KISAH 1 : KERANA MULUT
Hi admin dan follower FS. Aku mahu berkongsi pengalaman aku ketika aku menginap di asrama sebuah IPTA di utara tanah air.
Pada semester pertama aku mendapat bilik asrama di tingkat 3, blok baru. Blok tersebut mempunyai 4 tingkat. Ada dengar desas desus bahawa asrama blok baru tersebut ‘bahaya’ terutama di tingkat 2 dan 4, aku amat2 lah bersyukur kerana bukan ditingkat 3 sekurang2nya tidaklah berasa takut sangat.
Tetapi budak kelas aku merangkap kawan baik aku yang sekepala ada yang menginap di tingkat 2 tersebut iaitu Kaka dan Inar. Manakala aku bersama Hida di bilik tingkat 3. Kami selalu melepak bersama dibilik kawan kami di tingkat 2 tersebut, kadang2 tengok cerita hindustan dan korea hingga larut malam baru nak balik ke bilik masing2.
Nak dijadikan cerita pada satu hari, aku dan Hida 1 kumpulan assigment dengan kawan kami di tingkat 2, jadi terpaksa la bertapa dibilik mereka sehingga siap sepenuhnya assigment tersebut. Tanpa sedar jam pun dah menganjak ke angka 2.30 pagi. Mula2 rasa berat hati jugak nak melangkah ke bilik masing2 pada waktu lewat2 macam tu, tapi kesian pulak dengan roomates kami yang tinggal sorang2 dalam bilik.
Kami pun ambil keputusan untuk keluar balik ke bilik pada waktu tersebut dalam keadaan yang sangat mengantuk. Semasa melangkah menaiki tangga ke tingkat 3 aku dan Hida ada berborak mengenai kelibat yang pelajar lain ternampak di laluan koridor, biasa la masing2 d***h muda dengan mulut celupar pegi tengok2 laluan koridor tersebut aku dan Hida masing2 kata ” eh xde pape pun dekat situ, entah2 diorng tu sengaje nak menakut2kan pelajar lain ” sambil melangkah ke bilik masing2. Bilik aku dan Hida terpisah hanya selang 2 buah bilik sahaja.
Dengan keadaan yang letih dan mengantuk tersebut aku terus tertidur sehingga aku tiba2 terjaga dan merasakan ada sesuatu yang memerhatikan aku di suatu sudut pintu. Alangkah terkejutnya aku apabila nampak satu lembaga putih dengan rambut terjurai kehadapan datang dengan keadaan mengesot kekatil aku dengan laju waktu tersebut hanya Allah sahaja yang tau perasaan aku, terus aku selimut satu badan sambil membaca ayat kursi yang sedikit lintang pukang akibat ketakutan sambil merasakan katil aku seperti digoncang2, waktu ni aku hanya mahu cepat siang sahaja dengan keadaan aku yang dah berpeluh2 aku dapat rasakan selimut aku seperti ditarik2. Lepas tu aku tak tau apa yang terjadi sama ada aku tertidur atau aku pengsan kerana apabila sedar sahaja bilik aku dah terang kerana roomates aku telah bangun untuk siap2 solat subuh. Alhamdulillah aku bersyukur sangat kerana tiada apa2 yang berlaku.
Keesokannya apabila berjumpa dengan Hida, aku menceritakan hal tersebut kepadanya. Rupa2nya bukan aku sorang yang menerima gangguan, Hida pun sama. Katanya selepas masing2 masuk kebilik dalam 5 minit dia terdengar bunyi ketukan dipintu dan diselangi suara kawan kami ditingkat 2 tersebut iaitu suara Kaka memanggil namanya untuk membuka pintu. Tapi ketukan dan panggilan tersebut tidak lama dan sepi hingga ke subuh. Masing-masing tak berani nak cakap besar selepas kejadian tu.
Cerita seram ini tidak habis disini sahaja selama 1 semester menginap di asrama tersebut. Aku akan ceritakan sambungan yang lain mengenai bilik kawanku di tingkat 2 pula dilain waktu ya.
KISAH 2: AKU YANG SERING DIGANGGU
Assalamualaikum dan hai Shasha. Aku Jaz. Aku ni dalam adik beradik, aku sorang je yg boleh rasa kehadiran “Entiti” ni . Kalau umi aku pulak dia boleh nampak, dan abah aku dapat rasa kadang2 je boleh nampak. Aku ni dari kecik lagi dah pelik, dah la asyik nangis je xbhenti pastu tangan always terbukak je. Biase baby kn dia genggam tgn dia. Yg ni abah aku yg cerita la.
Kisah aku bermula pada umur aku 15tahun, Masa ni , pernah satu kejadian yg entiti ni menyamar jadi aku . Entiti tu Menyamar pergi rumah jiran beli maggi pukul 3 pagi. Lepas jiran aku tutup je pintu rumah dia , anak dia menangis kuat .esoknya, jiran bagitahu nenek yang aku pergi beli maggi. Aku cakap mana ada. Sebab Mase tu Aku tengah nyenyak tidur oi, bila pulak aku bangun.
Tiap2 malam je aku tak boleh nak tidur. Nak tidur je kena letak yasinn dekat tepi . Masa ni rumah aku memang kuat kena ganggu. Dan aku yg kena . Adik aku ni tidur m**i. Ada satu malam tu, aku baru je nak terlelap , dah ada bunyi atas atap zink. Makhluk tu bergolek dari hujung bilik abah sampai lah ke bilik aku. 2,3 kali dia bergolek. Aku dalam hati rase nak menangis. Aku kejut adik aku, dia boleh pulak xbangun. Aku cari yasin, letak tepi . Dalam keadaan takot2, aku tertido.
Kejadian lain pulak, malam tu aku tidur lewat dgn adik . Dalam pukul 2pg . Aku tengah tengok tv .. tiba2, lampu tertutup sendiri. Pastu bukak blik. Dalam 3x jugak lah Aku x layan sbb dah tahu dah. Mungkin sbb aku selalu kena ganggu jadi dah lali lah.
Umi aku pernah bagitahu aku yg dia ada nampak , budak kecik melintas kepala dia mase dia tengah tidur. Dia ingatkn adk lelaki aku . Tp masa tu adk lelaki aku tidur tepi dia. Dia jugak pernah tengok makhluk besar berbulu warna hitam, mata dia merah , makhluk tu duduk dkt tepi pintu dapur belakang dan dia pernah tengok yg berbalut mcm mumia tengah berlari sudut rumah . Seram oi.
Sampai umur aku 20pun. Aku masih lg kena ganggu. Aku kena tindih . Nak baca ayat suci al quran sampai berterabur, jd aku azan kuat dlm hati . Sbb mulut jd terkunci dgn sendiri. Aku terpaksa gagahkan diri utk bangun. Ada satu malam tu, aku baru je nk tido dah dpt rasa kehadiran entiti tu. Dkt pipi aku, aku rasa tajam2 je . Mcm rambut . Pastu pergelangan tangan aku mmg terasa dicengkam kuat. masa aku tersedar, aku rasa sakit dkt situ. Ada jugak yg , masa aku tidur . Aku rasa ada hembusan angin dkt telinga. Makin lama, makin kuat angin tu sampaikan aku rasa mcm nak pecah gegendang telinga.
Aku pun x tahu kenapa aku je yg kena ganggu. Aku tidur basuh kaki,baca 3qul . Ada mlm xkena , xkena. Kalau dah terkena tindih, rasa nyawa dah mcm hujung tanduk . Kadang2 aku perasan jugak, kalau bilik aku kotor ke, banyak debu ke, mesti dia datang . Yelah, kadang2 aku terlepas pandang , sibuk jd kadang2 xsempat nk tengok keadaan persekitaran bilik. Baru je nak terlelap, mesti rasa seram sejuk . Aku akn bangun bkak lampu. Dan aku akan pusing cermin menghadap ke belakang tiap2 kali aku nak tidur.
Tu lah kisam seram dan pengalaman aku. Bagi aku cukup seram,. Sbb aku yg kena kn. Dan sekarang kalau tersilap aturan , mesti dpt rasa yg benda tu datang . Biasa kena kalau aku tidur lebih dr pukul 11mlm .
Waallahualam. Selamat membaca ☺
KISAH 3 : SANTAU ANGIN
assalamualaikum…trima kasih diucapkan pada admin
klau cerita aku ni disiarkan…aku x tahu nak kategorikan
seram ke x …tapi pada aku memang seram lah sebab benda
terjadi depan mata kau
kisah ni terjadi masa kat rumah mak aku….pada sianghari
sebelum masa kejadian aku dapat panggilan dari akak aku yang
minta aku amik dia kat rumah utk bawa balik rumah mak aku
sbb dia kata nak balik tgk mak…rindu kot sbb baru je dia
kluar wad sbb batuk berdarah…jadi balik kerja pun aku
singgah lah amik dia kat rumah….mak aku ni berniaga di
kantin sebuah sekolah so aku sggah lah kat kantin tu sebab mak
aku masih ada kerja yang nak dibuat…mak aku kata lepas magrib
lah baru balik rumah..
bila selesai je kerja dan makan malam di kantin tu kami pun balik
lah ke rumah…rumah mak aku ni xde lah terlalu di pendalaman dan
suasana kejiranan dia bagus..cuma sebelah rumah mak aku
ni ada lah sebuah sekolah agama yang baru je siap…. tapi sekolah
ni lama juga terbengkalai sbb kontraktor hilangkan diri… banyak
cerita2 misteri aku dgr dr mulut org kampung pasal sekolah tu…
sampai je rumah kluar kereta tetibe je meremang tengkuk aku… pastu
ada bau kemenyan plak tu…aku x berani nak tegur sebab mak aku
pernah pesan jangan ditegur kalau ada terdengar atau tercium
bau yang pelik2….
aku x puashati sbb aku nak tau org lain ada dpt rasa mcm aku x…aku
tanya la akak aku lagi sorang dia ada rasa x….tapi xde la aku tnya
aku whatsapp dia ….dia jawap ” AKU BARU NAK TNYA KO …KO ADA CIUM BAU
APA-APA TAK”…so aku pun kata jgn pikir sgt lah nant betol2 ‘DIA” muncul
baru tau…. yang aku maksudkan “DIA” tu pocong…sbb kat kampung aku
tu mmg selalu org nampak pocong…cite plak tengah panas lagi.. nak dijadikan
cerita tepat pukul 12 tengahmalam tibe2 aku dengar anjing menyalak betul2
depan rumah mak aku….masa tu aku belum tido lagi sbb layan cite hantu thai
kat youtube…nyesal plak aku layan cite seram mlm tu…korang bayangkan
menyalak yang menyeramkan…..aku taip ni pun meremang bulu roma wei….
aku plak gatal mulut pegi tegur…”KENAPA PLAK ANJING MENYALAK PUKUL 12
MALAM NI”…lepas aku tegur je…akak aku yang sakit batuk berdarah tu
trus bangun ke dapur…aku tnya kenapa dia xjawap….aku xsedap hati
aku folow la dia kedapur…rupanya dia nak muntah….bukan muntah biasa
tapi muntah d***h….dah mcm ayam kene sembelih tu dia punya d***h kluar..
aku dah rasa lain mcm..aku rasa akak aku ni kene santau angin…lepas
je anjing tu berhenti menyalak trus akak aku muntah d***h….so aku trus
hantar akak aku pegi hospital..tapi yang peliknya doktor kata akak aku xde apa….
mlm tu aku xleh tido sbb aku rasa mcm ada benda sedang memerhatikan aku..
seminggu selepas kejadian tu aku dpt call dari anak sedara aku…dia hantar
mak dia pergi berubat dengan seorang ustaz dan ustaz tu kata akak aku ni
org hantar santau angin…betol la apa yang aku sangkakan tu.. itu lah
pengalaman yang aku xdpt lupakan…sory lah klw cite ni x seram bagi korang
yang membaca…sekadar berkongsi