• Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Skip to footer
  • About Us
  • Contact Us
  • Buat Duit Online
  • Kisah Seram
  • Bacaan Doa
  • Plan Internet Malaysia
  • Tempat Makan Menarik

DuitCoin

Kisah Seram, Cara Solat, Cerita Hantu, Jana Income Online, Tips

Home ยป Buat Duit Online ยป Dividen KWSP 2019 Dijangka Rendah 5.0-6.0 Peratus

Dividen KWSP 2019 Dijangka Rendah 5.0-6.0 Peratus

February 20, 2020 by Piee Ahmad Leave a Comment

Menurut Sumber Berita Harian, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dijangka mengumumkan kadar dividen 2019 pada kadar antara 5.0 hingga 6.0 peratus, kata penganalisis.

Berdasarkan prestasi lemah saham tempatan tahun lalu, Profesor Ekonomi Sekolah Perniagaan Universiti Sunway, Prof Yeah Kim Leng, menjangkakan dana persaraan itu mampu mengagihkan dividen di antara 5.5 peratus hingga 6.0 peratus, kadar yang dianggap sebagai amat baik.

Ini kerana katanya, kebanyakan dana lain menawarkan pulangan lebih rendah ketika ini dan jika mengambil kira kadar inflasi semasa yang rendah, ia sebenarnya menjadikan pulangan sebenar KWSP adalah lebih tinggi.

โ€œSelepas mengambil kira risiko, yang mana KWSP boleh dianggap sebagai hampir bebas risiko, maka pulangan yang mungkin diberikan dana ini adalah baik. Jika dividen yang diumumkan nanti adalah sekitar 5.5 hingga 6.0 peratus, maka ia adalah pulangan yang amat baik bagi saya,โ€ katanya kepada BH, ketika ditemui di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

KWSP pada tahun lalu mengumumkan kadar dividen sebanyak 6.15 peratus untuk Simpanan Konvensional 2018, dengan agihan dividen sebanyak RM43 bilion dan 5.9 peratus untuk Simpanan Shariah, dengan agihan dividen RM4.32 bilion.

dividen-kwsp-2018

Angka itu menurun sedikit berbanding kadar pada tahun 2017 yang mana untuk konvensional ialah sebanyak 6.9 peratus manakala syariah sebanyak 6.4 peratus.

Kira-kira 55 peratus pendapatan KWSP adalah daripada pelaburan dalam ekuiti yang menyumbang RM29.28 bilion atau 57.6 peratus daripada keseluruhan pendapatannya pada 2018.

Penanda aras pasaran saham negara, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBMKLCI) jatuh lebih enam peratus pada tahun lalu menjadikannya antara pasaran saham terburuk dengan dana asing menjual bersih saham bernilai lebih RM10 bilion.

Sementara itu Penasihat Persatuan Penganalisa Teknikal Malaysia (MATA), Nazarry Rosli, turut menjangkakan dana persaraan itu akan mengagihkan dari 5.0 hingga 6.0 peratus, mengikut trend pengagihan Amanah Saham Bumiputera (ASB) oleh Permodalan Nasional Bhd (PNB) yang juga rendah pada akhir tahun lalu.

Ini kerana katanya, kedua-dua organisasi berkenaan mempunyai portfolio pelaburan yang hampir sama sekali gus pulangan ASB boleh dijadikan sebagai penanda aras buat kadar dividen KWSP.

โ€œJika dibuat perbandingan dengan PNB, kedua-duanya banyak melabur dalam kaunter saham yang sama, jadi maknanya apa-apa yang mampu dibayar oleh PNB tahun lalu, maka KWSP pun berkemungkinan besar akan mengikut jejak seperti dibuat PNB dalam pembayaran dividen,โ€ katanya.

Nada sama diutarakan oleh seorang ketua ekonomi dari sebuah bank pelaburan tempatan, yang menjadikan pulangan ASB sebagai penanda aras kepada kadar dividen KWSP.

Beliau yang enggan dinamakan berkata, keadaan pasaran saham yang tidak memberangsangkan pada tahun lalu ditambah pasaran global yang lemah juga dilihat menyumbang kepada pemberian kadar dividen KWSP yang lebih rendah.

โ€œSaya jangkakan kadar pulangan daripada KWSP kali ini ialah di antara 5.0 hingga 6.0 peratus,โ€ katanya.

Akhir tahun lalu, Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB) mengumumkan pembayaran pengagihan 5.50 sen seunit untuk dana utamanya, ASB bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2019 membabitkan agihan pendapatan sebanyak RM9.0 bilion bagi tahun kewangan 2019.

Filed Under: Buat Duit Online Tagged With: dividen kwsp 2019, kadar dividen kwsp 2019, pengumuman kwsp 2019, tarikh pengumuman dividen kwsp 2019

Anugerah-Juara-Lagu-34

AJL 34 : Anugerah Juara Lagu 34 Final 2020 Song List

Anugerah Juara Lagu mostly known as AJL 34. This competition will be held for the 34th time on 9 February 2020 at the Axiata Arena, Bukit Jalil. It will be broadcast on TV3. 12 song will be compete. 12 finalist sung this song. Here is a list of 12 songs that will be compete :- […]

tempat-makan-best-melaka

Tempat Makan Menarik : Makanan Sedap Di Melaka

Korang tengah lapar ke? Tengah cari kedai makan yang sedap kat Melaka ke? Ok aku kongsikan kat korang tempat makan menarik yang makanan sedap di melaka ni. Sebelum tu nak tanya la poket korang tebal tak nak makan makanan sedap kat melaka ni? Da sedap tak kan nak murah kan. Tapi harga memang berbaloi untuk […]

cara-solat-sunat-witir-mudah

Cara Solat Witir Selepas Solat Tarawih Yang Mudah

Solat Sunat Witir merupakan sunat muakkad yang amat penting dan digalakkan melakukannya. Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam sentiasa melakukan solat Witir dan solat sunat Fajar, baik ketika Baginda bermukim ataupun ketika bermusafir. Ada riwayat yang mengatakan bahawa Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam tidak pernah meninggalkan Solat Witir walaupun sekali. Sabda Rasullulah Sallallahu Alaihi Wasallam dari Abu Hurairah:  โ€œSesiapa yang tidak berwitir, maka bukanlah dia […]

cara-mengatasi-masalah-penyewa-tak-bayar-sewa

Cara Mengatasi Masalah Penyewa Tak Bayar Sewa Rumah Yang Degil

Zaman sekarang ni sudah ramai yang menyewakan rumah untuk menambah pendapatan. Tetapi jika dapat penyewa yang keras kepala pening jugak nak menghadapnya. Teruskan membaca jika anda nak tahu cara mengatasi masalah penyewa tak bayar sewa lepas tu tak nak keluar rumah sewa kita. Saya fikir ramai yang mengalami keadaan macam ni: “Saya ada sewakan rumah […]

google-maps-hacks

Google Maps Hacks : Cara Hack Google Maps

Melihat kesesakan lalu lintas di Peta Google benar-benar dapat membantu korang merancang laluan pulang dari kerja. Kita semua kalau boleh tak nak lalu jalan yang sesak ketika pulang dari kerja kan. Bagaimana jika google maps hacks boleh berlaku. Seorang lelaki bernama Simon Wecket telah berkongsi satu video di mana beliau telah menggunakan 99 smartphone yang […]

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Primary Sidebar

Search This Blog

Lets Meet The Blogger

Hi, I am Piee Ahmad. Please enjoy to read my blog. Take anything you want from my blog. Share information from this blog to as many people as you can. Tell Your friend about information you get from here. Bring your friend here. Thanks.

Categories Of This Blog

More to See

cara-solat-sunat-witir-mudah

Cara Solat Witir Selepas Solat Tarawih Yang Mudah

April 21, 2020 By Piee Ahmad

Cara Solat Tarawih Lapan Rakaat Di Rumah

April 19, 2020 By Piee Ahmad

cerita-hantu-pontianak

Kisah Seram Sunway Pyramid Lorong Pekerja Berhantu

April 12, 2020 By Piee Ahmad

Cara Solat Hajat : Memohon Pertolongan Allah

April 10, 2020 By Piee Ahmad

cara-reset-network-internet-4g

Cara Reset Network Internet 4G or 3G di Smart Phone

April 10, 2020 By Piee Ahmad

Footer

Our Missions

We are comitted to give all we had since we are also user like you, we know what you want.

Please contact us (using Contact Us page) to let us know what things you want us to write in this blog.

We will give all our best to meet your expectations to fulfill your needs.

Thank you.

Recent Comments

  • sahabat on Doa Selamat : bacaan dan maksud Doa Selamat
  • Maizatul Amirah on Cerita Seram : Misteri Rumah Banglo Lama Di UPSI
  • Laili Ann Phillips on Cerita Seram : Misteri Rumah Banglo Lama Di UPSI
  • great site on Cerita Seram : Misteri Rumah Banglo Lama Di UPSI

Tags

ajl 34 ajl 34 song list ajl 34 winner list aktiviti bermanfaat untuk anak aktiviti bermanfaat untuk pelajar aktiviti cuti sekolah aktiviti cuti sekolah anak anugerah juara lagu 34 bacaan doa buat duit online calendar 2020 cara hacks google maps cara handle penyewa keras kepala cara mengatasi masalah penyewa degil cerita hantu cerita hantu sebenar cerita seram Cuti sekolah 2020 Doa selamat final ajl 34 google hacks google maps google maps hacks jana pendapatan dengan shopee juara lagu 2020 kalendar 2020 kerja dari rumah kisah benar kisah hantu kisah misteri kisah seram konsert ajl 34 konsert akhir ajl 34 makanan sedap melaka plan internet postpaid public holiday 2020 rahsia jana duit online rahsia shopee sebab meniaga di shopee side income Solat Sunat Tarawih takwim cuti sekolah tempat makan menarik tricks to google maps video seram

Archives

Copyright © 2021 ยท Log in