• Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Skip to footer
  • Resepi Mudah
  • Perkongsian Cerita
  • Kisah Seram
  • Bacaan Doa
  • Cara Solat Sunat
  • Tempat Menarik
  • Sihir Ilmu Hitam
DuitCoin Logo

DuitCoin

Experimentasi Minda Celaru

Home » Cara Solat Sunat » Cara Solat Jamak Dan Qasar Mudah Dan Ringkas

Cara Solat Jamak Dan Qasar Mudah Dan Ringkas

November 10, 2022 by Piee Ahmad

Table of Contents

  • Niat Musafir
  • Cara Solat Jamak Takdim Qasar Zohor Asar
    • Niat Solat Jamak Takdim Zohor
    • Niat Solat Jamak Takdim Asar
  • Cara Solat Jamak Takdim Qasar Maghrib Isyak
    • Niat Solat Jamak Takdim Maghrib
    • Niat Solat Jamak Takdim Isyak
  • Cara Solat Jamak Takhir Qasar Zohor Asar
    • Niat Solat Jamak Takhir Asar
    • Niat Solat Jamak Takhir Zohor
  • Cara Solat Jamak Takhir Qasar Maghrib Isyak
    • Niat Solat Jamak Takhir Isyak
    • Niat Solat Jamak Takhir Maghrib
  • Video Cara Solat Jamak dan Qasar
  • Syarat Musafir Yang Dibenarkan Untuk Solat Jamak Dan Qasar
  • Syarat Solat Qasar
  • Syarat Solat Jamak
    • Solat Jamak Takdim
    • Solat Jamak Takhir
  • Total6
  • Print0
  • Facebook0
  • Twitter2
  • Pinterest0
  • WhatsApp
  • Love This4

Cara solat jamak dan qasar mudah dan ringkas ini adalah bagi memudahkan korang bila sedang bermusafir. Apabila kita bermusafir lebih daripada dua marhalah, kita diberi kelonggaran untuk Jamak (menghimpun) dan Qasar (memendekkan) solat.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang Solat Jamak & Qasar untuk panduan kita bersama.

cara solat jamak dan qasar seorang musafir

Niat Musafir

Perkara yang penting ialah kita mesti niat terlebih dahulu setelah keluar dari rumah iaitu:-

“Sahaja aku musafir kerana Allah Ta’ala”.

Kita boleh melakukan solat jamak dan qasar selama tiga hari tinggal bermukim.

Seseorang Islam itu dianggap bermusafir setelah keluar dari kawasan, sama ada melepasi kota sempadan, sungai, parit atau melalui kawasan yang tidak mempunyai bangunan lagi. Setelah seseorang itu tiba di kawasan permulaan dia bertolak tadi yang menandakan bahawa musafirnya telah berakhir, maka dia tidak lagi boleh menunaikan solat jamak dan qasar.

Cara Solat Jamak Takdim Qasar Zohor Asar

Setiap solat jamak terdapat 2 jenis iaitu jamak takdim dan jamak takhir. Berikut merupakan cara solat jamak takdim qasar Zohor Asar.

Niat Solat Jamak Takdim Zohor

Berikut merupakan niat solat jamak takdim Zohor.

niat solat jamak takdim zohor asar

Maksudnya: Sahaja aku solat fardu Zohor, qasar dua rakaat jamak takdim kerana Allah Taala

Sewaktu takbiratul ihram, niatkanlah di dalam hati sebagaimana maksud lafaz niat solat jamak takdim Zohor di atas.

Kerjakan solat fardu Zohor tersebut sebanyak dua rakaat dengan bacaan surah al-Fatihah dan di ikuti surah-surah lain.

Nota: Jangan pisahkan terlalu lama antara kedua-dua solat fardu yang dijamakkan.

Teruskan dengan lafaz niat untuk sembahyang jamak fardu Asar.

Niat Solat Jamak Takdim Asar

Berikut merupakan niat solat jamak takdim Asar.

niat solat jamak takdim asar zohor

Maksudnya: Sahaja aku solat fardu Asar, qasar dua rakaat jamak takdim kerana Allah Taala

Sewaktu takbiratul ihram, niatkanlah di dalam hati sebagaimana maksud lafaz niat solat jamak takdim Asar di atas.

Kerjakan solat fardu Asar tersebut sebanyak dua rakaat dengan bacaan surah al-Fatihah dan diikuti surah-surah lain.

Cara Solat Jamak Takdim Qasar Maghrib Isyak

Adapun solat Maghrib tidak boleh di qasar kan, tetapi ia tetap boleh di jamak kan bersama solat Isyak. Berikut merupakan cara solat jamak takdim qasar Maghrib Isyak.

Niat Solat Jamak Takdim Maghrib

Berikut merupakan niat solat jamak takdim Maghrib Isyak.

niat solat jamak takdim maghrib isyak

Maksudnya: Sahaja aku solat fardu Maghrib, 3 rakaat jamak takdim kerana Allah Taala

Sewaktu takbiratul ihram, niatkanlah di dalam hati sebagaimana maksud lafaz niat solat jamak takdim Maghrib di atas.

Kerjakan solat fardu Maghrib tersebut sebanyak tiga rakaat dengan bacaan surah al-Fatihah dan di ikuti surah-surah lain.

Nota: Jangan pisahkan terlalu lama antara kedua-dua solat fardu yang dijamakkan.

Teruskan dengan lafaz niat untuk solat jamak fardu Isyak.

Niat Solat Jamak Takdim Isyak

Berikut merupakan niat solat jamak takdim Isyak Maghrib.

niat solat jamak takdim isyak maghrib

Maksudnya: Sahaja aku solat fardu Isyak, qasar dua rakaat jamak takdim kerana Allah Taala

Sewaktu takbiratul ihram, niatkanlah di dalam hati sebagaimana maksud lafaz niat solat jamak takdim Isyakj di atas.

Kerjakan solat fardu Isyak tersebut sebanyak dua rakaat dengan bacaan surah al-Fatihah dan diikuti surah-surah lain.

Baca Juga: Cara Solat Fardu, Syarat Sah Dan Rukun Solat

Cara Solat Jamak Takhir Qasar Zohor Asar

Sebelum mendirikan solat jamak takhir, seseorang musafir itu hendaklah telah berniat untuk mengerjakan solat fardu Zohor dalam waktu Asar. Niat tersebut hendaklah dilakukan semasa berada dalam waktu Zohor lagi. Berniat cukup sekadar di dalam hati.

Niat Solat Jamak Takhir Asar

Mulakan dengan solat fardu Asar. Dalam keadaan berdiri dan menghadap kiblat, ucapkan lafaz niatnya (lafaz niat tidak wajib, yang wajib adalah niat semasa Takbiratul Ihram). Berikut merupakan niat solat jamak takhir Asar.

niat solat jamak takhir asar

Maksudnya: Sahaja aku solat fardu Asar, qasar dua rakaat jamak takhir kerana Allah Taala

Sewaktu takbiratul ihram, niatkanlah di dalam hati sebagaimana maksud lafaz niat solat jamak takhir Asar di atas.

Kerjakan solat fardu Asar tersebut sebanyak dua rakaat dengan bacaan surah al-Fatihah dan di ikuti surah-surah lain.

Nota: Jangan pisahkan terlalu lama antara kedua-dua solat fardu yang dijamakkan.

Teruskan dengan lafaz niat untuk sembahyang jamak fardu Zohor.

Niat Solat Jamak Takhir Zohor

Berikut merupakan niat solat jamak takhir Zohor.

niat solat jamak takhir zohor asar

Maksudnya: Sahaja aku solat fardu Zohor, qasar dua rakaat jamak takhir kerana Allah Taala

Sewaktu takbiratul ihram, niatkanlah di dalam hati sebagaimana maksud lafaz niat solat jamak takhir Zohor di atas.

Kerjakan solat fardu Zohor tersebut sebanyak dua rakaat dengan bacaan surah al-Fatihah dan di ikuti surah-surah lain.

Cara Solat Jamak Takhir Qasar Maghrib Isyak

Sebelum mendirikan solat jamak takhir, seseorang musafir itu hendaklah telah berniat untuk mengerjakan solat fardu Maghrib dalam waktu Isyak. Niat tersebut hendaklah dilakukan semasa berada dalam waktu Maghrib lagi. Berniat cukup sekadar di dalam hati.

Niat Solat Jamak Takhir Isyak

Mulakan dengan solat fardu Isyak. Dalam keadaan berdiri dan menghadap kiblat, ucapkan lafaz niatnya (lafaz niat tidak wajib, yang wajib adalah niat semasa Takbiratul Ihram). Berikut merupakan niat solat jamak takhir Isyak.

niat solat Jamak takhir isyak

Maksudnya: Sahaja aku solat fardu Isyak, qasar 2 rakaat jamak takhir kerana Allah Taala

Sewaktu takbiratul ihram, niatkanlah di dalam hati sebagaimana maksud lafaz niat solat jamak takhir Isyak di atas.

Kerjakan solat fardu Isyak tersebut sebanyak dua rakaat dengan bacaan surah al-Fatihah dan di ikuti surah-surah lain.

Nota: Jangan pisahkan terlalu lama antara kedua-dua solat fardu yang dijamakkan.

Teruskan dengan lafaz niat untuk solat jamak fardu Maghrib.

Niat Solat Jamak Takhir Maghrib

Berikut merupakan niat solat jamak takhir Maghrib.

niat solat jamak takhir maghrib

Maksudnya: Sahaja aku solat fardu Maghrib, tiga rakaat jamak takhir kerana Allah Taala

Sewaktu takbiratul ihram, niatkanlah di dalam hati sebagaimana maksud lafaz niat solat jamak takhir Maghrib di atas.

Kerjakan solat fardu Maghrib tersebut sebanyak tiga rakaat dengan bacaan surah al-Fatihah dan di ikuti surah-surah lain.

Video Cara Solat Jamak dan Qasar

Kalau korang masih kurang faham cara solat jamak qasar ini, aku sediakan video panduan cara solat jamak dan qasar seperti di bawah.

Syarat Musafir Yang Dibenarkan Untuk Solat Jamak Dan Qasar

Terdapat beberapa syarat bagi seorang musafir itu untuk dibenarkan solat jamak dan qasar. Berikut merupakan syarat-syaratnya.

  • Destinasi yang dituju melebihi 2 marhalah iaitu dianggarkan sejauh 85 km hingga 90 km atau bersamaan 56 batu.
  • Mengetahui destinasi yang dituju. Contohnya jika korang sedang berjalan/memandu/naik tren/naik flight/naik kapal tapi tiada hala tuju, tapi perjalan korang sudah lebih 2 marhalah, korang masih tidak boleh solat jamak qasar. Destinasi yang di tuju mestilah jelas dan pasti sejak awal perjalanan dan berniat untuk bermusafir.
  • Musafir bukan untuk tujuan maksiat.

Syarat Solat Qasar

Solat qasar juga mempunyai beberapa syarat untuk membenarkan solat qasar dilakukan. Berikut merupakan syarat-syaratnya.

  • Mestilah melepasi sempadan kawasan tempat tinggal.
  • Masih dalam keadaan musafir ketika mengerjakan Solat Qasar.
  • Hendaklah solat fardu yang empat rakaat.
  • Hendaklah berniat qasar ketika takbiratulihram.
  • Tidak berniat untuk bermukim melebihi 4 hari (tidak termasuk perjalanan pergi dan balik). Tempoh boleh qasar dan jamak untuk musafir ialah 3 hari 3 malam, tidak termasuk hari datang dan pulang. Jika niat untuk tinggal di satu tempat itu selama empat hari atau lebih, tak boleh qasar dan jamak ketika sampai di tempat itu kerana dikira telah bermukim. Tetapi selagi dalam perjalanan korang masih boleh mengerjakan solat jamak qasar.
  • Tidak berimamkan imam yang solat tamam (sempurna) rakaatnya. Maksudnya jika korang ingin solat jamak dan qasar secara berjemaah, syaratnya imam tersebut bukan berniat untuk solat fardu yang biasa (empat rakaat).

Syarat Solat Jamak

Solat ini terbahagi kepada dua iaitu solat jamak takdim dan solat jamak takhir:

Solat Jamak Takdim

Menghimpunkan dua solat fardu dalam waktu solat pertama contohnya solat Zohor dan Asar dilakukan didalam waktu Zohor.

Solat Jamak Takhir

Menghimpunkan dua solat fardu dalam waktu solat kedua contohnya solat Maghrib dan Isyak dilakukan didalam waktu Isyak.

Syarat Solat Jamak Takdim Syarat Solat Jamak Takhir
Solat pada waktunya yang awal seperti solat zuhur dan solat maghrib Berniat untuk solat jamak takhir pada waktu kedua ketika masuk waktu solat pertama
Niat solat jamak pada waktu solat yang pertama Berkekalan musafir sehingga selesai kedua-dua solat
Berturut-turut antara solat yang pertama dan kedua dan tidak boleh diselangi dengan perbuatan lain dari solat (kecuali iqamah dan berwuduk) Berturut-turut antara solat yang pertama dan kedua dan tidak boleh diselangi dengan perbuatan lain dari solat (kecuali iqamah dan berwuduk)
Berkekalan musafirnya sehingga mengangkat takbir solat kedua Berkekalan musafirnya sehingga mengangkat takbir solat kedua

Rukhsah solat adalah kemudahan atau keringanan yang dibolehkan buat orang Islam yang bermusafir untuk menunaikan solat secara qasar dan jamak. Hukum mengerjakan solat secara qasar dan jamak adalah harus dan ia membuktikan bahawa umat Islam boleh mengerjakan solat dalam apa jua keadaan dan agama Islam adalah agama yang tidak menyusahkan penganutnya.

Semoga perkongsian cara solat jamak dan qasar ini dapat memberikan manfaat kepada korang semua. Sekian.

  • Total6
  • Print0
  • Facebook0
  • Twitter2
  • Pinterest0
  • WhatsApp
  • Love This4

Filed Under: Cara Solat Sunat Tagged With: cara solat, cara solat jamak, jamak qasar zohor asar

cerita-hantu-pontianak

Kisah Seram Sunway Pyramid Lorong Pekerja Berhantu

Kisah seram yang aku ceritakan ni merupakan cerita seram Sunway Pyramid yang pernah di lalui oleh aku sendiri beberapa tahun yang lalu. Kejadian misteri yang berlaku ini telah terjadi di salah sebuah shopping mall yang terbesar di Banday Sunway, Subang Jaya, Selangor. Bangunan Sunway Pyramid ini telah beroperasi sejak Tahun 1997. Ia adalah sebuah shoping […]

tempat-menarik-di-Malaysia-1

Tempat Menarik Di Malaysia – Review Seikhlas Hati

Terdapat banyak tempat menarik di Malaysia ni yang setiap minggu boleh dikatakan ramai yang datang sama ada ingin bercuti bersama keluarga, mahupun ingin berjalan bersantai-santai bersama rakan-rakan. Di Malaysia terdapat 14 buah negeri. Setiap negeri mempunyai tempat menarik tersendiri yang memukau mata yang memandang. Di blog ini akan aku kongsikan tempat menarik di Malaysia mengikut […]

Anugerah-Juara-Lagu-34

AJL 34 : Anugerah Juara Lagu 34 Final 2020 Song List

Anugerah Juara Lagu mostly known as AJL 34. This competition will be held for the 34th time on 9 February 2020 at the Axiata Arena, Bukit Jalil. It will be broadcast on TV3. 12 song will be compete. 12 finalist sung this song. Here is a list of 12 songs that will be compete :- […]

Cara Solat Hajat : Memohon Pertolongan Allah

Cara solat Hajat yang aku kongsikan ini bertujuan memudahkan mereka yang memerlukan untuk memohon dan meminta bantuan daripada Allah. Seluruh dunia sekarang ini pada masa aku menulis entri ini sedang dilanda wabak Corona Virus Covid-19. Di sini aku ingin berkongsi cara solat hajat bagi kita memohon kepada Allah untuk meredakan wabak Covid-19 ini secepat yang […]

kementerian-pendidikan-malaysia

Public Holiday 2020 : Cuti Sekolah dan Public Holiday 2020

Di sini aku ingin kongsikan berkenaan public holiday 2020 beserta kalendar tahun 2020 yang korang boleh download terus masuk ke handphone ataupun ke PC korang. Sumber rujukan yang aku ambil ni adalah daripada Bahagian Kabinet, Perlembagaan Dan Perhubungan Antara Kerajaan. Jabatan Perdana Menteri. 1 Jan Rabu Tahun Baru 2019 Semua negeri. kecuali Johor, Kedah, Kelantan, […]

Primary Sidebar

Search This Blog

Categories

  • Bacaan Doa
  • Buat Duit Online
  • Cara Hacks System
  • Cara Solat Sunat
  • Hiburan
  • Kisah Seram
  • Peguam Dan Pengguna Malaysia
  • Plan Internet Malaysia
  • Resepi Mudah
  • Sihir Ilmu Hitam
  • Takwim Cuti Sekolah
  • Tech Tips
  • Tempat Makan Menarik
  • Tempat Menarik

Footer

Sang Penulis

Korang boleh panggil aku Piee. Blog ni sekadar mengisi masa lapang aku. Sekadar ingin berkongsi maklumat dan pendapat dari pandangan aku. Semoga pengisian dalam blog ni dapat memberi serba sedikit manfaat untuk korang semua.

Kalau korang ada cerita menarik yang nak diluahkan, nak dikongsikan dengan aku dan pembaca blog ni, korang boleh Klik Sini...

Copyright DuitCoin © 2023 ·