Post ini aku akan berkongsi dengan korang cara solat sunat Tahajud step by step yang mudah untuk korang fahami dan ikuti. Semoga perkongsian ini akan memberi manfaat kepada kita semua dan semoga amalan kita diterima oleh Allah. Amiin.
Solat sunat Tahajud merupakan solat malam yang dilaksanakan setelah bangun dari tidur pada waktu malam, afdalnya dibuat secara bersendirian sewaktu dua pertiga malam. Solat sunat Tahajud ini amat dituntut dan sangat baik dilakukan sebagai ibadah tambahan. Rasulullah SAW dan para sahabat tidak pernah meninggalkan solat ini sepanjang hayat mereka.
Bagaimana Cara Solat Sunat Tahajud?
Solat sunat Tahajud dilakukan tiada had rakaatnya, mengikut kesanggupan dan kemampuan, dengan setiap dua rakaat satu salam. Jika dirasakan berat memadailah sekadar dua rakaat tetapi dilakukan secara berterusan setiap malam.
Niat Solat Sunat Tahajud
Maksudnya: Sahaja aku solat sunat tahajud 2 rakaat kerana Allah ta’ala
Rakaat Pertama Cara Solat Sunat Tahajud
- Dimulakan dengan takbiratul ihram dengan menyebut lafaz Allahu Akbar disertakan dengan niat di dalam hati
- Membaca surah Al-Fatihah
- Membaca surah Al-Kafirun
- Atau Ayat Al-Kursi sebanyak tujuh kali korang boleh pilih salah satu dari ayat ini.
- Rukuk dan Iktidal
- Sujud
- Duduk antara dua sujud
- Sujud kali kedua
- Bangun untuk rakaat yang kedua
Cara Solat Sunat Tahajud Rakaat Kedua
- Dimulakan dengan lafaz takbir intiqalat (bacaan ALLAHUAKBAR takbir permulaan rakaat kedua)
- Membaca surah Al-Fatihah
- Digalakkan membaca surah Al-Ikhlas sebnyak 1 kali. Jika berkemampuan boleh membacanya sebanyak 11 kali di rakaat kedua ini
- Rukuk dan Iktidal
- Sujud
- Duduk antara dua sujud
- Sujud kali kedua
- Baca surah al-Isra’ ayat 80 dalam sujud terakhir (sujud kedua) sebanyak 3 kali
- Duduk Tahiyyat Akhir
- Memberi salam
Doa Solat Sunat Tahajud
Selepas memberi salam, baca doa seperti berikut:
Maksudnya: Ya Allah, bagiMu segala puji, Engkaulah penegak langit dan bumi serta segala isinya. BagiMulah segala puji, Engkau raja penguasa langit dan bumi. BagiMulah segala puji, pemancar cahaya langit dan bumi. BagiMulah segala puji, Engkaulah yang benar, Bagi Mulah segala puji, Engkaulah yang benar, janjiMu adalah benar, perjumpaanMu itu adalah benar, firmanMu adalah benar, syurga adalah benar, neraka adalah benar, para nabi adalah benar, Nabi Muhammad SAW adalah benar, dan hari kiamat adalah benar.
Maksudnya: Ya Allah, kepadaMulah aku berserah diri, kepadaMulah aku kembali, kepadaMulah aku rindu, dan kepada Engkaulah aku berhukum. Ampuni aku atas kesalahan yang telah aku lakukan dan yang sebelumnya, baik yang aku sembunyikan mahupun yang dinyatakan. Engkaulah Tuhan yang terdahulu dan Tuhan yang terakhir. Tiada Tuhan melainkan Engkau. Tiada daya dan kekuatan melainkan dengan (kekuasaan) Allah.
Kelebihan Solat Sunat Tahajud
Terdapat beberapa kelebihan dan kebaikan kepada sesiapa yang mengerjakan solat sunat Tahajud ini. Antaranya adalah:
- Allah meninggikan darjat yang terpuji
- Allah memakbulkan doa kita
- Dapat menguatkan kekuatan rohani
- Meningkatkan keimanan kepada Allah S.W.T.
- Dapat menenangkan hati
- Dipermudahkan segala urusan duniawi dan ukhrawi
Cara Memudahkan Bangun Malam Untuk Solat Sunat Tahajud
Untuk kita yang bekerja seharian sudah pasti sibuk dan penat dengan aktiviti seharian. Pasti sukar untuk bangun malam untuk menunaikan solat sunat Tahajud. Oleh itu, di sini aku nak kongsikan beberapa cara untuk memudahkan kita bangun malam untuk solat sunat Tahajud.
- Pada waktu siang hari sebelumnya boleh melakukan “Qailullah” iaitu tidur sekejap (lebih kurang 10-15 minit) sebelum masuk waktu zohor.
- Menjauhkan diri daripada perbuatan maksiat.
- Bersederhana makan dan minum pada waktu siang.
- Tidur awal bagi memudahkan bangun berqiamullail.
- Sebelum masuk tidur, berniat ingin melakukan Solat Tahajud.
- Sebelum tidur, bacalah surah Al-Fatihah serta 3 Qul (Al-Ikhlas, Al-Falaq, dan An-Nas) dan doa tidur.
- Mengunci jam loceng atau jam pada telefon untuk memudahkan bangun.
- Menjadikan ianya sebagai rutin setiap malam.
Begitulah perkongsian untuk cara solat sunat Tahajud ini. Semoga ia memudahkan korang untuk melakukan solat sunat ini. Semoga setiap amalan kebaikan kita diterima oleh Allah. Amiin. Syarat Sah Solat