• Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Skip to footer
  • Resepi Mudah
  • Perkongsian Cerita
  • Kisah Seram
  • Bacaan Doa
  • Cara Solat Sunat
  • Tempat Menarik
  • Sihir Ilmu Hitam
DuitCoin Logo

DuitCoin

Experimentasi Minda Celaru

Home » Kisah Seram » Cerita Hantu 2022 Senarai Filem

Cerita Hantu 2022 Senarai Filem

October 6, 2022 by Piee Ahmad

  • Total2
  • Print0
  • Facebook0
  • Twitter0
  • Pinterest2
  • WhatsApp
  • Love This0
cerita-hantu-2022

Cerita hantu 2022, aku tahu korang kalau dah sampai sini mesti nak tengok senarai filem yang boleh di tonton kan. Kalau nak cari sendiri memang malas. Aku faham sangat da dengan perangi korang ni sebab aku pun sama macam korang. Jadi, di sini aku nak kongsi la beberapa filem cerita hantu 2022 yang boleh aku katakan seronok la kalau korang nak layan. Untuk tidak membuang masa jom tengok senarai filem seram di bawah ni. Semua senarai cerita hantu ni ada dalam NETFLIX setakat pada hari aku buat posting ni.

Incantation

Filem Incantation ni telah dirakamkan berdasarkan kisah seram sebenar yang telah di alami oleh sebuah keluarga di Taiwan. Ia mengisahkan mengenai Li Ronan (Tsai Hsuan-yen) yang pernah terlanggar pantang larang mengikut kepercayaan agamanya pada 6 tahun lalu. Kejadian 6 tahun lalu akan menghantuinya pada ketika ini.

Beliau bersama teman lelakinya Chen Dom (Sean Lin), dan saudaranya Yuan (Wen Ching-yu) menjadi sekumpulan paranormal dan telah pergi ke suatu perkampungan yang terpencil di luar bandar. Di kampung tersebut terdapat kaum Chen yang mempunyai kuil dan upacara agama khusus.

Menurut warga Chen, di sana terdapat sebuah terowong mistik yang mempunyai sumpahan yang keras. Ini membuatkan kumpulan paranormal ini bergerak kesana. Sampai sahaja mereka di sana, pelbagai perkara pelik telah berlaku. Korang boleh layan lah cerita hantu 2022 Incantation ni di Netflix untuk mengetahui kisah seterusnya.

The Whole Truth

The Whole Truth merupakan sebuah filem dari negara jiran, Thailand. Sumpah seram, terkejut, takut dan macam-macam perasaan masa tengok filem ni. Cerita ini mengisahkan 2 beradik Putt adik dan kakanya Pim. Mereka telah di asuh oleh nenek meraka selepas berlaku kemalangan kepada ibu mereka.

Di rumah nenek mereka terdapat sebuah lubang misteri di bahagian dinding rumah tersebut yang menajdi tanda tanya kepada 2 beradik ni. Pelbagai kejadian misteri dan mengerikan yang mereka alami selepas melihat kedalam lubang ini. Kejadian-kejadian mistik ini yang akan mendedahkan sisi gelap keluarga mereka. Korang kena layan filem ini di Netflix untuk mengetahui kesudahannya.

The Doll 3

Cerita hantu The Doll 3 ni adalah filem yang boleh ditonton tanpa menonton The Doll dan The Doll 2 kerana jalan ceritanya tiada kaitan dengan filem yang lebih awal. The Doll 3 megnisahkan tentang kehidupan adik beradik Tara dan Gian. Selepas terjadinya kemalangan yang meragut kedua orang tuanya, Gian menjadi trauma dan kemurungan mengakibatkan Gian mengakhiri kehidupannya sendiri.

Akibat kejadian membunuh diri adiknya itu, Tara menjadi sangat sedih sehingga mengganggu hubungan dengan tunangnya bernama Aryan. Tara yang masih belum boleh menerima kematian adiknya, memutuskan untuk memanggil bomoh untuk memanggil roh adiknya, Gian dan dimasukkan kedalam sebuah anak patung.

Bomoh itu berjaya memasukkan roh Gian kedalam anak patung (yang diberi nama Bobby) tersebut dan membuatkan anak patung itu bernyawa dan hidup seperti perwatakan manusia. Ini membuatkan Tara menjadi begitu gembira kerana merasakan kembali hidup bersama adiknya. Hal ini membuatkan hubungan Tara bersama Aryan juga kembali baik dan telah berkahwin dan mempunyai seorang anak bernama Mikha.

Malangnya, anak patung Bobby itu hanya melayan Tara seorang sahaja dengan baik tetapi melayan Arya dan anak mereka seperti musuh. Pelbagai perkara ngeri yang dilakukan oleh Bobby kepada Aryan dan Mikha. Perkara ini membuatkan Tara menjadi takut dan telah mengambil keputusan untuk mengeluarkan roh Gian daripada anak patung Bobby tersebut untuk dipulangkan ke alam roh.

Berjayakan Tara sekeluarga mengembalikan roh Gian ke alam roh? Ketahui kesudahnnya dengan menonton cerita hantu The Doll 3 ini di Netflix.

Ghost Stories

Ghost Stories ini merupakan cerita hantu 2022 yang dihasilkan di India. Terdapat 4 kisah yang berlainan dalam satu filem ini. Setiap kisah dalam filem ini mepunyai unsur-unsur seram yang bagi aku best lah untuk di tonton. Korang boleh layan di Netflix untuk mengetahui kesudahan keempat-empat cerita tersebut.

The Old Ways

The Old Ways sebuah filem Amerika yang mengisahkan tentang Cristina Lopez, seorang wartawan Mexico-America yang pulang ke kampung halamannya di Veracruz untuk mencari kisah-kisah mistik mengenai sihir.

Setibanya beliau di Veracruz, Cristina telah diculik oleh beberapa individu yang tidak dikenalinya. Dari segi perwatakan penculik itu, beliau beranggapan bahawa mereka terdiri dari golongan yang telah dirasuki oleh syaitan. Terdapat seorang wanita yang mengetuai kumpulan tersebut dan perwatakannya seperti seorang penyihir dari masa lampau. Ketahui kisah yang dilalui oleh Cristina dengan menonton filem seram ini di Netflix.

Cerita hantu 2022 Kesimpulan

Setakat ni dulu senarai filem seram untuk korang layan pada tahun 2022 yang bagi aku sedap la untuk di layan. Aku ni bukan suka sangat tengok filem ber genre horror ni. Tapi kalau aku pun kata best korang mesti kena cuba tengok.

Kalau korang nak baca kisah-kisah seram korang boleh klik link ni.

  • Total2
  • Print0
  • Facebook0
  • Twitter0
  • Pinterest2
  • WhatsApp
  • Love This0

Filed Under: Kisah Seram Tagged With: cerita hantu, cerita hantu sebenar, cerita seram, filem hantu, filem seram

cerita seram asrama pelajar katil hujung

Cerita Seram Asrama SMKA Tangok

Cerita seram asrama SMKA Tangok kali ini dikongsikan oleh salah seorang reader yang mahu dikenali sebagai Jenja (bukan nama sebenar). Kisah seram sebenar ini berkisar di sebuah asrama Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tangok, Bachok. Mesti ramai yang pernah dengar kisah misteri dan kejadian mengerikan dari tempat ini kan? Mungkin juga korang pernah mengalaminya sendiri. Jom […]

resepi nasi goreng kampung pkp

Resepi Nasi Goreng Kampung PKP Style

Resepi nasi goreng kampung PKP style ni di inspirasikan daripada musim Covid-19 yang sedang melanda dunia sekarang ni. Sejak kerajaan Malaysia melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan kepada semua rakyat Malaysia, semua orang sekarang ni duduk dirumah dan asik nak makan. Nak makan pulak makanan yang sedap-sedap je kan. Musim-musim PKP ni macam-macam la kita nak cuba […]

cerita-hotel-berhantu

Cerita Hantu Hotel Jelai, Pahang Kisah Benar

Aku ada satu cerita hantu nak share dengan korang. Nak kata kisah ni seram boleh jugak la sebab ia terjadi pada diri aku sendiri. Cerita Hantu Hotel Jelai ni berlaku di sebuah hotel di pahang. Kejadian ni berlaku dalam 2 tahun lepas. Kisah seram hotel berhantu ni bermula di mana aku ni bersama partner aku […]

resepi ayam percik juadah berbuka

Resepi Ayam Percik Juadah Berbuka Puasa

Assalamualaikum semua pengunjung blog Makanan Sedap Resepi Mudah. Sempena bulan Ramadhan yang mulia ni bersama-sama la kita tingkatkan amalan. Semoga segala amalan kebaikan yang kita lakukan diterima Allah. Resepi ayam percik ni di inspirasikan sempena bulan Ramadhan ni. Di kala aku terpikir nak makan apa berbuka ni teringat kat ayam percik. Rindu pulak zaman boleh […]

tempat-menarik-di-Malaysia-1

Tempat Menarik Di Malaysia – Review Seikhlas Hati

Terdapat banyak tempat menarik di Malaysia ni yang setiap minggu boleh dikatakan ramai yang datang sama ada ingin bercuti bersama keluarga, mahupun ingin berjalan bersantai-santai bersama rakan-rakan. Di Malaysia terdapat 14 buah negeri. Setiap negeri mempunyai tempat menarik tersendiri yang memukau mata yang memandang. Di blog ini akan aku kongsikan tempat menarik di Malaysia mengikut […]

Primary Sidebar

Search This Blog

Categories

  • Bacaan Doa
  • Buat Duit Online
  • Cara Hacks System
  • Cara Solat Sunat
  • Hiburan
  • Kisah Seram
  • Peguam Dan Pengguna Malaysia
  • Plan Internet Malaysia
  • Resepi Mudah
  • Sihir Ilmu Hitam
  • Takwim Cuti Sekolah
  • Tech Tips
  • Tempat Makan Menarik
  • Tempat Menarik

Footer

Sang Penulis

Korang boleh panggil aku Piee. Blog ni sekadar mengisi masa lapang aku. Sekadar ingin berkongsi maklumat dan pendapat dari pandangan aku. Semoga pengisian dalam blog ni dapat memberi serba sedikit manfaat untuk korang semua.

Kalau korang ada cerita menarik yang nak diluahkan, nak dikongsikan dengan aku dan pembaca blog ni, korang boleh Klik Sini...

Copyright DuitCoin © 2023 ·