Bila kita nak melancong ke suatu negara buat pertama kali, mesti rasa teruja tu sukar nak dibendung! Selalunya kita akan layari internet untuk melihat lokasi yang menarik untuk kita kunjungi. Namun, ada satu perkara kita sering terlepas pandang, iaitu melakukan sedikit “background research” tentang tabiat buruk rakyat negara yang kita bakal kunjungi itu.
Mujur, seorang content creator @ninicomei berkongsi tentang kejadian pukau yang sering berlaku terhadap pelancong di Itali. Siapa sangka, negara Eropah yang terkenal dengan arkitektur, seni dan fesyen ini terdedah dengan sihir pukau!
@ninicomei Hati hati di Italy 🇮🇹 Kejadian kena pukau di depan colosseum berlaku depan mata nini. Jangan friendly or baik sangat! Be safe guys! #travelwithninicomei #pukau #scammer #italy #rome ♬ original sound – Nini Comei
Golongan yang sering melakukan pukau di Itali ini selalunya berkulit hitam. Menurut Nini, mereka ini berjalan sambil memegang tangkal dan bermulut manis. Mereka akan menghampiri pelancong dan mula bertanya soalan yang lazim kita dengari. Secara tiba-tiba mereka akan memegang tangan kita.
Seperti dikawal olehnya, kita akan membuka dompet dan si pemukau ini dengan selamba mengambil beberapa wang tunai. Menurut Nini, ia sering terjadi di lokasi tumpuan pelancong seperti Colosseum dan Vatican City.
@ninicomei Replying to @Nini Comei Part 2 : Hati hati di Italy 🇮🇹 Kejadian kena pukau di Vatican City oleh kumpulan sama. Jangan friendly or baik sangat! Be safe guys! #travelwithninicomei #pukau #scammer #italy #vaticancity ♬ original sound – Nini Comei
Jadi, demi keselamatan diri dan untuk elak dipukau lebih baik kita bersikap sombong dan tidak melayan sebarang pertanyaan dari orang asing!