Khas untuk peminat superhero DC! Pameran pertama World DC Exhibition di Asia bakal berlangsung mulai hari ini 23 Disember 2022 sehingga 1 April 2023 di Convention Centre, Level 3A Tropicana Gardens! Jom kita tengok apa yang ada di World DC Exhibition.
@placesmalaysia Asia’s First The World Of DC Exhibition opens tomorrow in Malaysia! 😍✨ . 👉 Book tickets: Link In Instagram Bio . Ticket price: 📌 Adult (MyKad) RM55 📌 Adult (Non-MyKad) RM65 📌 Children RM38 📌 Express Tickets RM150 📌 FREE for children below 3 years old . The World Of DC Exhibition 📍 Tropicana Gardens Mall ✅ 23 Dec 2022 – 1 April 2023 ⏰ 10am – 10pm . #WorldofDCexhibition #DCEXHIBITIONMY #TropicanaGardensMall #WowEventAsia #superman #batman #aquaman #wonderwoman #exhibition #malaysia #dccomics ♬ Justice League (Main Theme) – Movie Sounds Unlimited
1. Permainan Interaktif
Layan permainan yang bakal menguji semua deria anda, pelbagai pencahayaan dan visual menarik dan juga sistem audio canggih yang confirm buat korang rasa sebahagian dari universe DC!
2. Pameran bersaiz nyata
Nak tahu Batman besar mana? Tengok suit Superman di depan mata? Semuanya ada di sini. Selain itu prop sebenar yang digunakan di dalam movie DC turut dipamerkan. Kostum setiap superhero DC confirm ada. Nak rasai sendiri bagaimana rasanya berada dalam adegan ikonik DC pun boleh!
3. 100 lakaran awal konsep seni
Kalau anda sukakan momen-momen belakang tabir, di sinilah anda boleh melihat sendiri lakaran atau idea awal sebelum naskah-naskah terkenal DC dihasilkan!
4. Produk rasmi untuk peminat
Di “The World of DC Exhibition” , ada pop up store istimewa untuk peminat di mana anda boleh membeli produk rasmi DC! Jaranglah barang DC tak cun!
Berikut adalah maklumat tentang harga tiket:
Kategori | Harga |
Kanak-kanak (3 – 12 tahun) | RM38.00 |
Dewasa (MyKad) | RM55.00 |
Dewasa (Non-MyKad) | RM65.00 |
Tiket Express | RM150.00 |
* Kelebihan tiket Express adalah anda tak perlu beratur, dan boleh pilih untuk datang pada bila-bila masa anda suka
Untuk pembelian tiket, anda boleh klik Wow Event Asia.
Kredit dan Sumber Video: @placesmalaysia (TikTok)