Assalamulaaikum dan salam sejahtera. Tergerak aku ingin berkongsi pendapat mengenai implementation AI (artificial intelligence) di dalam industri. Sedar tidak sedar kita telah berada pada zaman yang teknologi sangat pesat membangun. Kepesatan pembangunan teknologi ini bukan sahaja melibatkan di dalam kehidupan seharian kita malah telah mempengaruhi juga pekerjaan seharian kita.
Aku tak tahu ekosistem pekerjaan korang macam mana. Tapi untuk aku sendiri, circle pekerjaan aku telah banyak melibatkan AI ini. Semua aktiviti dari segi reporting, accounting, procument, claims even salary 90% telah mula diambil alih oleh AI. Ramai pekerja telah diberhentikan dan tugas mereka telah diambil alih oleh system AI ini.
Aku juga saban tahun mula pada tahun 2020 telah diperkenalkan dengan sistem AI ini oleh syarikat aku. Setiap tahun ada sahaja training untuk menambah baik pemahaman dalam cara penggunaan AI ini.
Setiap training yang disediakan oleh pihat syarikat yang aku bekerja sentiasa menyebut kebaikan sistem AI yang baharu ini. Tapi apakah keburukannya? Tiada pula diorang nyatakan.
Apa yang mereka katakan mengenai AI ini ada betul juganya. Tapi bagi aku itu adalah untuk keuntungan mereka sahaja sebenarnya kerana mereka dapat mengurangkan tenaga kerja dan meningkatkan produktiviti sehingga 70% dengan mengurangkan human error di dalam pemprosesan data.
Apa yang aku nampak dalam masa 5 hingga 10 tahun akan datang, majoriti syarikat di dunia akan menggunakan perkhidmatan AI ini dalam urusan syarikat seharian diorang. Pengurangan pekerja mungkin akan berlaku dalam kebanyakan sektor industri. Aku harap perkara ini tidak berlaku kerana jika tahap pengangguran meningkat.
Aku harap implementation AI di dalam industri di Malaysia ini akan berjalan dengan baik. Jika syarikat menggantikan tugas pekerja dengan menggunakan AI ini aku harap mereka jangan buang pekerja ini tetapi sediakan ruang pekerjaan yang lain bersesuaian dengan kerja mereka sekarang.
Semoga dengan perkembangan AI di dalam industri pekerjaan sekarang dapat menambah baik lagi cara kita bekerja.
Apa pendapat korang pulak?