• Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Skip to footer
  • Resepi Mudah
  • Perkongsian Cerita
  • Kisah Seram
  • Bacaan Doa
  • Cara Solat Sunat
  • Tempat Menarik
  • Sihir Ilmu Hitam
DuitCoin Logo

DuitCoin

Experimentasi Minda Celaru

Home ยป Resepi Mudah ยป Resepi Ayam Masak Lemak Cili Api

Resepi Ayam Masak Lemak Cili Api

April 21, 2020 by Piee Ahmad

Jump to Recipe Print Recipe
  • Total0
  • Print0
  • Facebook0
  • Twitter0
  • Pinterest0
  • WhatsApp
  • Love This0

Resepi ayam masak lemak cili api kali ni aku nak share sebab aku suka makan dia. Sebab apa sedap di makan? Sebab dia pedas. Bukan sikit-sikit punya pedas. Tapi boleh sampai meleleh peluh.

Ayam masak lemak cili api ni jugak boleh dijadikan makanan untuk santapan tengah hari bersama keluarga. Aku sangat pasti ramai rakyat Malaysia ni suka makan makanan pedas kan. So why not kita try resepi baru bagi yang belum pernah mencubanya kan.

resepi-ayam-masak-lemak-cili-api

Nak beli kat kedai susah juga nak dapat makanan ni. Ada sesetengah negeri je yang banyak jual di kedai-kedai makanan seperti Negeri Sembilan. Di sana memang terkenal dengan masakan masak lemak cili api ni kan. Kalau nak makan sendiri boleh la masak dengan adanya resepi ni.

Kalau untuk dijadikan makanan berbuka puasa aku tak sarankan sangat la sebab ayam masak lemak cili api ni pedas. Takut perut tak tahan pulak. Kang tak memasal nak solat Tarawih lepas berbuka puasa jadi memeras perut dalam tandas pulak kan. Jagalah kesihatan di sepanjang bulan Ramadhan yer.

Untuk resepi yang aku nak share ni aku nak jadikan dia resepi mudah dilakukan dan mudah difahami supaya orang yang tak reti masak pun boleh masak dengan sedap. Aku juga sediakan tips menarik dalam resepi masakan ni. Susah la masakan korang tu nak jadi tak sedap. Mesti kena sedap.

Tips: Ayam masak lemak cili api sedap di makan ketika tidak terlalu panas dan tidak terlalu sejuk kerana rasa pedasnya sangat terasa ketika suhu suam-suam sahaja.

Resepi ayam masak lemak cili api

Penyediaan resepi ayam masak lemak cili api ni mudah je. Bahannya juga tidak terlalu banyak dan senang nak dapat di pasaraya atau kedai berdekatan dengan rumah anda. Harga untuk membeli bahan-bahan ayam masak lemak cili api ni juga tidak terlalu mahal sekitar RM30 sahaja dan boleh untuk di makan untuk satu keluarga 4 orang.

ayam-masak-lemak-cili-api

Ayam Masak Lemak Cili Api

Resepi masak lemak cili api ni memang pedas dan sedap. Walaupun korang tak reti masak atau pertama kali nak masak resepi ni, aku percaya korang boleh masak dengan sedap.
Print Recipe Pin Recipe
Prep Time 30 mins
Cook Time 30 mins
Total Time 2 hrs
Course Makanan Berbuka Puasa, Makanan Tengah Hari
Cuisine Makanan Melayu
Servings 4 Orang
Calories 1000 kcal

Equipment

  • Pisau potong ayam, sayur, bahan-bahan masak
  • Kuali sederhana besar/periuk sederhana besar
  • Sudip
  • Sendok
  • Dapur gas

Ingredients
  

  • 1 Ekor Ayam Di potong 8 atau 16 ikut citarasa anda
  • 1 Biji Kelapa parut Perahan santan pekat dan cair hendaklah diasingkan. Tips: Santan pekat adalah perahan santan pertama & santan cair adalah perahan santan kedua.
  • 1 Sudu Garam
  • 1 Keping Asam keping
  • ยฝ Helai Daun kunyit Di hiris halus
  • 8 Biji Cili api hijau Kalau dapat cili api kampung lebih pedas
  • 8 Biji Cili merah Kalau dapat cili merah Pakistan lebih padu
  • 2 Potong Kunyit hidup Di potong saiz ibu jari
  • 1 Ulas Bawang merah

Instructions
 

  • Ayam yang sudah dipotong mengikut cita rasa anda di gaul dengan garam dan di perap selama 1 jam. Tabur sedikit serbuk kunyit pada perapan ayam supaya ia tidak kelihatan pucat.
  • Sementara menunggu ayam selesai di perap, sediakan bahan-bahan untuk ditumbuk. Bahan-bahannya adalah cili api hijau, cili merah, kunyit hidup dan bawang merah.
  • Tumbuk bahan-bahan ini sehingga lumat selumat-lumatnya. Tips : hiris halus bahan yang nak ditumbuk terlebih dahulu supaya mudah untuk ditumbuk sehingga lumat.
  • Tanpa menggunakan minyak, masukkan ayam yang sudah siap di perap ke dalam kuali dan nyalakan api perlahan.
  • Gaul ayam di dalam kuali sehingga ia nampak kering sedikit. Anggaran masa dalam 3-5 minit.
  • Masukkan bahan yang sudah di tumbuk lumat ke dalam kuali. Gaul ayam dan bahan tadi sehingga sebati. Aggaran masa 3 minit.
  • Masukkan santan cair ke dalam kuali dan besarkan api masakan. Gaul bahan-bahan ni sehingga sebati.
  • Panaskan sehingga mendidih.
  • Masukkan asam keping ke dalam kuali.
  • Selepas ayam menjadi empuk, masukkan hirisan daun kunyit ke dalam masakan anda. Tips: ayam dikatakan empuk apabila keadaan ayam nampak gebu.
  • Masukkan santan pekat dan kacau sehingga sebati kesemua bahan dalam kuali.
  • Panaskan dalam 5 min lagi dan tutup api masakan.
  • Rasa masakan anda. Jika kurang masin tambahkan garam. Jika terlalu pekat tambahkan sedikit air masak.
  • Ayam masak lemak cili api sedia untuk dihidangkan untuk seisi keluarga.

Notes

Kalau anda ada resepi makanan sedap best-best yang rare ke boleh la share kat sini. Saya akan buat resepi anda akan di kenali ramai. Tak kisah la resepi makanan, minuman, kuih-muih atau sebagainya share la kat sini yer.
Keyword Ayam Masak Lemak Cili Api
  • Total0
  • Print0
  • Facebook0
  • Twitter0
  • Pinterest0
  • WhatsApp
  • Love This0

Filed Under: Resepi Mudah

cerita-hotel-berhantu

Cerita Hantu Hotel Jelai, Pahang Kisah Benar

Aku ada satu cerita hantu nak share dengan korang. Nak kata kisah ni seram boleh jugak la sebab ia terjadi pada diri aku sendiri. Cerita Hantu Hotel Jelai ni berlaku di sebuah hotel di pahang. Kejadian ni berlaku dalam 2 tahun lepas. Kisah seram hotel berhantu ni bermula di mana aku ni bersama partner aku […]

cerita hantu hospital

Cerita Hantu Hospital Mengganggu Doktor Pelatih

Cerita hantu hospital yang bakal aku kongsikan ini telah dikongsikan oleh seorang doktor yang mana pada waktu beliau melalui kejadian seram ini beliau merupakan salah seorang doktor pelatih di salah sebuah hospital di ibu kota. Memang telah kita ketahui hospital ni paling banyak kejadian-kejadian msiteri dan aneh. Cerita hantu hospital ini adalah salah satu daripadanya. […]

Anugerah-Juara-Lagu-34

AJL 34 : Anugerah Juara Lagu 34 Final 2020 Song List

Anugerah Juara Lagu mostly known as AJL 34. This competition will be held for the 34th time on 9 February 2020 at the Axiata Arena, Bukit Jalil. It will be broadcast on TV3. 12 song will be compete. 12 finalist sung this song. Here is a list of 12 songs that will be compete :- […]

resepi ayam percik juadah berbuka

Resepi Ayam Percik Juadah Berbuka Puasa

Assalamualaikum semua pengunjung blog Makanan Sedap Resepi Mudah. Sempena bulan Ramadhan yang mulia ni bersama-sama la kita tingkatkan amalan. Semoga segala amalan kebaikan yang kita lakukan diterima Allah. Resepi ayam percik ni di inspirasikan sempena bulan Ramadhan ni. Di kala aku terpikir nak makan apa berbuka ni teringat kat ayam percik. Rindu pulak zaman boleh […]

saman-sivil-pemandu-mabuk

Saman Sivil : Kes Kemalangan Maut Pemandu Mabuk

Kat sini aku nak kongsi sikit mengenai saman sivil pemandu mabuk. Lepas korang baca entry ni, aku harap korang akan paham jenis-jenis tuntutan yang boleh di buat kepada pemandu mabuk yang telah melakukan kesalahan jalan raya sehingga mengakibatkan kematian. Kita selalu dengar kes kemalangan jalan raya yang melibatkan pemandu yang memandu di bawah pengaruh alkohol […]

Primary Sidebar

Search This Blog

Categories

  • Bacaan Doa
  • Buat Duit Online
  • Cara Hacks System
  • Cara Solat Sunat
  • Hiburan
  • Kisah Seram
  • Peguam Dan Pengguna Malaysia
  • Plan Internet Malaysia
  • Resepi Mudah
  • Sihir Ilmu Hitam
  • Takwim Cuti Sekolah
  • Tech Tips
  • Tempat Makan Menarik
  • Tempat Menarik

Footer

Sang Penulis

Korang boleh panggil aku Piee. Blog ni sekadar mengisi masa lapang aku. Sekadar ingin berkongsi maklumat dan pendapat dari pandangan aku. Semoga pengisian dalam blog ni dapat memberi serba sedikit manfaat untuk korang semua.

Kalau korang ada cerita menarik yang nak diluahkan, nak dikongsikan dengan aku dan pembaca blog ni, korang boleh Klik Sini...

Copyright DuitCoin © 2023 ยท