• Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Skip to footer
  • Resepi Mudah
  • Perkongsian Cerita
  • Kisah Seram
  • Bacaan Doa
  • Cara Solat Sunat
  • Tempat Menarik
  • Sihir Ilmu Hitam
DuitCoin Logo

DuitCoin

Experimentasi Minda Celaru

Home » Kisah Seram » Hantu Pokok Buluh Mengganggu Leman Ketika Tidur

Hantu Pokok Buluh Mengganggu Leman Ketika Tidur

November 1, 2022 by Piee Ahmad

  • Total0
  • Print0
  • Facebook0
  • Twitter0
  • Pinterest0
  • WhatsApp
  • Love This0

Kisah hantu pokok buluh ini telah dikongsikan oleh salah seorang peminat cerita seram yang bernama Leman (bukan nama sebenar). Pengalaman misteri yang telah dilalui oleh Leman ini terjadi setelah dia dan adiknya membersihkan pokok buluh yang berada berhampiran dengan rumahnya. mari kita ikuti pengalaman seram yang telah dilalui oleh Leman.

Hantu Pokok Buluh Bermula

Assalamualaikum semua pembaca dan peminat kisah seram. Terima kasih admin sekiranya publishkan cerita aku yang tak seberapa nak seram ni. Family aku memang dah lama lalui pekara misteri ni sebenarnya. Cuma aku ni bukan lah pandai nak oleh dalam versi penulisan. Dalam entry ni aku nak bercerita berkenaan pokok buluh yang berhantu.

Semua sedia maklum, pokok buluh memang ada yang ada “bende” tu suka menginap. Betul ke tidak Wallahualam. Perkara ni terjadi pada tahun ni.

Sebelum tu aku cerita kedudukan rumah aku. Rumah aku berada ditengah-tengah kampung dan berada di simpang 4 menurun ke bawah (perumahan jenis atas bukit). Belah kanan depan rumah aku surau, belah kiri depan rumah aku rumah jiran aku. Tepi sebelah kiri rumah aku ada deretan rumah. Rumah di kawasan situ semua jenis rumah lot.

Depan rumah aku ada dua pokok buluh. Kecik je sebenarnya pokok buluh ni tapi rendang. Aku start dari awal tanam pokok tu lagi aku dah tak berkenan. Yelah pokok buluh kot. Aku pon kadang otak asyik fikir mistik jer. Bila aku selisih sebelah pokok tu aku rasa macam ada sesuatu aura seram dekat pokok tu. sebelum ni oke jer pokok buluh tu. Lepas satu kampung digemparkan dengan penampakan hantu pocong depan surau tu yang punca pokok buluh tu tetiba jadi seram. Aku tak tau la hantu pocong tu menginap situ ke apa. Dan pokok buluh tu pulak betul-betul berada di dua belah pintu pagar rumah, kiri dan kanan. Boleh bayangkan tak ?

Pada pagi tu dalam pukul 11.00 pagi, aku dengan mak serta adik aku bergotong-royong membersihkan halaman rumah. Sebenarnya lama dah aku cakap dengan mak aku, tebang pokok buluh tu sebab makin lama makin tinggi. Dah ler depan rumah. Seram pulak bila tengok lama-lama. Nak dijadikan cerita, mak aku pun setuju nak tebang pokok buluh yang aku rasa berhantu tu. Disebabkan ada dua pokok, satu aku tebang, satu lagi adik aku tebang.

Pokok buluh yang adik aku tebang tu, bagi pendapat aku tak ada apa-apa pon yang menyeramkan. Yang aku potong ni yang semacam sikit. Aku pun tebang lah pokok buluh tu. Tau je la buluh, liat kemain. Aku baca bismillah dulu sebelum nak tebang. Alhamdulillah tak ada apa-apa yang terjadi masa nak tebang pokok buluh tu. Lepas aku tebang, aku pun buang pokok buluh tu.

Benda misteri dan mistik terjadi dua hari selepas aku tebang pokok buluh tu.

cerita hantu pokok buluh

Gangguan Hantu Pokok Buluh Masa Tidur

Ceritanya bermula macam ni. Masa bangun dari tidur, tiba-tiba lengan kanan aku kebas pastu menggigil. Kebas dia lain macam. Padahal dua hari dah berlalu kot lepas aku tebang pokok buluh berhantu tu. Sebelum tu mana ada aku buat kerja berat-berat pon. Aku urut jer slow-slow. Aku assume mungkin tidor bebantal lengan mungkin. So aku abaikan je la pada awalnya.

Aku ada mengadu dekat mak aku pasal perkara ni. Mak aku pon fikir yang sama macam aku fikir. So aku abaikan lagi. Bila tiba waktu malam, masa nak tidur perkara yang sama berlaku lagi. Aku jenis tidur pakai stoking, tak pernah bukak melainkan bangun subuh esoknya. Wajib tidur berselimut walaupon tak sejuk dan satu kaki kanan aku akan terkeluar sebabnya aku jenis tidor memang ngereng ke kanan. Aku tidur macam biasa. Bila pagi esoknya aku nak bangun solat subuh, aku terus termenung. “Mana stoking aku belah kiri”? “mana pergi selimut aku ?” tu yang aku cari dulu. Rupanya stoking tu bawah badan aku. Selimut aku atas kepala. Jauh pulak tercampaknya. Selama ni statik je atas badan aku.

Malam kedua pulak, aku dah start tak sedap hati sebenarnya. Sepanjang aku tidur tak pernah lagi stoking aku tercabut sebelah. Walaupon aku bukak sendiri, aku akan sedar, kalau pergi tandas memang aku tak akan bukak stoking tu. Aku pusing ke kanan pusing ke kiri. Sebab tetiba ada perasaan seram pulak nak tidur. Tak kan nak tidur dengan mak aku pulak. Aku acah-acah berani tidur sorang. Dalam hati aku cakap, redah sajalah sebab dah ngantok sangat. Bila bangun esoknya kejadian sama berulang. Aku stresss sebab tak tahu punca! Apa sebenarnya yang terjadi kat diri aku ni.

Aku makin pelik, oke tak pe. Aku buat experiment malam tu. Aku tukar posisi tidur. Selalu kepala aku dekat kepala katil. Malam tu aku tukar kaki aku duduk dekat kepala katil. Nak tau apa jadi. Hantu pokok buluh tu tak jumpa kaki aku. Dia pergi kuis rambut aku dan yes aku terasa ada tangan buat pusing-pusing dekat rambut aku. Aku punya rimas tolak balik rambut ke atas sempat jugak terdetik dalam hati, “hantu ni main rambut pulak dah”. Sebab mengantok sangat aku abaikan. Lantak lah tidur lagi penting masa tu. Dua malam jugak dia kuis rambut aku. Hari ketiga aku tak tak sanggup dah. yelah gila kau, masuk bilik macam ada yang pandang dari bucu katil. Selalu bilik gelap selamba je aku masuk. Bilik sendiri kot. Kali ni masuk je bilik, aku kena bukak lampu dulu. Aku rasa ada bende dok perati ni. Naya betui la. Dulu bab perati hujung katil ni sebab ada teddy bear besar. Sekarang lain pulak.

Malam tu jugak aku cakap dengan mak aku, tolong panggilkan ustaz ke siapa-siapa yang pandai berubat. Masa nak berubat tu, ustaz tu cakap “benda” yang kacau ni ada kena mengena dengan pokok buluh tu. Hantu tu marah aku sebab da buang tempat dia nginap tu yang duduk dalam bilik aku. Aku lupa dah pocong ke hantu apa aku sebab aku tak nak ambil tau pasal hantu tu. Apa yang aku nak tau hantu pokok buluh tu dah tak ada dah dalam bilik aku tu. Aku tak ajak pon hantu tu duduk dengan aku. Haihhh. Lepas berubat aku kena mandi air limau dan aku harap hantu tu tak akan datang ke muncul ke kacau aku dah.

Malam tu aku tidur macam biasa. Keesokan paginya bila nak bangun subuh aku debor jugak nak tau kaki aku ada stoking ke tak. Bila selak selimut, yaeyyy ! stoking aku elok di kaki kiri. Aku lega. Fuhhh ! Hahahhaaha. Alhamdulillah sampai sekarang tak ada apa-apa yang berlaku dah.

Begitulah perkongsian pengalaman seram yang telah dialami oleh Leman. Jangan mudah percaya dengan segala apa yang korang baca di sini. Anggaplah setiap kisah seram di dalam blog ini sebagai satu hiburan. Sekian.

  • Total0
  • Print0
  • Facebook0
  • Twitter0
  • Pinterest0
  • WhatsApp
  • Love This0

Filed Under: Kisah Seram Tagged With: cerita hantu, cerita hantu sebenar, cerita seram, kisah hantu, kisah misteri, kisah seram

cerita-seram-rintihan-pontianak

Kisah Seram : Video Seram Kilang Tinggal Bagan Tengkorak

Kat sini aku nak kongsikan satu kisah seram yang sering di alami oleh penduduk setempat di Bagan Tengkorak, Tanjung Karang, Selangor. Video seram ni telah dirakamkan oleh seorang youtuber yang aku subscribe channel dia. Channel beliau adalah Faizal Rozi Vlogs. Video ni telah dirakamkan di sebuah kilang tinggal di bagan tengkorak. Kisah seram ni telah […]

cara-reset-network-internet-4g

Cara Reset Network Internet 4G or 3G di Smart Phone

Sedar atau tidak sedar saban hari korang akan mengalami masalah network 4G or 3G hilang daripada smart phone korang. Korang akan perasan benda terjadi bila kawan-kawan korang dapat mesej whatapp tapi korang tidak. Tengok kat smart phone rupanya network internet hilang. Di sini aku akan kongsi satu cara mudah dan sangat pantas cara reset network […]

Laptop murah untuk kelas online

Spesifikasi Laptop Murah Untuk Kelas Online Di Rumah 2021

Spesifikasi laptop murah adalah berdasarkan komponen yang disediakan untuk sebuah laptop tersebut. Murah tidak semestinya tidak bagus. Kadang-kala laptop yang murah ini lah yang tahan lama berbanding laptop yang mahal di luar sana. Untuk kegunaan pelajar bersekolah, cukup sekadar ambik yang basic laptop dan yang murah sudah mencukupi. So di sini aku akan kongsikan beberapa […]

cerita-hantu-pontianak

Kisah Seram Sunway Pyramid Lorong Pekerja Berhantu

Kisah seram yang aku ceritakan ni merupakan cerita seram Sunway Pyramid yang pernah di lalui oleh aku sendiri beberapa tahun yang lalu. Kejadian misteri yang berlaku ini telah terjadi di salah sebuah shopping mall yang terbesar di Banday Sunway, Subang Jaya, Selangor. Bangunan Sunway Pyramid ini telah beroperasi sejak Tahun 1997. Ia adalah sebuah shoping […]

bacaan doa selamat penuh

Doa Selamat : bacaan dan maksud Doa Selamat

Sempena pembukaan blog DuitCoin ni aku nak mulakan penulisan di blog ni dengan bacaan doa selamat semoga blog ni akan sentiasa memberi manfaat kepada visitor di blog ini. Bacaan doa selamat اَللهُمَّ اِنَّا نَسْئَلُكَ سَلاَمَةً فِى الدِّيْنِ وَعَافِيَةً فِى الْجَسَدِ وَزِيَادَةً فِى الْعِلْمِ وَبَرَكَةً فِى الرِّزْقِ وَتَوْبَةً قَبْلَ الْمَوْتِ وَرَحْمَةً عِنْدَ الْمَوْتِ وَمَغْفِرَةً بَعْدَ الْمَوْتِ. […]

Primary Sidebar

Search This Blog

Categories

  • Bacaan Doa
  • Buat Duit Online
  • Cara Hacks System
  • Cara Solat Sunat
  • Hiburan
  • Kisah Seram
  • Peguam Dan Pengguna Malaysia
  • Plan Internet Malaysia
  • Resepi Mudah
  • Sihir Ilmu Hitam
  • Takwim Cuti Sekolah
  • Tech Tips
  • Tempat Makan Menarik
  • Tempat Menarik

Footer

Sang Penulis

Korang boleh panggil aku Piee. Blog ni sekadar mengisi masa lapang aku. Sekadar ingin berkongsi maklumat dan pendapat dari pandangan aku. Semoga pengisian dalam blog ni dapat memberi serba sedikit manfaat untuk korang semua.

Kalau korang ada cerita menarik yang nak diluahkan, nak dikongsikan dengan aku dan pembaca blog ni, korang boleh Klik Sini...

Copyright DuitCoin © 2023 ·