Malaysia ialah negara yang kaya dengan pelbagai budaya seperti India, Cina, dan Melayu, belum kira lagi pengaruh-pengaruh lain dari serata dunia seperti barat, timur tengah, Thailand, Indonesia dan sebagainya.
Atas sebab inilah banyak sekali pilihan kedai makan yang boleh ditemui di serata tanah air dan ini termasuklah restoran atau kafe yang menghidangkan masakan Arab. Salah satu kafe yang menawarkan masakan ini ialah sebuah kafe yang berkonsep santai iaitu Kafe Kambing Kacak.
Keistimewaan Sajian di Kafe Kambing Kacak
Kafe Kambing Kacak yang terletak di Bandar Puteri Bangi ini menyediakan pelbagai pilihan makanan yang menarik untuk dicuba dek kerana rasanya dan saiz hidangannya yang sungguh memuaskan hati.
Masakan Arab di sini diubahsuai supaya kena dengan tekak citarasa tempatan. Belum cuba, belum tahu, dah tahu, mesti nak mai singgah lagi.
Harga yang dikenakan juga sangat berpatutan dengan keenakan dan juga saiz hidangan yang diberikan. Tak kenyang perut bila balik tu maksudnya anda bukan makan dekat Kafe Kambing Kacaklah.
Bukan Sekadar Masakan Arab
Yang menariknya, menu yang ditawarkan kafe ini tidak terhad kepada masakan timur tengah sahaja tetapi ada juga hidangan barat atau Itali seperti Pizza (RM 18.00 – RM 33.00), Lasagna (RM 14.00), Macaroni Cheese (RM 12.00), Carbonara (RM 12.00) dan sebagainya.
Daripada macam-macam jenis menu yang mereka sediakan, antara hidangan signature yang anda wajib cuba kalau baru pertama kali datang ke sini adalah menu seperti Kambing Kacak Special (RM 18.00), Chicken Mandy (RM 9.00), Lamb Kabsa (RM 16.00 – RM 60.00), Pizza, Lamb Shank (RM32.00 – RM 62.00), dan Kebab Roll (RM 10.00 – RM 7.00).
Mengenai menu terkenal yang menjadi tempahan ramai pelanggan yang datang ialah seperti Kambing Kacak Special, Chicken Mandy, dan Lamb Kabsa mereka. Hidangan Kambing Kacak Special sebagai contohnya, dihasilkan dengan daging kambing yang digrill dan dihidangkan bersama dengan sos yang sedap dan mengiurkan.
Harga
Melihat daripada menu yang disediakan, anda akan rambang mata dengan pelbagai pilihan makanan yang ditawarkan dalam harga dari RM 2.00 hinggalah kepada RM 62.00. Untuk makanan dalam kategori Lamb Shank + Nasi, harga adalah berbeza bergantung kepada saiz ayam iaitu dari RM 32.00 – RM 62.00.
Bagi Kebab + Rice pula adalah dari RM 14.00 – RM17.00, Chicken + Rice (RM 9.00 – RM 48.00), Lamb + Rice (RM 16.00 – RM 60.00), Kebab Roll (RM 7.00 – RM 10.00), Western Food (RM 15.00 – RM 18.00), French Fries (RM 12.00 – RM16.00), Pizza (RM 18.00 – RM 33.00) dan akhir sekali bagi kategori Fried Rice pula adalah dari RM 9.00 ke RM 12.00.
Untuk lain-lain hidangan yang tidak termasuk dalam kategori ini seperti Salad, Keropok Lekor dan sebagainya adalah dari RM 2.00 – RM 14.00.
Selain itu, Kafe Kambing Kacak turut menyediakan Pakej Jimat untuk set Chicken Lamb atau Lamb Shank bersama dengan air dalam lingkungan harga antara RM 33.00 ke RM 130.00. Di samping itu, terdapat juga Family Pakej untuk Chicken + Lamb dari RM 28.00 – RM 105.00.
Bagi yang datang dengan anak-anak, anda boleh memilih daripada beberapa pilihan menu khas untuk kanak-kanak di bawah kategori Kid’s Choice untuk set yang melibatkan sama ada Nugget, Fries dan Sosej dalam lingkungan harga antara RM 8.00 – RM 12.00.
Bagi minumannya pula, mereka menawarkan minuman jenis Shake (RM 6.00), Jug (RM 3.00 – RM 25.00), Fresh Juice (RM 5.00), dan pelbagai pilihan minuman biasa yang lain (RM 0.20 – RM 4.00).
Lingkungan Harga Makanan:
A) Makanan:
Lamb Shank + Rice: RM 32.00 – RM 62.00
Kebab + Rice: RM 14.00 – RM 17.00
Chicken + Rice: RM 9.00 – RM 48.00
Lamb + Rice: RM 16.00 – RM 60.00
Kebab Roll: RM 7.00 – RM 10.00
Western Food: RM 15.00 – RM 18.00
French Fries: RM 12.00 – RM 16.00
Pizza: RM 18.00 – RM 33.00
Fried Rice: RM 9.00 – RM 12.00
Lain-Lain: RM 2.00 – RM 14.00
B) Pakej Makanan:
Pakej Jimat: RM 33.00 – RM 130
Kid’s Choice: RM 8.00 – RM 12.00
Family Pakej: RM 28.00 – RM 105.00
C) Minuman:
Shake: RM 6.00
Jug: RM 3.00 – RM 25.00
Fresh Juice: RM 5.00
Minuman Biasa (Hot): RM 0.20 – RM 3.50
Minuman Biasa (Cold): RM 0.30 – RM 4.00
Harga menu yang dihidangkan di Kafe Kambing Kacak ini tidak mengempiskan poket, cukup sesuai untuk anda jadikan sebagai tempat menjamu selera sampailah kenyang bersama ahli keluarga. Manalah syok makan sorang-sorang makanan sedap macam ni. Kata orang putih, “the more, the merrier,” mai singgah makan ramai-ramai di kafe ni ya?
Fasiliti
Antara kemudahan yang disediakan di kafe ini adalah ruang makan yang selesa dengan meja makan yang luas untuk anda menikmati hidangan dengan selesa bersama keluarga. Masa tengah tunggu makanan tu tiba-tiba terdengar azan berkumandang? Jangan risaulah, surau pun pihak restoran sediakan untuk kemudahan pelanggan yang datang, tak perlu kelam-kabut mengejar masa, barulah boleh makan dengan jiwa yang tenang, ye tak?\
Lokasi
Terletak tidak jauh dari bandaraya Kuala Lumpur, Kafe Kambing Kacak berlokasi di Bandar Puteri Bangi, Kajang, Selangor.
Info Penting
Facebook: Kafe Kambing Kacak
Instagram: Kafe Kambing Kacak
Waktu Operasi: Rabu – Isnin (11:00 am – 10:00 pm) | Selasa (Cuti)
Alamat: No. 8, Jalan Puteri 2a/1, Bandar Puteri Bangi, 43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan.