dengan setiap dua rakaat satu salam. Jika dirasakan berat memadailah sekadar dua rakaat tetapi dilakukan secara berterusan setiap malam.

Niat Solat Sunat Tahajud

cara solat sunat tahajjud niat solat

Maksudnya: Sahaja aku solat sunat tahajud 2 rakaat kerana Allah ta’ala

Rakaat Pertama Cara Solat Sunat Tahajud

  • Dimulakan dengan takbiratul ihram dengan menyebut lafaz Allahu Akbar disertakan dengan niat di dalam hati
  • Membaca surah Al-Fatihah
surah al-fatihah dengan makna melayu
  • Membaca surah Al-Kafirun
surah al-kafirun cara solat tahajjud
  • Atau Ayat Al-Kursi sebanyak tujuh kali korang boleh pilih salah satu dari ayat ini.
ayat kursi
  • Rukuk dan Iktidal
  • Sujud
  • Duduk antara dua sujud
  • Sujud kali kedua
  • Bangun untuk rakaat yang kedua

Cara Solat Sunat Tahajud Rakaat Kedua

  • Dimulakan dengan lafaz takbir intiqalat (bacaan ALLAHUAKBAR takbir permulaan rakaat kedua)
  • Membaca surah Al-Fatihah
surah al-fatihah bersama makna melayu
  • Digalakkan membaca surah Al-Ikhlas sebnyak 1 kali. Jika berkemampuan boleh membacanya sebanyak 11 kali di rakaat kedua ini
surah al-ikhlas
  • Rukuk dan Iktidal
  • Sujud
  • Duduk antara dua sujud
  • Sujud kali kedua
  • Baca surah al-Isra’ ayat 80 dalam sujud terakhir (sujud kedua) sebanyak 3 kali
surah al-isra' ayat 80 bersama makna melayu
  • Duduk Tahiyyat Akhir
  • Memberi salam

Doa Solat Sunat Tahajud

Selepas memberi salam, baca doa seperti berikut:

doa selepas solat tahajjud cara solat sunat tahajjud

Maksudnya: Ya Allah, bagiMu segala puji, Engkaulah penegak langit dan bumi serta segala isinya. BagiMulah segala puji, Engkau raja penguasa langit dan bumi. BagiMulah segala puji, pemancar cahaya langit dan bumi. BagiMulah segala puji, Engkaulah yang benar, Bagi Mulah segala puji, Engkaulah yang benar, janjiMu adalah benar, perjumpaanMu itu adalah benar, firmanMu adalah benar, syurga adalah benar, neraka adalah benar, para nabi adalah benar, Nabi Muhammad SAW adalah benar, dan hari kiamat adalah benar.

doa selepas solat sunat tahajjud

Maksudnya: Ya Allah, kepadaMulah aku berserah diri, kepadaMulah aku kembali, kepadaMulah aku rindu, dan kepada Engkaulah aku berhukum. Ampuni aku atas kesalahan yang telah aku lakukan dan yang sebelumnya, baik yang aku sembunyikan mahupun yang dinyatakan. Engkaulah Tuhan yang terdahulu dan Tuhan yang terakhir. Tiada Tuhan melainkan Engkau. Tiada daya dan kekuatan melainkan dengan (kekuasaan) Allah.

Kelebihan Solat Sunat Tahajud

Terdapat beberapa kelebihan dan kebaikan kepada sesiapa yang mengerjakan solat sunat Tahajud ini. Antaranya adalah:

  • Allah meninggikan darjat yang terpuji
  • Allah memakbulkan doa kita
  • Dapat menguatkan kekuatan rohani
  • Meningkatkan keimanan kepada Allah S.W.T.
  • Dapat menenangkan hati
  • Dipermudahkan segala urusan duniawi dan ukhrawi

Cara Memudahkan Bangun Malam Untuk Solat Sunat Tahajud

Untuk kita yang bekerja seharian sudah pasti sibuk dan penat dengan aktiviti seharian. Pasti sukar untuk bangun malam untuk menunaikan solat sunat Tahajud. Oleh itu, di sini aku nak kongsikan beberapa cara untuk memudahkan kita bangun malam untuk solat sunat Tahajud.

  • Pada waktu siang hari sebelumnya boleh melakukan “Qailullah” iaitu tidur sekejap (lebih kurang 10-15 minit) sebelum masuk waktu zohor.
  • Menjauhkan diri daripada perbuatan maksiat.
  • Bersederhana makan dan minum pada waktu siang.
  • Tidur awal bagi memudahkan bangun berqiamullail.
  • Sebelum masuk tidur, berniat ingin melakukan Solat Tahajud.
  • Sebelum tidur, bacalah surah Al-Fatihah serta 3 Qul (Al-Ikhlas, Al-Falaq, dan An-Nas) dan doa tidur.
  • Mengunci jam loceng atau jam pada telefon untuk memudahkan bangun.
  • Menjadikan ianya sebagai rutin setiap malam.

Begitulah perkongsian untuk cara solat sunat Tahajud ini. Semoga ia memudahkan korang untuk melakukan solat sunat ini. Semoga setiap amalan kebaikan kita diterima oleh Allah. Amiin. Syarat Sah Solat

  • Total3
  • Print0
  • Facebook0
  • Twitter0
  • Pinterest2
  • WhatsApp
  • Love This1

Filed Under: Cara Solat Sunat Tagged With: cara solat, solat sunat, solat tahajjud, solat tahajud

bacaan doa selamat penuh

Doa Selamat : bacaan dan maksud Doa Selamat

Sempena pembukaan blog DuitCoin ni aku nak mulakan penulisan di blog ni dengan bacaan doa selamat semoga blog ni akan sentiasa memberi manfaat kepada visitor di blog ini. Bacaan doa selamat اَللهُمَّ اِنَّا نَسْئَلُكَ سَلاَمَةً فِى الدِّيْنِ وَعَافِيَةً فِى الْجَسَدِ وَزِيَادَةً فِى الْعِلْمِ وَبَرَكَةً فِى الرِّزْقِ وَتَوْبَةً قَبْلَ الْمَوْتِ وَرَحْمَةً عِنْدَ الْمَوْتِ وَمَغْفِرَةً بَعْدَ الْمَوْتِ. […]

Anugerah Juara Lagu 34 : AJL 34 Winner List

Baru-baru ni di negara kita Malaysia telah ada satu konsert yang dikenali sebagai Anugerah Juara Lagu 34 short form nya AJL 34. Konsert final AJL 34 yang berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil. Konsert ini berlangsing pada 9 Februari 2020 bermula pukul 9 malam dihoskan oleh Sherry Alhadad , Awal Ashaari dan Haziq Hussni turut […]

resepi sup tulang sedap

Resepi Sup Tulang Sedap Dan Sempoi

Resepi sup tulang untuk mereka yang merindukan makan di kedai makan. Semenjak Perintah Kawalan Pergerakan di laksanakan kita semua sudah tidak dapat makan di kedai makan. Sememangnya khususnya aku rindu nak lepak makan di kedai dan pekena sup tulang. Antara spesifikasi sup tulang yang aku suka adalah rasa sup itu sendiri. Sup tak terlalu masin […]

resepi asam pedas ikan merah

Resepi Asam Pedas Ikan Merah

Dalam banyak-banyak asam pedas, aku paling suka asam pedas ikan merah. Sebab isi ikan tu sendiri memang dah sedap. So kat sini aku nak kongsi dengan korang resepi asam pedas ikan merah yang simple jer mudah dimasak tapi sedap. Bahan-bahan memasak juga boleh didapatkan di pasaraya-pasaraya yang berdekatan dengan rumah korang. Nak masak dia pun […]

cerita hantu hospital

Cerita Hantu Hospital Mengganggu Doktor Pelatih

Cerita hantu hospital yang bakal aku kongsikan ini telah dikongsikan oleh seorang doktor yang mana pada waktu beliau melalui kejadian seram ini beliau merupakan salah seorang doktor pelatih di salah sebuah hospital di ibu kota. Memang telah kita ketahui hospital ni paling banyak kejadian-kejadian msiteri dan aneh. Cerita hantu hospital ini adalah salah satu daripadanya. […]

Primary Sidebar

Search This Blog

Categories

  • Bacaan Doa
  • Buat Duit Online
  • Cara Hacks System
  • Cara Solat Sunat
  • Hiburan
  • Kisah Seram
  • Peguam Dan Pengguna Malaysia
  • Plan Internet Malaysia
  • Resepi Mudah
  • Sihir Ilmu Hitam
  • Takwim Cuti Sekolah
  • Tech Tips
  • Tempat Makan Menarik
  • Tempat Menarik

Footer

Sang Penulis

Korang boleh panggil aku Piee. Blog ni sekadar mengisi masa lapang aku. Sekadar ingin berkongsi maklumat dan pendapat dari pandangan aku. Semoga pengisian dalam blog ni dapat memberi serba sedikit manfaat untuk korang semua.

Kalau korang ada cerita menarik yang nak diluahkan, nak dikongsikan dengan aku dan pembaca blog ni, korang boleh Klik Sini...

Copyright DuitCoin © 2023 ·